Tuesday, January 27, 2009

GURINDAM P 36 II: Ning baru gedebe.........

0 comments


oleh: ning

orang gganung sudoh sedor
amno sudoh koyok rabok
dok pakka sikit habuk
menghabiskang berah
busuk kohong

orang gganung sudoh sedor
dari dulu amno lebong
kletong rakyat dengang pembangunang
padahal pitih masuk kocek puok die

orang gganung sudoh sedor
dok takut sikit habuk
pade mat said pade derih natang
pade mat kerok
pade bewak bewak amno
orang gganung doh jadi gedebe
sebab amno pelawok sokmo
dulu, kini dan selamenya

orang gganung sudoh sedor
selame ning amno cume bijok putor belit
hok saloh kate betul
hok betul kate saloh

syabas orang gganung
kerane berani beruboh
ning baru gedebe.......



sumber : Tranungkite Online
Read full story

Asal usul Melayu terus dikaji

0 comments

TELITI memeriksa serpihan artifak.

Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah

MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.




Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.

Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.

DR NIK Hassan bersama kumpulan pengkaji melakukan kerja cari gali artifak di Pulau Kelumpang.

Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.

Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.


"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.

Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

"Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang

Pulau Kelumpang

  • Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

  • Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

  • Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

  • Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.

  • Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.

  • Sumber : Berita Harian
    Read full story

    Monday, January 26, 2009

    'POLIS dahagakan darah kaum India'

    0 comments











    KLIK DI SINI untuk cerita selanjutnya...

    posted by Awang Ja

    Read full story

    Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz

    0 comments
    KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

    Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.


    Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

    Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

    "Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

    "Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

    Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

    Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

    "Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

    Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_

    sumber : harakahdaily

    Read full story

    Saturday, January 24, 2009

    Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin

    0 comments


    Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolaepak itu tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

    Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

    Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”. Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

    Pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol. Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau. Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau. Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah…



    Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

    Adakah itu sahaja sumbangan beliau?



    1. Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

    2. Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

    3. Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

    4. Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

    SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya…aduh, cemburunya.

    Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar.


    diedit dari : muzir.wordpress.com
    posted by awang ja

    Read full story

    ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN....

    0 comments
    ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN...

    Kita Mampu Melakukannya Insyaallah


    Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

    Mudah-mudahan kita TIDAK termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .








    sumber : blog Ustaz Nasruddin Tantowi
    posted by awang ja
    Read full story

    Thursday, January 22, 2009

    Syabas Pemuda DUN Sura

    0 comments
    Sebahagian pemuda-pemuda DUN yang muda-muda

    Tahniah diucapkan kepada semua Pemuda DUN Sura yang telah bertugas di Kuala Terengganu bersempena dengan PRK P036 yang lalu. Semoga sumbangan kalian mendapat ganjaran yang setimpal dariNya jua. Segala kegigihan dan kerjasama anda semua adalah di level yang paling tip-top. Wala' dan tidak berundur daripada medan merupakan contoh yang terbaik untuk generasi pelapis akan datang.


    Berkat daripada kesungguhan semua pihak yang bertugas dan kebijaksanaan pemimpin, Allah telah menganugerahkan kemenangan ke atas Calon Pakatan Rakyat, YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut selaku MP Kuala Terengganu. Disini dipaparkan gambar Pemuda DUN Sura yang sempat diambil.


    Read full story

    Thursday, January 15, 2009

    Pegawai p'raya KT tarik diri mengejut

    0 comments
    Tinggal satu hari lagi sebelum pengundian pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pegawai pengurusnya Datuk Mat Razali Kassim menarik diri selepas didakwa berat sebelah oleh PAS.

    kuala terengganu parliament by election spr ec announcement  051208 mat razali kassimBeliau, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu (foto), meletakkan jawatan mendadak hari ini selepas PAS menuduhnya meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyokong calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

    Dalam kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal malam ini, Mat Razali digantikan oleh penolong pegawai pengurus pilihanraya parlimen ini Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.

    "SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta," kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik.


    Tambahnya, selaras dengan peruntukan Seksyen 3(c) dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, suruhanjaya itu melantik penolong Mat Razali sebagai pegawai pilihanraya baru berkuatkuasa serta-merta.

    Selain dakwaan PAS, satu laporan polis dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi semalam.

    Dalam laporan polisnya pada sebelah petangnya, pemimpin muda PKR itu mendakwa Mat Razali pernah berucap: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

    "Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polisnya dipetik.

    Hari mengundi Sabtu ini menyaksikan persaingan Wan Ahmad Farid dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

    Selain mengkritik Mat Razali, pembangkang juga mempertikaikan beberapa amaran kepada pegawai kerajaan agar memihak kepada BN dan janji-janji pembangunan yang melimpah di kawasan parlimen dengan mendakwa ia sejenis rasuah.

    Sumber : MalaysiaKini
    Read full story

    Wednesday, January 14, 2009

    Buletin Kuala PRK P036 dipalsukan....

    0 comments
    Risalah Palsu (kiri) dan Risalah Buletin Kuala sebenar (kanan)

    Kuala Terengganu : Jentera Pilihanraya PAS PRK 036 telah mengesan satu lagi taktik kotor yang digunakan oleh musuh politiknya untuk mengelirukan rakyat. Risalah Buletin Kuala yang dikeluarkan oleh PAS telah dipalsukan dengan mengubah isi kandungan dihelaian dalam dan belakang.

    Risalah yang dikeluarkan oleh PAS mempunyai lambang Bulan dan kotak yang dipangkah disebelah kanan, atas. Sementara Risalah palsu pula mempunyai lambang bulan dan kotak yang kosong tanpa pangkah disudut yang sama. Oleh itu, orang ramai diminta berhati-hati dan meneliti risalah yang diedarkan. Cetakan dan'design'nya seakan-akan sama namun gambar dan penulisannya berbeda.


    Kewujudan risalah Siri ke-3 Buletin Kuala itu didedah kan sendiri oleh Hj Wan Abdul Mutalib Embong, Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PRK036 Kuala Terengganu semasa sidang media di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai pagi tadi.

    "Buletin Kuala telah dihijack..."

    "Kalau mereka betul-betul anak jantan, kita minta dia mengaku dan kita bersemuka secara legal or otherwise..."Ujar beliau dengan nada tegas.

    Menurut beliau lagi , risalah yang asal lebih besar sedikit saiz kertasnya berbanding yang palsu. Selain daripada itu risalah palsu tersebut dicetak menggunakan kualiti kertas yang licin/berminyak berbanding risalah asal tidak menggunakan kertas yang licin dan berminyak.


    Buletin Kuala sebenar (atas) Buletin Kuala palsu (bawah)

    Buletin Kuala sebenar (atas) Buletin Kuala palsu (bawah)
    Read full story

    TKO Di serang Distributed Denial Of Service (ddos) Attack

    0 comments
    Oleh Tok Penghulu (TranungKite Online)

     Pagi selesa, saya bangun tidur awal 3.00 pagi kerana terlalu risau tentang artikel di TKO yang terlalu banyak belum di lulus terbit. Update laman amat slow, Pembantu webmaster dah 2 minggu berkampung di Kuala Terengganu dan terkini notebook ada masalah.

    Saya baru lantik seorang lagi pembantu, dia juga baru menghantar e-mel nak berkampung di Kuala Terengganu.



    Pagi itu saya buat Schedule News update untuk setiap 15 minit satu artikel akan di lulus terbit mulai jam 6.30 pagi sehingga 12.00 malam. Saya juga semak e-mel yang dihantar, terlalu banyak yang belum sempat dibalas atau diambil tindakan. Paling ketara ialah permohonan menambah links pada TKO. Saya rasa esok saya free sedikit kerana tak perlu lagi update, melainkan berita tergempar sahaja, bolehlah saya buat semakkan links laman-laman untuk dikemas kini.



    Mungkin ada yang menghantar sudah merajuk dan menggagap TKO tidak mahu layan permintaan mereka...

    Macam biasa pagi pergi kerja, sibuk di tempat kerja dan ada juga terlintas dalam hati nak lihat TKO macam mana berlaku bila 15 minit setiap artikel. Berapa hitsnya kerana terlalu cepat akan turun ke bawah.... Dalam masa nak buka TKO tersebut, jam 12.30 tgh saya mendapat masej daripada admin bahawa sebahagian server dijaring telah di ddos attack 500MBps. Satu nilaian yang sangat tinggi.

    Anggapan saya harakahdaily telah di attack, mana-mana server yang berada dalam lingkungan rangkaian network sama di jaring akan terkena sama. Tidak hairanlah laman TKO, laman-laman PAS lain yang sewa di Jaring terkena sama tempias serangan tersebut.

    Pukul 2.00 petang makluman daripada admin, pihak Jaring telah mengenalpasti sasaran ddos attack ini ialah TKO. Pihak Jaring telah menutup sementara untuk akses ke TKO.

    Pihak kami masih menunggu makluman daripada pihak Jaring status serangan tersebut dan kita membuat persiapan bahawa semua akses daripada luar Malaysia akan ditutup sementara sehingga pilihan raya selesai.

    Harap bersabar, beri kepercayaan kepada Team IT PAS Pusat untuk menangani masalah ini. Kita percaya dan yakin bahawa kita, yakni daripada Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan dalam hal ini.

    Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada mana-mana pihak yang prihatin terhadap kami. Perbincangan dan pelbagai pertanyaan di beberapa laman web reformis menunjukkan mereka cukup prihatin dan mengambil berat terhadap apa yang kami lalui.

    Kami juga berterima kasih kepada blogger network yang bertindak begitu cepat mendedahkan usaha-usaha sabotaj laman ini dengan membuat klon pada laman TKO agar user & password ahli TKO dapat dicuri.

    DDos Attack mengguakan server luar negara sebagai zombie (yang telah di hack) untuk membebankan laman TKO adalah kerja yang agak profesional dan memerlukan tenaga dan usaha yang gigih.

    Cara serangan ini adalah sama sebagai serangan kepada bank-bank dunia yang pernah berlaku sekitar Februari 2008 dengan kadar yang sama kami kena. Saya mempercayai mereka membayar ucap kepada para pengodam luar negara untuk usaha menjahanam TKO.

    Setakat hari ini mana-mana sites yang kena ddos attack tidak ada cara untuk mengatasinya melainkan menukar IP server. Kita hanya menunggu maklumat daripada Jaring dalam hal ini.

    Sebelum ini JARING telah memblock semua trafik yang menuju IP TKO. Sebentar tadi saya menerima masej JARING membuka kembali trafik ke IP TKO. Sebagai langkah berjaga-jaga, pada firewall Admin TKO hanya benarkan IP IP ISP Malaysia yang diketahui sahaja untuk akses.

    Atas sebab itu semua pengguna dari luar Malaysia tidak dapat akses TKO. Tambahan lagi, akan ada pengguna Internet di Malaysia tidak dapat akses -- ini kerana rangkaian mereka belum ada dalam senarai pada firewall kami.

    Sesiapa yang tidak dapat akses (dari Malaysia sahaja), tolong periksa IP mereka melalui http://whatsmyip.net , dan beritahu kami. Kami akan tambah masuk dalam senarai IP yang dibenarkan.

    Perkara ini akan berlanjutan sehingga selesai pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

    Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Musafir, admin TKO yang bertungkus lumus semenjak beberapa hari lalu dalam memastikan anda semua dapat melayari laman TKO untuk menerima maklumat yang benar dan shahih.


    Kepada Allah jua kita berserah.

    Read full story

    Tuesday, January 13, 2009

    Tandus Isu : Kempen anti perpaduan kaum

    0 comments
    Pakatan Rakyat di Terengganu semakin kukuh menjelang Pilihanraya P036 Kuala Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan sambutan masyarakat cina dan india terhadap program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat mendapat sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Kelebihan berpihak kepada YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS/Pakatan Rakyat yang sememangnya telah dikenali oleh kebanyakan masyarakat setempat dengan sifatnya yang mesra dan cakna rakyat. Pengalaman sebagai peniaga dan usahawan yang berurusan dengan peniaga-peniaga lain insyaallah akan memberikan laluan mudah kepada beliau dalam PRK036 kali ini.

    Namun begitu, perkara ini tetap tidak disenangi oleh pihak lawan yang sengaja berusaha untuk menggagalkan perpaduan kaum didalam Pakatan Rakyat. Perlbagai isu terdesak digunakan semata-mata untuk menumbangkan Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini. BN melalui media yang dikonkong oleh mereka telah dengan sengaja menimbulkan isu hudud semata-mata untuk menakutkan non-muslim terhadap hukum yang terkandung didalam Al-Quran. Namun masyarakat cina dan india telah mendapat penerangan yang jelas mengenai hudud melalui program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Yang nyata hudud hanyalah untuk orang yang salah dan jahat sahaja dan syarat-syaratnya amat ketat untuk dilaksanakan.


    Sekali lagi media BN menyiarkan kenyataan 'pandir'nya menuduh PAS dan PKR mengikut telunjuk DAP dalam menentukan hudud dan maruah orang melayu juga ditentukan oleh DAP. Sebenarnya inilah api perkauman yang dimainkan oleh UMNO (Sebuah parti yang berasaskan kaum dan bangsa) didalam siri kempen-kempen pilihanraya mereka.

    Pakatan Rakyat telah berjaya mengesan satu usaha yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan satu helaian 'Buletin Anak Jawa Selangor'. 'Buletin' tersebut tersebut cuba mengapi-apikan sentimen orang melayu terhadap cina ekoran tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada PRU ke-12 yang lalu. Dan kali ini Menteri Besar Selangor pula yang menjadi mangsa Kempen Anti Perpaduan Kaum. Walaubagaimana pun, Pakatan Rakyat tahu siapa dalang di sebalik agenda mereka...

    Risalah ini juga telah didedahkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Hj Mustafa Ali didalam sidang media di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai hari ini.



    p/s : Fikir-fikirkan....
    Read full story

    Pengundi Rimas Kuala Terengganu Diserbu Polis

    0 comments
    Kuala Terengganu : Kehadiran polis yang begitu ramai di P036 Kuala Terengganu telah mengundang rasa tidak senang dikalangan pengundi disini. Kelihatan kenderaan polis berselisih diatas jalanraya menggambarkan satu acara jenayah besar bakal berlaku di negeri ini.

    Selain daripada itu, penglibatan polis daripada Cawangan Khas yang berpakaian preman berlegar-legar dikawasan ceramah dan program Pakatan Rakyat menambahkan lagi curiga warga bandaraya Kuala Terengganu.

    "Kehadiran polis sekarang ini begitu ramai di Kuala Terengganu dan sulit untuk dikenal pasti. Mengikut maklumat yang diterima ada van besar yang penuhi orang-orang muda dan kenderaan ini diiringi oleh kenderaan polis. Kita sedang memantau mereka ini" ujar Hj Wan Abdul Mutalib Embong, Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS Terengganu dalam sidang media di Markaz PAS Kuala Ibai hari ini.


    Manakala menurut sumber yang dipetik daripada Harakahdaily pula melaporkan kini keseluruhan anggota polis berkenaan berjumlah 12,000 termasuk 10,000 anggota yang dibawa masuk sebelum ini.

    Wan Ahmad Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri sebelum ini didakwa gagal dalam menguruskan perkhidmatan 'orang yang dibuang daerah' (PCO) sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dan drastik di Negeri Terengganu. Tugas polis pula banyak ditumpukan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sama ada bertujuan untuk mengugut dan menakut-nakutkan petugas dan orang ramai yang hadir ke program tersebut. Mungkin ini sebabnya kadar jenayah meningkat terlalu tinggi di Negeri Terengganu.

    Nama Wan Ahmad Farid juga pernah dikaitkan dengan 'Tragedi Berdarah di Batu Buruk' yang mengakibatkan 2 orang rakyat Terengganu ditembak dengan peluru hidup oleh anggota polis yang cuba mencetuskan provokasi di program anjuran BERSIH.
    Read full story

    Thursday, January 8, 2009

    YB Wahid dan DS Anwar di Kampung Cina

    0 comments
    Calon PAS untuk PRK P036 Kuala Terengganu telah meluangkan masa untuk melawat penduduk dan premis perniagaan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Turut bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

    YB Mohd Abdul Wahid telah dikenali oleh masyarakat cina memandangkan sebelum ini beliau dan keluarga telah berkecimpung didalam bidang perniaagaan.


    "Saya punya ramai kenalan dan kawan-kawan daripada masyarakat cina dan tiong-hua di Kawasan kuala Tereangganu" Ujarnya ketika ditanya pihak media. Kunjungan YB Hj Mohd Abdul Wahid mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar.

    " YB Abdul Wahid memang seorang yang baik, saya pon dah lama kenal sama dia, memang kenal sangat." Ujar Encik Lai, 71 merupakan seorang peniaga di perkampungan ini. Menurut beliau kedatangan DS Anwar Ibrahim akan menambah 'ong' untuk perniagaannya.

    Gandingan beliau dan DS Anwar Ibrahim telah mencuri tumpuan orang ramai yang berada disekitar kawasan berkenaan. Setelah beramah mesra dengan masyarakat cina, beliau berdua melawat peniaga di Pasar Kedai Payang.

    "YB Mohd Abdul adalah seorang yang mesra rakyat. saya pon kenal lama juga dengan dia. Ramai orang Kuala Terengganu kenal dia." Kata Encik Mohd Razali, Pengusaha Batik di Pasar Kedai Payang.

    Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Hanafiah Mamat, Pngerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan HAK PAS Negeri Terengganu, YB Zaki Ibrahim (Bendahari DPPP)dan Sdra Tian Chua

    di Pasar Kedai Payang

    beramah mesra di Bilik Gerakan MCA

    mesra rakyat
    Read full story

    "Pilihanraya Adil, Suasana Aman"

    0 comments
    PAS akan meneruskan operasi menyampaikan maklumat kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu. Pelbagai strategi dan kempen telah dirangka untuk menghadapi pilihanraya P036 Kuala Terengganu kali ini.

    Semalam satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh bekas 'Back Bencher Club' (BBC) bertempat di Terengganu Equestrian Club (TER). Kehadiran peserta ke program tersebut amat menggalakkan.

    PAS juga akan meneruskan kempen rumah ke rumah selain daripada aktiviti calon PAS YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut bertemu secara lansung dengan pengundi.


    "Kita mengharapkan kehadiran polis yang ramai di Kuala Terengganu supaya tidak dilihat untuk menakutkan pengundi di sini." Ujar Dato' Mustaffa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu ketika sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai hari ini.

    "Kita nak pilihanraya yang adil dan suasana yang aman"

    "Mereka (Polis) boleh bertindak dengan profesional mengikut bidang tugas masing-masing" tambah beliau lagi.

    Menurut beliau PAS akan mengemukan laporan kepada polis apabila mempunyai bukti yang konkrit. Hasil daripada tinjauan kami mendapati semua jentera sedang bergerak dengan lancar.

    Setelah selesai sidang media, kelihatan Calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut di perkarangan Markaz Tarbiyyah sempat bergurau dengan petugas media

    "Saya ni sekarang dah macam berkahwin empat, sekaligus... Dulu satu saja. Apa tidaknya, dulu di DUN Wakaf Mempelam saya jaga dalam 20 ribu pengundi. Sekarang tambah lagi 3 DUN. 4 DUN sama dengan lebih kurang 80 ribu pengundi. Dah penuh 4 kuota" ujarnya secara berseloroh dan disambut gelak ketawa petugas media.
    Read full story

    Monday, January 5, 2009

    Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

    0 comments
    Oleh TG Hj Abdul Hadi Hj Awang

     "Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

    Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

    Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

    Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.




    Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

    Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

    Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

    Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

    Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

    Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

    Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

    Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

    Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat

    Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

    Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

    Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

    Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

    Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

    Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

    Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

    Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

    Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

    Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. - azm

    Presiden PAS

    copy paste : tranungkite o9

    posted by :faqli

    Read full story
    Related Posts with Thumbnails
     

    Blog Archive

    Hello

    Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy