Tuesday, September 14, 2010

Baiki pagar longkang


DUNGUN: Penduduk di sekitar Flet Bijangga di sini, mahu pihak berkuasa membaiki pagar sisi longkang besar di depan kawasan perumahan mereka yang rosak sejak lima tahun lalu.

Longkang besar sedalam 2 meter dan selebar 4 meter itu bermanfaat kepada penduduk terutama untuk mengawal banjir tetapi dengan ketiadaan pagar sisi, ia membentangkan bahaya kepada pengguna kenderaan dan kanak-kanak terutama ketika berselisih di jalan itu yang sempit.

Sebelum itu, longkang itu sudah dilengkapi dengan pagar sisi, namun, ia dicuri sehingga menyebabkan longkang itu terdedah kepada sesiapa saja.
Tinjauan mendapati hanya sebahagian pagar sisi yang masih ada manakala sebahagian besar lagi yang berdepan pula dengan rumah penduduk sudah hilang dan tidak berganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Flet Bijangga, Mohd Almi Othman, berkata tindakan segera perlu diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya berharap pihak berkenaan segera memasang besi penghadang atau meninggikan sedikit tembok penghadang demi keselamatan orang ramai yang melalui jalan ini.

"Masalah ini sudah dihadapi pengguna sejak lebih lima tahun lalu kerana besi penghadang yang rosak itu sudah hilang sejak lima tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Penduduk yang mahu dikenali Ayah Ngah, 61, berkata ketiadaan besi penghadang menyebabkan sudah banyak kenderaan yang melalui jalan itu terjunam ke longkang itu apabila berselisih dengan kenderaan lain.




p/s - Gambar-gambar dari Team IT Dun Sura akan menyusul selepas ini...!!!

Mungkin pihak Majlis Perbandaran Dungun boleh memikirkan sesuatu untuk ini & pihak-pihak yang rapat dan kaki bodek dgn YDP Majlis bolehlah untuk berkira-kira projek pagar longkang ini.JKKK Bijangga mungkin dah gatal tapak tangan utk terima komisen...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy