Monday, October 26, 2009

EGM PAS - Kenyataan penuh Presiden PAS


"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009


Selesai melalui prosedur perlembagaan - Presiden PAS

1 comments:

Kuda Perang on October 26, 2009 at 5:39 PM said...

Saya menaruh kepercayaan tidak ada pemimpin PAS yang menjadi talibarut UMNO-BN.

EGM yang digesa oleh TGNAA bukannya berkehendakkan kpd EGM sebenar, tetapi strategi politik semata2.

Publisiti amat penting kpd kerja2 dakwah gerakan Islam PAS. Bila umum mengikuti perkembangan PAS, maka umum akan mengenali PAS.

Tetapi walau bagaimana pun ahli2 PAS, penyokong2 PR dan pengundi2 atas pagar diseru supaya tidak panik!

Jangan terima maklumat daripada media selain lidah rasmi PAS atau kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS sendiri melalui saluran rasmi.

Jangan terima maklumat daripada Utusan Melayu, Berita Harian, RTM, TV3 atau blog2 pencacai yang tak ketahuan.

Takbir!!!

Allahu Akbar!!!

Takbir!!!

Allahu Akbar!!!

Takbir!!!

Allahu Akbar!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy