Tuesday, May 5, 2009

Bersih seru rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei


KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda ' 1 Malaysia GELITA'.

Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema.

Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak.


"Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar," tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.

Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat melebihi 2000 undi.

Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: '1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan' sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

"Adakah slogan '1Autoritarian-dan-Korup Malaysia' menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya? Apakah yang dimaksudkan dengan 'pencapaian diutamakan' sekiranya 'pencapaian' di dalam perihal undang-undang tidak diketahui?

"Marilah kita tunjukkan satu warna" '1MalaysiaGELITA!' Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: 'Utamakan Demokrasi!' mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: 'Adakan Pilihan Raya Sekarang!'"tambahnya. - mks. _


BERITA BERKAITAN :

Baju hitam protes sidang DUN
Himpunan 'One Black Malaysia', munajat pagi di Perak
Jurucakap Bersih ditahan polis di bawah Akta Hasutan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy