Sunday, August 31, 2008

Perutusan Khas Sempena Ramadan Al-Mubarak

0 comments

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Iklan




Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.




Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Read full story

Wednesday, August 27, 2008

Phew......!!

0 comments
Assalamualaikum Warahmatullah.....

Alhamdulillahi Robbil 'Alamin... Thummalhamdulillah... Thummalhamdulillah... Diatas nikmat hidup didunia yang fana' ini. Masih lagi menyedut oksigen yang dimiliki oleh Allah untuk meneruskan kehidupan penuh ujian dan pancaroba.

Maaf dipinta karena telah membiarkan blog ini sepi tanpa berita dan tatapan baru untuk beberapa waktu. Sebagaimana yang telah dinyatakan, Penulis dan Team IT telah keluar kawasan untuk beberapa waktu. Adapun Penulis terpaksa outstation lagi selepas sekembalinya kami ke halaman masing-masing. Setelah daku berkira-kira, dalam 1 minggu hanya 3 negeri sahaja yang belum dijelajahi dalamsemenanjung Malaysia ini. Pheww... Capek bangett...
Sekembalinya Penulis ke sini juga tidak dapat meluangkan masa untuk berblog kerana mengutamakan tugasan lain yang perlu diselesaikan. tu laa... lain kali cuti panjang2 lagi...huhu


Adapun disaat ini jari-jemari begitu berat untuk menulis... namun kupaksa jua sebagai warming up untuk menulis artikel yang mendatang. 2 artikel sedang berlegar didalam otakku... menunggu masa untuk diolah dan diberitakan... tetapi bukan sekarang... tungguu....!! Tugasan yang berbaki harus dilangsaikan dahulu.... see ya....
Read full story

Sunday, August 10, 2008

Seri Malam Pengantin

0 comments
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..



Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..


Note : Karya ini kutujukan khas kepada mujahid dan mujahidah yang bakal ataupun telah bergelar pengantin. Baru mahupun lama. Semoga terus kekal bersama dalam Jamaah tatkala senang mahupun susah, lapang atau sibuk, rajin dan juga malas. Moga2 kita semua mendapat keberuntungan di akhirat kelak...
Read full story

Wednesday, August 6, 2008

PERMATANG PAUH 26 OGOS 2008

0 comments

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan bahawa Penamaan Calon ialah pada 16-08-08 (Sabtu) dan hari pembuangan undi ialah pada 26-08-08 (Selasa).


Note : Sama-sama saksikan helah apakah yang bakal digunakan RaSHIT (Pengerusi SPR)untuk menidakkan kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.
Read full story

Jihad Melawan Musuh Allah Sepanjang Zaman

0 comments
Dahulu para Nabi a.s berjihad dan berhadapan dengan massa atau umat masing-masing, dengan penguasa yang amat zalim, penguasa yang mengaku jadi tuhan, penguasa yang amat goblok. Para Nabi mempunyai pengikut yang setia, juga mempunyai penentang yang kufur dan amat zalim, namun mereka tetap bersabar meneruskan misi dakwah dan jihad, dengan matlamat yang cukup ampuh iaitu menang atau syahid.

Nabi Nuh a.s berjuang siang dan malam, mengajak kaumnya menyembah Allah Yang Esa. Bukan sahaja tolakan yang diterimanya, malah mereka menutup telinga dan berselubung tidak mahu mendengar seruan tauhid. Anak dan isterinya sendiri yang menolak seruan suci ini, lalu mereka dihukum oleh Allah. Juga Nabi Ibrahim a.s berhadapan dengan Raja Namrud, seorang penguasa yang zalim, begitu juga ayahnya yang menjadi penyembah berhala. Nabi Zakaria a.s juga diburu oleh kaumnya sendiri sehingga digergaji tubuhnya dan menemui syahid. Nabi Musa a.s berhadapan dengan Firaun yang mengaku menjadi tuhan, diburu oleh Firaun dan tentera-tenteranya, namun Allah memberi jalan keluar kepada Nabi Musa a.s, dan juga Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadi penentang Baginda ialah kaumnya sendiri, diketui oleh bapa saudaranya Abu Jahal.



Inilah lumrah jihad dan perjuangan yang telah ditetapkan oleh Allah, sejak dahulu sehinggalah sekarang, yang menjadi lawannya adalah orang sebangsa dengannya, orang sebahasa dengannya, orang sesama warna kulit dengannya, orang senegara dengannya, orang senegeri dengannya, orang sedaerah dengannya, orang sekampung dengannya atau orang setaman dengannya.

Apakah Allah itu ingin menzalimi manusia, dengan mewujudkan suasana pertentangan dan pertembungan sesama mereka atau ingin menghuru-harakan masyarakat setempat ? Allah tidak sekali-kali menzalimi hambanya. Allah membangkitkan para Rasul a.s. untuk menyampaikan dakwah di kalangan kaumnya, lalu mereka ditentang, maka berlakulah pertembungan antara golongan hak dengan dengan yang batil dan wujudlah peranan jihad mempertahankan kebenaran. Dan tidak timbul persoalan pertembungan sekiranya mereka menerima seruan Tauhid tadi, tetapi golongan ‘munkirin’ ini sengaja menolak kebenaran dan memerangi orang yang membawa akidah tauhid ini, lalu di sana lahirlah jihad mempertahankan kebenaran Agama Allah yang suci dan murni ini, lalu berlakulah pertentangan dalam negara, negeri, daerah, kampung dan penempatan. Inilah lumrah medan dakwah dan jihad yang direncanakan oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Dan semasa pemerintahan Saidina Umar r.a khususnya, musuh sekitar telah dapat ditundukkan dengan kekentalan semangat jihad tentera muslim, iaitu dengan satu misi, menang atau syahid, lalu tumbangnya empayar Rom dan Parsi yang dianggap kuat itu dengan izin Allah. Dakwah dan jihad menegakkan kebenaran agama Allah ini diteruskan semasa pemerintahan Khilafah Umaiyyah dan juga Khilafah Abbasiah sehingga penguasaan ajaran tauhid ini melangkau dari timur ke barat dengan ketekunan, kesungguhan, ketaqwaan, keikhlasan jihad para pemimpin Islam dan pejuang di sekelilingnya. Inilah kehebatan, kekentalan, kesufian mujahid menongkah arus perjuangan bagi menyebar luas ajaran tauhid. Besarnya peranan dan perjuangan mereka, keajaiban jihad ini sukar ditandingi oleh ummah ini kecuali yang benar-benar ikhlas dan taqwa kepada Allah.

Lihatlah betapa bermaruahnya Mu’tasim, seorang pemimpin Islam pada
zaman Khilafah Abbasiah, walau beliau dianggap lemah, namun bila beliau mendapat tahu seorang muslimah telah disentap tudung, sebagai satu penghinaan terhadap Islam dan ummahnya, maka baginda mengarahkan tenteranya melanggar dan menuntut bela di atas penghinaan itu. Betapa mulia, ‘izzahnya ummah Islam dahulu, mereka berlindung dan berpayung di bawah pemimpin yang mempunyai jati diri, sanggup berjihad dan menggunakan kekuatan tentera mempertahankan maruah dan kebenaran Agama Allah daripada dicalari dan dicemari atau dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam.

Dan sekarang para muslimah bukan lagi disentap tudung, tetapi lebih dari itu, akidah mereka ditelanjangi, akhlak mereka dibaratkan dan agama mereka dimurtadkan. Namun di manakah Mu’tasim zaman ini, tidak ada lagi Mu’tasim, yang ada hanyalah tikus-tikus, menjadi bacul dan penakut. Hilang sudah semangat jihad, luntur sudah maruah sebagai seorang pemimpin muslim, hilang sudah keberanian jihad ummah ini, mereka ditakutkan oleh musuh-musuh Allah dengan ugutan dan ancaman.

Bilakah akan ada orang seperti Umar r.a, atau sekurang-kurangnya orang seperti Mu’tasim, bilakah akan lahir Salahuddin al-Ayyubi moden yang berjaya membuka kota Baitumaqdis dari cengkaman kuffar dan bilakah akan lahir lagi orang seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya menakluk konstantinople ? Masih adakah pemimpin yang soleh, lagi ikhlas mampu melakar peta dan sejarah menghidup dan menyambung Khilafah Othmaniah yang dikhianati oleh Ataturk ? Moga Allah yang Agung kekuasaan-Nya mengembalikan ummah ini kepada Khilafah Baru. Khilafah ini amat dirindui oleh mujahid-mujahid, agar nur Islam kembali bersinar dan menguasai dunia sekali lagi dengan izin-Nya.
Read full story

Monday, August 4, 2008

Syahid Hanya Untuk Orang Yang Sabar

0 comments
Semangat juang dan jihad hendaklah dititipkan kiranya ia kurang, hendaklah digarapkan kiranya ia tertinggal, hendaklah disematkan dalam sanubari hamba kiranya ia tercicir, hendaklah dicari kiranya ia hilang, hendaklah disiram kiranya ia layu, hendaklah diterjemah kiranya ia tidak dimengerti, hendaklah dijulang kiranya ia di bawah, hendaklah disubur kiranya ia layu dan mengecil, hendaklah digerak dan dibangunkan kiranya ia tidur dan hendaklah disuntik semangat iman yang kental kiranya ia longlai tidak bermaya.

Mujahid hendaklah berangkat ke medan jihad dengan penuh sabar, tawakkal dan cita-cita syahid sentiasa bersemi di dada. Mujahid tidak boleh mundur ke belakang, bahkan teruskan kemaraan untuk mempertahankan ‘dinillah’ atau agama Allah, janganlah gentar, padahal Allah adalah Penolong yang Maha Perkasa, di sana tempat para mujahid bertawakkal.

Adakah anda merasa selamat dan bahagia hidup di dunia ini sebagai kunci untuk menempah dan membuka pintu syurga dan memasukinya atau anda mampu menguaknya dan lulu melangkah tanpa susah payah, tanpa sabar dan lelah jihad mencairi hidup anda? Jangan bermimpi untuk kebahagiaan di sana kiranya anda mempunyai kerehatan yang panjang di bumi ini, anda harus melibatkan diri di medan jihad, turun merasai nikmat berjihad di jalan Allah, merasai kemanisannya, merasai perit jerih di medan, mereka hidup memburu dan diburu , menyerang dan diserang, membunuh dan dibunuh demi agama tercinta, demi perang jihad suci pada jalan Allah.


Allah pernah menolong dan membantu para mujahid di medan Badar dengan bantuan tentera Malaikat seramai tiga ribu dan di tambah menjadi lima ribu Malaikat sebagai ganjaran kepada mujahid yang banyak bersabar dan bertakwa kepada Allah, Tuhan manusia. (lihat surah Ali Imran ayat 124 dan 125).

Alangkah hebatnya bantuan dan pertolongan Allah kepada para mujahid, alangkah terhidang luas keredhaan Allah, alangkah mulianya para mujahid yang berada di medan jihad, mereka dimuliakan oleh Allah, Pencipta langit dan bumi, Penganugerah bidadari syurga kepada para syuhada yang terkorban kerana mempertahankan agama Allah dengan lenangan air mata dan titisan darah. Allah akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka yang gugur di jalan-Nya dan para syuhada ini dimasukkan ke dalam syurga yang dipenuhi dengan segala nikmat dan kesenangan, lalu berbahagialah mereka di sana menikmati janji Allah yang Maha Agung.

Adakah anda mengharapkan untuk mati syahid, sedangkan anda belum menghadapinya, bahkan anda takut menceburi medan jihad, medan yang dicintai oleh mujahid-mujahid silam, medan yang dicemburui oleh pencinta-cinta syahid tetapi mereka tidak menemuinya, medan yang dibenci oleh para penguasa ‘kuffar, zaalimiin, faasiqiin dan jahiliin’.

Sesungguhnya jihad ini bukan satu medan dan cerita dongengan yang dicipta secara penglipulara oleh orang yang tidak bertanggungjawab, tetapi api semangat jihad, ruh dan gerakannya adalah dicetus dan diwajibkan sendiri oleh Allah Taala, Tuhan segala manusia, Tuhan yang tidak menzalimi hambanya. Lalu jihad ini diwajibkan ke atas nabi-nabi dan rasul-rasul, seperti Zalqarnain, Nabi Daud dan Tholut yang sezaman dengannya, Nabi Musa dan akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w.

Para Nabi begitu banyak kali menerjuni medan perang dan jihad ini bersama pengikutnya yang sentiasa setia dan bertaqwa kepada Allah. Mereka tidak lemah, mereka tidak lesu, mereka tidak menyerah kalah, mereka mara dan mereka banyak bersabar di ketika di medan jihad. Allah amat menyintai golongan dan barisan mujahid seperti ini. Jihad ini difardhukan bukan untuk menganiaya dan menzalimi sesiapa, tetapi untuk menjaga ke’izzahan ummah ini, supaya tidak boleh dinyah, dizalimi, diperkotak-katik dan dibolakan serta disepak terajang ke hulu dan ke hilir.

Janganlah anda lari dari jihad ini, lari dari perjanjian ini, lari dari arahan dan perintah ini, lari dari ketetapan ini baik sebelum, semasa dan selepas medan perang jihad ini, janganlah berbantah dan tidak mentaati perintah dan menderhakai panglima perang, janganlah menyintai dunia lebih daripada Allah dan Rasul serta berjihad pada jalan-Nya, janganlah tidak menghiraukan seruan jihad dan mempertahankan agama ini, berhati-hatilah dengan golongan munafik ini dalam jemaah jihad anda, gerombolan gunting dalam lipatan dan talam dua muka ini, kerana kalau tidak kelak anda akan lemah, digelinciri oleh syaitan dari jalan kebenaran dan akhirnya anda akan kalah.

Sesungguhnya kekalahan di medan Uhud menjadi pengiktibaran yang paling ampuh dan berguna kepada ummah sepanjang zaman, dan faktor inilah yang menjadi penyebab dan pencetus kepada segala kekalahan masa lampau, sekarang dan akan datang ummah. Hindarilah tabiat buruk yang dimurkai Allah ini sebaik sahaja ada berada di medan perang jihad. Tetapi sekiranya anda tidak lari dari perintah dan janji setia untuk menolong Agama Allah ini, nescaya Dia akan menganugerahkan kemenangan, ketenangan dan keamanan untuk anda.

Buktikanlah perjanjian setia anda dengan Allah, anda ingin menyembah Allah, anda ingin mempertahankan Agama Allah yang suci itu, anda ingin mempertuhankan Allah, anda ingin menjunjung segala perintah yang datang dari-Nya. Janganlah jadi manusia dan hamba yang lupa kepada janji setia ini, jangan jadi diri anda manusia munafik, memungkiri janji dengan Pencipta anda!

Sumber :

Read full story

Friday, August 1, 2008

Suci Dalam Debu = Tayammum !

1 comments



Note : Kebetulan wa godek2 pendrive, jumpa la clip ini... Engkau bagai air yg jernih... Didalam bekas yang berdebu... bla.. bla.. bla...
Read full story

Jangan Rendah Diri Dalam Berjuang!!

0 comments

Sesungguhnya orang-orang mukmin berjihad pada jalan Allah, mempertahankan akidah, cintakan agama, rindukan syahid dan ingin sangat bertemu dengan kekasihnya, iaitu khaliqnya. Sementara orang-orang yang ingkar dan kufur mereka berperang dan melawan orang mukmin untuk kepentingan duniawi semata-mata, kepentingan perut, hawa nafsu, ingin mendapat harta dan pangkat, ingin dikata orang berani, ingin mempertahankan tradisi lama dan tidak lebih dari itu semua.
Buktinya telah berlaku pertembungan antara hak dan batil, antara orang mukmin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dan golongan kuffar yang dipimpin oleh Abu Jahal di medan Badar, iaitu suatu tempat yang terletak antara Makkah dan Madinah. Para Mujahid muslim lagi mukmin tetap dibantu Allah Taala di dalam perjuangan mereka sekiranya mereka bergantung harap sepenuhnya kepada Dia. Tentera mukmin yang bilangan sedikit itu dilihat oleh tentera kuffar dua kali ganda lebih ramai dari mereka. Inilah hebatnya orang bersama agama Allah, berjuang meninggikan tauhid, Allah akan membantu dan memberi pertolongan.


Keadaan dan suasana bantuan ini dinyata oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir, yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang mukmin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati." (Surah Ali'Imran, ayat : 13).
Untuk itu wahai mujahid dan mujahidah, usahlah kalian merasa rendah diri dan rasa terhina dengan mihnah dan tribulasi dari musuh-musuh Islam, orang yang bertalam dua muka, double standard, golongan mutafiq ini. Kita ada tempat meghantarkan harapan yang utuh, tempat melepaskan lelah jihad, tempat berdoa, merayu menangis dan memohon bantuan, tempat melepaskan cinta syahdu di malam sunyi iaitu Allah yang Maha Perkasa. Hadapkanlah wajah kalian untuk meneruskan misi jihad ini walau sesusah mana sekalipun. Hiduplah dalam kemuliaan dan matilah juga dalam kemuliaan sebagai syuhada'. Janganlah kalian jadi golongan yang gugur di separuh jalan, tewas, rebah dan tidak bangun lagi selepas itu.
Lihatlah betapa kentalnya Tholut melawan Jalut, betapa ampuhnya akidah Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud, betapa hebatnya Srikandi Masyithah dan ahli sihir yang beriman mengglas akidah tauhid mereka, betapa kentalnya pengorbanan dan imam Jaafar ibni Abi Tolib dan Abdullah ibn Rawhah, Syed Qutub dan ramai lagi, semua mereka gugur sebagai syuhada' mempertahankan Agama Allah. Murninya jihad mereka, sucinya perjuangan mereka dan mulianya mati mereka. Syurga seluas langit dan bumi sedang menanti mereka.

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy