Monday, August 31, 2009

Perutusan Kemerdekaan - Sedikit Renungan Buat Anak Muda Negara

0 comments
oleh : Ustaz Nasruddin Tantowi

Sempadan Kemerdekaan


1. Negara kita telah Merdeka . Merdeka sejak lama dulu . Kita selaku anak - anak muda negara belum lagi dilahirkan detik laungan merdeka bergema . Bebas dari belenggu pemerintahan penjajah .

2. Kita hanya mampu membaca sejarah . Menelusuri kronologi berdarah para pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan jasad dan nyawa demi masa depan negara .

3. Ramai dikalangan kita mengetahui erti kemerdekaan melalui pembacaan namun tidak mungkin kita mampu mencapai tahap menghayati kemerdekaan melalui pengalaman juang yang direntas oleh para pejuang - pejuang negara . Oleh kerana kita ditakdir hidup di zaman selepas merdeka , maka saya melihat kita mesti mencipta sejarah kemerdekaan yang tersendiri .

Kereta berhias UMNO Bahagian Dungun

4. Kemerdekaan negara dari belenggu pemerintahan dan penjarahan penjajah telah berjaya dicapai oleh orang terdahulu dan kita tiada pada waktu itu maka tiada apa yang boleh kita lakukan . Namun berjuang untuk kemerdekaan tidak terhad memerdekakan negara dari belenggu pemerintahan penjajah Inggeris semata - mata . Perlu diingat , hasrat pejuang - pejuang kemerdekaan yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka bukan terhenti setakat menghalau Inggeris pulang ke kampung mereka tetapi turut melihat bagaimana negara ini pula dibangunkan oleh generasi muda hari ini .

5. Apalah ertinya merdeka setelah Inggeris pulang bergaya , kini anak bangsa sendiri seperti masih terkial - kial mencari identiti diri . Tamaddun yang dibina hanya bersendikan material dengan asas pembangunan dan kemajuan , tetapi malangnya tamaddun ini kering gersang dari pertumbuhan spiritual dan moral berbanding kepesatan material.

6. Mudahnya saya sebut , apalah ertinya negara memiliki bangunan - bangunan mencakar langit tetapi di celah - celahnya penuh dengan penagih dadah , pelacuran , arak , casino , kelab malam , rasuah , penyalahgunaan kuasa , pengangguran , ah Long , peras ugut , penipuan , pecah amanah , pengkhianatan , dan 1001 mungkar yang boleh meruntuhkan tamaddun yang dibina .

7. Membina tamaddun berasaskan material [ atau tamaddun batu ] adalah mudah , tetapi membina tamaddun manusia [ tamaddun jiwa ] sekaligus bebas dari minda penjajah adalah tamaddun sebenar ummat yang merdeka .

Sambutan kemerdekaan ke 50 (2007) di Padang Merdeka, Dungun

8. Merdeka kepada anak muda hari ini bukan lagi merdeka dari pemerintahan penjajah tetapi merdeka dari minda yang mundur dan sempit kepada sebuah keyakinan terhadap kehidupan yang maha luas di dunia dan sampai ke akhirat . Merdeka dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Tuhan yang mencipta hamba dan seluruh alam cakrawala ini . Merdeka dari kezaliman dan kesongsangan ideologi ciptaan manusia kepada keadilan Islam dan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt .

9. Anak muda yang merdeka ialah mereka yang tidak mengizinkan dirinya hanyut tidak menentu arah dengan pelbagai kelalaian dan keasyikan semata - mata memuaskan keinginan duniawi [ dunia ] tanpa melaksanakan tanggungjawab membangunkan jiwa , minda , masyarakat dan negara selari pula dengan tuntutan ukhrawi [ akhirat ] .

10. Anak muda yang masih tersepit dalam arus budaya asing dan hidup bersiangan tanpa arah tuju hidup yang jelas didorong dan digesa agar segera keluar dari arus yang membinasakan masa depan diri sendiri dan jua masa depan negara . Marilah kita merdekakan diri kita bukan sekadar berbangga dengan kemerdekaan yang dicapai oleh generasi terdahulu .
Read full story

Ayuh Anak Muda ! Pertahankan Kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman!

0 comments
Oleh SHAMSUL ISKANDAR

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.

Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.

Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.

Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).

Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.

Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.

Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.

Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.

Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.

Bersama kita lakukannya !


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Read full story

Sekitar hari pembuangan undi PRK N.11 Permatang Pasir_siri 02

0 comments
oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura

Pemuda hingusan BN






Betul-betul kuat hijau ni...




Barung SPR...tiada lagi bangsal panas dr parti politik


Pemuda upahan BN sebelum dapat baju T-shirt kuning


??????....




memang patut kena lingkup pun....




tenaga penting setiap pilihanraya


'Orang kuat' DPPNT di UPU Permatang Tengah


tayar kerusi roda tadok angin ker..??






p/s : lepas nie..mane pulok??

Read full story

Friday, August 28, 2009

Umno upah,latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat

0 comments
Oleh : Mohd Sabri Said
Harakahdaily.net

PERMATANG PAUH, 28 Ogos: Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.



Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.



Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.



Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.



Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh,Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi. - mks. _


sumber gambar : Pemuda Dun Sura.
Read full story

Thursday, August 27, 2009

Sekitar hari pembuangan undi PRK N.11 Permatang Pasir_siri 01

0 comments
oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura

Lokasi : UPU Permatang Tengah
(kontinjen Terengganu)



Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantowi





Pengerusi DAP Terengganu




Mantan Senator, Ustazah Safinah Jusoh hadir sejak pagi lagi


Petugas BN sendiri yang melanggar peraturan baru SPR


Pegawai SPR meminta petugas BN agar mematuhi peraturan baru SPR


Pemuda Upahan BN / Umno


Sdra Ronnie Liu hadir memberi sokongan




Lokasi : sekitar DUN Permatang Pasir

Geli hati baca baner ni....hahaha


Tugas mereka...sesakkan jalanraya.


'Pemuda Umno Kepala Batas'


Penyokong bermotosikal BN membuat onar


Laluan ke Sek. Keb. Bulit Indera Muda sesak teruk




Kejadian baling batu oleh penyokong BN berT-shirt kuning


Lari menyelamatkan diri...balingan batu tak mengenal mangsa


Pemuda BN tak puas hati arahan polis
















Lokasi : UPU Permatang Tengah





Menunggu detik jam 5 petang


Siap sedia untuk 'tutup kedai'


Munajat selepas penutupan pusat pengundian



p/s : Gambar hari penamaan calon PRK N.11 Permatang Pasir.
Klik di SINI


Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy