Monday, January 18, 2010

Kapten (B) Dato' Abu Zahar Hashim Di Dungun 19 Januari


by aBaBiL

DUNGUN 17 Januari, Ahad -
Bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter, yang telah menyertai PAS akhir tahun 2008, pertama kalinya akan menyampaikan ceramah umum di DUN Sura, Dungun, Terengganu.


Menurut Setiausaha Lajnah Penerangan MTD Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab, ceramah yang dijadualkan pada 19 Januari hari Selasa ini, turut melibatkan seorang lagi penceramah dari luar Terengganu, iaitu Ustaz Riduan Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat.

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli merangkap YDP PAS Kawasan Dungun akan bertindak sebagai tuanrumah, di program penerangan bertempat di PASTI Tanah Lot tersebut.

Selain isu kehilangan enjin jet 5E, beberapa isu tempatan lain dijangka akan turut diberi kupasan oleh ketiga-tiga penceramah di malam tersebut.


Encik Ahmad Roslin turut menyeru seluruh warga Dungun khususnya DUN Sura, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik supaya hadir mendengar sendiri pendedahan dan penjelasan langsung isu-isu semasa yang cuba disembunyikan oleh media arus perdana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy