Tuesday, March 24, 2009

Nizar mampu raih simpati masyarakat Cina, India - Mursyidul Am

1 comments



KOTA BHARU, 24 Mac (Harakahdaily) - "Saya terharu disebabkan khianat pemimpin Umno terhadap Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebabkan orang Cina dan India turut sama menangis.

"Saya sendiri tengok mereka menangis selepas peristiwa rampasan kuasa berlaku Febuari lalu," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta reaksinya terhadap Menteri Besar Pakatan Rakyat dicalon bertanding di parlimen Bukit Gantang.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keputusan bersama pemimpin tertinggi parti perlu diterima semua pihak.

"Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat.

"Saya takut berulang seperti kes dialami Dato' Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut.

"Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Ir Nizar diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April ini oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Padang Taman Kota Jaya, Taiping, malam tadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, rakyat di Perak amat memahami suasana politik terkini yang berlaku di tempat mereka.

Kata beliau juga pemimpin Umno sekarang sudah tenggelam dalam najis rasuah apabila ia diakui sendiri Lembaga Disiplin parti terbabit.

"Kalaulah peringkat tinggi pun dah ada rasuah, Umno di peringkat bawah akan lebih teruk lagi. Oleh itu saya rasa dah tak ada sebab orang ramai masih hendak undi Umno sekarang." kata beliau.

Beliau juga berkata, PAS memberi sokongan padu terhadap calon KeADILan yang bertanding di Dun Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak. - mj _
Read full story

Monday, March 23, 2009

Nizar Calon Pakatan Rakyat di PRK P059

0 comments
Oleh Tok Batin

 UPDATE : Sebentar tadi tepat jam 10.47 malam Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah mengumumkan DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon Pakatan Rakyat sempena PRK P059 Bukit Gantang. Nizar yang masih menjawat jawatan Menteri Besar yang sah mengikut undang-undang telah dinafikan hak beliau oleh Kerajaan Haram Negeri Perak sekarang ini.

TG Hj Hadi telah memberikan laluan kepada beliau sebagai Calon P059 untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin akan bertemu dengan Ismail Suffian, 49 iaitu seorang anak tempatan Bukit Gantang mewakili Barisan Nasional.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong. Dalam PRU 12 yang lalu PAS menang dengan majoriti 1566 undi.


Sementara itu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada tarikh ditetapkan.

Panel lima hakim menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Mohammad Nizar, 52, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

BIODATA CALON

YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO

Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Family :
- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat
- Children : 5 boys, 3 girls

Read full story

PAS siap sedia tempuh PRK P059 Bukit Gantang

0 comments
Ikuti temubual tvpas.com bersama Ketua Operasi Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang P059, Asmuni Awi...

Read full story

Harakah & Suara Keadilan digantung 3 bulan

0 comments
Oleh WTKO

 Saya telah dimaklumkan oleh satu maklumat rasmi bahawa Akhbar Rasmi PAS Harakah dan Akhbar Rasmi Keadilan telah digantung selama 3 bulan mulai hari ini. Surat Pengantung yang dihantar ke Pejabat Harakah petang tadi.

Pihak pengurusan Harakah sedang membuat surat rayuan berkaitan dengan perkara ini kepada Pihak Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah, pengantungan Akhbar Harakah dengan alasan yang kecil, iaitu kerana harakah dijual ditempat awam.

Alasan yang sama juga digunakan sebelum ini untuk membenarkan akhbar itu dirampas di beberapa negeri Utara Malaysia.


(Ahmad Lutfi Othman sedang membuat Pemeriksaan terakhir sebelum Harakah di cetak)

Apa yang cukup dikesali pengantungan Harakah bermula era DS Najib untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara. Dalam masa ynag sama pilihan raya kecil akan berlangsung.

DS Najib telah memulakan era pemerintahannya dengan cara yang cukup tidak demokratik.

Adalah diharapkan pengantungan Harakah akan membuka mata rakyat untuk bangkit menentang Barisan Nasional khususnya UMNO. Pengantungan ini akan menjadi titik tolak pengistiharkan perang keatas kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara di negara kita.

Ayuh kita mulakan perang!!!!
Read full story

Ust Idris Ahmad Calon PAS Bukit Gantang ?

0 comments

PETALING JAYA: Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Idris Ahmad dijangka menjadi pilihan parti itu untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

PAS akan mengumumkan calonnya malam esok - tiga hari lebih awal berbanding jadual asal.

"Idris dilihat sebagai calon paling sesuai bagi PAS dan Pakatan Rakyat bertanding di Bukit Gantang disebabkan beberapa faktor termasuk kerana beliau merupakan anak tempatan," kata sumber kepada mStar Online hari ini.

Anak kelahiran Bukit Gantang ini telah bertanding di kawasan Parlimen Jerlun pada Mac 2008, tetapi tewas kepada Datuk Mukhriz Mahathir.

Idris, 45, lulusan pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, juga merupakan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS.

Beliau pernah mengajar di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara).

Idris, yang pernah bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, merupakan antara empat nama terakhir yang telah dikemukakan oleh PAS Perak kepada pusat minggu lalu.

Changket Jering merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Bukit Gantang.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat di Markas PAS Bukit Gantang, Air Kuning sebelum diumumkan nama calon di Simpang malam esok.

"Kami akan mengumumkan nama calon esok," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Selain Idris, nama yang turut disebutkan ialah Ahmad sendiri, Setiausauaha Badan Perhubungan PAS Perak, Asmuni Awi dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun Ahmad dan Asmuni dikatakan telah menolak tawaran tersebut.

Kelmarin Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya akan mengumumkan calon pihaknya esok, bukannya 26 Mac yang disebutkan sebelum ini.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.

Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, empat nama dicadangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu dan kesemua mereka merupakan anak tempatan.

Beliau berkata, PAS mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal bagi membolehkan calonnya turun padang dan berkempen untuk menarik sokongan rakyat.

Read full story

Sunday, March 22, 2009

Propaganda Murahan Memburukkan Pakatan Rakyat

0 comments
oleh : Misbahul Munir
(Setiausaha Politik YAB MB Perak)





Musuh politik Pakatan Rakyat (PR) sudah kekeringan modal untuk bertanding secara yang sihat dan bermaruah. Mereka menggunakan lakaran gambar Tuanku dan Mufti kononnya dibuat oleh PR bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada Tuanku dan Mufti. Inilah kerja jahat mereka dengan menggunakan propaganda murahan yang paling tidak bermaruah.

Gambar ini disebarkan ke seluruh kawasan Parlimen Bk. Gantang. PAS telah membuat penafian yang sekeras-kerasnya mencetak dan mengedar gambar ini. Repot polis telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering oleh YB Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan bagi Jentera Operasii PRK Bk. Gantang yang menuntut pihak polis membuat siasatan rapi serta mengambil tindakan ke atas mereka yang mencetak dan mengedar gambar tersebut.
Read full story

Saturday, March 21, 2009

TV3 'lebong atas darat kering'

0 comments
oleh : Horn Speaker



DUNGUN 21 MAC 2009 - Semalam Buletin Utama TV3 menyiarkan kekecohan di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tajuk 'PENYOKONG PEMBANGKANG CETUS KEKECOHAN'.
Kekecohan tersebut berlaku selepas rombongan PKR dan PAS membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Hasil pengamatan penulis, suasana tegang tersebut dicetuskan oleh penyokong Umno sendiri.Visual yang disiarkan menunjukkan penyokong yang membawa bendera UMNO yang membaling objek dan mengepung kenderaan rombongan PKR dan PAS itu.

Pada yang sama tertulis di nota kaki 'PENYOKONG PEMBANGKANG CETUS KEKECOHAN'.Para penonton Buletin Utama dapat menyaksikan sendiri kekecohan tersebut yang berlatarbelakangkan bendera-bendera UMNO.Mungkin pihak TV3 sendiri beranggapan para penonton akan menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan.

Kami beranggapan media perdana di Malaysia sudah ketandusan isu untuk memburukkan Pakatan Rakyat bagi menutup isu kehancuran dalam UMNO itu sendiri.Klik di sini untuk berita sebenar...
Read full story

Thursday, March 19, 2009

Selamat Hari Lahir DS Nizar

0 comments
oleh Penerangan Pemuda DUN Sura


DUNGUN 19 Mac 2009 - Rasanya tidak terlewat lagi untuk pihak Pemuda Dun Sura untuk mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Menteri Besar Perak, Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang ke 52 pada 17 Mac 2009 yang lepas.

Pada tarikh yang sama juga, genap setahun DS Nizar mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang ke 10.
Beliau telah diraikan secara mengejut oleh ADUN Pakatan Rakyat di bawah pokok demokrasi.Antara ADUN yang hadir ialah Dato' Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, Speaker YB Sivakumar dan beberapa ADUN, wartawan dan tetamu undangan.

Dalam majlis ringkas tetapi meriah itu, beliau telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain.
Bagi meraikan serba ringkas dan sekadar termampu hari lahir beliau, kami Pemuda Dun Sura memperturunkan gambar-gambar kenangan kempen Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu yang lepas.

Kempen gempur edaran risalah ini disertai oleh DS Nizar dan juga pemuda Dun Sura di Pasar Borong Gong Pauh pada hari terakhir kempen iaitu Jumaat 16 Januari 2009.
Pada pagi hari yang sama juga, pemuda Dun Sura turut terlibat dalam gempur risalah di Pasar Borong Chabang Tiga dan di sebelah petang pula di Taman Syahbandar.

Semoga DS Nizar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan rakyat Perak.















Read full story

Wednesday, March 18, 2009

Radzi (Melissa) kini masuk PAS?

0 comments

Apakah benar Radzi ( Melissa ) telah masuk PAS?. maklumat ini aku perolehi daripada forumer TKO. Walau apapun, yang pasti adalah beliau telah berubah daripada seorang Rockers kepada Pendakwah. Syabas diucapkan diatas penghijrahan tersebut. Didoakan semoga beliau terus istiqamah dan thabat didalam medan dakwah dewasa ini.

Mungkin anak-anak atau remaja sekarang tidak familiar dengan nama Radzi dan kumpulan Melissa. Kumpulan ini tersohor disekitar zaman 80-an. Lagu yang dinyanyikan ber'genre' Balada Rock begitu digemari anak muda zaman itu. Tidang kurang juga ada yang evergreen sehingga sekarang. Walau bagaimana pun perlu diingat, hiburan itu ada batasannya danjangan melampau-lampau. Hedonisme mengundang padah kepada masa depan anak muda.


Mutakhir ini kedengaran ramai golongan artis berhijrah daripada dunia glamor mereka ke ke lapangan dakwah. Medan ini memerlukan pengorbanan (sacrifice) dan kesungguhan (commitment) yang tinggi daripada mereka agar tidak terjebak kembali ke jalan kelalaian dan hiburan yang melampaui batas.

Tidak kurang juga ada sebahagian artis yang berhijrah ala hadhari iatu hijrah yang separuh-separuh disamping menjadikan perubahan diri tersebut sebagai gimik atau batu loncatan untuk meraih publisiti daripada masyarakat. Tidak perlu saya nyatakan siapakah gerangannya? Mungkin anda lebih tahu daripada saya.. hehe



Lagu ini sahaja daripada kumpulan Melissa yang aku tau... huhu

Melissa : Cinta Untuk Nabila

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

( korus )
Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

( ulang korus hingga akhir )
Menyatakan cinta untuk Nabila

Sekian daripada Pemuda Bersamamu... layanzzz...Zaassttt..
Read full story

Sunday, March 15, 2009

Gerak kerja pilihanraya satu kewajipan - Mursyidul Am

0 comments
BUKIT GANTANG, 9 Mac : Ahli PAS hendaklah menganggap gerak kerja dalam politik Islam ini bukan sekadar satu kegiatan tetapi mesti menganggap ia satu kewajipan. Ambil iktibar dari doa iftitah : Sesungguhnya solat, ibadahku (kegiatan hidup sehari-hari), hidup dan matiku hanya kerana Allah Taala. Tuan Guru telah berucap dalam majlis Ijtima' Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang di hadapan para petugas yang datang dari seluruh negeri Perak. Majlis telah dadakan di Markaz PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Cempedak di sini hari ini.

"Sempena Maulidur Rasul ini kita mesti yakin bahawa PAS sahajalah yang sebenarnya yang menghayati Maulidur Rasul dengan cara kita bekerja untuk menegakkan Islam sebagaimana sirah Rasulllah saw; sedangkan UMNO hanya menghayatinya melalui slogan-slogan cinta Rasul yang sedap didengar tetapi penuh dengan kekosongan," tegas Tuan Guru.



"Apa yang UMNO buat, PAS pun boleh buat. Sebut sahaja, buat bangunan, buat jambatan dan macam-macam lagi; kita boleh buat. Tapi sebaliknya, apa yang PAS buat, UMNO tak boleh buat iaitu pembangunan takwa" kata Tuan Guru lagi.

Oleh kerana itu, takwa adalah sebaik-baik bekalan kerana takwa bermaksud buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kita mesti taqwa dalam politik, takwa dalam sosial, takwa dalam pendidikan, takwa dalam ekonomi dan sebagainya.

Tuan Guru berkata, takwa akan menjadi pancaindera kepada kita. Ia akan menjadi penyuluh untuk mengenal yang mana halal dan mana yang haram. Mata kita tidak dapat membantu kita mengenal halal dan haram.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Haji Ahmad Awang. Antara penceramah yang memberi motivasi kepada petugas pilihan raya kecil ialah Ustaz Idris Hj. Ahmad, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh dan Datuk Mahfuz Omar.


Ucapan penutup pula diisi oleh Menteri Besar YAB Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Haji Asmuni Awi dan Datuk Husam Musa.

Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi para peserta ijtima' tetap setia menunggu sejak pagi lagi bagi mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh pimpinan parti sehingga majlis tamat pada jam 1.30 petang.

Sumber : Cina-Islam
Read full story

Friday, March 13, 2009

Dari Kuala Terengganu ke Bukit Gantang

0 comments
oleh : Penerangan Pemuda PAS Dun Sura


DUNGUN 12 Mac Khamis - "Dari Parlimen Kuala Terengganu Ke Parlimen Bukit Gantang", demikian tajuk ceramah umum anjuran Lajnah Penerangan MTD Sura yang akan diadakan 14 Mac, Sabtu ini bertempat di Perkarangan PASTI Alor Tembesu, Dungun, Terengganu.

Menurut Ketua Penerangan MTD Sura, Hj Mohd Zain Mohamad, ceramah ini diadakan bagi memberi penerangan berhubung isu terkini tanahair khususnya yang sedang berlaku di Perak, selain mengimbas kembali detik kemenangan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu sebagai warming-up mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang.


Selain dari YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, ceramah ini akan turut dihadiri oleh Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong, Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan YB Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura selaku tuanrumah,"ujarnya.

Memandangkan rakyat perlu diberi penjelasan situasi sebenar yang berlaku di Perak terutamanya dari sudut perlembagaan, maka Dato' Hj Wan Abdul Muttalib adalah di antara tokoh yang paling layak menghuraikan kemelut tersebut.

Seterusnya beliau menyeru semua lapisan masyarakat dapat hadir beramai-ramai ke majlis penerangan tersebut sambil membuat penilaian secara adil berhubung isu-isu terkini yang sedang melanda negara.
Read full story

Thursday, March 12, 2009

Wasiat ke-7 Al-Banna, elakkan bercakap nyaring

0 comments
Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.




Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid
Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam..

Jangan keraskan suara di depan guru
Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa
Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."

Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu."

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka.

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda.

"Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka."

"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian baginda memutuskan.

Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74]

Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna.

Sumber : HarakahDaily

Read full story

Wednesday, March 11, 2009

"Kita datang bukan untuk berperang..." - Ustaz Hadi

0 comments


TAIPING, 10 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku telah terkena beberapa kali gas pemedih mata dan pancutan 'water cannon' ketika menyertai "Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" disekitar Masjid Negara, 7 Mac lalu.

"Padahal, kita datang beramai-ramai bukan untuk berperang, tetapi sekadar menunjukkan benci pada tindakan Umno-Barisan Nasional masih menggunakan bahasa penghantar Inggeris dalam Sains dan Matematik,"jelasnya ketika berceramah di Simpang Empat dekat sini baru-baru ini

Kata Ustaz Hadi protes PPSMI itu melibat puluhan ribu rakyat terdiri dari pakar akademik, ilmuan, pelajar-pelajar universiti, pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan pegawai-pegawai kerajaan turut hadir membantah sikap kerajaan benak hati itu.

Tegas Dato' Seri, sepatutnya setelah negara merdeka sejak 51 tahun lalu semakin bertambah dan kukuh penggunaanya Bahasa Melayu itu malah diperluaskan kegunaanya ke segenap sudut dan masyarakat.

"Tapi nampaknya semakin tahun Bahasa Melayu hendak dicampakkan dengan digantikan kepada Bahasa Inggeris. Oh! Sungguh sangat-sangat dikesali sikap pemimpin Umno,"runggutnya.

Tegas Abdul Hadi, semua negara di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dalam mata pembelajaran di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat seperti di Jepun, China, Hongkong, Perancis dan negara-negara maju lainnya.

"Tidak salah menambahkan pengetahuan dengan mempelajari bahasa-bahasa lain. Tetapi, untuk mengilmukan rakyat di negara ini juga bagi ikatan perpaduan majmuk haruslah menggunakan bahasa penghantar bagi sosial dan ilmuannya dalam Bahasa Melayu," tegas Hadi Awang.

Sebagai contoh, jelasnya, sembahayang menggunakan Bahasa Arab tapi bagi mempelajarinya perlu menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu termasuk mengerjakan fardhu Haji harus dalam Bahasa Arab, namun untuk mempelajarinya mesti dalam bahasa mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.

"Juga yang terpenting kata perbidalan Melayu "Bahasa itu menunjukkan Bangsa," tegas Ustaz Hadi. - azm _


sumber : Harakahdaily.net

Read full story

Monday, March 9, 2009

Perarakan Menyokong Bahasa Ibunda Dilayan Dengan Gas Pemedih Mata !

0 comments


Kuala Terengganu - Kepulan asap pedih dan gatal serta ‘mencekik’ tekak dan dentuman tembakan bertalu-talu kedengaran disekitar kawasan Istana Negara, umpama perang yang sedang meletus.

Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (GMP PPSMI) yang berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan hasrat hati rakyat kepada Yang DiPertuan Agong, telah dilayan dengan tembakan ratusan gas pemedih mata.

Sekitar jam 2.20 petang, kumpulan awal kira-kira 10,000 penyokong GMP PPSMMI yang bergerak dari Pasar Seni mula menerima ‘layanan istimewa demokrasi’ ala- Malaysia, oleh pasukan Polis Diraja Malaysia yang melepas tembakan pertama tanpa sebarang amaran.

Kumpulan perarakan peratama itu dimaklumkan telah dikepalai oleh diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salehudin Ayub.

Sebaik sahaja mereka bertembung dengan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di Lebuh Raya Persekutuan, berhadapn istana negara, polis tidak bersoal jawab terus mengambil tindakan.

“Sampai sahaja disana, polis tidak bersoal jawab terus merampas kain sepanduk yang dibawa, dan berlaku pergelutan apabila para peyokong GMP PPSMI cuba mengambil semula kain tersebut,

“selang beberapa detik, tembakan pertama dibuat, keluar asap berwarna biru, yang cukup memedihkan dan mencekik leher,”kata Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Hanafiah Ramly@Mat yang turut menyertai kumpulan itu dalam perarakan menyokong ‘bahasa Ibunda’ itu.

Beliau yang menghubungi Buletinonline kira-kira jam 3.00 petang memberitahu, bersama-sama beliau adalah beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu termasuk Timbalan Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah.

PAS Terengganu telah menghantar tidak kurang 10 buah termasuk dari Kuala Terengganu, Besut, Kemaman dan tambahan tiga buah bas lagi dari Ma’Ahad Tahfidz Wal Tarbiyah.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan, tidak mematahkan semangat rakyat.

Katanya semangat cintakan bahasa Ibunda telah 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan UMNO/BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"sasaran dan hasrat kita hari ini tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Protes yang bermula jam 2.00 itu turut disertai oleh Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said untuk menyampaikan memorandum bagi memansuhkan PPSMI.

Memorandum tersebut tersebut telah berjaya disampaikan kepada wakil pihak istana pada jam 2.50 petang.

Pengerusi GMP PPSMI, Dato' Dr. Hassan Ahmad berkata GMP tidak akan berhenti setelah berjaya mengadakan Himpunan 100 ribu tersebut.

"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan protes dan kita harap kerajaan akan mengkaji semula perlaksanaan dasar PPSMI dan meletakkan noktah keatasnya,"kata beliau ketika bercakap dengan pihak media.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar.

Abdullah dipetik mStar mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut, semalam


sumber : Buletinonline
posted by awang ja
Read full story

Saturday, March 7, 2009

Sekitar Himpunan 100K Bantah PPSMI 7 Mac 2009

0 comments








































p/s : Petikan daripada beberapa laman web
posted by awang ja

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy