Friday, August 14, 2009

Pemuda PAS bantah Konsert Gempak Gegar


DUNGUN 14 Ogos 2009 - Pemuda PAS Kawasan Dungun semalam menyerahkan satu memorandum membantah penganjuran Konsert Gempak Gegar yang bakal diadakan di Dataran Dewan Merdeka ,di sini,malam ini.

Memorandum yang ditujukan khas kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin itu diserahkan Ketua Pemuda PAS Dungun, Jamaluddin Jusoh.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi Abdul Rani dan beberapa Exco Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan,ketika memorandum itu diserahkan ke pejabat MPD,Zainal Abidin sedang bermesyuarat.

Menurut Jamaludin,antara lain memorandum itu meminta supaya pihak penganjur mengutamakan sensitiviti umat Islam kerana program itu dianjurkan pada Jumaat dan secara kebetulan jatuh bulan Syaaban.

'Pemuda PAS Kawasan Dungun turut membantah konsert ini kerana ia lebih menjurus kepada aktiviti maksiat yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah sosial,khususnya membabitkan golongan remaja.

"Pada masa sama,penganjur seharusnya prihatin dalam keadaan negara sekarang digemparkan dengan wabak Influenza (A) H1N1 yang tidak menggalakkan orang ramai berhimpun di satu-satu kawasan bagi mengelakkan ia berjangkit," katanya.

Difahamkan Konsert Gempak Gegar itu dianjurkan sebuah stesen radio swasta dengan kerjasama syarikat pengeluar minyak wangi yang turut membabitkan penampilan beberapa artis populat tanah air.








sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy