Wednesday, March 31, 2010

Warna warni Panduria Dun Sura 2010_siri 2

0 comments
Sekitar laluan Panduria 2010 - Gelagat peserta.

















Tempat bersejarah - Bukit Tebuk














Pasar Besar Dungun





















Makan free di rumah YB ADUN Sura





Siri 3 akan menyusul...majlis penutup & penyampaian hadiah
Siri pertama...sekitar majlis perasmian & pelepasan peserta - klik DI SINI

Read full story

PAS Selar Muhyiddin Halang PIBG Bersuara

0 comments


KENYATAAN MEDIA
Email dari : penerangan.paspusat@yahoo.com


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.

Di Parlimen semalam, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.

PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibubapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan. Malah mereka berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.

Sepatutnya, pihak Kementerian Pelajaran menjadikan mereka rujukan utama sebelum sesuatu dasar itu diperkenalkan kerana mereka berhak dan lebih memahami keperluan pelajar dan anak-anak mereka.

Mesyuarat dan Konvesyen PIBG akan menjadi lebih matang dan dilihat berwibawa jika mereka mampu membincangkan soal-soal dasar dan polisi negara disamping tidak mengabaikan isu-isu dalaman sekolah mereka.

Jika mereka tidak diberikan ruang untuk bersuara, dimanakah mereka ingin membawa pandangan mereka. Tidak semua ahli PIBG terlibat dengan NGO atau parti Politik. Jadi, apa salahnya mereka mengunakan medium yang ada untuk menyampaikan pandangan.

Pandangan Muhyiddin ini jelas menunjukan Kerajaan BN tidak terbuka menerima teguran rakyat dan masih mengamalkan dasar pekak telinga. Mereka hanya melayan aduan atau pandangan yang selari dengan kehendak mereka, sedangkan pandangan yang tidak mengikut kehendak mereka diketepikan dan dianggap sebagai pandangan politik. Walhal isu yang disentuh jelas melibatkan isu pendidikan, bukannya politik. Kalau orang politik sekalipun, bila berbicara isu pendidikan, ia tetap isu pendidikan bukan isu politik dan tidak perlu dipolitikan. Ternyata beliaulah yang cuba mempolitikan isu ini, bukan PIBG.

PAS mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana membuktikan kebebalan dan keangkuhan Kerajaan BN pada rakyat.

PAS menawarkan kepada semua PIBG dinegara ini untuk menyampaikan pandangan mereka melalui wakil-wakil rakyat Pakatan jika BN sendiri sudah tidak mahu menerima pandangan mereka. PAS akan memastikan wakil-wakil rakyat Pakatan akan membawa isu mereka ke Parlimen dan sidang-sidang DUN. Pakatan tidak sesekali membiarkan rakyat terus menerus dinafikan hak dalam memberikan pandangan, dan perjuangan kita adalah suara rakyat.

PAS yakin rakyat akan memilih Kerajaan yang lebih baik dan lebih terbuka dalam pilihanraya akan datang dan Pakatan bersedia memberikan yang terbaik buat rakyat.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Read full story

RM52 BILION SAHAM BUMIPUTERA HILANG : UMNO/BN PENGKHIANAT?

0 comments

KENYATAAN MEDIA
email dari : penerangan.paspusat@yahoo.com


Parti Islam Semalaysia (PAS) kesal di atas pengkhianatan kerajaan Umno/BN yang dengan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera. Siasatan menyeluruh mesti dibuat ke mana lesapnya nilai saham yang begitu banyak yang diperuntukan kepada Bumiputera. Siapakah dalang yang mengkhianat hak Bumiputera perlu disisasat. Menteri yang bertanggungjawab mesti disiasat dan meletak jawatan.

PAS yakin dengan peruntukan wang sebanyak itu, pemilikan ekuiti bumiputera akan mencapai melebih daripada 30%. Tetapi akibat pengkhianatan amanah dan kejahilan pemimpin Umno/BN maka ekuiti bumiputera hanya mendapat 19.4% sahaja.

Mereka juga menjadikan modal supaya rakyat yang miskin akan menjadi abdi moden dan takut untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Kerajaan Umno/BN memahami bahawa rakyat yang ,miskin adalah stok penimbal setiap kali pilihanraya. Memang kajian menunjukan rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan begitu kuat bergantung dengan kerajaan melalui projek mee segera yang diberikan setiap kali pilihanraya.

Pas menyedari bahawa kemiskinan yang dirancang supaya ia menjadikan modal dan halwa manisan untuk orang-orang Melayu/Bumiputera akan terus menyokong Umno/BN dalam setiap kali pilihanraya. Kerajaan Umno/BN memahami bahawa rakyat miskin adalah stok penimbal setiap kali pilihanraya. Memang kajian, menunjukkan rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan begitu kuat bergantung dengan kerajaan terutama janji yang ditaburkan setiap kali pilihanraya.

Umno/BN akan mencanang bahawa Melayu mundur kerana ia adalah akibat ancaman daripada orang bukan Melayu. Mereka mendakwa kalau orang Melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan Umno/BN kerana Umno sahaja parti yang menjaga ketuanan Melayu di negara ini. Sebenarnya atas nama ketuanan Melayu menjadi tiket kepada mereka untuk menggadai hak orang Melayu di negara ini.

PAS berpendapat buatlah apa dasar sekalipun jika tidak membuang sifat pembaziran, rasuah dan ketirisan dan salah urus, maka dasar Model Ekonomi Baru (MEB) juga akan mengulangi kegagalan DEB sebelumnya, kerana pelakon yang sama membawa watak yang sama.



Ust Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Kejadian Bangunan INOS-AKUATROP UMT Runtuh

0 comments


Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika (INOS-AKUATROP), tanpa ribut, taufan dan gegaran, runtuh pada jam 5.15 petang, 29 Mac, 2010


Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional (BN) Di Terengganu Runtuh

KUALA TERENGGANU – Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata beliau bersyukur kerana kejadian bangunan runtuh merupakan satu rahmat kepada rakyat Terengganu.

Hari ini, 29 Mac 2010, genap 96 hari, Yahya mengucapkan kata-kata itu, runtuh pula sebuah lagi bangunan dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tingkat ke empat bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika (INOS-AKUATROP), tanpa ribut, taufan dan gegaran, runtuh pada jam 5.15 petang.

Baca lagi...

Read full story

Tuesday, March 30, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

0 comments
sumber: www.tayibah.com



Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
Read full story

Monday, March 29, 2010

Bangunan INOS Dalam Pembinaan UMT Pula Runtuh

0 comments
sumber : buletin online

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita23/29032010763.jpgKemaskini 7.30pm - seorang maut, seorang kritikal

Tepoh, KUALA NERUS
– Polis dan bomba dikejarkan ke kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disini setelah menerima panggilan kecemasan memberitahu terdapat sebahagian bangunan dalam pembinaan disini jam 5.15 petang ini 29 Mac.
Menurut seorang jurucakap pelajar kumpulan Pro-Mahasiswa UMT berkata, bangunan yang runtuh itu masih dalam pembinaan dan dicadangkan untuk digunakan sebagai Institut Oseanigrafi universiti tersebut.

“Laporan awal memaklumkan kepada saya, sekurang-kurangnya tiga orang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan salah seorang dari mereka terhempa,”katanya ketika dihubungi pada jam 6.30 petang.



Sebntar tadi, kira-kira jam 7.20 malam, beliau berkata, jumlah mangsa yang terlibat dalam runtuhan bangunan tersebut (Gambar) meningkat kepada angka 5 orang.

Katanya, seorang maut dan yang yang lain cedera parah.

"lima orang disahkan terlibat dalam kemalangan bangunan runtuh, seorang maut kerana terhempap dan tertimbus dengan runtuhan, seorang kritikal dan tiga yang lain dikejarkan ke hospital,
Read full story

Monday, March 22, 2010

PEMUDA Sepatutnya Mendekati Masyarakat – Ustaz Jamaludin

0 comments
Pada 7hb Mac lalu, pihak IT dewan pemuda Pas Kaw Dungun (itdppkd) telah mengambil peluang untuk mewawancara ketua Pemuda PAS Kaw Dungun, al-Fadhil Ustaz Jamaluddin bin Jusoh di Masjid Pinang Merah berhubung dengan slogan Orang Mude Geng Kite. Al-Fadil ustaz yang juga merupakan ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merupakan salah seorang yang terlibat dalam menghasilkan dan melahirkan slogan tersebut.

ITDPPKD :

Assalamualaikum ustaz. Terima kasih kerana ustaz sanggup meluangkan masa untuk berkongsi sedikit maklumat dengan pihak itdppkd. Slogan “Orang Mude Geng Kite” merupakan slogan yang dilahirkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Dungun (DPPKD). Boleh tak ustaz terang serba sedikit menganai slogan tersebut.?

Ustaz Jamaluddin:

Waalaikummussalam. Slogan “Orang Mude Geng Kite” ini, yang ejaan ringkasnya OMGK, satu slogan yang dipilih oleh Pemuda PAS kawasan Dungun sebenarnya pada awal sesi 2009, setelah selesai muktamar dewan pemuda ketika itu. Dan kita menghasilkan slogan “Orang Mude Geng Kite” tujuannya untuk menjadi suatu momentum kewujudan aktiviti-aktiviti kepermudaan yang lain serta pelbagai. Bahkan bahasa dan penggunaan loghat Terengganu “Orang Mude Geng kite” itu, tujuannya supaya ianya akan lebih serasi, sehati dan sejiwa dengan orang mude. Alhamdulillah kita lihat bagaimana, akhir-akhir ini ia telah menjadi slogan yang sinonim dengan pemuda itu sendiri.

ITDPPKD :

Melihat daripada erti OMGK tersebut, jelas ianya merupakan sesuatu yang begitu baik dan ia akan memberi suatu implikasi yang positif sekiranya ia diaplikasi sebaiknya. Bagaimana DPPKD dapat memikirkan hal ni? Boleh ustaz ceritakan sejarah terciptanya slogan “Orang Mude Geng Kite”?

Ustaz Jamaluddin:

“Orang Mude Geng Kite ini mula tercipta boleh dikatakan spontan dalam mesyuarat dewan harian kali yang pertama untuk perbentukan jawatankuasa secara detail pada ketika itu. Dan seingat ana pd waktu itu dihadiri oleh ana sendiri, setiausaha, penerangan, bendahari, dan masih ada lagi ketika itu SUK serta naib. Dan ana bersama lima enam orang inilah berbincang secara spontan dan lahir satu idea untuk kita mewujudkan satu slogan supaya kita boleh mendekati pemuda. Dan secara tidak langsung, setelah berfikir maka lahirlah slogan ini. Dan kita tidak menyangka bahawa slogan ini sampai ke peringkat nasional. Mungkin Dengan Izin Allah SWT, ada hubungan ahli jawatankuasa kita dengan peringkat yang lebih atas, diperingkat negeri bahkan diperingkat pusat maka mereka boleh menerima hujah-hujah ini. Dan Alhamdulillah apa yang paling syukurkan ialah apabila slogan ini diterima, bererti slogan ini digunakan seluruh Negara termasuk Perak dan sebagainya. Yang bimbangnya, kita (Pemuda PAS Kaw Dungun) yang akan tertinggal. Itu yang kita bimbang.

ITDPPKD :

Ana mengucapkan tahniah kepada DPKKD kerana dapat mencetuskan idea OMGK ini sehinggakan peringkat PAS pusat sedia menggunakan cetusan idea daripada DPPKD. Namun ustaz ana melihat masyarakat kita sekarang hanya melihat slogan OMGK ini hanyalah sekadar slogan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Boleh ustaz memberi penjelasan tentang matlamat dan objektif sebenar slogan OMGK?

Ustaz Jamaluddin:

Pada asalnya kita tahu dan kita sedar bahawa orang muda ini yang terutama berada dipinggiran, orang mude orang yang ada atas pagar bahkan orang muda anak-anak orang UMNO yang tidak kuat sangat, dia sebenarnya ada kecenderungan serta ada minat untuk mendatangi kita. Cuma kita tidak mempunyai aktiviti yang boleh touching serta boleh menyentuh untuk diaorang. Sebab itu bila kita menciptakan “Orang Mude Geng Kite”, kita harap akan ada aktiviti-aktiviti dimana kita dapat datangi mereka, kita yang akan pergi cari meraka. Selama ini, kita adakan program. Kita syok, kita harap mereka untuk datang. Dengan ada konsep dan pendekatan “Orang Mude Geng Kite”, kita turun berdepan dengan mereka, bertemu dengan mereka. Sebab itu bila slogan ini telahditerima oleh peringkat nasional, kita lihat peringkat pusat telah ada program turun ke pusat-pusat, tempat pemuda-pemuda. Dalam blog Ustaz Nasaruddin Tantawi contohnya, ada program turun ke tempat pemuda, bawa dengan alat-alat musiknya, ada program santai bersama pemuda-pemuda ini. Yang kita jumpa pemuda lelaki, remaja yang tidak tutup aurat, mereka rasa mesra dengan kita. Itulah hasrat kita ni. Kita harap dengan aktiviti-aktiviti yang kita wujudkan dalam “Orang Mude Geng Kite” ini, kita akan boleh mendekati golongan ini. Sebab kita tahu kita bukan satu gerakan politik, tapi kita gerakan dakwah. Kita kena cari mereka, kita jangan menanti, mengharapkan mereka dating cari kita. Atau dalam Istilah “jangan mengharapkan rezeki dating bergolek”.

ITDPPKD :

Melihat daripada matlamat OMGK, jelas kita lihat ianya merupakan suatu yang besar dan memerlukan komitmen daripada ahlijawatan kuasa kita. Apakah harapan ustaz didalam mengempenkan slogan “Orang Mude Geng Kite” terutama kepada masyarakat pemuda amnya dan kepada pimpinan pemuda khasnya?

Ustaz Jamaluddin:

Ana sebagai ketua pemuda,meletakkan harapan yang paling tinggi kepada pemuda-pemuda. Ana bahagi kepada 2, satu pemuda yang belum ada dalam jawatankuasa kepermudaan. Kita mengharapkan mereka tidak takut, tidak risau, tidak bimbang, tidak malu untuk datang bertemu untuk jadi rakan-rakan dewan pemuda PAS kawasan, negeri mahupun pusat. Bagi pemuda yang telah duduk didalam jawatankuasa, kita mengharapkan supaya berfikir daripada sekarang “apa yang boleh mereka sumbang untuk parti dan untuk jemaah?”. Setiap orang fikir, satu program. Klu ada idea yang baik, mungkin kita boleh bincang bersama. Yang mungkin tidak pernah terfikir idea itu dari dewan pemuda dan daripada pimpinan sendiri. Kita buat contoh bagaimana semasa singapura dilanda todak dahulu, pimpinan kerajaan singapura pada masa itu telah mencari jalan bagaimana nak menghadapi serangan ikan todak. Mereka tidak jumpa idea. Datang seorang hamba Allah yang masih muda yang masih remaja yang saudara saudari tahu namanya, dial

ah yang mencadangkan supaya ditanam batang-batang pisang di tepi-tepi laut. Sehingga ikan itu akan serang pada batang-batang pisang, mereka akan lekat dan boleh dibunuh ikan-ikan itu. Ini hasil daripada idea yang dating pada orang muda. Idea tu ada kadang-kadang, tapi mungkin kita tidak pernah berjumpa, ataupun rakan-rakan pemuda tidak menggunakan satu ruang masa yang formal untuk berfikir apa yang boleh disumbangkan kepada Islam.

Harapan ana pada pimpinan, pertamanya pimpinan harus menyedari mereka bukannya duduk pada tahap orang biasa. Setiap daripada gerak langkah mereka diperhatikan, dinilai dan dilihat. Bukan sahaja oleh manusia, oleh rakan-rakan jawatankuasa pemuda dibawah, juga oleh Allah SWT. Kita kena ada sifat muraqabah. Yang kedua pemuda yang menjadi pimpinan harus yang kalau tidak sepenuh masa, separuh masa mereka digunakan untuk berfikir untuk Islam dan perkembangannya. Yang ketiga pimpinan harus perkasakan dari sudut kerohanian, dari sudut spiritual mereka. Sebab mereka tempat pergantungan orang bawah. Sekiranya jiwa mereka, roh mereka kontang, mereka tidak mampu menangung beban dan harapan daripada orang-orang bawah. Maka kita jadilah seorang yang ‘abid se’abid-‘abidnya diwaktu malam dan siang kita akan menjadi seorang panglima seumpama singa. Dan kita kombinasikan kedua ini, maka boleh lah kita lahirakan pimpinan yang semasa berada dalam dewan pemuda ini akan mampu memberikan dan mempersembahkan satu sumbangan semaksima mungkin.

ITDPPKD :

Ana melihat suasana masyarakat di Terengganu ni sangat berbeza dangan tempat-tempat. Contohnya masyarakat di Bangan Pingan, dikatakan mereka lebih terbuka tidak kira dikalangan pihak kita atau di pihak UMNO. Berbanding dengan suasana kita di Terengganu yang seolah-olah tidak ada ruang untuk berbincang. Apakah komen ustaz tentang hal ini?

Ustaz Jamaluddin:

Ana suka guna istilah pemuda atau jawatankuasa perjauangan Islam mesti ada budaya absorb. Maksudnya budaya menyerap masuk dalam masyarakat. Dan kita kena memperkasakan diri, supaya semasa kita dalam menyerap dalam masyarakat itu kita tidak akan dipengaruhi oleh orang. Tapi tujuan kita menyerap itu supaya mad’u akan boleh hamper dengan kita. Dan kita tidak akan mempertebalkan lagi gaps atau pun kita sebagai ahli perjuangan Islam dengan mereka. Kita gerakan dakwah, kita bukan gerakan ketenteraan. Kita memerlukan orang dan kita merupakan warisan Rasulullah SAW. Rasulullah mengajar kepada kita dia boleh masuk dengan siapa pun. Dengan orang yahudi boleh masuk, dengan orang kristian boleh masuk, dengan orang yang kasar boleh masuk, dengan orang lembut boleh masuk. Dan ini sebenarnya perlu dibahaskan. Kita tengok bagaimana, tokoh-tokoh gerakan dakwah tidak mempersetujui sekiranya kita menyediakan gaps dalam kerja-kerja islam. Dan pimpinan kita pun sudah menggunakan pendekatan engagement, memasuki masyarakat. Mungkin Terengganu ini mungkin sejarah lama. Sejarah ketika ada pimpinan ketika itu yang agak tegas. Padan dan sesuai pada ketika itu. Bukan salah, tp sesuai. Waktu itu mungkin dengan orang kerap menggunakan pendekatan kufur mengkufur, ataupun politik suku ugama suku. Pimpinan waktu itu menggunakan pendekatan ini untuk nak “zadduz zaraii’”. Tapi malangnya, bila suasana sudah berubah. Orang UMNO sudah lagi tidak bercakap pasal kufur mengufur ataupun jugak politik suku ugama suku, ia tinggal bekas. Di Terengganu ini sendiri khususnya. Dimana ia rasa agak kurang mesra dengan kita. Dan mungkin juga ada campur tangan oleh musuh-musuh Islam. Orang UMNO Berjaya membina tembok ini. Dan kita tidak boleh menyerah pada tembok yang ada. Kita nak leburkan supaya kita akan terus menuju kepada masyarakat tanpa mengenal pada peringkat mana sekalipun.

ITDPPKD :

Maksud Ustaz “Orang Mude Geng Kite” merupakan salah satu langkah untuk mengubah suasana ini?

Ustaz Jamaluddin:

Iya. Salah satu daripadanya. Kita harap, kita jumpa diaorang dan kita cairkan tembok ni. Mungkin peringkat awal sesetengah orang akan berkata “PAS ni dah gila nak kuasa sampai habis “ mereka tidak memahami konsep dakwah. Mereka tidak tahu dimanakah di istilahkan immunity. Adakah maksud immunity masjid ini jangan bagi orang kafir masuk masjid? Sehinggakan orang kafir itu nak tahu ilmu agama tiada tempat lagi. Hendak ke masjid tidak boleh. Tapi bagaimana di Kelantan, bagaimana di negeri tertentu sudah ada program-program agama sudah ada orang bukan Islam dating dan . Di Perak contohnya, usrah yang selama ini dianggotai oleh anggota PAS, tiba-tiba orang kafir boleh mari untuk mendengar. Itu tidak apa, kita iklankan dakwah kita, kita boleh buat sempadan sedikit boleh. Bila berkaitan dengan organisasi. Tapi dakwah kita iklankan, kita bukakan.

Oleh: SamarQondy

Dipetik daripada Portal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

Read full story

Saturday, March 20, 2010

MAMPAT Mohon Maaf Kepada Rakyat Kerana Terpaksa Menangguhkan Program Sambutan Keberangkatan Tiba KDYMM Sultan Mizan & Serahan Memorandum....

0 comments
oleh : MAMPAT

klik utk besarkan


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) memohon kemaafan daripada semua Rakyat Terengganu kerana terpaksa menangguhkan Program Sambutan Keberangkatan Tiba & Serahan Memorandum. Segala penjelasan terkandung di dalam surat balas Istana seperti yang di atas.

Sebagai mewakili "suara hati rakyat", Insyallah, MAMPAT akan memohon perkenan Tuanku untuk menyembah Memorandum Rakyat yang telah di buat secepat mungkin. Segala kesulitan yang dirasai oleh Rakyat, MAMPAT menyusun sepuluh jari memohon kemaafan....




Read full story

Pendedahan siapa kaki 'togok arak'

0 comments
oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura




Video clip Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2010.

Suasana jadi panas dan tegang apabila Ahli Parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution mendedahkan budaya minum arak dan judi dikalangan pimpinan pemuda Umno.

Antara yang didedahkan :
1 - Hidangan botol arak dalam lawatan-lawatan pemuda Umno ke luar negara
2 - Pejabat pimpinan Umno yang didalamnya ada tong arak
3 - Anniversary pimpinan pemuda Umno dihidangkan dengan berbotol-botol arak
4 - Pimpinan Umno tertidur dalam kasino judi




Read full story

Friday, March 19, 2010

Warna warni Panduria Dun Sura 2010_siri 1

0 comments
Sekitar majlis perasmian dan pelepasan peserta

















































p/s : lagi gambar-gambar menarik akan menyusul selepas ini....siri 2.




Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy