Tuesday, June 29, 2010

GMJ | Demo di teruskkan pada 3 Julai ini

0 comments

Tidak keluar lesen judi kerana agama?

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan atas pertimbangan agama dan kesan politik harus dipersoalkan keikhlasannya.

Ini kerana Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah Al-Maaidah ayat 90.

Oleh itu, kata timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani, ia tidak perlu dibincangkan atau ditimbang-timbangkan.

“Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPP juga, katanya mempersoalkan sejak bila kerajaan Umno BN mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat.

Sedangkan, tambahnya sebelum ini mengapa kerajaan tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.

“Jelas di sini kerajaan semakin takut akan kebangkitan rakyat yang begitu memarahi kerajaan Umno BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat.

“Jangan hanya berpura-pura untuk mengambil hati rakyat demi ‘survival’ politik sahaja,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Najib agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan atau membuat sesuatu keputusan tanpa membelakangkan kabinet kerajaan Malaysia kerana yang memerintah negara bukannya Umno.

Ini, katanya kerana keputusan yang diumumkan oleh Najib berhubung kerajaan tidak mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd hanya dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Katanya, Umno bukannya sebuah kerajaan tetapi hanya satu parti politik yang bergabung dengan parti-parti lain di dalam BN membentuk kerajaan.

“Sejak bila mesyuarat MT menentukan polisi negara? Besarkah kuasa MT Umno? Ke mana perginya kabinet kerajaan Malaysia?” soalnya.-Harakahdaily

sumber : http://bantahjudi.wordpress.com/2010/06/29/tidak-keluar-lesen-judi-kerana-agama/
Read full story

Monday, June 28, 2010

ADUN Sura @ Bolasepak Pantai Ops Al-Falah UPU Tanah Lot

0 comments
DUNGUN 28 Jun, Isnin - Ops Al-Falah di UPU Tanah Lot baru-baru ini, turut menyelitkan acara yang melibatkan pemuda. Kejohanan tersebut yang diadakan di pantai Kg Tanah Lot disertai oleh 18 pasukan dari kampung sekitar DUN Sura.




Gimik majlis perasmian kejohanan bolasepak pantai tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melalui tendangan gol.





Majlis penyampaian hadiah pada sebelah petang telah disempurnakan oleh Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman.

Pasukan dari Cawangan Bukit Chatak 2 muncul juara, sementara Tanah Lot naib juara.
Read full story

UMNO dan JUDI memang sinonim

0 comments
Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri .

UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO

a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.

b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.

c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.

d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)

g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.

h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.

i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad

j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta

k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.

l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.


petikan dari blog Ketua Pemuda PAS Pusat

Read full story

Sunday, June 27, 2010

PAS tidak gentar ribuan orang agama sertai Umno

0 comments

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.

Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.(harakahdaily)
Read full story

Sambutan kemenangan ganti demo anti judi

0 comments


Perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai depan bagi membantah pemberian lesen judi sukan akan tetap diadakan tetapi dijadikan sambutan meraikan kemenangan.

Bagaimanapun menurut Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ), mereka akan membatalkan hasrat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.

“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.

Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.

Katanya, penjelasan itu perlu berikutan keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan ataupun jemaah menteri.

“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.

“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.

“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.

“Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya,” katanya.


Berita terdahulu :
Read full story

ADUN Sura Santuni Pemuda Bola Pantai

0 comments
DUNGUN 27 Jun, Ahad - Demam Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, turut dirasai oleh golongan belia dan para pemuda yang meminati sukan berkenaan.
Baru-baru ini, di padang bola pantai Kampung Sura Jeti, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah meluangkan masa menyampaikan jaring gol kepada para pemuda yang sedang asyik bermain.

Kehadiran singkat ADUN Sura di padang bola berkenaan mengejutkan sebahagian pemain, lalu memberhentikan permainan untuk menerima sumbangan jaring gol yang telah disampaikan sendiri oleh beliau.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, sempat berseloroh mengingatkan para pemain, "Nak main bola takpe, tapi jangan main judi!"
Read full story

Saturday, June 26, 2010

Najib Takut Dengan Kartun Zunar

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Dato'
Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun
karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali
sebagai Zunar.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku
kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.
Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini
yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman
penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000
atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan
permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara
terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi
kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat
terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran
alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya
dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka.

Rakyat perlu tahu apa yang Kerajaan sembunyikan dari mereka. Zunar
yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak
sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar
biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes Kapal Selam, Dasar-dasar Najib, Pergaduhan Pemimpin Umno-BN,
Kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang
tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam
bentuk kartun oleh Zunar.

Beliau juga antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan
Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah,
Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

Kartun adalah antara karya seni yang menarik, mudah diterima dan
difahami oleh pelbagai lapisan rakyat, khususnya golongan muda. Di
negara-negara luar, kartun-kartun satira sebegini bebas di diterbit
dan disiarkan sama ada dipihak Kerajaan atau pembangkang.

PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin
Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya.

Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain
diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan
oleh Zunar. Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh
kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan Imej Najib dan Umno-BN
yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja.

PAS akan terus menyokong usaha Zunar dan rakan-rakan pengkartunnya.
PAS berharap agar KDN bersikap terbuka dan realitik serta tidak tunduk
pada tekanan pemimpin politik dalam BN dalam bertindak.



Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Read full story

Monday, June 21, 2010

Nama Kucing Parsi Najib

0 comments

Sebagai langkah popularitinya, Datuk Seri Mohd Najib Razak meminta orang ramai memberikan nama kepada kucing Parsi yang baru dibelinya sempena kempen belilah barangan buatan Malaysia.

Langkah ini suatu langkah yang sangat baik dan wajar dialu-alukan dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menyambut baik dan mengambil peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menamakan kucing Parsi tersebut.

Saya mewakili sebahagian rakyat Malaysia berharap PM bersedia mempertimbangkan beberapa cadangan seperti berikut:-


Kucing Persia :

PKFZ

Scorpene

F5E

Sime Darby

L dan M

KTM Tanjung Pagar

Ban Judi Bola

Kem Sungai Besi

GST

Ban Subsidi

APCO

PRK SIBU

Monggolia / Altantuya



Langkah Najib ini memberi peluang pada rakyat untuk berkongsi pandangan dan cadangan menjenamakan kucing Parsi Najib dengan jenama Malaysia berasaskan peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang Najib memegang jawatan TPM dan PM. Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1 Malaysia.


DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS


buletinonline.net
Read full story

Sunday, June 20, 2010

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

0 comments
sumber : http://presiden.pas.org.my/v2/

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA



MUKADDIMAH

Mursyidul ‘Am, Sohibul Fadhilah Dato’ Timbalan Mursyidul ‘Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Yang Berhormat Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat, YBhg. Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

2. Bersempena dengan Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang ke 56 ini, saya berdiri mewakili saf kepimpinan PAS ingin mengalu ngalukan kehadiran seluruh perwakilan dan para tetamu ke pertemuan tahunan yang sungguh bermakna ini dengan ucapan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum, serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dimasukkan kehadiran ini sebagai satu perhitungan ribat fi sabilillah. Marilah kita terus menerus melangsungkan tugas memikul amanah generasi awal yang menubuhkan PAS, sebagai satu mata rantai yang menghubung perjuangan Islam sejak zaman berzaman.

3. Semuanya ini dilaksanakan dengan penuh istiqamah dengan matlamat melaksanakan kewajipan Islah dan Tajdid daripada risalah
Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, untuk menyelamat manusia seluruhnya dengan Islam yang merupakan Rahmat Allah ke seluruh alam, berwawasan dunia sehingga akhirat, dengan mengajak sesiapa yang mahu tanpa sebarang paksaan.
Read full story

Gerakan Membantah Judi

0 comments
Read full story

Saturday, June 12, 2010

Presiden Mahu Peranan Pemuda, Muslimat Diperkasa

0 comments
Dewan Pemuda PAS digesa memperkasakan peranan mereka khususnya menangani golongan muda yang kini sedang dirosakkan pemikiran mereka dengan pelbagai budaya negatif.



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda PAS selaku pelapis kepada kesinambungan perjuangan Islam perlu merangka strategi bagi mendekati golongan muda ini.

"Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada muktamar PAS hari ini.

Pemuda PAS juga katanya perlu meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas bagi menyampaikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat.

Di peringkat antarabangsa, peranan pemuda PAS juga katanya perlu diperhebat sebagai pendedahan menjadikan pemuda lebih matang, berketerampilan sekaligus menjadi aset penting perjuangan parti.

Sehubungan itu, pemuda PAS diseru meningkatkan penguasaan ilmu dan akidah perjuangan bagi menggerakkan perubahan.

"Kerana itu mereka perlu digandingkan dengan kepimpinan lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.

"Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar," katanya.

Mengulas peranan Dewan Muslimat pula presiden berkata, sudah tiba masanya PAS mengisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding menyampaikan dakwah.

Ini perlu katanya kerana suasana kini dibanjiri dengan pemikiran yang menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

"Sudah tiba masanya diisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding secara berjadual mengikut peranan dan tugas yang dibahagikan tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga yang menjadi asal tugasnya, dalam masa yang sama menolak serangan budaya negatif yang telah masuk ke dalam rumah, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau juga berkata, dalam konteks perjuangan Islam secara demokrasi dan muwajahah silmiyyah, para muslimat turut berkewajipan menegakkan Islam.

Ujarnya, penglibatan muslimat dalam pilihan raya, samaada sebagai calon atau petugas, amat dihormati oleh kawan dam digeruni lawan.

"Teruskan keterlibatan para muslimat sekalian, dengan struktur yang lebih tersusun dan perancangan jangka pendek dan panjang, supaya sumbangan mereka itu akan leboh berkekalan kepada perjuangan kita ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, satu penghargaan wajar diberikan kepada seluruh ahli dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS, jentera HalWa dan Nisa' di atas penglibatan mereka dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

"Penglibatan mereka amat besar ertinya dalam sebuah perjuangan Islam di Malaysia ini. Muslimat telah membuktikan keupayaan mereka dengan penuh kecekalan dam kesanggupan mengharungi kepayahan dalam misi dakwah," katanya.

Kepimpinan parti juga sentiasa membuka ruang kepada para muslimat yang berwibawa, mampu dan layak untuk menjadi calon Muslimat dalam pilihan raya dan mengalu-alukan penglibatan mereka di peringkat pembuat dasar.

sumber : Harakahdaily

> sila baca teks penuh Ucapan Dasar Presiden :
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
di ruangan Notis dunsura.blogspot.com


Read full story

Thursday, June 10, 2010

Laman web rasmi Muktamar PAS ke 56

0 comments
Read full story

Wednesday, June 9, 2010

Judi : Rasuah Kebajikan RM 525 juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat

0 comments
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap sumbangan duit hasil judi bernilai RM 525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola baru-baru ini.

Sumbangan ini diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka dari menentang kelulusan judi bola yang diberikan Kerajaan kepada syarikat beliau.

PAS melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik. Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain.

Kaki-kaki judi dinegara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan Kerajaan. Masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

PAS berharap agar Kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Saturday, June 5, 2010

Gambar sekitar perhimpunan dan perarakan membantah kebiadaban Zionis di Kuala Lumpur

0 comments
Tarikh: 4 Jun 2010
Masa: Selepas solat Jumaat
Lokasi: Berarak dari Masjid Kampung Baru menuju ke Kedutaan Amerika
Anjuran: Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) bersama rakan NGO


sumber : http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/06/gambar-sekitar-perhimpunan-puluhan-ribu.html

























Read full story

Friday, June 4, 2010

Kunjungan Daripada BPPNT

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Taklimat Dari BPPNT

Read full story

Thursday, June 3, 2010

0 comments
sumber dari : http://dunsura.blogspot.com

DUNGUN 2 Jun, Rabu -
Lajnah Penerangan DUN Sura sekali lagi mengambil kesempatan terhadap isu hangat yang sedang melanda negara iaitu isu judi bola dengan menganjurkan ceramah umum.


Ceramah tersebut yang membariskan Ustaz Hamid Derani, Bekas Penceramah UMNO dan Haji Ismail Harun, YDP PAS Kawasan Kemaman dijangka akan menyentuh isu-isu semasa negara termasuk isu judi bola selain isu antarabangsa berhubung kebiadapan tentera Zionis yang membunuh anggota konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

" ADUN Sura, YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang akan bertindak selaku tuan rumah, akan menyentuh isu-isu tempatan dan saya mengajak seluruh warga Dungun, khususnya di DUN Sura supaya mengambil manfaat daripada ceramah ini untuk mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu yang sedang melanda negara dan juga di peringkat antarabangsa", demikian menurut Encik Mohd Yusof Ismail, Ketua Penerangan DUN Sura.
Read full story

Wednesday, June 2, 2010

Perhatian!!! Lambang Zionis Dalam Komputer Anda

0 comments


Perhatian!!! Saat ini anda pasti membenci regim Zionis Israel dengan perasaan yang teramat-amat benci. Rasanya, kalau Benjamin Nethanyahu ada depan anda semua sekarang, biru lebam muka dia kena belasah. Tapi apa boleh buat dia tak singgah Malaysia, dia pi Amerika sahaja besok.

Tapi, ada satu perkara yang anda perlu buat hari ini….pergi kat mycomputer dan letak alamat ini (C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF) kat address bar. Anda akan jumpa logo disebelah. Ia adalah gabungan logo bendera Zionis Israel (Bintang) dan juga logo Mossad (Lilin). Delete sahaja logo itu.

Setakat ini rakan FB saya hanya dapat kesan dalam software Microsoft sahaja. Beginilah taksubnya Microsoft dengan Zionis Israel. Nak buang jer komputer… tapi tak pa…lepas nie pakailah software pirate, biar bankrap Microsoft….nak boikot guna Apple, syarikat tu pun sama gak. Pelobi Israel punya. Jadi kita ambil jalan tengah kita jangan beli produk mereka, kita beli yang pirate dan gunakan untuk hentam Israel balik. Ini juga satu cara sabotaj yang baik……

http://syukran.wordpress.com/
Read full story

Gerakan Membantah Judi

0 comments
JOM GI DEMO 3 JULAI NI....ayuh pemuda

http://www.bantahjudi.wordpress.com








Read full story

Tuesday, June 1, 2010

PAS Akan Hantar Memorandum, Nasib Delegasi Malaysia Belum Pasti

0 comments
Sumber : buletin online
Dimaklumkan bahawa PAS bersama beberapa NGO akan menghantar memorandum berhubung serangan Israel ke atas Konvoi Freedom Flotilla pada jam 12 tengahari di Kedutaan Amerika, 1 Jun 2010 (esok-Selasa).

Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub akan mengetuai penyerahan memo ini dan ahli PAS dan penyokong soladariti Palestine sekitar Lembah Klang dijemput hadir sebagai tanda sokongan. Bawalah bendera Palestine dan placarad sebagai tanda bantahan anda terhadap kezaliman regim Israel.

Sementara itu, Presiden Yayasan Amal Haji Husin Ismail masih tidak dapat dihubungi bagi mengetahui kedudukan Timbalan Presidennya, Haji Jamiludin Elias yang ada bersama-sama Konvoi diatas kapal Mavi Marmara.

Kapal tersebut telah terputs semua hubumngan sejak diserang oleh angkatan laut ‘laknatuLlah’ Israel.

Seramai 12 orang delegasi Malaysia diketuai oleh Haji Norazman Shamsudin dari Haluan Palestine.

Sekretariat Life Line 4 Untuk Gaza akan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini
Sekretariat Life Line 4 Untuk Gaza akan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
meminta supaya rakyat di negara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini dan satu demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat) dihadapan keduataan Amerika selepas solat Jumaat.

Buletinonline mengajak semua rakyat mendoakan semoga Allah berikan kelebihan dan Kebaikan serta Keselamatan Dunia Akhirat Kepada semua anggota konvoi khususnya kepada delegasi Malaysia dan wakil Yayasan Amal Haji Jamiludin Elias.

Berikut adalah rakaman terakhir Haji Jamiludin


Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy