Thursday, January 7, 2010

ADUN Sura Rai Kejayaan Generasi Terakhir SRAB


Sura, DUNGUN – Kejayaan pelajar generasi terakhir Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail (SRABSI) Dungun, disini, telah dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/Image068.jpgEmpat dan 21 orang pelajar pelajar SRABSI yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi keputusan 5A.

Mereka adalah adik Anis Nazihah Binti Zaki dari Kampung Balai Besar, adik Nurfarzana Huda Binti Mohd Noor dari Kampung Bukit Batu Putih (Gambar atas), Pulau Serai, adik Nur Syafiza Binti Abdullah dari Kampung Rajawali, Pulau Serai dan adik Fatimah Rosalia Binti Elias dari Kampung Bunga Raya.

Ustaz Wan Hassan yang telah berkunjung sendiri kerumah pelajar cemerlang tersebut bagi mengucapkan tahniah secara peribadi dan meninyampaikan sedikit sumbangan


Diketika dihubungi Buletinonline beliau berkata, ia telah menjadi amalan, yang merupakan rutin tahunan baginya sebagai ADUN yang berkhidmat untuk rakyat.

”Pada setiap hujung tahun atau awal Januari, memang rutin saya, menziarahi pelajar-pelajar cemerlang UPSR dari rumah ke rumah,

”saya mahu menyampaikan ucapan tahniah saya secara peribadi kepada mereka, dengan sentuhan itu, InsyaAllah akan memberi motivasi, supaya mereka lebih maju,”ujarnya.

Mengulas tentang penutupan SRAB beliau berkata, pihaknya ADUN yang mewakili PAS dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri telah beberapa kali membawa isu tersebut dan membahaskannnya dalam Dewan.

Katanya, penutupan SRAB adalah satu bukti kerajaan tidak mengtamakan ‘pencapaian’ yang telah diraih oleh SRAB sejak ia mula beroperasi.

”Ternyata kerajaan tidak mengutamakan ‘pencapaian’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan, kerana SRAB merupakan sekolah yang mencapai kejayaan dalam UPSR sejak ia ditubuhkan,”jelasnya.

Menurutnya SRAB dibangunkan oleh kerajaan PAS Terengganu pada 2001, telah ditutup ‘secara rasminya’, apabila berakhirnya penggal persekolahan tahun lepas.

buletin online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy