Sunday, November 21, 2010

MEMALI: Seruan kepada pemuda - Teruskan Jihad!



BALING: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi melihat semangat Memali tidak padam sebaliknya masih segar dalam jiwa anak-anak muda hari ini.

Pun begitu, beliau mahu anak muda hari ini melihat bahawa perjuangan Islam tidak meniti jalan mudah sebaliknya sentiasa berhadapan tentangan musuh.

“Tetapi alhamdulillah, semangat juang yang diwariskan kepada kita hari ini tidak pernah pudar. Dan insyaAllah akan sentiasa ada pemimpin yang bangun untuk mengukuhkan semangat juang ini sekaligus memimpin generasi baru hari ini menyambung risalah perjuangan,” ujarnya berucap pada Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di Kampung Memali, di sini 19 November lalu.

Serunya, anak-anak muda hari ini perlu mempunyai semangat berkorban bukan sahaja harta benda, tetapi juga darah dan nyawa mereka.

Anak muda yang mempunyai sifat seperti ini katanya, sedang ‘menunggu giliran’ untuk menyusuli para syuhada terdahulu sebagai mengotakan janji kepada perjuangan suci ini.

Ustaz Nasruddin turut melontarkan ingatan bahawa perjuangan menjadi lemah apabila meninggalkan jihad.

“Kerana kekuatan kita adalah jihad! Nabi SAW berkata bahawa kemuncak kepada Islam adalah jihad fisabilillah. Maka jangan sekali-kali kita membuang jihad itu dari perjuangan kita. Jangan sekali-kali kita melunturkan jihad itu dari diri kita sebaliknya semakin hari semakin kukuh, semakin kemas dan kuat!” serunya disambut laungan takbir hadirin.

Menyentuh mengenai pelbagai tujuan manusia berjuang seperti hendakkan kebendaan kemasyhuran dan perlindungan, beliau berkata, Nabi telah menegaskan bahawa mereka yang berjuang meninggikan kalimah Allah mengatasi selainnya adalah sebenar-benar pejuang dijalan Allah.


sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy