Saturday, January 24, 2009

Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin




Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolaepak itu tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”. Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol. Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau. Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau. Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah…



Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?



1. Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

2. Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

3. Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

4. Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya…aduh, cemburunya.

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar.


diedit dari : muzir.wordpress.com
posted by awang ja

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy