Tuesday, September 2, 2008

Himpunan Pemuda DUN Sura


Dungun, 22 Ogos : Majlis Tindakan Pemuda DUN Sura telah mengadakan Himpunan pemuda DUN Sura (PESURA) pada 22 Ogos 2008 yang lalu di perkarangan Surau Tuan guru Haji Zainal Abidin di sini. Himpunan ini bertujuan untuk mengumpulkan pemuda-pemuda Islam disamping mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.

Acara Sukaneka Rakyat diketengahkan sebagai medium penghubung dan mengeratkan ukhwah dikalangan mereka. Kelihatan kira-kira 50 hingga 70 orang pemuda berkumpul dikawasan strategik itu iaitu di tengah-tengah Bandar Dungun yang baru sahaja selesai upacara Pemashyuran Majlis Perbandaran Dungun 2 hari yang lalu. Walaupun banyak acara hiburan disediakan di tapak upacara pemahsyuran, pemuda-pemuda yang komited dengan PAS sanggup bersama-sama berkumpul disini walau diuji dengan hujan disebelah petang.


Turut sama dalam sesi petang tersebut adalah Motivasi Pemuda oleh pendakwah bebas tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus yang sempat meluangkan masa bersama-sama pemuda di Dungun dan kemudian bergegas ke Kuala Terengganu kembali untuk menyampaikan kuliah.


Pada pengamatan penulis ini adalah usaha awal oleh Pemuda DUN Sura untuk menghangatkan kembali semangat petugas-petugas Pemuda setelah berehat seketika tatkala berlabuhnya tirai PRU12. Sewajarnya semangat ini ditiup dan digarap kembali oleh mereka agar tidak lalai dengan perancangan musuh yang sentiasa mencari peluang untuk menumbangkan Islam.

Pemuda seharusnya mengaktifkan kembali kekuatan yang lalu bermula daripada sekarang kerana itulah resepi kemengan PAS di DUN Sura dalam PRU12. Bekerjalah mengikut strategi yang tersusun. Binalah kekuatan diri dengan proses tarbiyah yang berterusan dan hadirlah usrah secara berkala. Insyaallah ianya menjadi pemangkin kekuatan rohani dan jasmani.

Juara Orang Kuat... badan kecik jer

tolak yop jgn x tolak...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy