Tuesday, April 29, 2008

Tafsir Al-Maidah ayat 82: Nabi Anjur Solat Ghaib Untuk Najasyi

0 comments

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Mengikut satu riwayat datang serombongan dari Najran, iaitu satu kabilah kabilah Arab yang menganut Kristian.

Mengikut satu riwayat lain, mereka ini dari Najran datang mendengar Nabi s.a.w. membaca ayat al-Quran lalu mereka menangis dan kemudiannya memeluk Islam.

Mengikut satu riwayat yang lain, Ja'afar bin Ab Talib r.a. sendiri pulang ke Madinah bersama-sama dengan 70 orang. Di kalangan mereka disertai 62 orang dari Habasyah serta lapan orang Nasrani (Kristian) dari negeri Syam.

Antaranya Buhairo' Ar-Rohib, seorang Rohib yang beribadat, Idris, Asyraf, Abrahah, Sumamah, Fusam, Duraid dan Aiman. Riwayat ini menyebut nama mereka yang datang dari negeri Syam secara satu persatu.

Mereka mendengar Rasulullah s.a.w. membaca ayat daripada Surah Yasin daripada awal sehingga akhirnya.

Apabila mereka mendengar surah Yasin mereka menangis seraya �berkata, "alangkah serupanya ini (ayat-ayat yang dibaca itu)�dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Isa a.s." Lalu mereka memeluk Islam dan Allah menurunkan ayat ini.

Sementara itu diriwayatkan oleh as-Suddi, seorang ulama tafsir bahawa Raja Habasyah, Najasyi, menjawab surat Rasulullah s.a.w. dan dia hendak berhijrah ke Madinah. Mengikut riwayat As-Suddi, dia mahu berhijrah tetapi mati di tengah jalan.

Mengikut satu riwayat yang lain, Najasyi telah menjawab surat Rasululah s.a.w. dan mengatakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia sendiri mahu berhijrah ke Madinah untuk menemui� Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berjalan kaki nescaya dia akan berjalan kaki untuk menemui baginda s.a.w. walaupun dia seorang raja yang memerintah negeri Habasyah. Ini menunjukkan tawaduknya Najasyi terhadap baginda s.a.w.

Bagaimanapun Najasyi telah meninggal dunia di Habasyah belum sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

Peristiwa kematiannya diberitahu oleh Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi s.a.w. memberitahu kepada para sahabatnya bahawa pada hari Najasyi telah meninggal dunia dan dia adalah seorang yang beriman.

Al-Quran diturunkan untuk menceritakan bagaimana kemuliaan hatinya. Nabi s.a.w. bangun seraya mengajak para sahabatnya bersembahyang ghaib untuk Najasyi.

Ini adalah sunnah ataupun ajaran Nabi s.a.w.yang berkait dengan sembahyang ghaib (sembahyang kepada jenazah yang jauh).

Diberitakan terdapat di kalangan rakyatnya yang memberontak tetapi Najasyi berjaya menentang pemberontakan itu serta �mengalahkan mereka. Najasyi meninggal dunia sebagai seorang yang beriman.

Allah Ta'ala menurunkan ayat ini bersebab daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Allah berfirman yang bermaksud, "engkau akan dapati (wahai Muhammad s.a.w.) manusia yang paling bermusuh dengan orang yang beriman itu adalah orang-orang Yahudi dan Musyrikin." (Surah al-Maidah: 82)

Dua golongan ini paling jahat dan paling bermusuh dengan orang Islam serta orang beriman. Mereka ini termasuk orang Yahudi yang terkenal dengan sifat jahat dan dengki mereka terhadap orang beriman. Mereka juga terkenal dengan sejarah, membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. di samping membunuh para ulama serta menghina mereka.

Ini adalah kerja orang-orang Yahudi termasuk menghina Nabi Muhammad s.a.w. Merekalah yang menasihatkan orang-orang Quraisy supaya membentuk tentera Ahzab bagi memerangi Rasulullah s.a.w.

Apabila mereka ditanya oleh orang-orang musyrikin kerana mereka (orang-orang Yahudi) terdiri daripada kalangan ahlil kitab, "manakah yang benar sama ada ajaran kami atau ajaran Muhammad?"

Lalu orang Yahudi menyembunyikan kitab. Mereka memberitahu kepada orang musyrikin, "kamulah yang betul manakala Muhammad adalah sesat."

Mereka mendorong orang-orang musyrikin memusuhi orang Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.

Sifat orang-orang Yahudi ini berpanjangan sehingga hari ini. Mereka paling bermusuh dengan orang Islam sampai sekarang sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dan sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.

Di kalangan merekalah yang merancang untuk meletakkan racun ke dalam makanan Rasulullah s.a.w. sehingga membawa kepada sakit dan wafatnya baginda s.a.w. - lanh

Read full story

Sekeping Gambar Seribu Makna

0 comments

p/s : Korang agak2 YDPA dan Permaisuri Agung akan senyum sedemikian ke kalo Pok Loh yg duk depan Baginda??
Read full story

Maksiat : Makan Aiskrim & Coklat??

1 comments
Assalamualaikum w.bt.

Seketika merehatkan badan diatas sofa amat menyelesakan setelah penat seharian bekerja. Penulis mencapai senaskah akhbar arus perdana yang terletak diatas meja. Sememangnya dirumah penulis tiada akhbar arus perdana yang dilanggan tetap kerana teramat lemah dari sudut kredibilitinya.

Penulis terpandang kepada beberapa artikel diruangan tengah akhbar tersebut. Ruangan itu menyiarkan surat yang dikirim oleh pembaca yang kebuntuan kepada penulis kolum tersebut. Daripada 2 artikel yang disiar, pengirim tersebut tanpa segan silu mengakui bahawa mereka telah acap kali 'terlanjur'. Malahan ada yang mengaku telah melakukan perkara terkutuk itu sebanyak tidak kurang daripada 8 kali.

Pada pengamatan penulis, inilah produk daripada generasi 'Islam Hagari', perkara yang telah jelas diharam oleh Al-Quran telah menjadi perkara biasa seolah-olah 'Makan Aiskrim & Coklat' , "Kalau makan sikit-sikit dan jarang-jarang tidak mengapa" jawab orang tua, "tapi kalau makan banyak-banyak, nanti sakit dan rosak gigi". Begitulah dapat diibaratkan terhadap segala gejala sosial dan kebobrokan moral yang melanda bukan sahaja remaja, malahan segenap lapisan masyarakat didalam negara kita.

Penulis terkejut apabila melihat halaman depan sebuah akhbar tabloid yang memaparkan gambar sekumpulan manusia sedang berpesta liar di Pulau Perhentian, Terengganu. Rata-rata dikalangan mereka adalah anak muda yang berusia sekitar 20- 30 tahum. Diwaktu malam pesta tersebut mereka bukan sahaja disajikan dengan arak dan tarian, malah turut sama adalah aktiviti menjualbeli dan menghisap beberapa jenis dadah dan pil khayal. Disamping itu, mereka turut bertukar-tukar pasangan melakukan hubungan seks. Itu yang penulis baca daripada akhbar tersebut.

Apa pun penulis tertanya-tanya apakah ini industri pelancongan yang berjaya dihasilkan oleh generasi 'Islam Hagari'? Membantu untuk menambahkan ekonomi umat Islam di Pulau Perhentian? Tidak hairanlah betapa Deris Jusoh ingin memberikan pambangunan yang lebih di Besut berbanding kawasan lain dizaman pemerintahannya. Rupanya ada agenda menambah duit di poket sendiri dengan membiarkan kebejatan akhlak yang meruncing melanda rakyat negeri ini. Tahniah Deris !!
Read full story

Pelajar PASTI, pemimpin masa depan Islam

0 comments

KUALA TERENGGANU, 28 April (Hrkh) - PAS menaruh keyakinan bahawa pendidikan asas Islam yang diterapkan melalui Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) sejak dua dekad lalu mampu melahirkan generasi kepimpinan yang berjaya.

ImageYang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata pendidikan Pasti yang diwujudkan oleh PAS mampu melahirkan generasi kepimpinan Islam yang hebat.

Ini kerana, katanya telah ramai di kalangan bekas pelajar Pasti tersebut berjaya dalam pelajaran serta melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Universiti-universiti tempatan dan luar negara.

"Kita (PAS) yakin dengan mutu dan taraf pendidikan di pusat-pusat Pasti yang diwujudkan sejak 20 tahun lalu kerana telah ramai di kalangan lepasan pelajar Pasti yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.

"Ramai yang pernah mendapat didikan di Pasti dapat melanjutkan pengajian di Universiti tempatan dan luar negara.

"Saya yakin ada yang boleh menjadi pemimpin Islam yang berjaya demi masa depan negara," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Pasti Peringkat Kuala Nerus, di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Wakaf Tengah, semalam.

Menurutnya, aktiviti bersukan bukan perkara baru dalam Islam kerana pernah dilakukan sejak di zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

ImageKatanya, aktiviti sukan yang digalakkan dalam ajaran Islam adalah berkuda, memanah dan berenang.

Bahkan, katanya Rasulullah s.a.w. sendiri pernah melakukan aktiviti bersukan dengan berlumba lari bersama Aisyah r.a sebagai garis panduan kepada umat Islam hari ini.

"Aktiviti bersukan ini untuk melahirkan para pelajar Pasti yang cergas, tangkas dan sihat tubuh badan termasuk jiwa, emosi dan mental kerana semakin maju dunia semakin banyak penyakit, dan kesihatan jiwa (emosi) yang kita utama.

"Nabi SAW pun pernah main lumba lari dengan Aisyah r.a dan kadang-kala Nabi s.a.w. menang, kadang-kala Aisyah r.a yang menang termasuk juga aktiviti memanah dan berenang digalakkan oleh Islam," jelasnya.

Apa yang penting, katanya melahirkan generasi umat Islam yang berjaya serta bakal menerajui perjuangan Islam di negara ini.

Beliau mahukan agar pemerintahan Islam dikembalikan serta dapat didaulatkan semula di negeri Terengganu Darul Iman. - mks.

Sumber : Harakah

Read full story

Thursday, April 24, 2008

Nak Royat Lagi

0 comments
Penulis mungkin tidak akan menulis kebelakangan ini kerana ada beberapa tu gasan penting yang musti didahulukan....

So, harap bersabar untuk perkembangan blog ini...
Read full story

Tuesday, April 22, 2008

Konvoi ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan

0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf, artikel ini sepatutnya telah lama diupdate. Tapi ianya tertangguh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dungun : ARC Kawasan Dungun telah berjaya melaksanakan aktiviti yang ditangguhkan pada hujung tahun lepas iaitu Konvoi Bermotor ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan pada 4 & 5 April yang lalu. Satu pakej yang menarik telah ditawarkan oleh ARC Dungun kepada para peserta konvoi tersebut. Peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 35.00 dan mendapat pulangan voucher minyak sebanyak RM 20.00. Sementara segala makan minum dan tempat tinggal disediakan oleh urusetia program.

”Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan rider disamping menerapkan nilai-nilai disiplin sebagai seorang penunggang yang berhemah. Ianya juga bertujuan bagi membendung mereka terlibat dengan gejala yang tidak berhemah” kata pengarah konvoi, En Ahmad Roslin.

Seramai 120 orang telah menyertai konvoi ini manakala 70 buah motorsikal telah berarak diatas jalan raya menuju ke Kota Bharu, Kelantan. 10 buah motorsikal berkuasa tinggi bertindak sebagai marshall untuk mengiringi konvoi tersebut.

Program ini dimulakan dengan bacaa doa oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh A-Hafiz dan dilepaskan Oleh YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang merupakan ADUN Sura bertempat di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin, Sura Gate. Disamping itu juga kelihatan beberapa kenderaan 4 x 4 turut mengiringi konvoi tersebut. Turut kelihatan adalah sebuah kenderaan Firt Aider yang dianggotai Unit Amal Kawasan Dungun lengkap dengan peralatannya mengiringi konvoi tersebut.

Penulis diberikan sekeping handout ketika menyaksikan acara pelepasan tersebut. Ternyata persediaan yang begitu baik dilaksanakan oleh penganjur untuk aktiviti pertama mereka. Penulis difahamkan konvoi tersebut telah melawat beberapa tempat yang menarik di negeri serambi mekah itu. Penulis listkan disini :

special pose bersama Ust Nik Abduh Nik Aziz

  1. Pondok Pasir Tumboh : disambut oleh adik YB Ust Baihaqi Atiqullah (YB bz agaknye)
  2. Pusat Latihan PASTI Negeri Kelantan : terdisambut oleh YB Wan Ubaidah (DUN Kijang) kebetulan beliau ada disitu. Seterusnya sesi bersama dengan YB Zaki Ibrahim (Ketua DPPN Kelantan)
  3. Malam xtvt bebas : Wakaf Che Yeh kot...
  4. Pulau Melaka : Solat Subuh & Kuliah bersama YAB MB Kelantan dan seterusnya mendengar taklimat daripada SMA Maahad Darul Anuar.
  5. Bandar Kota Bharu : peserta tidak melepaskan peluang membeli belah di Pasar Siti Khadijah.
  6. PUTIK : bersama Urusetia Belia, Sukan & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, terpaksa dipindahkan kesini kerana JKR 10 ada tamu lain.
  7. Pusat Ternakan Ikan Keli, Machang : masa ni peserta agak keletihan. Tengok ikan macam nak makan jer...

Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di Dungun jam 10.00 malam keesokannya.


khusyuk mendengar taklimat

di Pondok Pasir Tumboh

nape plak nih??

Bersama Tok Guru MB yg dikasihi

YB bersama mengaminkan doa

Marshall memastikan keselamatan peserta

Artikel ditulis oleh : SamarQondy
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy