Wednesday, May 28, 2008

Bush Dikelukan Lidahnya Oleh ALLAH

0 comments
video


Bismillahirrahmanirrahim.....

Padan muka...Inilah akibatnya org yang tak tahu menilaikan Al-Quran dan menghina Islam....hukumannya dibayar cash!




Dalam video ini Bush sedang memberikan ceramah dengan mengatakan Al-Quran mengajar keganasan. Tetapi sebelum beliau habis ucapan tersebut, Allah telah kelukan lidahnya.......... Lihat dan dengar video ini baik-baik...........................

Allahuakbar......Allahuakbar.....Allahuakbar.....

p/s : Video ini penulis terima daripada seorang sahabat melalui email. Semoga mendapat pengajaran bersama

Read full story

Monday, May 26, 2008

Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani

0 comments
Negara Palestin sering dikaitkan dengan wilayah-wilayah yang masyhur seperti Baitulmaqdis (Jerusalem), Gaza dan Baitullahm yang merupakan tempat terpenting dan melakar sejarah tersendiri kerana pelbagai peristiwa, kisah, agenda tertentu melandanya.

Apatah lagi wujud Masjid al-Aqsa dalam jajahan Baitulmaqdis yang disebut oleh al-Quran berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Masjidilharam.

Kerana pentingnya Masjid al-Aqsa, maka Panglima Salahuddin al-Ayubi rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membebaskannya daripada cengkaman dan penaklukan tentera Salib yang diketuai 'Raja Richard the Lion Heart' dari England bersama tentera-tentera Eropah lain seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.


Walaupun beliau (Salahuddin) bukan daripada keturunan bangsa Arab, isu Masjid al-Aqsa tidak dianggapnya isu bangsa malah isu agama kerana ia adalah kiblat pertama orang Islam.

Beliau telah berjaya menarik minat dan memikat hati banyak pihak khususnya di kalangan bangsa Arab untuk menyertainya dalam satu pakatan tentera Islam mengusir keluar tentera-tentera Salib dari bumipada Anbiya' itu.

Siapakah sebenarnya Salahuddin?

Beliau adalah Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub, lahir pada 532 Hijrah/1138 Masihi di Tikrit, Iraq daripada rumpun bangsa Kurdis, meninggal pada tahun 589 Hijrah/1193 Masihi di Damsyik.

Pengasas Daulah Ayyubiah dan bergelar Sultan Salahuddin, seorang pahlwan Islam yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib Kristian.

Persoalannya, mengapakah suatu ketika dahulu 'Salahuddin Al-Ayubi' bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitulmaqdis ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah sedangkan beliau sendiri bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah daripada keturunan Kurdis, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersempadan dengan Turki.

Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu daripada bumi Palestin.

Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitulmaqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri?

Sebaliknya Salahuddin ketika pada penghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada serangan tentera Kristian Eropah.

Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin bertindak demikian adalah kerana kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya' yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj.

Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitulmaqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.

Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini."

Alangkah baculnya ketua tentera Salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak Salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam.

Bagi Salahuddin, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Tanggal hitam 15 Mei 1948

Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.

Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.

Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam.

Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.

Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.

Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.

Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.

1948 dikenali sebagai tahun perang Arab�Israel

Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel.

Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.

Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.

Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir.

Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat.

Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Tragedi Sabra dan Shatila

Umum di kalangan umat Islam mengetahui, bahawa Yahudi adalah satu bangsa yang paling jahat di dunia, justeru Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: Tidak akan boleh dua agama berada dalam satu negara (ia merujuk kepada Semenanjung Tanah Arab iaitu antara Islam dan Yahudi).

Pada zaman pemerintahan Sayidina Omar bin al-Khattab, beliau telah mengusir saki baki etnik Yahudi yang masih tinggal di Madinah, ekoran daripada peristiwa pengusiran itu, maka bangsa Yahudi tidak ada sebuah negara khusus, ada di kalangan mereka yang bertempiaran lari ke Eropah, Asia, Amerika dan benua Afrika yang dikenali sebagai Fallasyah.

Mereka menyimpan rasa dendam kesumat khususnya terhadap bangsa Arab dan agama Islam, justeru mereka akan perlakukan apa sahaja terhadap orang Arab tidak kira orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak walaupun ia dianggap melanggar hak asasi manusia, sehingga hari ini kekejaman mereka tidak diseret ke mahkamah antarabangsa.

Penyembelihan Sabra (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israel, oleh Nasrani Lubnan sebagai bukti kekejaman mengatasi undang-undang.

Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai 'penghapusan kaum (genocide)' - satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Tuduhan terhadap Israel

Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan.

Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israel, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange.

Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israel terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israel telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri Kabinet Israel.

Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera.

Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut.

Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan.

Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Terbentuk Hamas bagi pembebasan al-Aqsa

Hamas adalah singkatan Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Penentang Islam merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihan raya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Berikutan pilihan raya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.

Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Ismail Haniyeh.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun.

Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin.

Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru.

Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihan raya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah.

Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu.

Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan.

Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas.

Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dibom hingga mati

Bagi mengurangkan pengaruh jihad di kalangan rakyat Palestin, maka rejim Yahudi telah mengupah tali barutnya di kalangan rakyat dan bangsa Arab Palestin sendiri supaya memantau kegiatan yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad Yasin, bukan sahaja pengasas Hamas, malah beliau dianggap sebagai pemimpin kerohanian yang membangkitkan semangat jihad menghadapi golongan Yahudi.

Risikan demi risikan melibatkan jangka waktu tertentu, hingga pada tarikh 20 Mac 2004, setelah selesai solat Subuh, Syeikh Ahmad keluar dari masjid dan satu serangan peluru berpandu dilancarkan dari bumi Israel menepati tubuh badan al-marhum Syeikh Ahmad yang menyebabkan beliau syahid di situ juga.

Pada 17 April 2004, giliran pemimpin Hamas, Dr Abdul Aziz Rantisi pula menemui syahid, apabila beliau dibedil oleh serangan helikopter yang menyebabkan beliau mati syahid, kepimpinan Hamas diterajui oleh Khaled Masy'al yang berada dalam buangan di Damsyiq, Syria hingga ke hari ini.

Nakbah 60 tahun Palestin perlu sambut perjuangan ulama

Sejarah Palestin telah mencatatkan beberapa individu di kalangan pahlawan dan ulama Islam yang tidak kurang penting untuk disambut sebagai membangkitkan cetusan jihad menentang musuh Allah yang tidak akan berkesudahan hingga berlakunya kiamat.

Nama-nama seperti Sultan Salahuddin al-Ayubi, Imam Syahid Hasan al-Banna, Syeikah Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi perlu diajarkan kepada para remaja bagi mengembalikan kemuliaan Islam di dalam negara masing-masing bagi mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna.i
Read full story

Oooh Negaraku...

0 comments
Assalamualaikum...

Sekalung tahhniah diucapkan kepada Peguam Negara yang diterajui oleh Abd Gani Patail kerana telah berjaya menggugurkan satu lagi kedaulatan negara kepada Singapura. Hari ini Pulau Batu Putih pula diserahkan kepada Singapura. Apa lagi yang hendak diserahkan selepas ini? Tentunya anda terbayangkan Wilayah Pembangunan Iskandariah (WPI) di Johor.

Sekarang kita melihat betapa Malaysia yang tercinta ini dibogel dan dilacurkan oleh orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi disebalik agenda pembangunan didalam negara kita, yang mempunyai akses dan autoriti untuk berbuat demikian. Adakah rakyat seharusnya menonton rancangan ini seperti menonton tv dirumah?
dimana perginya ketuanan melayu yang memperjuangkan bangsa dan tanah air?

Masihkah kau ingat kata-kata keyakinan dan angkuh Ghani Patail bahawa pihak Malaysia tiada masalah untuk menang. Kerana sejarah, kerana logistiknya terletak hanya 7 batu berbanding 25 batu dari Pulau Singapura.


Ghani Patail dan pasukannya harus bertanggungjawab diatas kekalahan ini. Seolah kedaulatan negara ini boleh dipersenda dan dipandang enteng oleh negara lain. Dia harus meletakkan jawatan sebagai Ketua Peguam Negara. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata amat lemah dan dangkal, hanya bersandarkan kepada sejarah semata-mata. seharusnya institusi perguaman ini juga di'reform' untuk memperbaiki kedaulatan negara.

Kini Kerajaan dan media Umno mula bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang! Tidakkah anda semua terluka dengan pernyataan sebegini?

Mana perginya mereka menjulang keris? Kononnya akan amuk sebarang ancaman yang datang? akan memperjuangkan bangsa dan tanah air. Poorah....!! ada apa dengan keris itu? ada apa dengan UMNO ? dan ada apa dengan kerajaan UMNO dan BN? semuanya sandiwara semata-mata. semuanya tidur tatkala kedaulatan negara dicabul. Memang tepat tindakan Tun Dr M keluar UMNO. Semuanya haprak. Agenda pembangunan poket sendiri dan keluarga juga yang diutamakan.....
Read full story

Wednesday, May 21, 2008

Mahathir Berundur Daripada UMNO

0 comments
Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengatakan dirinya mengundurkan diri dari parti UMNO yang berkuasa, sebagai protes terhadap kepemimpinan perdana menteri saat ini, Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyatakan pengunduran diri tersebut dalam suatu pertemuan di Alor Star yang dihadiri sekitar 1.000 orang yang kebanyakan anggota UMNO setempat.

Bekas Presiden UMNO itu juga mengatakan, dia berundur dari parti tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan parti sekarang yang "gagal membela nasib orang Melayu di negara ini".


Mokhzani, anak lelaki Mahathir mengatakan, ayahnya ingin anggota-anggota lain partai juga mundur, untuk memberi tekanan yang lebih besar kepada Badawi, agar meletakkan jabatan sebagai perdana menteri.

Ketika memberi komen pengumuman Mahathir, PM Ahmad Badawi mengatakan, dia tidak akan tunduk kepada desakan Mahathir, seperti diberitakan oleh agensi berita Malaysia, Bernama.

Sementara itu, bendahari UMNO, Abdul Azim Zabidi, mengatakan kepada BBC bahwa langkah Mahathir ini hanya akan memperkeruh suasana.

Zabidi berpendapat seharusnya para anggota UMNO memperkokoh posisi partai."Yang penting sekarang untuk ahli (anggota) UMNO adalah kita mencari penyelesaian masalah yang sedang dihadapi," kata Abdul Azim.

Mahathir memimpin Malaysia dan UMNO (United Malays National Organisation) selama sekitar 22 tahun.

Dia mundur dari kursi PM dan menyerahkan jabatannya kepada penerus pilihannya, Abdullah Badawi.

Namun, Mahathir kemudian menjadi pengecam lantang pemerintahan Badawi dan sejak pemilihan umum baru-baru ini yang menghasilkan dukungan terendah bagi
UMNO, dia meneruskan kempennya untuk menuntut Abdullah Badawi mundur.

Dalam pilihanraya umum tahun 2004 atau beberapa bulan setelah Mahathir Mohamad menyerahkan kekuasaan ke Perdana Menteri Abdullah Badawi, Barisan Nasional meraih 199 suara dari 219 kerusi atau hampir 91 peratus.

Dalam pilihan raya awal 2008, kubu pembangkang yang terdiri dari tiga parti, PAS, DAP dan PKR meraih 82 kerusi dari 222 kerusi parlimen.

Pembangkang juga kini sekaligus memerintah di lima dari 13 negeri di Malaysia, iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Penang, dan Selangor. Berita ikhsan BBC

Berita TKO.FM 20 Mei 2008

Read full story

Monday, May 19, 2008

PENGAJARAN DARI PERANG HUNAIN

0 comments
Perang Badar baru saja selesai. Namun, peristiwa itu tidak mungkin hilang begitu saja dari benak fikiran para sahabat. Ini kerana Badar merupakan pengalaman mereka yang pertama dalam keramaian genderang perang.

Ketika perang Hunain (berlaku pd 3 syawal) berakhir dengan kemenangan kaum muslimin, Rasulullah SAW dan kaum muslimin mendapatkan harta rampasan perang yang melimpah. Perang ini berlaku pada tahun ke-8 hijrah. Dengan penaklukan kota Mekah, kaum kuffar Arab akhirnya bergabung, bersedia menyerang kaum muslimin. Bahkan, mereka turut membawa anak isteri mereka juga harta benda yang mereka miliki. Perang yang akan merka tempuh seolah-olah perang pertarungan harga diri sehingga mereka harus membawa semua yang mereka miliki untuk berada dalam kafilah perang mereka.


Di pihak lain, kaum muslimin yang berjumlah 10 ribu orang anggota yang telah menyerbu dan menakluk kota Mekah sudah bersiap sedia berangkat ke Hunain. Pasukan ini telah pun ditambah dengan dua ribu orang mualaf, orang yang baru masuk Islam dari penduduk Mekah. Sebuah penghormatan dan harga diri kadang kala menjadi suatu yang amat berharga sehingga apaun yang dimiliki dapat dikerahkan untuk mendapatklan kembali harga diri tersebut. Begitulah yang terjadi kepada orang-orang Arab yang merasa kehormatannya diragut oleh umat Islam Madinah yang berhasil menduduki dan menakluk kota Mekah.Puncak perjuangan kaum kuffar untuk kembali merebbut kehormatan dan harga diri mereka adalah dengan menentang umat Islam.

Jumlah pasukan Islam yang banyak yang bersedia untuk berperang melawan kuffar Arab iaitu dalam 12 ribu orang telah menimbulkan sikap ghurur (bangga diri) pada sebahagian kaum muslimin. Mereka beranggapan bahawa jumlah pasukan umat Islam yang besar akan mudah mengalahkan pasukan kuffar Arab sehingga mereka meremehkan kekuatan musuh. Penyakit ghurur ini menjadikan maknawiyah pasukan Islam menjadi kendur. Mereka kurang bersandar kepada Allah sebagai sumber kekuatan. Hal ini kerana secara manusiawi mereka jauh lebih besar daripada pasukan musuh sehingga tidak terdorong atau melupakan bahawa sumber kemenangan adalah daripada Allah SWT, sama seperti maknawiyah kafir Quraisy ketika mereka menghadapi pasukan Islam di Badar. Akan tetapi, mereka yang sudah ditempa dengan tarbiyah Rasulullah SAW tergerak dan segera menyusun kembali barisan untuk menguasai keadaan sehingga pertempuran itu berakhir dengan kemenangan.

Kemenangan kaum muslimin mendatangkan banyak harta rampasan perang dan tawanan, 6 ribu orang tawanan, 24 ribu unta, 40 ribu lebih kambing, dan 4 ribu lebih uqiyah perak.

Pembahagian Harta Rampasan Perang

Ketika perang berkahir dan setelah beberapa lama Rasulullah menunggu kaum Hawazin yang mungkin datang untuk menebus tawanan mereka di Ji’ranah. Rasulullah SAW membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada para muallaf, pemuka Mekah yang belum lama masuk Islam, dengan jumlah yang cukup besar untuk mengikat hati mereka.

Abu Sufyan diberi 40 uqiyah dan 100 ekor unta, kemudian Abu Sufyan ,meminta bahagian anaknya, Yazid. Rasulullah SAW meluluskan permintaan Abu Sufyan itu dengan memberikan anaknya jumlah yang sama seperti yang beliau perolehi. Begitu juga dengan anaknya yang bernam Mu’awiyah. Rasulullah SAW memberikannya dengan jumlah yang sama. Kepada Hakim bin Hizam, Rasulullah SAW memberikan 100 ekor unta, kemudian dia meminta lagi dan memberikannya tambahan 100 ekor lagi. Shafwan bin Umayyah diberi 100 ekor unta, kemudian 100 ekor lagi, dan ditambah lagi dengan 100 ekor.

Al-Haritsah bin Al-Harits bin Kaladah diberi 100 ekor unta dan beberapa pemuka Quraisy yang lain juga memperolehinya. Selain mereka, ada juga yang mendapat 50 ekor unta, 10 ekor unta, 5, 4, sehingga dikhabarkan bahawa Rasulullah memberikan setiap muallaf yang meminta atau minta tambahan bahagian dan baginda tidak takut miskin. Orang-orang Arab berkerumun meminta bahagian harta sampai baginda terdesak ke sepohon pokok hingga baju baginda terlepas. Baginda berkata, “ Wahai kalian, kembalikan bajuku, demi Zat yang diriku di tangan-Nya, andaikan aku memiliki tanaman di Tihamah, maka aku akan memberikannya kepada kalian dan kalian tidak memanggilku sebagai orang kikir, takut, dan berdusta”.

Kemudian, bagindapun berdiri di samping unta miliknya sambil memegang sebiji gandum dan bersabda, “Wahai manusia, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk biji gandum ini, kecuali seperlimanya dan seperlima itupun sudah aku serahkan kepada kalian”.

Setelah membahagikan rampasan kepada para muallaf, kepada orang-orang yang baru masuk Islam dan kepada orang yang hatinya masih lemah, Nabi Muhammad SAW memanggil Zaid bin Tsabitagar mengumpulkan sisa harta rampasan perang serta memanggil semua sahabat. Masing-masing sahabat mendapat 4 ekor unta dan 40 ekor kambing. Untuk penunggang kuda, diberikan 12 ekor unta dan 120 ekor kambing.

Pembahagian ini berdasarkan pertimbangan yang sangat matang dan bijaksana. Di dunia, seseorang lebih mampu menerima kebenaran melalui perutnyadaripada akalnya, sebagaimana binatang yang digiring ke kandangnya dengan memancingnya melalui dedaunan. Begitu juga manusia yang memerlukan variasi pujukan untuk menyusupkan keimanan.

Komentar Terhadap Tindakan Rasulullah SAW

Tindakan dan langkah baginda tidak difahami oleh sebahagian sahabat sehingga timbul pelbagai komentar yang tidak sedap didengar. Di antara sahabat yang tidak dapat menerima tindakan Rasulullah SAW ini adalah orang-orang Ansar, padahal merekalah yang paling banyak dilibatkan oleh Rasulullah pada saat-saat krisis hingga suasana pertempuran yang mula kelihatan kalah menjadi sebaliknya dapat dikuasai keadaan. Mereka tidak menerima bahagian daripada harta rampasan perang Hunain.

Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, ia berkata, “Setelah Rasulullah SAW membahagi-bahagikan bahagian rampasan perang kepada orang-orang Quraisy dan kabilah-kabilah Arab, sedangkan orang-orang Ansar tidak mendapat apa-apa bahagian, maka kemudian tersebarlah sosek-sosek di antara mereka, ada yang berkata, “Demi Allah, Rasulullah SAW telah bertemu kaumnya sendiri”.

Lalu Saad nbin Ubadah datang ke tempat baginda seraya berkata, “Wahai Rasulullah, di hati orang-orang Ansar ada perasaan tidak puas hati terhadap engkau kerana pembahagian harta rampasan perang yang telah engkau lakukan. Engkau membahagi-bahagikan nya kepada kaum engkau sendiri dan engkau memberikan bahagian yang amat besar kepada beberapa kabilah Arab, sedangkan orang-orang Ansar itu tidak mendapat apa-apa”.

Kemudian Rasulullah SAW bertanya, “Kalau demikian keadaannya, engkau berpihak kepada siapa wahai Saad?” Saad pun menjawab, “Wahai Rasulullah, tidak ada pilihan lain kecuali aku ikut bersama kaumku”.

“Kalau begitu kumpulkan kaummu di tempat ini!” kata Rasulullah SAW kepada Saad.

Kemudian Saad mengumpulkan semua orang Ansar di tempat yang ditunjukkan Rasulullah. Ada beberapa Muhajirin hendak ikut masuk, namun mereka tidak diperkenankan masuk daan hanya orang-orang Ansar sahaja yang masuk ke dalam tempat itu. Setelah semua orang Ansar telah berkumpul, maka Saad memberitahu Nabi SAW dan baginda pun datang berjumpa dengan mereka.

Taujih Rasulullah SAW

Setelah memuji dan mengagungkan Allah, baginda bersabda, “Wahai kaum Ansar, aku sempat mendengar sosek-sosekdari kalian dan dalam diri kalian ada perasaan tidak puas hati terhadapku. Bukankah dulu aku datang ketika kalian dalam keadaan sesat dan Allah memberikan petunjuk kepada kalian? Bukankah dahulu kalian adalah miskin lalu Allah membuat kalian menjadi kaya dan hati kalian bersatu?”

Mereka menjawab, “Begitulah, Allah dan rasul-Nya lebih murah hati dan banyak kurnianya”.

“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai orang Ansar?”

Mereka menjawab, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasul? Segala anugerah dan kurnianya hanyalah milik Allah dan Rasul-Nya”.

Lalu baginda bersabda, “Demi Allah, jika kalian mahu, kalian perlu membenarkan dan dibenarkan, maka kalian boleh katakan, “Engkau telah datang kepada kami ketika engkau didustakan kaum engkau, kami menerima engkau. Ketika engakau dalam keadaan lemah, kamilah yang menolong engkau. Ketika engkau diusir, kamilah yang memberikan tempat. Ketika engkau dalam keadaan papa, kamilah yang menampung engkau”.

Setelah mengingatkan orang-orang Ansar bahawa mereka lebih berjasa kepada Rasulullah SAW dari orang-orang Quraisy, baginda kemudian bersabda, “Apakah di dalam hati kalian masih terdetik hasrat kepada dunia yang dengan keduniaan itu sebenarnya aku hendak mengambil hati segolongan orang agar masuk Islam. Sementara terhadap keislaman kalian aku tidak lagi meragukannya? Wahai sahabat Ansar, apakah di hati kalian tidak berkenan jika mereka membawa pulang kambing dan unta, sedangkan kalian pulang bersama Rasulullah ke tempat tinggal kalian?”

Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah, tentu aku termasuk golongan Ansar. Jika para sahabat menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah yang lain, tentu aku akan memilih celah yang dilalui oleh orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar, dan cucu orang-orang Ansar”.

Setelah mendengar taujih dari Rasulullah SAW yang mengajak mereka mendahulukan akhirat dan nikmat yang besar, mereka pun menitiskan air mata hingga janggut mereka basah lembab dengan air mata sambil berkata, “Kami redha tindakan Rasulullah dalam urusan bahagian dan pembahagian. Setelah itu, mereka bersurai dan kembali ke tempat mereka semula”.

Renungan Peristiwa Hunain

Kejadian pembahagian rampasan perang ini merupakan tarbiyah bagi para sahabat. Kadang kala ketika kita merasa sudah banyak berbuat untuk dakwah, maka kita merasa bahawa kita berhak atas semua keuntungan duniawi dari dakwah. Oleh itu, seperti kejadian Hunain, sebahagian sahabat merasa bahawa mereka lebih berhak atas rampasan perang Hunain dibandingkan dengan orang-orang Quraisy yang baru masuk Islam ketika Fath Al-Makkah.

Ketika hati kita dipenuhi dengan rasa protes kerana kita merasa bahawa jasa kita tidak dihargai, maka prasangka pun akan menghinggapi hati kita sehingga dugaan buruk terhadap lain menguasai kita, seperti yang berlaku kepada orang-orang Ansar pada peristiwa pembahagian harta rampasan perang.

Yang lebih berbahaya adalah jika kekecewaan atas tindakan itu menular kepada orang lain sehingga suasana ukhrawi tidak terlihat.Yang ada sebaliknya, ejekan disebabkan kekecewaan dan tidak puas hati terhadap qiyadah. Jika keadaan ini tidak cepat diselesaikandengan penjelasa-penjelasa n daripada pihak qiyadah, maka tidak mustahil keadaan ini akan bertambah parah menjadi pergaduhan atau perpecahan.

Di pihak yang lain, sebagai seorang qiyadah, Rasulullah SAW menyedari bahawa tidak seluruh landasan tindakannya diketahui oleh para sahabat. Oleh itu, baginda berinisiatif untuk menjelaskan i’tibarat, dan konsider kepada para tentera. Ini perlu cepat dilakukan agar keadaan tidak bertambah teruk. Semakin cepat akan semakin baik, kecuali jika ada program atau rancangan yang lebih efektif untuk menyelesaikan keadaan seperti itu.

Kejadian Hunain telah berlalu sekian lama, tetapi pelajaran dan hikmah yang dapat diambil sentiasa mengalir bagai air dari pergunungan yang dapat menyegarkan dan menghilangkan rasa haus generasi penerus perjuangan. Mudah-mudahan Allah masih membuka hati kita agar kita dapat melihat sesuatu dengan benar dan hati pun tidak terfitnah, terjangkit penyakit dari keadaan yang sam,a dengan keadaan yang dialami oleh sahabt-sahabat Ansar pada masa-masa pertama perjuangan Islam. Wallahu a’lam...

Dipetik drp : UtaraOnline
Read full story

Presiden PAS PM Pertama Kerajaan Pakatan Rakyat – SU Perantau.

0 comments
The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/suhaimi.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan, Suhaimi Embong, meramalkan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri yang pertama sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan kelak. Beliau mengatakan demikian dalam tulisannya, Kalam Perantau – 16 September, Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat, yang disiarkan secara tetap oleh Buletin Online.

Katanya Anwar tidak wajar menjadikan politik Malaysia ini sebagai politik keluarga. Beliau boleh memilih rakannya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang telah berpengalaman menjadi Menteri Besar Terengganu sebagai Perdana Menteri sementara seperti yang dilakukan oleh AKP di Turki.



Menurutnya lagi, Ahli Parlimen (Bebas-Pasir Mas), Dato’ Ibrahim Ali juga mencadangkan kepada parlimen baru-baru ini, agar kerajaan yang mengalami krisis kepimpinan hari ini menukar kepimpinan negara. "Saya nak cadangkan jika rakyat sokong Yang Amat Berhormat Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya bersungguh

Sehubungan dengan itu kata beliau, ketika UMNO menyambut hari ulangtahunnya ke 62 pada 11hb Mei, 2008, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah mengumumkan seorang tokoh akademik dari sebuah universiti terkemuka yang juga penasihat kepada seorang Menteri akan dilantik sebagai Setiausaha Politiknya yang baru.
“Jika ini berlaku, saya yakin lebih ramai ahli-ahli akademik akan turut serta berhijrah kepada Pakatan Rakyat kerana mereka mahu lepas dari kongkongan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipaksakan keatas mereka sejak tahun 1974 lagi.” Kata Suhaimi

Sumber : BuletinOnline
Read full story

Sunday, May 18, 2008

SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal

0 comments
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

rashid uiam election seminar 170508"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).

SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.


"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat).

"Saya tidak menyatakan ia hanya datangnya daripada parti pembangkang tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak kami berbuat sesuatu demi menghilangkan kebimbangan akan berlaku penipuan dalam pilihanraya.

"Kami memang percaya bahawa untuk meyakinkan orang ramai (bahawa kami memang suruhanjaya bebas), kami harus berbuat sesuatu dan setidak-tidaknya kami bersetuju menggunakan dakwat kekal.

"Kami sangat serius (untuk melaksanakannya). Kami menggariskan peraturannya dan menyerahkan kepada kabinet," katanya.

Tahun lalu SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian pada 8 Mac dengan alasan keselamatan.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti telah dikesan oleh polis.

Siasatan tentang sabotaj itu tidak didedahkan dan sehingga kini tiada individu yang didakwa di mahkamah berhubung pembelian dakwat itu secara haram seperti didakwa oleh polis.

Selasa lalu, menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".

Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," katanya.

Menurut Abdul Rashid lagi, selepas dimaklumkan tentang keputusan kabinet itu, beliau diarahkan agar memikul sepenuhnya tanggungjawab susulan kontroversi akibat pembatalan dakwat kekal.

"Dan saya dipanggil dan dimaklumkan tentang perkara itu dan saya diminta memikul sepenuhnya tanggungjawab kerana bersetuju memperkenalkan dakwat kekal itu (pada awalnya).

"Saya pikul tanggungjawab itu sepenuhnya."

abdul rashid ec chairman house red paint splashed 060308 repaintBeliau berkata, sebagai pengerusi SPR selama bertahun-tahun, beliau memikul "tanggungjawab" bagi keputusan-keputusan kontroversi yang telah diambil suruhanjaya tersebut.

Abdul Rashid, yang akan bersara Disember ini, telah terlibat dalam pengendalian pilihanraya di Malaysia selama tiga puluh tahun.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR dan saya memang memikul tanggungjawab itu tetapi ia merosakkan saya dan rumah saya.

"Mereka mencampak cat merah pada rumah saya dan pintu pagar (foto kiri)," katanya.

Pada 6 Mac, dua hari selepas membuat keputusan kontroversi itu, beberapa individu yang tidak dikenali membaling cat merah di luar rumahnya di Bukit Pantai, Kuala Lumpur - kejadian yang disifatkannya "bermotifkan politik." Berita asal
Read full story

Saturday, May 17, 2008

KHUTBAH JUMAAT - Memperingati 60 Tahun Nakbah di Palestine

0 comments


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)
Maksudnya:
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)


Sidang Jumaat rahimahullah,
Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah ‘bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.
Sidang Jumaat rahimahullah,
60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain dibibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka, Manakala golongan Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa.

Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.
Istilah `Nakbah’ mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi. Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah,
Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? dan dimanakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sidang Jumaat rahimahullah,
Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.
وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِيحَ عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ لَفِى شَكٍّ۬ مِّنۡهُ‌ۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّ‌ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينَۢا (١٥٧)
Maksudnya:
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

PAKSI PENGETAHUAN
1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.
5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

PAKSI MAKNAWI (JIWA)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.
4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.

PAKSI AMALI / PRAKTIKAL

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah,
Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨)
Maksudnya:
Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau. (Surah al-Maidah: 78)

Dikeluarkan oleh Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

Read full story

Thursday, May 15, 2008

Doktor Kanak-kanak Yang Digeruni Rejim Zionis

0 comments
"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache". Siapakah manusia yg begitu berani memperlekehkan kecanggihan helikopter Apache ini ?

Nama Syeikh Ahmad Yassin bukanlah satu nama yang asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu Palestin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa selepas Haji Amin al-Husaini, beliaulah merupakan tokoh perjuangan kemerdekaan bagi rakyat Palestin. Tanpa mengenepikan Yasser Arafat yang lebih dikenali sebagai tokoh perjuangan Palestin di mata dunia, ternyata Syeikh Ahmad Yassin telah membuktikan kepada Allah, kepada rakyat Palestin dan juga kepada masyarakat dunia, bagaimana ikhlasnya beliau memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan juga Masjid al-Aqsa dengan mempertaruhkan nyawanya. Hasilnya beliau telah menemui apa yang dicita-citakannya selama ini pada 22 Mac 2004 apabila beliau syahid dibunuh oleh komando-komando rejim Zionis dengan tiga buah roket yang telah mereka lancarkan ke arahnya.


Dr Aziz yang digeruni rejim Zionis telah meninggalkan kita.

Kenapa kita masih berpeluk tubuh dan tidak mengambil peduli isu Palestin ?


Nama Syeikh Ahmad Yassin tidak akan lengkap tanpa digandingkan dengan tokoh seperjuangannya. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Dr. Abdul Aziz al-Rantissi. Sebagai timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin di dalam gerakan HAMAS, beliau juga dilihat sebagai tokoh perjuangan rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Berikut adalah serba sedikit profil mengenai tokoh yang telah mengatakan : "Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. JIka saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache". Beliau telah mendapatkan apa yang beliau hajati!

Biografi ringkas

Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 / 10 / 1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak di antara Asqalan dan Jaffa di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama para puluhan ribuan pelarian yang lain, pada waktu itu umurnya hanya berusia enam bulan. Di perkhemahan tersebutlah beliau membesar bersama sebelas orang adik beradiknya yang lain (sembilan lelaki dan dua orang perempuan).

Dynamic Duo Dalam Kenangan


Pendidikannya

Sebagai seorang yang mempunyai otak yang cerdik beliau amat cemerlang di dalam pembelajarannya. Ketika baru berusia enam tahun sahaja beliau telah memulakan persekolahannya di salah sebuah sekolah di kawasan perkhemahan tersebut. Di usia sebegini muda juga beliau terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan keluarganya yang besar dan miskin dan juga kehidupan mereka yang amat perit di kawasan perkhemahan yang serba daif. Pada tahun 1965 beliau telah menamatkan pembelajaran menengahnya dan melanjutkan pelajarannya ke Fakulti Perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir. Di Fakulti tersebut beliau telah lulus dengan cemerlang dan telah menamatkannya pada tahun 1972 . Pada tahun 1976 beliau telah mengakhiri pelajarannya di peringkat sarjana (master) dalam pengkhususan peditriasi (perubatan kanak ? kanak), dan memulakannya kerjanya sebagai doktor peru batan di Hospital Nasir (Pusat perubatan utama di kawasan Khan Yunus).

Penglibatannya di dalam perjuangan

Bapa kepada enam orang anak (dua lelaki dan empat perempuan)dan sepuluh orang cucu ini telah mula aktif dengan gerakan islam dan aktiviti ? aktiviti islam semenjak beliau menuntut di Universiti Iskandariah lagi. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau amat aktif dengan kerja ? kerja amal, kebajikan dan dakwah seawal beliau memulakan perkhidmatannya di Khan Yunus. Antara penglibatan awalnya ialah sebagai jawatankuasa di peringkat pusat Majma Islamiy (sebuah pertubuhan islam di Gaza), pimpinan persatuan doktor ? doktor Arab cawangan Gaza dan juga antara pihak pengurusan pertubuhan bulan sabit merah Palestin. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang perubatan kanak ? kanak dan juga biologi di Universiti Islam Gaza bermula dari tahun 1978.

Pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel. Pada 5 / 1 / 1988 beliau telah dipenjarakan buat kali kedua selama 21 hari di atas kesalahan yang sama. Keengganan beliau membayar cukai tersebut kerana kengganannya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap bumi tercintanya Palestin. Ketegasan beliau ini merupakan bibit ? bibit yang membawa kepada pembentukan keperibadiannya sebagai pemimpin sebuah gerakan islam yang berjaya menggoncang Israel di masa ? masa mendatang.

Bersama dengan rakan - rakan seperjuangannya yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwanul Muslimin beliau telah mengasaskan gerakan ?HAMAS? pada tahun 1987 untuk memulakan kembali penentangan bersenjata terhadap Israel yang telah lama ditinggalkan oleh orang ? orang Arab dan kaum muslimin. Gerakan ini telah berjaya meletuskan gerakerja baru di dalam metod penentangan terhadap rejim Zionis. Gelombang ?Intifadah? yang telah diilhamkan oleh gerakan HAMAS telah membawa anak ? anak muda Palestin untuk keluar ke jalan ? jalan raya untuk bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Pembunuhan tentera ? tentera Israel dan juga kemusnahan yang minor berjaya dilakukan oleh HAMAS. Operasi ? operasi ketenteraan terhadap konvoi tentera Israel juga telah menggegarkan keutuhan tentera rejim Zionis buat pertama kali selepas mereka berupaya untuk berehat buat bertahun ? tahun lamanya selepas kerajaan ? kerajaan Arab telah mula meletakkan senjata mereka.

Buat kali ketiganya beliau telah dipenjarakan pada 4 / 2 / 1988 kerana keterlibatannya dengan HAMAS yang didakwa oleh Israel sebagai tindakan pemberontakan yang subversif. Selepas dua tahun setengah dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan pada 4 / 9 / 1990. Sayangnya tiga bulan selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi iaitu pada 14 / 12 / 1990 selama setahun. Walaubagaimanapun, peluang beliau dipenjarakan buat kali keempat ini merupakan sesuatu yang bertuah. Beliau telah ditempatkan di dalam satu sel bersama Syeikh Ahmad Yassin, bapa perjuangan HAMAS dan juga ikon perjuangan rakyat Palestin. Peluang itu diambil olehnya untuk menghafal al-Quran. Ketika itu jugalah beliau telah membina replika masjid al-Aqsa dengan menggunakan kotak ? kotak terbuang yang masih boleh dilihat sehingga kini di meja di rumahnya beliau di bandar Gaza. D i dalam penjara itu jugalah beliau banyak menghasilkan syair ? syair perjuangan. Tidak hairanlah selain daripada ahli politik dan pemimpin HAMAS beliau juga amat dikenali sebagai seorang penyair.

Dibuang negara

Selepas dibebaskan pada penghujung 1991 beliau meneruskan aktiviti ? aktiviti untuk membebaskan bumi Palestin tanpa mengenal erti putus asa. Usaha rejim Zionis untuk melunturkan semangatnya dengan memenjarakan beliau tidak berhasil, malah beliau bertambah bersemangat dan gerakan HAMAS semakin bertambah kuat. Rejim Israel Zionis yang telah mula buntu akhirnya menghalau keluar 400 para pejuang kemerdekaan Palestin yang terdiri daripada para pejuang HAMAS dan juga gerakan Jihad Islami pada 17 / 12 / 1992 ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan. Pada waktu itulah bintangnya mula menyinar di peringkat antarabangsa bilamana beliau telah menjadi juru bicara para ?mub?adin? (orang ? orang yang diusir) untuk berbicara dengan para wartawan. Ini kerana kefasihannya di dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan rakan ? rakannya yang lain. Penonjolannya ini telah mewu judkan hubungan baiknya dengan para wartawan sehingga hari sebelum beliau syahid. Beliau amat disenangi oleh para wartawan, dan pintu apartmennya sentiasa terbuka kepada para wartawan dan junalis. Ini juga amat penting bagi HAMAS, memandangkan beliau merupakan pemimpin politik bagi gerakan tersebut (manakala Ahmad Yassin sebagai pemimpin spiritual mereka).

Sekembalinya beliau dari Marja Zuhur ke Gaza, beliau telah dipenjarakan oleh pihak rejim sehingga tahun 1997. Selepas keluar dari penjara tersebut, dalam tempoh tidak sampai setahun pihak berkuasa autonomi (Palestinian National Authority ? PNA) yang diketuai oleh Yassir Arafat pula telah memenjarakan Dr. Rantisi pada 10 / 4 / 1998. Selepas 15 bulan dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan kerana kematian ibunya. Walaubagaimanapun selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi sebanyak tiga kali oleh PNA. Beliau telah dibebaskan buat kali terakhir kerana dua sebab, pertamanya kerana beliau melancarkan mogok lapar, dan selepas jet pejuang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PNA. Pembebasannya buat kali terakhir itu mengakhiri tempoh 27 bulan beliau dipenjarakan oleh PNA.

Kebolehannya boleh berbahasa Inggeris menyebabkan beliau digemari wartawan Barat


Pembebasannya itu bagaikan satu rahmat bilamana Syeikh Yassin sebelum itu telah pun dibebaskan juga. Dengan gabungan dua ikon perjuangan Palestin ini gerakan HAMAS menjadi bertambah mantap dan mendapat momentum perjuangan yang lebih kuat dari sebelum itu. Intifada gelombang kedua pada penghujung tahun 2000 sebagai satu bukti kekuatan HAMAS semakin bertambah. Strategi bom syahid yang diinovasikan oleh HAMAS semakin bertambah saban hari dan menjadikan penduduk Yahusi Zionis hidup dalam ketakutan dan memaksa ramai di antara mereka untuk berhijrah semula pulang ke tanah air asal mereka. Dianggarkan lebih 50,000 rakyat Israel yang keluar negara tidak pulang semula ke Israel semenjak tahun 2000. Dr. Rantisi juga sering ditemui oleh para wartawan dari serata dunia dan berjaya menyampaikan mesej perjuangan kemerdekaan mereka de seluruh dunia. Ini amat menggerunkan Israel, malah Amerika yang ingin memaksa dunia untuk melihat HAMAS sebagai perjuangan pengganas yang radikal.

Gugurnya seorang pejuang

Pada 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi dengan membedilnya dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka, namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket tersebut. Serangan tersebut telah dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan ? serangan yang telah menggegarkan hati setiap warga Zionis. Ketika berada di atas katil hospitalnya, beliau mengatakan : ?Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang akan dapat memerdekakan bumi Palestin kita?. Selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22 / 3 / 2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji untuk membalas dendam di atas k ematian Syeikh Ahmad Yassin. Ketika ditemu ramah oleh salah sebuah badan berita antara bangsa, tidakkah dia takut yang dia pula akan menjadi mengsa buruan tentera Zionis yang seterusnya, dia menjawab: ?Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!?.

As-Syahid Dr Aziz pergi menemui Allah dengan haruman syurga, insyallah


Pada hari Sabtu, 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakannya beliau telah menemui Allah S.W.T sebagai seorang syahid menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan al-Jallaa di wilayah Gaza. Rejim Israel Zionis menyifatkan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi sebagai salah seorang pemimpin pengganas yang perlu dihapuskan demi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan tersebut. Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa tersebut empat buah helikopter Apache berlegar ? legar di ruang udara Gaza untuk mencari Dr. Rantisi.
Read full story

Dato' Ibrahim Ali Lepas Geram di Parlimen | 2008

0 comments



Agaknya inilah sebabnya mengapa MP Kemaman (Shabery Chik nak kaji balik siaran langsung Persidangan Dewan Rakyat yang selama 30 itu perlu dikaji kembali. Karena tidak lain tidak bukan, Pakatan Rakyat berjaya berhujah dengan bernas berasaskan bukti dan fakta yang tepat dan pastinya akan mengenai batang hidung Kabinet di Malaysia.

p/s: buat cepat.. ini arahan.. karang xpasal Ibrahim Ali mengamuk kat Kementerian korang plak..hehe
Read full story

Presiden PAS saran Terengganu, Sabah, Sarawak diberi 20 peratus royalti minyak

0 comments
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menggesa kerajaan menambahkan royalti Petronas sebanyak 20 peratus kepada ketiga-tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Walaupun ketiga-tiga negeri terbabit mempunyai sumber asli itu, katanya ketiga-tiga negeri inilah juga mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi berbanding negeri lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Pembangkang, selepas tidak diberi peluang untuk mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab bagi soalan pertama yang dikemukan oleh Ketua Pembangkang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang Pauh).


"Tadi saya memang bersedia untuk memberi soalan tambahan, malangnya Speaker tidak memberi peluang, bukan saya sahaja tetapi hampir semua barisan Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya, royalti itu juga boleh diberi mengikut pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan tahap kemajuan negeri berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, dalam perjanjian dengan Petronas, mana-mana negeri yang perairannya memiliki petroleum akan diberi royalti sebanyak lima peratus.

"Tetapi mengapa tidak di Terengganu, kerajaan pusat telah merampas royalti pada tahun 2000, ini bercanggah dengan perjanjian yang dibuat," katanya.

Beliau kesal kerana Terengganu tidak dapat menikmati lima peratus royalti sedangkan royalti itu masih diberi kepada Sabah dan Sarawak.

"Walaupun masalah ini dibawa ke mahkamah dan sehingga ke hari ini tidak selesai, dalam masa yang sama kita hendak tahu melalui saluran mana kerajaan mengalirkan royalti itu," katanya.

Terdahulu, Wan Azizah dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan jumlah pengeluaran minyak dan gas pada tahun 2007 mengikut pecahan negeri, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta hasilnya mengikut pasaran dunia.

Wan Azizah juga meminta kerajaan menjelaskan berapakah jumlah royalti yang diperolehi negeri-negeri tersebut sejak tahun 2004 berdasarkan kadar pengeluaran dan berapa lama lagi rezab minyak dan gas dapat bertahan di kawasan-kawasan tersebut. - mns/ mr
Read full story

Saturday, May 10, 2008

Hentikan ‘Monsoon Cup’, Gunakan Peruntukan Ratusan Juta Untuk Rakyat

0 comments
ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak mengesa kerajaan negeri agar menghentikan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun (Monsoon Cup) yang bermula sejak tiga tahun lepas

kerana ia didakwa gagal memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud kelmarin.

Dalam kesempatan berucap selama 20 minit yang diberikan oleh Yang DiPertua Dewan, Dr. Alias berjaya mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Tunggal khasnya Pulau Duyong.


”Penduduk Pulau Duyong miskin, kaum nelayan, rumahnya berasak-asak, bertemu cucur atap, sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan, kenderaan ambulan dan bomba tidak boleh sampai kerumah,
”dalam keadaan begitu, kita menganjurkan Monsoon Cup yang bertaraf dunia.” Kata Dr. Alias memberitahu DUN tentang kesusahan penduduk Pulau Duyong.

Justeru itu beliau mencadangkan kerajaan membuat pengambilan balik semua tanah di Pulau Duyong seluas 63 hektar (156 ekar) untuk dibuat ‘layout’ baru untuk penduduk tempatan.

”Kita boleh dapat 900 lot lebih, jumlah rumah di Pulau Duyong sekitar 600 lebih, dengan perparitan dan jalan yang baik,
“selebihnya boleh digunakan untuk pembinaan sekolah dan rezab perkuburan.” jelas beliau.

Beliau berkata peruntukan yang digunakan untuk kejohanan itu boleh diagihkan bagi projek pembangunan semula Pulau Duyong termasuk mendirikan rumah kos rendah untuk rakyat.

''Rakyat sebenarnya memerlukan kediaman lebih selesa selain kemudahan mencari rezeki selepas sekian lama menduduki pulau itu dalam keadaan daif,
”mereka tidak memerlukan pembinaan projek mewah kerana faedahnya bukan untuk rakyat, tetapi segelintir golongan tertentu," katanya.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan dan RM 300 juta untuk penganjuran Monsoon Cup.

Dr. Alias juga turut mencadangkan kerajaan supaya meningkatkan kehidupan para nelayan di Pulau Duyong.

”Berilah mereka bot laut dalam, satu kumpulan 5,6 orang, bukan mengadakan kejohanan Monsoon Cup,
”lima hari setahun Monsoon Cup, bagaimana dapat meningkatkan pendapatan nelayan dengan penganjuran sukan itu Cuma lima hari setahun” tambah beliau.

Dr. Alias turut melahirkan perasaan kecewa kerana penduduk di Pulau Sekati berhampiran Pulau Wan Man dan Pulau Duyong masih belum menikmati bekalan air bersih walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 50 tahun lepas.

Katanya lagi, penduduk terbabit memperoleh air daripada perigi yang digali di halaman kediaman masing masing.

''Tiada usaha dilakukan kerajaan walaupun kawasan sekitar terdapat banyak projek mewah dibangunkan oleh kerajaan," katanya
Read full story

Test

0 comments
Taipkan perenggan satu dan dua di sini


Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini
Read full story

Thursday, May 8, 2008

Fungsi Kekunci F1 Hingga F12

0 comments
Adakah anda tahu fungsi kekunci F1 sehingga F12 yang terdapat pada papan kekunci komputer anda?? Bagi diri penulis, hanya beberapa kekunci tersebut yang penulis tahu akan fungsinya. Justeru, penulis telah membuat carian untuk mengetahui apakah rahsia yang terdapat disebalik kekunci tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengetahui tentangnya, mari kita selongkar bersama.

Berikut ialah fungsi² butang kekunci F1 sehingga F12.

F1
• Almost always used as the help key, almost every program will open the help screen when this key is pressed.
• Windows Key + F1 would open the Microsoft Windows help and support center.
• Open the Task Pane.
F2
• In Windows commonly used to rename a highlighted icon or file.
• Alt + Ctrl + F2 opens a new document in Microsoft Word.
• Ctrl + F2 displays the print preview window in Microsoft Word.
F3
• Often opens a search feature for many programs including Microsoft Windows.
• Shift + F3 will change the text in Microsoft Word from upper to lower case or a capital letter at the beginning of every word.
F4
• Open find window.
• Repeat the last action performed (Word 2000+)
• Alt + F4 will close the program currently active in Microsoft Windows.
• Ctrl + F4 will close the open window within the current active window in Microsoft Windows.
F5
• In all modern Internet browsers pressing F5 will refresh or reload the page or document window.
• Open the find, replace, and go to window in Microsoft Word.
• Starts a slideshow in PowerPoint.
F6
• Move the cursor to the Address bar in Internet Explorer and Mozilla Firefox.
• Ctrl + Shift + F6 opens to another open Microsoft Word document.
F7
• Commonly used to spell check and grammar check a document in Microsoft programs such as Microsoft Word, Outlook, etc.
• Shift + F7 runs a Thesaurus check on the word highlighted.
• Turns on Caret browsing in Mozilla Firefox.
F8
• Function key used to enter the Windows startup menu, commonly use to get into Windows Safe Mode.
F9
• Opens the Measurements toolbar in Quark 5.0.
F10
• In Microsoft Windows activates the menu bar of an open application.
• Shift + F10 is the same as right-clicking on a highlighted icon, file, or Internet link.
F11
• Full-screen mode in all modern Internet browsers.
F12
• Open the Save as window in Microsoft Word.
• Shift + F12 save the Microsoft Word document.
• Ctrl + Shift + F12 prints a document in Microsoft Word.
Semoga ianya bermanfaat buat anda.
Read full story

Wednesday, May 7, 2008

APA Muslihat RAJA PETRA Pilih PENJARA Untuk ALTANTUYA?

0 comments
SUNGGUH tegas dan berani. Syabas diucapkan kepada blogger Raja Petra yang mengendalikan Blog Malaysia Today kerana rela merengkuk dalam penjara semata-mata atas nama prinsip demokrasi dan perjuangan untuk rakyat di negara ini.

Saya tabik dengan prinsipnya yang teguh dan berterus terang itu. Beliau tidak mahu membayar ikat jamin RM5,000 yang sudah tentu bukan disebabkan ketiadaan wang. Sebaliknya Raja Petra memilih Penjara Sungai Buloh untuk "menikmati" kurungan tirai besi hingga tarikh perbicaraannya bermula pada 6 hingga 10 Oktober 2008 ini di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya.



Maknanya, beliau merengkuk selama lima bulan atau 150 hari dalam penjara itu sebelum diikat jamin oleh wang dari saku rakyat. Raja Petra meminta agar rakyat menyumbangkan RM1 seorang bagi tujuan ikat jamin itu.

Jika jumlah itu cukup, maka ikat jamin sah dilakukan bagi membolehkan Raja Petra bebas dengan wang dari saku rakyat. Jika tidak cukup, maknanya beliau bersedia dikurung dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan tiba.

Inilah yang dikatakan perjuangan rakyat. Para blogger tetap menjadi lilin yang membakar diri. Silap-silap merengkuk dalam penjara demi untuk menegakkan yang hak dan mengembalikan keadilan di tempatnya.

Raja Petra kelihatan tenang. Dia dibawa keluar melalui pintu belakang mahkamah kemudian dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum trak polis sampai untuk dibawa ke Sungai Buloh.

Beliau yang baru muncul minggu lalu dalam Rancangan BLOG RTM TV1, menghadapi tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya Malaysia Today.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menyiarkan satu artikel bertajuk Let's send the Altantuya murderers to hell dalam blognya. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi - pembunuhan seorang wanita muda Mongolia yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan. Kertas pertuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Dalam kekalutan dan kejutan itu, Najib menafikan tuduhan tersebut melalui Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga berbuat demikian.

Sehingga kini, hanya Raja Petra yang lebih berani menyebut dan menamakan mereka yang terbabit dalam kes berprofil tinggi itu.

Apakah muslihatnya?

Mungkinkah perbicaraan Oktober itu nanti akan membongkar segala-galanya dari versi Raja Petra? Ini akan lebih menakutkan lagi kepada mereka yang terlibat.

Ia dilihat semacam ada usaha untuk membongkar tragedi itu pada mahkamah lain selain mahkamah yang sudah acapkali membantai Razak Baginda...

Read full story

Tuesday, May 6, 2008

Sidang DUN Terengganu - Lapan ADUN PAS ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat

0 comments
The image “http://buletinonline.net/images/berita3/ketuawhip.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Dato' Ustaz Harun Taib)

Kuala Terengganu – Lapan ADUN PAS berikrar untuk berkhidmat kepada rakyat Terengganu dalam Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu pada hari pertama Sdang DUN hari ini.

Dato’ Ustaz Harun Taib, ADUN Manir, yang diamanahkan sebagai ketua whip PAS bagi penggal ini menyatakan ikrarnya pada jam 10.35 pagi

Kemudian diikuti dengan
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang mengangkat sumpah perkhidmatan sebagai wakil rakyat di depan Yang Dipertua pada jam 10.39 pagi.

Enam ADUN PAS yang lain yang turut mengangkat sumpah adalah Mohd Abd Wahid Endut (Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi (Batu Burok), Dato' Tengku Hassan Omar (Ladang), Ustaz Wan Hassan Ramli (Sura), Dr Alias Razak (Bukit Tunggal) dan Uztaz Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung)

Sementara itu, upacara memilih Yang DiPertua Dewan juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Kelmarin, beberapa pihak yang bertentangan dengan kem Menteri Besar dalam UMNO Terengganu dikatakan menghantar orang ‘penghubung’ untuk meminta sokongan ADUN PAS, dalam usaha mereka mencadangkan nama lain bagi jawatan Yang DiPertua.

Namun pada pagi ini, tiada apa-apa cadangan lain selain Tengku Putera Tengku Awang, bekas ahli Parlimen Hulu Terengganu, yang dengan rasminya telah dilantik sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Penggal Yang Kedua Belas.

Sumber : BuletinOnline

Read full story

Raja Petra akan didakwa pagi ini

0 comments

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Raja Petra Kamaruddin, Editor laman portal Malaysia Today, dijangka akan didakwa di mahkamah Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Beliau dijangkakan akan muncul di mahkamah pada jam 9.30 pagi nanti.

Raja Petra disiasat di bawah Section 4 (1) Akta Hasutan 1948 untuk artikel yang tersiar di Malaysia Today yang berjudul, "Let�s send the Altantuya murderers to hell."

Artikel tersebut disiarkan pada 25 April dan didakwa melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. - mks.

Sumber : Harakah
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy