Monday, December 1, 2008

BN : Retak Menanti Belah?


 Apabila Chua Soi Lek (CSL) tidak menyatakan kesetujuannya terhadap ketuanan melayu dalam kontrak sosialnya dengan UMNO, maka bertempik lolonglah sebilangan individu didalam UMNO.

Apakah mungkin rakyat berbilang agama dan bangsa pada hari ini telah memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia dalam masa terdekat? Satu pakatan mempunyai pakej lengkap dan terbukti telah berjaya mengatasi BN daripada sudut prestasi, integriti dan perpaduan kaum.

Sebelum itu kita lihat keletah UMNO yang ternyata cemas dan gundah apabila CSL menolak ketidak relevanan 'Ketuanan Melayu' yang ditaja oleh UMNO. Petikan daripada Utusan Meloya hari ini :


Jangan bermain api - Pemuda UMNO

JOHOR BAHRU 30 Nov. - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diingatkan agar jangan sekali-kali bermain api yang boleh membakar kemarahan orang Melayu dengan mengungkit atau mempertikaikan konsep ketuanan Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, isu tersebut termasuk kontrak sosial telah disepakati dan dipersetujui oleh semua pihak bagi memastikan kestabilan negara dicapai hingga ke tahap sekarang ini.

"MCA perlu ingat bahawa parti itu sebagai mekanisme pentadbir negara tidak perlu membangkitkan soal yang boleh memecah-belahkan perpaduan atau menimbulkan perasaan sangsi antara kaum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Soi Lek baru-baru ini yang menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu kini tidak relevan dan ditolak khususnya oleh golongan muda pelbagai kaum.

Soi Lek berkata, apa yang lebih penting ialah keseimbangan dalam perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN).

Rohazam berkata, MCA perlu memahami bahawa konsep itu tidak perlu dipersoalkan kerana ia boleh dilihat sebagai mengancam perpaduan kaum.

Katanya, konsep itu perlu dipertahankan kerana ia adalah faktor penstabilan dalam hubungan kaum dan seterusnya memastikan kelangsungan pembangunan negara bangsa.

"Jangan sekali-kali mengungkit isu yang sudah lama disepakati ini hanya semata-mata hendak menjadi hero," jelasnya.

Katanya lagi, Soi Lek perlu dikenakan tindakan oleh BN kerana sengaja menimbulkan kekacauan dan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

"Ia perlu sebagai pengajaran kepada pemimpin lain supaya jangan bermain dengan isu-isu sensitif," tegas beliau

*** Sambungan

Sokongan pelbagai bangsa terhadap BN semakin terhakis sejak PRU12 yang lalu. Ini terbukti apabila BN mendapat protes daripada kaum Cina dan India. Wujudnya HINDRAF dan Kelab Penyokong PAS daripada Masyarakat Tiong Hua memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat sehingga menatijahkan 5 buah negeri hasil daripada usaha keras menentang UMNO, BN dan Jentera Kerajaan yang diperkudakan.

UMNO ketika ini sedang dalam keadaan kritikal dihinggapi penyakit dalaman yang membarah. Skandal Kepimpinan, Rasuah Politik, Percakaran sesama sendiri dan 1001 kemelut sedang melanda. Hari ini, teman seangkatan pula memperlecehkan perjuangan yang dibawa oleh UMNO.

Apakah mungkin MCA terperasan bahawa 'Ketuanan Melayu' ala UMNO ini sebenarnya berpihak kepada golongan tertentu sahaja. Ketuanan Melayu digunakan untuk membolot projek-projek, mengembongkan poket dan perut sebilangan UMNO. yang kaya hanyalah sebilangan UMNO.

Apa terjadi kepada nasib Melayu setelah 50 tahun UMNO & BN memerintah Malaysia? Adakah Ketuanan Masyarakat Melayu terbela sekarang ini? Fikir-fikirkan... Sedarlah, Melayu hari ini masih mengharap subsidi, rasuah merasuah 'ala bilis', merempat di tanah sendiri. Siapa yang ajar? Tidak lain tidak bukan, UMNO.

Nah, hari ini kepercayaan komponen BN semakin terhakis. Kalau dulu mana mungkin MCA dan MIC berani mengusik 'Ketuanan Melayu'? tentu ada sebab... Bermula dengan tragedi hunus keris oleh hishamudin, ditambah pula dengan ketokohan, integriti pemimpin UMNO yang lemah. UMNO telah diserang keradangan dari dalam. Memang UMNO tak boleh diharap untuk membela nasib Melayu..

Wahai Melayu, ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS itu mengapa kamu tentang? Andai kata ISLAM berdaulat dibumi Malaysia ini, adakah Melayu akan ditindas, hilang dan lenyap? Tidakkah ramai didalam PAS itu orang Melayu? Yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini Orang Melayu? Yang menentang UMNO & BN itu demi menjamin nasib melayu lebih baik daripada hari ini? Melayu PAS yang tidak berlumba-lumba mengembongkan poket dan perut-prut mereka?

Islam adalah agama yang membela umatnya, memberikan rahmat ke atas semua bangsa diatas muka bumi ini.

HINDRAF itu melayu ke? kenapa dia menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Kelab Penyokong PAS itu melayu ke? kenapa pula memberikan sokongan yang padu kepada PAS. Keadilan semuanya melayu kah? kenapa pula boleh bekerja bersama-sama menegakkan keadilan. DAP itu melayu? kenapa pula duduk semeja dalam Pakatan Rakyat.

Yang nyata sebilangan daripada mereka ini dulunya daripada UMNO & BN. Keluar beramai-ramai kerana UMNO dan BN ini adalah sarang penyakit yang sukar diubati.

1 comments:

Anonymous said...

Bukan ketuanan Melayu yang tidak relevan sebenarnya, tetapi pemikiran dan mentaliti Chua yang tidak relevan. Membangkitkan isu yang tidak membina dan tidak perlu kepada pembangunan nasional.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy