Tuesday, June 24, 2008

Kejohanan Futsal MTDP Sura 2008

0 comments
Dungun: Majlis Tindakan [Pemuda] DUN Sura akan menganjurkan Kejohanan Futsal Pemuda DUN Sura yang akan berlangsung pada 28 Jun 2008. Kejohanan tersebut dikhususkan kepada Jawatankuasa Pemuda di dalam DUN Sura dan petugas-petugas pilihanraya yang telah bertungkus lumus demi memastikan kemenangan PAS di DUN Sura.

Kejohanan tersebut akan bermula pada jam 9.00pagi dan dijangka berakhir sebelum waktu zohor pada hari tersebut. Pihak penganjur telah menetapkan tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Jun 2008. Sehubungan itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Lajnah Sukan MTDP Sura : 019-9561969

Pihak Penganjur juga telah menyediakan hadiah menarik untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi kejohanan tertutup kali ini.

Posting akan disambung
Read full story

Thursday, June 19, 2008

Himpunan 1 juta rakyat diubah ke Padang Timur PJ, 6 Julai 08

0 comments
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.
Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.
"Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

"Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.
Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

"Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

"Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

"Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan.
Read full story

Tuesday, June 17, 2008

Bantah konsert 'ego orang agama'

0 comments
Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi pada seorang ustaz dan kata pada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.


Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.

"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

ella"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

Petikan : MalaysiaKini
Read full story

Monday, June 16, 2008

PAS ragui soal 'pengurusan' royalti minyak

0 comments
KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Hrkh) - PAS Terengganu meragui kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung persetujuan Kerajaan Persekutuan mengembalikan semula hak 'pengurusan' wang royalti minyak Petronas yang juga dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada Terengganu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata, Kerajaan Pusat perlu menjelaskan pengumuman tersebut secara mendalam mengenai maksud 'pengurusan' wang royalti minyak Petronas yang dikembalikan semula.

Katanya, PAS mahukan penjelasan sama ada ia membawa maksud mengembalikan semula wang royalti secara muktamad dan sah ataupun menyerahkan pengurusannya sahaja.
"Kita hendak satu penyelesaian jangka panjang yang muktamad. Ertinya, berdasarkan aspek 'legal' (undang-undang) yang akan berakhir jika selesai dan kes di mahkamah pun mungkin tidak ada lagi.

"Dari sudut undang-undang ianya akan menjadi sah apabila adanya 'consent judgment' (keizinan penghakiman) yang mengarahkan royalti itu dikembalikan menjadi hak negeri Terengganu,"jelasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, semalam.
Abdullah dalam kenyataanya Sabtu lalu berkata, 'pengurusan' wang royalti tersebut selepas ini akan diuruskan secara terperinci oleh Kerajaan Terengganu setelah prosedur langkah berkaitan ditetapkan menerusi perbincangan bersama tidak lama lagi.

Justeru itu, Dato' Mustafa sangsi, sekiranya hanya 'pengurusan' dikembalikan dan ianya tidak mencapai maksud menyerah balik pembayaran wang royalti minyak kerana pengurusan hanya sekadar mengurus wang tersebut sahaja.

Katanya , hak pengurusan tersebut mungkin boleh diambil balik oleh Kerajaan Pusat sekiranya individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus wang royalti itu tidak mahir dalam menguruskan wang berkenaan.

"Itu tidak sampai kepada matlamat kembalikan royalti. Kalau kembali mestilah berdasarkan kepada aspek 'legal' tadi, secara sah dan jangka panjang yang muktamad dan tidak boleh sesiapa lagi menarik balik royalti ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Menteri Besar, Dato' Ahmad Said membuat perbincangan dengan rakyat, pemimpin pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebelum mengadakan perbincangan lanjut berhubung soal royalti minyak antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Katanya, melalui perbincangan tersebut pihak berkenaan dapat menyampaikan input bagi pihak negeri bagi disampaikan kepada pusat dan perbincangan negeri dan pusat boleh dikatakan sebagai mewakili kerajaan dan rakyat Terengganu.

"Saya mencadangkan supaya Menteri Besar negeri Terengganu membuat suatu perbincangan dengan rakyat iaitu melalui pemimpin-pemimpin pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Ini penting supaya input yang boleh diberikan mereka dapat disampaikan oleh kerajaan negeri kepada kerajaan pusat.

"Kami sedia pergi jika Menteri Besar panggil untuk berbincang kerana ini adalah untuk kepentingan rakyat," jelasnya.

Antara lain, katanya Kerajaan Pusat perlu menyatakan jumlah terkumpul sejak royalti minyak ditarik balik pada pertengahan tahun 2000 sehingga kini (2008).

Menurutnya, perlu ada 'due dilligent audit' bagi mengetahui jumlah sebenar terhadap penyelesai hak royalti sebanyak lima peratus yang dinafikan sejak lapan tahun lalu.

Hadir sama pada sidang media tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong dan Setiausaha Perhubungan, Haji Yahaya Ali.
Read full story

Sunday, June 15, 2008

KEMPEN RIBEN MERAH TANDA MARAH

0 comments
Bersempena Himpunan Aman 1 Juta Membantah Kenaikan Harga Minyak anjuran Protes yang akan diadakan pada 05 Julai 2008 nanti di KLCC, Lajnah Penerangan & Dakwah (Pemuda) Dun Sura telah melancarkan Kempen pemasangan riben merah di kenderaan terutama kereta dan motosikal.

Program 'WARMING UP' Himpunan 1 Juta ini diadakan bagi tujuan menyahut saranan pihak Protes agar rakyat mengenakan warna MERAH sebagai simbol MARAH.
Bagi menjayakan kempen tersebut, pihak Lajnah Penerangan Pemuda akan membahagikan riben merah tersebut secara percuma kepada warga Dungun.Dan kepada mereka yang ingin mendapatkan terus riben-riben tersebut bolehlah mendapatkannya dari AJK Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura atau menghubungi penulis di talian 013-9828255 dan juga Sheikh 013-9328211.

Oleh : Awang Ja
Read full story

Mak Aku Tercekik Tulang !

0 comments
Relaks Sekejap Mak Aku Tercekik Tulang-dari HS

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh.

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."


"tak baik lutut tinggi pada makanan.."


" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan, lepas tu makanlah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)

kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..


"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku. ..

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..


Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..

kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"


Aku kata:


"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!

he he he...selamat mencuba

p/s : Artikel ni aku cilok daripada TranungKite

Read full story

Saturday, June 14, 2008

Perhimpunan Lancar ! Polis pun rasai Keperitan !!

0 comments
Artikel
"
a

Alhamdulillah, perhimpunan berjalan lancar.
Mengikut aturcara asal, sepatutnya dari masjid Kg. Baru terus menuju ke KLCC melalui Jalan Raja Abdullah, tetapi dihalang oleh satu batalion polis dan FRU.

Setelah rundingan untuk melepasi jalan tersebut gagal, pihak penganjur yang diketuai oleh YB Salahuddin telah meneruskan perarakan Plan B.

Note: Terdapat beberapa foto menarik di dalam















Setelah rundingan untuk melepasi jalan tersebut gagal, pihak penganjur yang diketuai oleh YB Salahuddin telah meneruskan perarakan Plan B.

Para peserta demo mula berarak ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman dengan membelah laluan sepanjang pasar chowkit. Sorakan Hidup Rakyat gamat berkumandang sepanjang perarakan aman tersebut. Pihak FRU cuba untuk menghalang Plan B namun tidak kesampaian kerana tidak sempat.

Dapat saya lihat di sini, pihak polis dan FRU seperti tidak begitu serius mengawal Keadaan. Mungkin kerana perhimpunan itu berjalan dengan aman dan begitu lancar sekali, dan mungkin juga kerana pihak polis dan FRU juga tidak berpuas hati gamaknya kenaikkan harga minyak ini. Oleh itu, mereka melepaskan sahaja perarakan yang sepanjang beberapa kilometer itu.

Perarakkan diteruskan menyusur jalan TAR dan sorakkan lebih gemuruh berkumandang menyambut kehadiran Naib Presiden PAS iaitu Hj Mohd Sabu serta rakan pemimpin lain seperti Khairil Faizi Dan Dr. Hatta. Ketua AMK Keadilan turut bersama.

Apabila sampai di Sogo, semua para demonstrator diarahkan duduk di tengah-tengah simpang empat bagi menunjukkan tanda protes kenaikkan harga minyak. Ianya diikuti dengan ucapan2 setiap para pemimpin.

Mengambil masa hampir satu jam, perarakkan diteruskan lagi menuju ke pejabat PAS pusat di Jalan Raja Laut. YB Salahuddin memberikan ucapan mengenai perhimpunan besar-besaran pada 5 Julai.

Perhimpunan aman hari ini adalah amaran yang pertama terhadap kerajaan baghal paklah. Selepas hari ini hingga detik 5 Julai, seluruh negara akan diwar-uarkan perhimpunan satu juta pada 5 Julai nanti. Roadshow secara besar-besaran ke seluruh pelusuk tanahair.

Pada mereka yang terlepas peluang berhimpun ini, jangan lupa bahwa sekali lagi kita berjanji untuk perhimpunan satu juta pada 5hb Julai 2008. Sama-sama kita catat sejarah Cemerlang Gemilang Terbilang dan paklah temberang...
Read full story

Thursday, June 12, 2008

Tahukah Anda Kerajaan Malaysia Menanggung berbillion ringgit subsidi kpd Singapura

0 comments
Oleh Reformis Muda
Artikel
 Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.

bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.



1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.

sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

lihat perjanjian tersebut .

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
  1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
  2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
  3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
  4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
  5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

PERJANJIAN AIR 1990
  1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
  2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
  3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.

tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.

3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.

4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.

Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.

Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.

Lawan tetap lawan
Read full story

Monday, June 9, 2008

Saya Mau Naik Basikal Ke Tempat Kerja

0 comments

Sebuah tayangan untuk tontonan bersama. Apakah mungkin situasi sebegini akan menjadi realiti satu masa nanti? Sama-sama kita fikirkan...


p/s: Video ini diterima oleh seorang sahabat yang selalu mengenakan daku... huhu
Read full story

Sunday, June 8, 2008

Isu minyak: PAS bersedia debat secara terbuka dengan menteri

0 comments

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub tidak akan teragak-agak untuk berdebat secara langsung dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad mengenai kenaikan harga minyak.

Jelas Salahuddin, beliau akan menggunakan peluang dan ruang sebaik-baiknya serta akan mengemukakan hujah-hujah yang lebih 'emperical' bagaimana seharusnya kerajaan bertindak dalam menghadapi pengurangan subsidi dengan menteri berkenaan secara langsung melalui saluran RTM pada 9.30 malam, 10 Jun ini (Selasa).



Beliau berkata demikian dalam sidang media mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Katanya, kesan kenaikan harga minyak yang tidak munasabah ini merupakan isyarat terakhir kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan.

Kerajaan katanya juga tidak mengambil pengajaran daripada tsunami politik yang berlaku selepas pilihan raya lalu.

"Hari ini rakyat mungkin kesal kerana tidak memberi pelapis kepada kami. Jika kami memerintah mungkin situasi ini tidak berlaku," katanya.

Jelasnya situasi yang berlaku hari ini, rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan seperti kenaikan harga beras dan minyak masak yang menjadi keperluan harian rakyat.

"Jika sebelum ini bagi rakyat yang berpendapatan rendah, mereka terpaksa membeli beras yang berharga RM18 untuk 10 kilogram, tetapi kini harga tersebut telah melambung.

"Jika semua menteri pada hari Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga minyak itu tersenyum, apa mesej sebenarnya yang ingin mereka sampaikan kepada rakyat?" soalnya.

Sementara itu katanya, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya 10 Jun ini.

Tambahnya Pemuda PAS bersama Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan turut mengadakan bantahan melalui perhimpunan aman pada 13 Mei ini pada jam 2.00 petang yang bermula dari Menara City Bank ke KLCC.

Jelasnya beliau menerima banyak sistem pesanan ringkas (sms) sebagai respons mengenai perhimpunan tersebut. Sehubungan itu beliau tidak menolak kemungkinan lebih 10,000 orang akan menyertai daripada pelbagai kelompok masyarakat.

Dalam pada itu beliau juga menaruh keyakinan perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman dan terkawal.

"Berdasarkan pengalaman perhimpunan Bersih yang lalu, satu perhimpunan yang agak besar tetapi berlaku dalam keadaan aman. Kami akan pastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman. Dan kami akan memohon permit bagi perhimpunan aman itu," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan walaupun tidak mendapat permit, beliau secara berseloroh menjawab, " Itu biasa..." katanya yang disambut ketawa pihak media.

Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan dalam sesi Parlimen lepas, beliau dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain banyak membangkitkan mengenai isu Petronas yang banyak 'disembunyikan' kerajaan.

"Hasil Petronas dijual satu hari 700,000 tong dan semua rakyat mengetahuinya. Kenapa hanya dijual 700,000 tong sehari dengan harga pasaran untuk tempoh enam bulan akan datang dengan 130,000 dolar satu tong? Dengan keuntungan yang agak tinggi, kerajaan tidak mahu menanggung subsidi.

"Jadi, kami mempunyai hak untuk bertanya kerajaan dan mengesyaki adakah kerajaan telah menjual ke hadapan minyak di Malaysia dengan harga yang rendah yang mungkin dengan harga 30 dolar satu tong untuk satu tahun bagi kerajaan melaksanakan projek mega serta 'bail out' projek mega yang gagal," katanya.

Sehubungan itu katanya, dalam sesi Parlimen akan berlangsung pada 23 Jun nanti, beliau akan mengulangi desakan terhadap kerajaan agar mengisytiharkan penyata kewangan Petronas kepada Parlimen.

"Kenapa PM terlalu ingin merahsiakan mengenai akaun Petronas ini? Beliau mesti memberitahu kepada rakyat subsidi yang ditanggung serta keuntungan yang diperolehi dan ke manakah keuntungan tersebut dibelanjakan," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan yang dikemukakan wartawan adakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak cukup kuat untuk membawa isu dan permasalahan yang dihadapi rakyat termasuk kenaikan harga minyak, jelasnya semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menggunakan segala ruang yang ada di Dewan Rakyat bagi menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

"Kami telah membahaskan Titah Diraja, menyampaikan usul dan mengemukakan soalan terhadap menteri sewaktu sesi soal jawab. Apa lagi ruang yang perlu kami lakukan di Parlimen? Cuma kami belum lagi 'berdiri di atas meja Parlimen," katanya, sinis.

Tegasnya, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan gagal membawa suara rakyat sebaliknya pihak kerajaan yang berdegil dan tidak mendengar langsung rintihan rakyat.
Read full story

Saturday, June 7, 2008

Kenaikan harga minyak, adakan segera sidang khas Parlimen

0 comments

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar sidang khas parlimen diadakan untuk membincangkan kesan kenaikan harga minyak yang telah diumumkan tiga hari lalu.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sidang itu perlu diadakan supaya isu ini tidak meletuskan keadaan yang tidak terkawal dan menjejaskan keselamatan negara apabila kemarahan rakyat tidak dapat dibendung.




"Kemarahan rakyat yang sepatutnya dapat dijangka oleh pihak kerajaan tidak boleh dibiarkan kerana isu ini memberi kesan yang sangat besar kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kami berpendapat pihak kerajaan kurang bijak memutuskan kenaikan yang besar ini sedangkan kerajaan sendiri tahu benar implikasi yang akan berlaku," kata Mohd Azmi lagi.

Membentangkan dan berbincang dengan semangat menjaga kepentingan nasional sepatutnya diadakan di parlimen agar suatu permuafakatan antara semua ahli parlimen dari pelbagai parti dapat dibuat, ujarnya.

Soalnya kenapa keputusan ini dianggap boleh diurus oleh kerajaan jika berlaku kemarahan rakyat dengan hanya memberi pengumuman bahawa kerajaan akan memberi subsidi yang lain untuk merengankan bebanan rakyat, katanya.

Kerajaan tidak boleh bersikap ambil mudah seoalah-olah rakyat akhirnya akan terima keputusan ini tanpa bantahan dengan mengandaikan rakyat tidak berkuasa berbuat apa-apa, katanya.

"Kami percaya jika kerajaan mengambil sikap telus dan jujur menerangkan situasi sebenar serta dapat menunjukkan langkah yang lebih akomodatif terhadap krtitikan pembangkang bagi memberi penjelasan yang benar dan tepat, keadaan tegang seperti yang berlaku sekarang dapat dielakkan," katanya.

Teras berpendapat sememangnya ada asas bila rakyat ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang mereka hadapi terutama bila pihak kerajaan tidak mahu mendengar rintihan dan keresahan rakyat, katanya.

"Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila persoalan ketidaktelusan, kepincangan mengguna wang Petronas tidak dijelaskan secara terbuka dan jujur oleh kerajaan," katanya.

Sehubungan itu Teras mendesak agar sidang khas parlimen diadakan secepat mungkin supaya keadaan yang sebenarnya dapat dibahas dengan lebih rasional agar keadaan kacau bilau awam dapat dielakkan, tegasnya.
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy