Monday, May 19, 2008

Presiden PAS PM Pertama Kerajaan Pakatan Rakyat – SU Perantau.


The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/suhaimi.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan, Suhaimi Embong, meramalkan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri yang pertama sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan kelak. Beliau mengatakan demikian dalam tulisannya, Kalam Perantau – 16 September, Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat, yang disiarkan secara tetap oleh Buletin Online.

Katanya Anwar tidak wajar menjadikan politik Malaysia ini sebagai politik keluarga. Beliau boleh memilih rakannya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang telah berpengalaman menjadi Menteri Besar Terengganu sebagai Perdana Menteri sementara seperti yang dilakukan oleh AKP di Turki.



Menurutnya lagi, Ahli Parlimen (Bebas-Pasir Mas), Dato’ Ibrahim Ali juga mencadangkan kepada parlimen baru-baru ini, agar kerajaan yang mengalami krisis kepimpinan hari ini menukar kepimpinan negara. "Saya nak cadangkan jika rakyat sokong Yang Amat Berhormat Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya bersungguh

Sehubungan dengan itu kata beliau, ketika UMNO menyambut hari ulangtahunnya ke 62 pada 11hb Mei, 2008, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah mengumumkan seorang tokoh akademik dari sebuah universiti terkemuka yang juga penasihat kepada seorang Menteri akan dilantik sebagai Setiausaha Politiknya yang baru.
“Jika ini berlaku, saya yakin lebih ramai ahli-ahli akademik akan turut serta berhijrah kepada Pakatan Rakyat kerana mereka mahu lepas dari kongkongan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipaksakan keatas mereka sejak tahun 1974 lagi.” Kata Suhaimi

Sumber : BuletinOnline

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy