Saturday, May 15, 2010

Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2010


Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2010 telah berlangsung pada 15 Mei 2010. Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu yang berlangsung di Padang Pak Pa, Bandar Jertih, Terengganu telah menarik perhatian Team IT Pemuda Dun Sura. Justeru itu, kami menghantar JuruGambar ke lokasi tersebut.

sumber asal dari : http://pasti-terengganu.blogspot.com/



Keputusan Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu :

(A) Bola Sepak
Johan - PASTI Dungun
Naib Johan - PASTI Marang

Pertandingan yang sengit antara pasukan bola sepak Dungun & Marang yang akhirnya keputusan ditentukan dengan sepakan penalty. Kemenangan akhir berpihak kepada Dungun (3-2).

TAHNIAH kontijen bola sepak PASTI Dungun !!

(B) Bola Jaring
Johan - PASTI K. Terengganu
Naib Johan - PASTI Marang

Pasukan K.Terengganu memang tiada tolok bandingnya dengan mudah mengalahkan pasukan Marang di peringkat akhir dengan 15-0.

SYABAS kontinjen bola jaring PASTI K. Terenggganu !!

(C) Juara Keseluruhan
Diumumkan ... PASTI Kawasan Marang.

TAHNIAH TAHNIAH !!!!

Gambar oleh Unit IT Pemuda Dun Sura

p/s : Lagi gambar slide akan menyusul selepas ini...dari lensa Team IT Pemuda Dun Sura.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy