Saturday, June 27, 2009

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

0 comments


KUALA KRAI (mstar.online): PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

BN akan mengumumkan calonnya esok.
Read full story

PAS berpeluang perintah Terengganu

0 comments


TEMERLOH, 26 Jun (Hrkh) - PAS mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapatkan kembali pemerintahan di negeri Terengganu berdasarkan sokongan rakyat yang semakin jelas dan terbuka, kata Adun Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.

Bercakap pada ceramah anjuran PAS kawasan Temerloh di Kampung Batu Kapor dekat sini, baru-baru ini, Wan Hassan berkata perpecahan yang semakin buruk di kalangan pimpinan Umno Terengganu adalah sesuatu yang tidak boleh dibaiki dan akan berpanjangan.

"Berdasarkan apa yang berlaku ke atas kepimpinan Umno Terenganu dan perpecahan yang tidak mampu dipulihkan lagi maka ditambah dengan banyaknya isu yang berlaku saperti stadium runtuh sudah tentu rakyat hilang keyakinan kepada Umno,"katanya.

Tambah Wan Hassan, kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sudah membayangkan isyarat rakyat untuk menolak Umno BN di peringkat negeri dan pusat pada pilihan raya yang akan datang.

"Kalau kita tengok keputusan pilihan raya kecil lalu menunjukkan Umno berada dalam keadaan yang amat cemas. Penolakan rakyat kepada mereka secara terang-terangan. Di Terengganu , dengan banyaknya isu yang berlaku sekarang kita yakin rakyat akan memberikan sokongan kepada kita. Insya-Allah pada pilihan raya akan datang kita akan dapat semula Terengganu," katanya. - mks. _
Read full story

Thursday, June 25, 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009

0 comments

KENYATAAN AKHBAR
HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009
Isnin, 22 Jun 2009


1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.

2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.

3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.

4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.


5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:
a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting - Kem ’Guantanamo’ Malaysia

6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.

7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.

8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.

9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.

10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.

12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.

13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.

15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!


Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!



Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)


sumber : suara rakyat malaysia
Read full story

Monday, June 22, 2009

Video : TGNA tarik balik kenyataan terhadap Ust Nasha

2 comments
Read full story

Setia Bersama PAS

0 comments


Image

MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

Mon | Jun 22, 09
9:50:47 am MYT


TIADA siapa yang dapat menafikan bahawa PAS ketika ini sedang dilanda perbezaan pendapat, namun ia tidaklah sampai menggugat kesepaduan dalam parti. Bagaimanapun perbezaan pendapat ini, pada awalnya dianggap khilaf di kalangan pemimpin, sebaliknya kini, sudah mencetus dan menimbulkan kegelisahan kepada ahli dan penyokong PAS serta rakyat di segenap peringkat.




Seteru politik PAS sedang menunggu-nunggu untuk melihat parti Islam ini berpecah- belah, agar hayat mereka menerajui negara dapat diteruskan.

Majoriti rakyat, khususnya selepas pilihan raya umum ke 12, 8 Mac 2008, menunjukkan protes terbuka kepada BN sambil menyokong padu PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

PAS sebagai sebuah parti Melayu dan parti Islam yang ulung di negara ini, harus dipelihara sebaik-baiknya dan mesti mengelak dilanda masalah dalaman yang boleh menggugat keutuhan parti.

Justeru segala elemen yang mementingkan peribadi, lebih daripada kepentingan perjuangan mesti dielakkan.

PAS akan kecundang dan tidak mendapat kepercayaan rakyat, jika ada kalangan pemimpin yang merelakan dirinya dipergunakan pihak tertentu, guna mengaut keuntungan jangka pendek.

Apa pun, sejarah menunjukkan kewibawaan pemimpin PAS ketika berdepan dengan ujian getir. Alhamdulillah banyak rintangan yang jauh lebih besar dapat di atasi dengan baik sekali.

Ingatlah, PAS bukan sebuah parti politik semata-mata. PAS adalah sebuah parti yang mempunyai ideologi yang unggul, mempunyai pemimpin dan kader-kader dakwah yang mendapat latihan (tarbiyah) Islam yang bertunjangkan kemuliaan keperibadian akhlak.

Pejuang-pejuang PAS mestilah dari kalangan mereka yang berilmu, mempunyai sahsiah yang mulia dan beramal dengan amalan Islam.

PAS merupakan sebuah parti Islam yang perjuangannya mementing agama Allah, syariat Allah, matlamat yang diredai Allah, lebih daripada segala-galanya.

Pada asasnya seluruh ahli dan pemimpin PAS didoktrinkan dengan doktrin Islam. Kerana, hanya dengan bertunjangkan Islam, PAS mampu bertahan di persada politik negara sehingga ke hari ini.

PAS adalah jamaah Islam. PAS adalah wadah yang universal. Semua kita, sama ada pemimpin dan ahli, menyertai PAS, bukan semata-mata kerana kepentingan politik, tetapi untuk membawa perubahan positif buat negara dan umat.

Kita menyertai PAS kerana PAS membawa wadah Islam. Kita meyakini bahawa hanya dengan Islam, diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita akan mendapat pemeliharaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Kita menyertai PAS kerana kita mahu membentuk diri kita dengan acuan Islam. Kita mengetepikan ideologi nasionalisme, menolak ideologi sekularisme, sosialisme, pragmatisme, komunisme dan lain-lain.

Semua ideologi ini sedang gagal dan menuju kehancuran. Hanya dengan istimaqah di atas ideologi Islam kita akan selamat.

Kita harus yakin, bahawa kita akan dimuliakan Allah, selama kita berjuang atas landasannya, walaupun kita tidak menang di dunia. Kita juga harus yakin, kita akan mendapat kehinaan Allah jika perjuangan kita melencong dari landasannya, walaupun kita mendapat keuntungan di dunia.

Justeru atas nama perjuangan Islam, PAS sebagai sebuah parti politik melandaskan amal jamaie dengan berteraskan iman, ilmu, amal, takwa, ukhuwah (persaudaraan) dan mahabbah (kasih sayang).

Semua ahli dan pemimpin PAS adalah sahabat-sahabat yang harus kita kasihi, kita hormati dan kita jalinkan persahabatan sesama muslim sebaik-baiknya.

KIta yakin, pemimpin-pemimpin utama PAS, seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dapat menyelesaikan sebarang pertikaian yang berbangkit, yang sebahagiannya sengaja diperbesarkan oleh media tali barut yang memusuhi PAS.

Ahli-ahli, penyokong dan rakyat yang cintakan perjuangan parti Islam PAS, tidak pernah menaruh rasa curiga atas kemampuan dan kebijaksanaan Tuan Guru berdua.

Kita yakin, akhirnya segala masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan baik, sekali gus dapat meningkatkan lagi kematangan PAS berdepan realiti politik Malaysia, selain mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat, insya Allah._

Read full story

Saturday, June 20, 2009

PAS Tidak Lupa Sengketa Lama - Ketua DPP Pusat

0 comments
INTAN ABDULLAH
Sat | Jun 20, 09 | 5:14:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.


Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.

"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.

"Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

Selain itu, Umno juga diragui apabila tidak memansuhkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI yang telah banyak melukakan perasaan pejuang-pejuang bahasa.

"Ia turut memangsakan pelajar-pelajar di luar bandar dengan pelaksanaan PPSMI," katanya lagi.

Nasrudin menambah, begitu juga dengan beberapa kepincangan lain yang melibatkan isu institusi kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kesemua itu masih tidak dilihat kesungguhan Umno-BN untuk memperbaiki keadaan yang ada, oleh PAS dan rakyat.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya. - mns_

Read full story

Tuesday, June 16, 2009

PAS terus berunding, bukan masuk Umno

1 comments
Read full story

Saturday, June 13, 2009

Brainstorming Pemuda Dun Sura

0 comments

oleh : Team Penerangan Pemuda

Pemuda Dun Sura berjaya menganjurkan program Brainstorming Pemuda pada 11 dan 12 Jun 2009 dengan kehadiran hampir 60 orang peserta.Program semi outdoor yang disertai pemuda dari setiap Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) ini julung kali diadakan di lokasi luar dari Dun Sura yang bertempat di salah sebuah resort di Dun Rantau Abang.

Dengan tema 'Orang Muda Geng Kite', para pemuda memerah otak memikirkan strategi menambat hati pengundi muda dalam usaha mengekalkan kemenangan Dun Sura dengan pelbagai program anjuran lajnah-lajnah yang berkenaan.


Ish..ish..ish

Nok kerat 18 ker nie...

Hari pertama dimulakan dengan gotong royong memasang khemah besar di tepi pantai Laut China Selatan pada petang Jumaat tersebut.Beberapa bilik juga ditempah bagi tujuan memudahkan lagi persiapan diri para peserta.

tutup mata ker tutup muka nie..??

cari telur penyu..???

Salah satu acara ice breaking

Pada petang tersebut juga, para pemuda dihidangkan dengan acara 'Ice Breaking' yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Acara yang mementingkan semangat berpasukan,strategi mengalahkan pasukan lawan dgn pelbagai helah dan pengurusan masa berorganisasi ini antara yang mencabar tahap kekreatifan para pemuda.

Senja mula berlabuh...

Maghrib berjemaah

Selepas maghrib berjemaah, para pemuda dimotivasikan dengan pengalaman pahit manis dalam perjuangan mengekalkan kemenangan Dun Sura.
Manakala pada sebelah malamnya pula, dihangatkan dengan perbincangan khusus Pelan Tindakan setiap lajnah dalam Bengkel Brainstorming 'Orang Muda Geng Kite' di dewan resort tersebut.

Taklimat program

kite buat mcm nie...bla..bla..bla

Hok mana satu yang hangus ni....hehehe.

Suasana malam dihangatkan lagi selepas itu dengan BBQ Pemuda walaupun ditemani angin sejuk dari pantai Laut China Selatan.

Hari kedua pula dimulakan dengan solat subuh berjemaah di surau resort tersebut yang diimamkan oleh Ketua Pemuda Dun Sura.

07:00 pagi....sejuk gileerr.


Antara yang komitmen dengan mandinya..

Tumpang lalu dik...

'V'....peace.


Keheningan awal pagi pantai Rantau Abang dikejutkan dengan pelbagai aksi pemuda ketika mandi manda di pantai tersebut.Dengan berlatar belakangkan cahaya fajar mentari di ufuk timur.

Sesi seterusnya, pembentangan Pelan Tindakan dari setiap lajnah bagi mengakhiri program selama hampir 2 hari itu.
Di kesempatan itu, pihak Lajnah Kebajikan menyampaikan cenderahati kepada AJK Pemuda Dun yang mendapat cahayamata masing-masing yang ke-5 dan ke-6 baru-baru ini...'produk' bagi meneruskan kesinambungan perjuangan menegakkan agama Allah di bumi Terengganu ini khasnya.

Brainstorming Pemuda Dun Sura diakhiri pada jam 12:00 tengahari dengan tekad pemuda untuk terus mengekalkan kemenangan di Dun Sura dan memastikan terkuburnya Umno / BN dari muka bumi ini.Biarlah Umno / BN sekadar menjadi sejarah hitam buat anak cucu kita semua.

Skodeng gapo tu...

kalis air ker..??


Banyak lagi gambar-gambar menarik dalam siri 2 nanti.

Read full story

Thursday, June 11, 2009

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

0 comments
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid _

Read full story

Wednesday, June 10, 2009

PEJUANG YANG TAK DIDENDANG

0 comments

Tuesday, June 9, 2009


Sedih aku melihat suasana pasca muktamar Pas kali 55,mcm2 komen dan pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai pihak.Ada yang mengutuk dan mengeji pimpinan secara tidak beradab seolah2 merekalah yang lebih kasih pada gerakan ini,seolah2 merekalah yang paling banyak berjuang atas muka bumi ini.Aku bercadang untuk mengisahkan beberapa kisah yang aku lalui dan aku dengar sebagai pedoman buat kita semua.Kita kena sedar bahawa di luar sana ramai lagi orang yang lagi lama berjuang dari kita,yang lebih tinggi semangat dari kita,yang telah menafkahkan harta mereka,diri mereka dan keluarga mereka untuk melihat Islam memerintah bukan diperintah.

1. Aku ada seorang tok sedara yang sudah tua,aku panggil beliau sebagai tok ngah.Tok ngah aku adalah seorang yang istiqamah dengan kuliah hari jumaat tok guru haji hadi
di Masjid Rusila.Walaupun hari ini,beliau tidak dapat mendengar dengan baik namun beliau tetap istiqamah mendengar kuliah TGHH.Walaupun beliau telah bongkok tiga,namun semangat untuk pergi ke Masjid Rusila setiap hari jumaat tetap membuak2.Beliau mempunyai 2 orang anak yang terencat akal dan fizikal,namun walaupun ditawarkan duit ehsan oleh abgnya yang merupakan pengerusi JKKK.namun beliau tetap menolak duit tersebut kerana semngt beliau terhadap perjuangan Islam,beliau tidak rela menerima duit yang dirompak dari hak rakyat Trg.Kita lihat diri kita pada hr ni,ada yang mendapat pinjaman dari biasiswa dri duit rakyat,namun masih takut untuk berjuang demi rakyat.Ada yang makan gaji terus senyap dan sepi dari perjuangan.Sewaktu di kampus dialah yang paling bersemangat,namun turun ke medan dialah yang awal sekali menghilang dari perjuangan,adakah tarbiah sewaktu di kampus belum cukup untuk membentuk diri kita menafkahkan diri dan harta pada perjuangan??Adakah kuliah2 yang tak formal di kampung2 dan kawasan2 lebih mampu membentuk seorang pejuang??Ayuh sahabat2ku marilah sama2 kita insaf dan semak balik diri kta,renungkanlah org2 kampung kita yg bersemangat memperjuangkan Islam dan mereka menunggu kita untuk memimpin dan mebimbing mereka untuk terus Istiqamah dan berjihad bagi melihat Islam didaulat di tempat masing2


2.Aku teringat lagi,satu kisah yang diceritakan oleh ayahku sewaktu majlis sambutan jubli emas Pas terengganu yang dibuat di kawasan Dungun.Pada masa itu MDD telah mencabut bendera yang dipasang di sekitar bandar Dungun.Pemuda2 Dungun pada masa itu diarahkan untuk mengawal tempat sambutan tersebuat dan mempertahankan bendera2 yang dipasang di tempat tersebut.Ayahku berjumpa dengan 2,3 orang bekas anak muridnya lau mereka berkata "Cikgu kami tunggu arahan pimpinan je,kalau pimpinan kata pergi,kami lawan je org2 yang cabut bendera tu".Walaupun mereka tak pernah mendapat tarbiah secara formal,walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi,walaupun mereka tak pernah membaca kitab2 haraki,namun semangat jihad mereka lebih tinggi dari kita.Taat dan wala' mereka pada pimpinan lebih hebat dari kita.Tsiqah mereka pada pimpinan lebih hebat dari kita.Kita renung balik diri kita yang mengaku sebagai pejuang,pimpinan arah hadir mesyuarat macam2 alasan yang diberi.Pimpinan suruh bentang kertas kerja dan jadi pengisi program beribu2 alasan diberi.Adakah kita layak mengaku sebagai seorang pejuang??Di kala pimpinan mengusulkan idea Kerajaan Perpaduan macam2 komen yang kita beri.Kononnya2 kitalah yang paling sayang pada Parti.Konon2nya kita yang paling teruk menerima ancaman dari Umno,sedangkan dikala pimpinan mesyuarat sampai pukul2,3 pagi kita asyik megulit mimpi atas katil.Di kala, masa pimpinan lebih banyak atas jalan mengisi setiap program parti,kita sibuk dengan keluarga dan mencari harta.Adakah kita layak mengaku kitalah ahli gerakan yang paling sayang pada gerakan.Adakah kita layak mengaku kitalah yang paling banyak berjuang untuk Islam??

3. Sewaktu balik ke Malaysia baru2 ini,aku sempat berbual dengan 2 orang tenaga penggerak pemuda Dun Sura.Aku kagum dengan semangat dan Istiqamah mereka dalam perjuangan mendaulatkan Islam.Walaupun duit tak berapa ada,dan gaji yang sedikit bekerja sepenuh masa dengan parti.Namun itu tak menjadi masalah pada mereka untuk terus menjadi murabituun demi melihat Perjuangan Islam ini terus berjaya dalam persada politik tanah air.Namun,mereka sedih dengan sikap 2,3 org kawan yang mendapat tarbiah di kampus, tapi x berjaya menginfakkan diri mereka untuk mengerakkan pemuda kawasan.Last2,pusing2 mereka berdua juga yang buat kerja dari awal tahun sampai akhir tahun.Ayuh sahabatku buanglah ego kita,walaupun kita ni pimpinan kampus,walaupun kita mendapat tarbiah 1st class, dan org2 kampung kita x berapa alim mana, x berapa tsiqah mana,tapi tanggungjawab untuk memipin dan membimbing mereka atas bahu kita semua.Kalaulah kita ni bergaji tinggi,kalaulah kita ni alim yang dihormati,namun kalau kita tak sanggup menginfaqkan diri pada Islam,xder guna harta yang bertimbun,xder guna ilmu yang melambung.

Ayuh para sahabat,rapatkan saf perjuangan kita. Mantapkan ukhwah Islamiah sesama kita. Perjuangan ini masih jauh dan panjang. Aku teringat kalam muhaimin sulam: "Pas makin kuat,Islam makin lemah" jalan dakwah kita masih panjang dan berliku2. Masyarakat di luar sana menunggu2 kita sebagai agen dakwah dan agen perubahan. Istiqamahlah kita pada Perjuangan Islam,walau di mana kita berada. Taat dan wala'lah pada pimpinan walaupun idea mereka tak berapa kita setujui. Ingat pesan Saidina Umar; "Tidak ada jemaah tanpa pimpinan,Tidak ada pimpinan tanpa ketaatan".Aku akhiri kalam ini dengan ucapan penggulungan Ust Din Tantawi,ketua DPPP :


Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :


من أنصاري إلى الله

Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt .

Insyaallah , Pemuda - pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :



نحن أنصار الله


Kamilah pembantu - pembantu [ pejuang ] Agama Allah swt


Ya Allah Tuhan yang mebolak-balikkan hati ini,Tsabatkanlah hati ini atas ketaatan pada-Mu dan Jihad pada jalan- Mu

sumber :
hidup berjuang mati terbilang
Read full story

Pemuda PAS Rela Menjadi 'Buruh Kasar' Parti

0 comments
AZAMIN AMIN
Tue | Jun 09, 09 | 10:04:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Demi mencapai matlamat PAS yang memperjuangkan agama Allah dan mendukung gagasan 'Islam Memimpin Perubahan', Pemuda PAS sedia menjadi 'buruh kasar' dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Demikian antara kata-kata penuh semangat Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi dalam tulisan di dalam blog peribadinya hari ini.

"Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS. Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan.

"Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka," katanya.


Bahkan katanya dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Allah SWT. .

"Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja (buruh kasar) bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut .

"Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah Islam di atas dan yang lainnya di bawah," kata Nasrudin

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai (Rijal at Taghyir) dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut, katanya.

Dalam pada itu katanya para Pemuda PAS berikrar tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah s.a.w. dan tidak akan mencemarkan wajah Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .

"Kami sekali-kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini.

"Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat," katanya. - azm/mks. _

Read full story

Saturday, June 6, 2009

Sejarah baru - Ketua Pemuda PAS teraju jawatan Naib Presiden PAS

0 comments
IMBAS KEMBALI....Salahuddin Ayub ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam
(HIMPIT 07) di Rusila, Marang.



SHAH ALAM, 6 Jun - Ketua Pemuda Pas sesi lalu, Salahuddin Ayub yang menerajui jawatan tersebut sejak 2003, dipilih menjadi Naib Ketua dalam keputusan pengundian jawatankuasa PAS Pusat hari ini.


Beliau yang mendapat 824 undi akan berkerjasama lagi dua Naib Presiden baru Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 871 undi dan YB Dato' Haji Mahfuz Omar, 636 undi.


"Ini adalah satu amanah besar dan InsyAllah saya akan melaksanakan yang terbaik sebagaimana 6 tahun lalu sewaktu saya menerima tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS," ujar Salahuddin dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau yang sependapat Nasharuddin berkenaan kepentingan kombinasi 3 golongan dalam jawatankuasa yang baru, iaitu profesional, ulamak dan aktivis dalam mengemudi Pas.


Beliau yang berharap dapat menjadi duta dan diplomat PAS, berhasrat untuk membina jambatan baru antara PAS dengan kementerian, jabatan kerajaan, swasta, dan antarabangsa supaya PAS tidak hanya dilihat sebagai pembangkang semata-mata.

laman rasmi Muktamar Agung PAS ke 55
http://muktamar55.pas.org.my
Read full story

Friday, June 5, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

0 comments
PEMIMPIN BARU... Salahuddin Ayub (tengah) bersama Nasrudin Hassan (kanan) yang menggantikannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS dan Azman Shapawi selaku Timbalan Ketua yang baru sayap itu pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50.


BERIKUT ialah senarai calon yang memenangi pemilihan jawatan Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009-2011.

PENGERUSI TETAP

Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)

KETUA

Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN KETUA

Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)

NAIB KETUA

Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)

2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)

3. Mohd Firdaus Jaafar (176)

4. Mohd Nazri Chik Zain (176)

5. Suhaizan Kaiat (165)

6. Nasir Zakaria (152)

7. Kamal Ashaari (145)

8. Kamaruzaman Mohamad (139)

9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)

10. Mohd Adram Musa (135)

11. Abdullah Abdul Karim (127)

12. Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob(126)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring

2. Muzammil Hafiz

lagi berita muktamar DI SINI dan DI SINI dan DI SINI
Read full story

Thursday, June 4, 2009

Muktamar PAS Secara Langsung Melalui Web

0 comments

 PAS telah pun melancarkan laman web rasmi untuk Muktamarnya yang ke-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web.Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi.



Kesemua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut. Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air termasuk laporan yang tidak adil menjadikan PAS menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang merasmikan laman web Muktamar 55 ini menyatakan gerbang muktamar yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.

Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran langsung terus menerus sidang muktamar bermula dengan muktamar dewan hinggalah muktamar penuh, katanya."Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlansung sejak beberapa minggu ini," katanya.

Laman web ini ujar Kamarudin diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi sejak beberapa minggu lalu."Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat."Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya semua perwakilan akan berbahas dengan penuh etika dan beradab seperti muktamar-muktamar yang lalu di samping. Sila layari muktamar55.pas.org.my untuk menyaksikan muktamar secara langsung.

TKOdaily
Read full story

Menjelang pilihan raya: Pemimpin Umno tiba-tiba bertukar watak

0 comments

Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon.

Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.



Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk.

Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.




Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu.

Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan.

"Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

Sedangkan katanya, ketika rakyat hendak menemui mereka di Kuala Lumpur begitu sukar sekali sehingga terpaksa membuat temu janji berkali-kali.

Sementara itu PAS akan menganjurkan ceramah di Kampung Peria malam ini dijangka dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan.



detik daily
Read full story

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan runtuh

3 comments

Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh malam tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu.

02/06/2009 10:25am

KUALA TERENGGANU 2 Jun – Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.

Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. - Utusan

pemuda besut

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy