Thursday, August 13, 2009

Solat Hajat Perdana Hindari H1N1 Di Dungun


DUNGUN 12 Ogos Rabu - PAS Kawasan Dungun akan menganjurkan Solat Hajat Perdana Hindari H1N1 pada Khamis, 13 Ogos ini bertempat di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate bermula dengan solat maghrib berjamaah.

Menyedari usaha yang dilakukan oleh manusia dalam menghadapi wabak ini amat terbatas, Urusan Ulama' dan al-Mala' PAS Kawasan Dungun mengambil inisiatif menggantung harap kepada Maha Pencipta agar wabak yang semakin serius ini dapat dihindari dengan keizinanNya.

Sehubungan dengan usaha yang dilakukan ini, seluruh warga Dungun yang prihatin dengan situasi penyakit ini diseru hadir beramai-ramai menjayakan solat hajat ini.

Seharusnya dengan merebaknya penyakit merbahaya ini, tiada lagi mana-mana pihak yang masih berlagak angkuh dengan menganjurkan segala program yang bercorak melalaikan dan mengajak manusia dari berterusan dalam maksiat.


sebelum ini...
H1N1 : Pesanan YB ADUN Sura

maklumat terkini...
SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H1N1)
Setakat 12 Ogos, 2009 - Jam 8.00 pagi


ikuti...
FAKTA H1N1

petikan dari blog Dun Sura.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy