Tuesday, August 31, 2010

Imigresen Tidak Amanah, SPRM Tiada Kuasa, Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan Segera

0 comments
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan mempertingkatkan Intergriti dan Kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam langkah memerangi rasuah dinegara ini.
Laporan Berita Harian pada hari ini mengenai aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalangan
penguatkuasa Imigresen di Pulau Ketam adalah antara contoh kelemahan
sistem pentadbiran negara.

Kebanjiran warganegara asing tanpa izin yang dilaporkan melebihi
melebihi 2.1 juta orang merupakan ancaman besar pada negara. Tetapi
amat malang kerana kehadiran mereka turut didalangi oleh penguatkuasa
Imigresen yang sepatutnya mengawal kemasukan warganegara asing ke
negara ini.

PAS amat kecewa dengan laporan ini dan mahu Menteri Dalam Negeri dan
Pengarah Imigresen mengambil tanggungjawab meletakan jawatan dan
penguatkuasa yang.tidak amanah ini dipecat segera.

PAS yakin bahawa rakyat masih belum melupakan insiden 20 tahanan warga
Afghanistan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan ini dan kes
16 lagi tahanan yang berjaya melepas diri di depoh yang sama awal
tahun ini.

Kelemahan urustadbir Imigresen menjejaskan kredibiliti keselamatan
negara. PAS mahu rombak besar dibuat dalam organisasi Imigresen dan
mahu SPRM membuat siasatan penuh kepada agensi ini dan beberapa agensi
penguatkuasaan lain.

PAS juga mahu kenyataan bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan
Rasuah-BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM), Datuk
Shafee Yahaya yang mengatakan terdapatnya orang-orang politik dalam
pentadbiran Kerajaan yang menjadi punca dan mengetuai aktiviti rasuah
dan penyalahgunaan kuasa selama ini disiasat.

SPRM seharus menjadi sebuah badan yang bebas dan berani bertindak
kepada mereka yang melanggar amanah rakyat termasuklah kalangan wakil
rakyat dan Menteri. Kerajaan perlu serius untuk meningkatkan keupayaan
SPRM dengan menambahkan kuasanya, meningkatkan jumlah anggota
penyiasat serta membekalkan peralatan logistik yang sewajarnya.

PAS yakin, begitu banyak amalan rasuah yang berleluasa dalam agensi
Kerajaan kerana setiap tahun Laporan Audit Negara pasti akan
membentangkan kecurangan-kecurangan yang sukar diterima rakyat. Oleh
itu setiap Kementerian dan Jabatan Penguatkuasaan perlu melantik satu
jawatankuasa khas membanteras rasuah bagi membantu menyalurkan
maklumat kepada SPRM serta meningkatkan intergriti jabatan mereka.

PAS menasihatkan agar para penjawat awam meningkatkan intergriti
mereka dan menunaikan amanah rakyat dengan sebaiknya. Tidak semua
penjawat awam mengamalkan rasuah tetapi kerana nila setitik, rosak
susu sebelangga. PAS yakin, amalan rasuah dan kecurangan intergriti
ini akan dapat dihapuskan jika pemimpin yang menguruskan kerajaan ini
terdiri dari orang-orang yang amanah kerana ikan yang busuk hanya
bermula dari kepalanya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Read full story

Monday, August 30, 2010

Merdeka: Bebas bangsa dari penjajahan minda

0 comments
SHAH ALAM, 30 Ogos: Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Di dalam hal ini, ujarnya, bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan demikian ketika menyampaikan tazkirah sempena Ramadhan sebelum majlis berbuka puasa di Markas PAS Seksyen 18 dekat sini petang semalam. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku Yang Dipertua dan AJK PAS kawasan.

Tambahnya, penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

“Justeru, inilah masa terbaik untuk umat Islam bermuhasabah diri dan kembali mengambil jalan Islam apatah lagi di dalam bulan Ramadhan ini yang penghujung natijahnya, semua umat Islam mengharapkan mendapat anugerah takwa,” ujarnya.

Sementara itu di dalam satu lagi majlis selepas itu, Tuan Guru menyatakan, hanya dengan Islam sahaja bangsa Melayu akan mendapat kekuatan baharu yang kehilangan sejak sekian lama akibat tersalah memilih wadah perjuangan siasah.

Menurutnya, ketika zaman Nabi Muhammad, semua kaum dan bangsa dapat berhimpun di bawah payung Islam di Madinah dalam keadaan semua bangsa lain boleh hidup dalam keadaan aman damai sedangkan Islam berkuasa di situ.

“Inilah keadilan yang Islam perjuang dan berjaya tunjukkan serta memberikan hak kepada semua yang berhak termasuk tidak mengganggu gugat kehidupan bukan Islam ketika itu, inilah juga iktibar yang mesti dilihat oleh umat Islam masa kini,” tambahnya.

Ketika mengungkapkan kisah kenapa Nabi berhutang dengan Yahudi, tidak dengan ramai sahabat yang kaya, Tuan Guru Presiden menyebutkan bagaimana hasil bergaul baik dengan mereka yang bukan Islam menyebabkan mereka menganut Islam kerana terpikat dengan akhlak Islam.

Begitu juga ketika Peristiwa Pembukaan Kota Makkah, Nabi memerdekakan semua mereka yang tewas dengan pengampunan dan pembebasan sekaligus menolak dakwaan Islam ganas sedangkan di dalam revolusi selain Islam, meragut jutaan nyawa termasuk mereka yang tidak berdosa.

Dengan sikap terbuka dan rahmatnya mendahului tindakan yang ditunjukkan oleh Nabi itu, Islam telah berjaya menarik sokongan banyak pihak dari bangsa yang berbagai seperti Salman AlFarisi, Suhaib Ar-Rumi dan Bila AlHabsyi termasuk bukan Islam yang hidup aman sejahtera.

sumber : Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Read full story

PAS beri amaran pada Zainuddin Maidin

0 comments
Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh
bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan
bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 PAS minta Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika
Konfrontasi Malaysia-Indonesia PAS menyebelahi Indonesia supaya
‘mengambil’ Malaysia.

Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan
Jahat PAS" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan
cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina
dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta
bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang
mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.

PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan
sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan
bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan
propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan
dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS
menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi
menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai
tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan
negara dan menjaga kepentingan rakyat.

PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan
memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik
fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan
dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan
mengemukakan saman kepada beliau.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : Email
Read full story

Friday, August 27, 2010

Saman 11 Juta: PAS Ucap Tahniah Kepada Peneroka Felda

1 comments

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM 11juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua. Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.


PAS mengucapkan syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda diseluruh negara. Kini beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) yang mengemukakan tuntutan berkaitan:


1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawityang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka


2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda


3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka.


4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960)


5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda


6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka


7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).


PAS menyokong usaha peneroka Felda ini untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.


PAS juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimenkawasan Jeli. Para peneroka ini diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok FELDA jika masih meneruskan kes ini di mahkamah.


PAS berharap perkara ini tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.


Kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka. Mereka juga bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam Pilihanraya akan datang dan PAS sedia memberikan bantuan kepada mereka. Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak mereka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.



Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Read full story

3 Tahun Pemergian Allahyarham Hazaimudi...Al-Fatihah

0 comments
16 Ramadhan 1428H bersamaan 28 September 2007, hari Jumaat...Pemuda Dun Sura terasa kehilangan yang amat besar seorang dari Ahli Jawatankuasa Pemudanya, saudara Allahyarham Hazaimudi Mat Hassan, 28 tahun yang maut dalam kemalangan ngeri di Kelulut ,Marang.

Beliau ketika itu diamanahkan memegang jawatan Ketua Lajnah Tarbiah Pemuda Dun Sura.Beliau merupakan antara ahli jawatankuasa yang komited dalam setiap program yang dianjurkan.

Beliau ketika itu juga diamanahkan sebagai ahli jawatankuasa program Pemuda Bersamamu Musim ke 3.

Program tahunan Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Sura untuk membantu golongan fakir miskin dan kurang upaya menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan meriah.


> Pihak Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (Pemuda) Sura mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hazaimudi atas 3 tahun pemergiannya mengadap Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....Al-Fatihah.

# Berita takziah dari pihak Tranungkite.online.
Read full story

Thursday, August 26, 2010

Tun Mahathir Ugut Melayu

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah. PAS berpandangan Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini. Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS. Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno. Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Tun Masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja. Seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu. Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara.

Dulu pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju. Hujah ini sudah lapok, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas. Rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu antaranya, berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pendalaman. Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meretokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan Pegawai Persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat. Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa. Sekarang kenapa beliau begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakat beliau mengaut kekayaan negara. Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Read full story

Noh Omar Membisu SPRM Di KSSB

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam pentadbirannya. Tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor. Persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan SPRM di pejabat Menteri Besar.

Tujuan penubuhan pasukan petugas khas, supaya SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.

PAS berpandangan tindakan ini adalah menunjukan betapa serius kerajaan PR yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum. Selama ini industri pasir adalah merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur. Apabila industri pasir yang distruktur semula selepas Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU 12, maka suasana telah berubah. Ini dibuktikan dengan kutipan royalti semasa Pakatan Rakyat memerintah antara tahun 2008-2009 sebanyak RM12.93 juta, jauh mengatasi zaman BN daripada tahun 2006-2007 hanya RM8.66 juta

Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan Datuk Seri Khir Toyo. Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor. Sekarang Datuk Noh Omar tidak berani berkokok lagi, terutama selepas Tan Sri Khalid minta secara rasmi kepada Tan Sri Muhyidin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Husin Onn, Ketua Polis Negera dan Ketua Polis Negeri supaya tangkap siapa yang mencuri pasir dan langgar undang-undang. Ditambah pula dengan tindakan terbaru yang berani untuk menempatkan menubuhkan petugas khas di pejabat KSSB. Sekarang apa lagi Datuk Noh dan Datuk Seri Khir Toyo mahu?


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Read full story

Menanti Malam 1000 Bulan

0 comments

Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada beberapa versi pendapat. Ada yang mengatakan bahawa malam lailatul qadr adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahawa lailatul qadar adalah malam yang penuh sesak kerana ketika itu banyak malaikat turun ke dunia. Ada pula yang mengatakan bahawa malam tersebut adalah malam penetapan takdir. Selain itu, ada pula yang mengatakan bahawa lailatul qadar dinamakan demikian kerana pada malam tersebut turun kitab yang mulia, turun rahmat dan turun malaikat yang mulia.[1] Semua makna lailatul qadar yang sudah disebutkan ini adalah benar berlandaskan Qur'an dan hadits.

Keutamaan Lailatul Qadar

Pertama, lailatul qadar adalah malam yang penuh keberkahan (bertambahnya kebaikan). Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ , فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad Dukhan: 3-4). Malam yang diberkahi dalam ayat ini adalah malam lailatul qadar sebagaimana ditafsirkan pada surat Al Qadar. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.” (QS. Al Qadar: 1)


Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya,

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ , تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ , سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar: 3-5). Sebagaimana kata Abu Hurairah, malaikat akan turun pada malam lailatul qadar dengan jumlah tak terhingga.[2] Malaikat akan turun membawa kebaikan dan keberkahan sampai terbitnya waktu fajar.[3]



Kedua, lailatul qadar lebih baik dari 1000 bulan. An Nakho’i mengatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.”[4]

Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksud dengan lebih baik dari seribu bulan adalah sholat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari sholat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar.[5]

Ketiga, menghidupkan malam lailatul qadar dengan sholat akan mendapatkan pengampunan dosa. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melaksanakan sholat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”[6]


Bila Lailatul Qadar Terjadi?

Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”[7]


Ini adalah perintah Rasul untuk mencarinya...Carilah...

Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”[8]

Lalu bila tarikh yang pasti lailatul qadar terjadi? Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah telah menyebutkan empat puluhan pendapat ulama dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun[9].

Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima, itu semua tergantung kepada kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.”[10]

Para ulama mengatakan bahawa hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tarikh sebenar terjadinya lailatul qadar adalah agar orang bersemangat untuk mencarinya. Hal ini berbeda jika lailatul qadar sudah ditentukan tarikhnya, justru itu malah orang-orang akan bermalas-malasan (mencarinya).[11]


Do’a di Malam Qadar

Sangat dianjurkan untuk memperbanyak do’a pada lailatul qadar, lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh suri tauladan kita –Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam- sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata,

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ « قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab,”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”[12]


Tanda Malam Qadar


Pertama, udara dan angin sekeliling terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.”[13] - Tanda ini cuma didapati pada keesokan harinya

Kedua, malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

Ketiga, manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

Keempat, matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata,

هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadlan). Dan tanda-tandanya ialah, pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang menyuluh. [14]”[15]


Bagaimana Seorang Muslim Menghidupkan Malam Lailatul Qadar?


Lailatul qadar adalah malam yang penuh berkah. Barangsiapa yang terluput dari lailatul qadar, maka dia telah terluput dari seluruh kebaikan. Sungguh rugi seseorang yang luput dari malam tersebut. Seharusnya setiap muslim mengecamkan baik-baik sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

فِيهِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

“Di bulan Ramadhan ini terdapat lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan.”[16]

Oleh kerana itu, sudah sepatutnya seorang muslim lebih giat beribadah ketika itu dengan dasar iman dan tamak akan pahala melimpah di sisi Allah. Seharusnya dia dapat mengambil contoh Nabinya yang giat ibadah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. ‘Aisyah menceritakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.”[17]

Seharusnya setiap muslim dapat memperbanyak ibadahnya ketika itu, menjauhi isteri-isterinya dari berjima’ dan membangunkan keluarga untuk melakukan ketaatan pada malam tersebut. ‘Aisyah mengatakan,

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri beliau dari berjima’[18]), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.”[19]

Sufyan Ats Tsauri mengatakan, “Aku sangat senang jika memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan untuk bertahajud di malam hari dan giat ibadah pada malam-malam tersebut.” Sufyan pun mengajak keluarga dan anak-anaknya untuk melaksanakan sholat jika mereka mampu.[20]

Adapun yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam lailatul qadar adalah menghidupkan kebanyakan malamnya dengan ibadah dan tidak mesti seluruh malam. Bahkan Imam Asy Syafi’i dalam pendapat yang dulu mengatakan, “Barangsiapa yang mengerjakan sholat Isya’ dan sholat Subuh di malam qadar, maka ia bererti telah dinilai menghidupkan malam tersebut”.[21] Menghidupkan malam lailatul qadar juga bukan hanya dengan sholat, boleh juga dengan dzikir dan tilawah Al Qur’an.[22] Namun amalan sholat lebih utama dari amalan lainnya di malam lailatul qadar berdasarkan hadits, “Barangsiapa melaksanakan sholat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”[23]


Bagaimana Wanita Haidh Menghidupkan Malam Lailatul Qadar?

Juwaibir pernah mengatakan bahawa dia pernah bertanya pada Adh Dhohak, “Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya dalam keadaan berdzikir), apakah mereka boleh mendapatkan bagian dari lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya, mereka tetap boleh mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.”[24]

Dari riwayat ini menunjukkan bahawa wanita haidh, nifas dan musafir tetap boleh mendapatkan bagian lailatul qadar. Namun kerana wanita haidh dan nifas tidak boleh melaksanakan sholat ketika keadaan seperti itu, maka dia boleh melakukan amalan ketaatan lainnya. Yang dapat wanita haidh lakukan ketika itu adalah,

1. Membaca Al Qur’an tanpa menyentuh mushaf.[25]
2. Berdzikir dengan memperbanyak bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan dzikir lainnya.
3. Memperbanyak istighfar.
4. Memperbanyak do’a.[26]

[1] Lihat Zaadul Masiir, 9/182.

[2] Lihat Zaadul Masiir, 9/192.

[3] Lihat Zaadul Masiir, 9/194.

[4] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 341

[5] Zaadul Masiir, 9/191.

[6] HR. Bukhari no. 1901.

[7] HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169.

[8] HR. Bukhari no. 2017.

[9] Fathul Bari, 4/262-266.

[10] HR. Bukhari no. 2021.

[11] Fathul Bari, 4/266.

[12] HR. Tirmidzi no. 3513, Ibnu Majah no. 3850, dan Ahmad 6/171. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih. Adapun tambahan kata “kariim” setelah “Allahumma innaka ‘afuwwun …” tidak terdapat satu dalam manuskrip pun. Lihat Tarooju’at hal. 39.

[13] HR. Ath Thoyalisi dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, lihat Jaami’ul Ahadits 18/361. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih. Lihat Shahihul Jaami’ no. 5475.

[14] HR. Muslim no. 762.

[15] Lihat Shahih Fiqh Sunnah, 2/149-150.

[16] HR. Ahmad 2/385, dari Abu Hurairah. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadits ini shahih.

[17] HR. Muslim no. 1175.

[18] Inilah pendapat yang dipilih oleh para salaf dan ulama masa silam mengenai maksud hadits tersebut. Lihat Lathoif Al Ma’arif, hal. 332.

[19] HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174.

[20] Latho-if Al Ma’arif, hal. 331.

[21] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 329.

[22] ‘Aunul Ma’bud, 4/176.

[23] HR. Bukhari no. 1901.

[24] Latho-if Al Ma’arif, hal. 341

[25] Dalam at Tamhid (17/397), Ibnu Abdil Barr berkata, “Para pakar fiqh dari berbagai kota baik Madinah, Iraq dan Syam tidak berselisih pendapat bahawa mushaf tidaklah boleh disentuh melainkan oleh orang yang suci dalam erti berwudhu. Inilah pendapat Imam Malik, Syafii, Abu Hanifah, Sufyan ats Tsauri, al Auzai, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuyah, Abu Tsaur dan Abu Ubaid. Merekalah para pakar fiqh dan hadits di masanya.”

[26] Lihat Fatwa Al Islam Su-al wa Jawab no. 26753.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel : muslim

sumber : Email
Read full story

Tuesday, August 24, 2010

Pemimpin BN Kena Terima Nasihat Koh Tsu Koon

0 comments
Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik cadangan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menasihati parti politik supaya membuang budaya politik negatif dan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni. Beliau dengan ikhlas menyatakan perkara ini terjadi terutama selepas PRU 2008, di mana politik dendam antara satu sama lain.

PAS mengharapkan supaya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membawa idea ini ke Majlis Tertinggi Barisan Nasional supaya anggota komponan BN pandai menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi yang telah memilih parti-parti yang bertanding. Adat perlawanan ada pihak kalah, dan pihak menang. Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

PAS menasihatkan supaya Umno dan BN belajarlah menjadi pembangkang yang baik, seperti yang PAS alami. Pemimpin BN perlu belajar daripada PAS dalam sepak terajang politik. PAS pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang keluar daripada BN. PAS pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah, setelah memerintah 18 tahun sejak 1959. Berkat kesabaran maka rakyat memberi kepercayaan kembali pada tahun 1990 hingga kini. Pas pernah menang di Terengganu 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, kemudian menang 1999 dan kalah 2004. Inilah roda putaran perjuangan PAS dalam sebuah negara demokrasi. Walaupun PAS sedar perjalanan demokrasi yang penuh tempang namun PAS tetap menyuburkan demokrasi, kerana ini adalah satu jalan untuk PAS merealisasikan cita-cita perjuangan PAS. Malangnya sikap ini tidak ada kepada Umno/BN, yang tidak sabar dan tidak tahu menjadi pembangkanag. Pemimpin BN kena sedar bahawa sebuah kerajaan ada ajal, terimalah hakikat ini. Perjuangan seperti roda , ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah.

PAS mengharapkan nota peringatan yang diberikan oleh Presiden Gerakan akan memberikan satu sinar baru dalam politik Malaysia. Biarlah tunjuk kematangan berpolitik setelah negara hendak menyambut kemerdekaan kali ke 53. Janganlah berpolitik seperti negara baru mengenal tamadun dan kemajuan.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : Email
Read full story

Bapa Kanak-kanak Mangsa Letupan Serah Diri

0 comments


(Klip Video Sejurus Selepas Kejadian) KUALA TERENGGANU - Bapa kepada kanak-kanak yang terkorban akibat kejadian letupan di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga di sini semalam, menyerah diri kepada polis Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Samsuddin berkata Ayub Abd Rahman, 28, menyerah diri di tempat kejadian kira-kira pukul 12.55 tengahari.

"Dia menyerah diri atas nasihat polis dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini selepas melawat dua lelaki yang parah akibat kejadian itu.

(Gambar dari Video klip menunjukkan lelaki berbaju belang (dalam bulatan merah) sedang menghulurkan tangan kepada seseorang dari atas pokok untuk menyambut mangsa)

Zamri berkata bagaimanapun, polis memberi peluang kepada lelaki tersebut untuk menguruskan pengkebumian jenazah anaknya yang masih belum dituntut di hospital itu.

Sejam setengah sebelum itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan membuat sidang media khas bagi memaklumkan tentang usaha polis untuk mengesan bapa Khairul Arif Ayob, 6, yang maut dalam kejadian semalam.

Katanya, ia bagi membantu siasatan polis selain urusan menuntut jenazah anaknya di HSNZ di sini.

"Sebaik kejadian itu berlaku semalam, suspek dan isterinya Kamariah Sufian, 25, telah menghilangkan diri. Polis telah pergi ke rumahnya, namun gagal menemuinya," kata beliau.

Mohd Shukri berkata bapa kanak-kanak itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 pada tahun lepas atas kesalahan penjualan mercun.

Mengulas mengenai kejadian semalam, Mohd Shukri berkata siasatan awal mendapati ledakan kuat sehingga merosakkan beberapa rumah di kawasan itu berpunca daripada letupan himpunan mercun yang banyak.

Malah katanya, selepas kejadian itu polis menemui 15 kotak lagi mercun pelbagai jenis di bahagian lain di rumah berkenaan.

"Daripada jumlah itu hanya dua jenis mercun yang dibenarkan iaitu jenis 'happy boom' dan jenis 'pop-pop'," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah tinggal di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga kira-kira 12.30 tengahari semalam, kanak-kanak malang itu dilapor tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian turut mengakibatkan dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, cedera parah. Kedua-dua mereka kini dirawat di HNSZ.- Bernama



Read full story

Monday, August 23, 2010

Jangan Naik Tarif Air Dan Cukai Tanah

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri. Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian. Pelik, Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Sepatutnya beliau sebagai Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini. Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak. Persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah,ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.

PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh SYABAS . Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu. Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. Inilah otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat. Selangor juga menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripadaPahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Read full story

Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru

0 comments
Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. PAS mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk :
  • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
  • Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153
  • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan
  • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum
Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.

PAS berpandangan sekiranya Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : Email
Read full story

Sudah Sampai Masa PAS Ganti Umno

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini. Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera dinegara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi bumiputera.

PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam genggaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.

PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengali babakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kemana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 billion lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti bumiputera sudah melebihi 30%.

PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman Pas di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka dalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah. Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Read full story

Awas Operasi Lalang Edisi 1 Malaysia

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia PAS bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku selepas PRU 2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres Cina yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%.

Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Umno dan NGO Melayu. Beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.

PAS bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika Umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan bumiputera juga dipertikaikan. Pada ketika itu pemimpin Umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai. Ada di kalangan pimpinan umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru. Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.

Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan.

PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN. Jangan gunakan ISA dan operasi lalang, bertarunglah dalam gelanggang demokrasi di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah. Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Friday, August 20, 2010

Takziah Kepada Ustaz Abu Bakar Hussain Di Atas Pemergian Isteri Beliau Ke Rahmatullah

0 comments
Pemuda Pas Dun Sura ingin merakamkan ucapan takziah kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain di atas pemergian isteri beliau ke rahmatullah pada petang ini di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh. Sesungguhnya pemergian Almarhumah Ustazah Rafeah Ramli yang merupakan tulang belakang kepada perjuangan Ustaz Abu Bakar dan anggota keluarga beliau, tentunya dirasai oleh seluruh ahli PAS umumnya dan pendukung Muslimat PAS di negeri Perak khususnya.
Read full story

Saturday, August 14, 2010

Ijtima' Tarbawi Pemuda/i Kebangsaan Di Rusila 1, 2 & 3 Oktober

0 comments

1. Semakin hari semakin dekat , semakin menanti semakin terpikat . Sedar atau tidak hanya 47 hari sahaja lagi untuk seluruh pemuda dan pemudi yang menjadi anggota Gerakan Islam ini berhimpun demi mencetus gelombang baru bagi Amal Tarbawi di dalam PAS disamping meneruskan kerja - kerja dakwah dan siasah .

2. Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2010 akan datang di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . Alhamdulillah , program besar yang bakal menghimpunkan hampir 5000 kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan seluruh pencinta - pencinta tarbiyah ini telah mendapat komitmen yang tinggi dari kedua - dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ] dan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

3. Sejurus selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat baru - baru ini terdapat beberapa penambahan kepada tentatif atau aturcara Ijtimak Tarbawi tersebut yang perlu saya paparkan di sini .

Pertama : Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP , Exco DPP Negeri , Ajk DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada mahasiswa\i dalam dan luar negara serta para pemudi [ akhawat ] dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau direct kepada Sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya . Insyaallah mekanisme pendaftaran secara online sedang disiapkan . [ Jika lambat , akhawat disarankan daftar segera ke pejabat DPP Negeri atau Pusat ]

Kedua : [ Tentatif ]

01 Oktober 2010 [ Jumaat ] ~ kandungan ~

04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk
06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah
08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

~ Solat Isyak dan Makan malam ~

10.15 pm : Majlis Perasmian oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] .

02 Oktober 2010 [ Sabtu ] ~ kandungan ~

Qiamulail dan Bicara Subuh

Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh :
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman

Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh :
Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]

Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh :
Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh :
Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ]
Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ]
Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ]

Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh :
Wakil Gerakan Islam Luar Negara
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ]
Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ]

03 Oktober 2010 [ Ahad ] ~ kandungan ~

Qiamulail dan solat fardhu berjamaah

Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh :
Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]

Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh :
Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]

Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh :
Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad

Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh :
Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ]
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ]

Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima'

Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

4. Saya berharap , masa yang begitu pantas berlalu tidak melekakan para pemuda untuk membuat persiapan awal dari segi material , fizikal dan mental agar Ijtima' Tarbawi ini benar - benar dapat meletuskan satu ledakan besar dalam PAS untuk kembali mengaktifkan organ - organ tarbiyahnya.

5. Ironinya apabila program seumpama ini mendapat perhatian serius YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau meminta supaya saya menyegerakan Ijtima' ini dan dilangsungkan di dalam bulan Ramadhan ini juga untuk menyertai kemuliaannya. Malangnya sepanjang bulan Ramadhan ini Dewan Pemuda PAS Pusat telah padat dengan program seperti :

Singgah Ramadhan [ Dewan Pemuda PAS bersama Harakah ] di 4 buah negeri
Munaqsyah Ucaptama Ketua Dewan Pemuda [ zon utara dan selatan ]
Iftar Jamaei DPPP
Sidang Meja Bulat Selamatkan Negara [isu jenayah rogol , buang bayi dan zina ]
Pertemuan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Isu Mahasiswa wajar Berpolitik]
Pelancaran kempen kumpul Tandatangan bantah saman ekor

http://1.bp.blogspot.com/_Vrsj5oKWoE4/TG2pCSP0sfI/AAAAAAAACJw/WfCvaSOrloU/s1600/Ijtima%27+sign+Board.jpg

Justeru itu , Ijtima' tersebut terpaksa dilangsungkan sebagaimana jadual asal iaitu 1 , 2 ,3 Oktober 2010 kelak . Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk menjayakan program besar ini .

sumber : episodeperjuangan
Read full story

Thursday, August 12, 2010

Hulurkan Sumbangan Anda Kepada Anak-Anak Yatim

0 comments
DUNGUN, 12 Ogos Khamis - Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DUN Sura yang telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Faqir Miskin baru-baru ini, sedang berusaha untuk mengumpul kewangan bagi disumbangkan kepada anak-anak yatim dan anak-anak sindrom down di sekitar DUN Sura.

Menurut Ketua Lajnah, Haji Zakariah Yusoff, program yang mendapat dokongan padu daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli itu, telah diadakan pada tahun 2008 dan 2009 yang lalu.

" Pihak kami mensasarkan jumlah kutipan sekurang-kurangnya RM15,000.00 di mana berdasarkan rekod sumbangan tahun lalu, seramai lebih 200 orang yang terdiri dari anak-anak yatim dan anak-anak sindrom down telah menerima agihan menjelang Aidilfitri lalu, " ujar beliau.

" Majlis ini telah dipersetujui oleh Y.B. ADUN Sura merangkap Pengarah DUN Sura, akan diadakan seminggu menjelang Aidilfitri, iaitu pada 3 September, 2010 hari Jumaat, sehubungan itu kami mengalukan-alukan sumbangan ikhlas daripada seluruh dermawan untuk turut sama melibatkan diri melalui infaq masing-masing ke akaun bersama atas nama : ZAKARIAH BIN YUSOFF / ENCHE ALIAS BIN MUDA, nombor akaun RHB Bank Dungun : 1-13056-0005261-2, tambah beliau lagi.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang juga boleh menghubungi Hj Zakariah Yusoff (013-930 7922), Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura.
Read full story

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

0 comments
Takwim solat & waktu Berbuka Ramadhan 1431H terbitan Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura





Ramadhan bulan tarbiah, jihad

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.








Read full story

Program di surau angkat Pemuda Dun Sura-2.

0 comments
Alhamdulillah,program yang dianjurkan Pemuda Dun Sura iaitu pada 4,5&9 Ogos 2010 telah berjaya dilansungkan sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Antara penceramah jemputan ialah ustaz safuan,ustaz ubaidillah dan usta amri.Semoga kuliah yang diberi kepada kita dalam majlis Ilmu ini dapat kita membaiki diri kita kearah kebaikan yang mencintai Islam.
Takbir!!!



4 Ogos 2010
Ustaz Safuan


5 Ogos 2010
Ustaz Ubaidillah


9 Ogos 2010
Ustaz Amri

Read full story

Monday, August 9, 2010

Keperibadian Rasulullah - Ada rahmat terhadap sekalian alam

0 comments
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tidak Kami (Allah) mengutus akan engkau (wahai Muhammad) kecuali untuk memberi rahmat kepada sekalian alam" (Surah al-Anbiya': 107).
Ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan rasul dan nabi yang diutus oleh Allah untuk memberikan rahmat kepada sekalian makhluk. laitu merangkumi golongan yang beriman, golongan kafir, golongan munafik, bahkan nabi membawa rahmat kepada semua manusia tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, juga memberi rahmat kepada burung-burung dan haiwan lain. Jelasnya, rahmat yang dibawa oleh Rasulullah adalah untuk semua.

Antara tanda-tanda rahmat dan belas kasihan nabi kepada umatnya ialah baginda tidak sanggup memberatkan sesuatu amalan kepada umatnya, sebagaimana sabda baginda: "Sekiranya tidak memberati umatku, nescaya aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak pada setiap kali hendak menunaikan solat (pada riwayat yang lain: pada setiap kali berwuduk)".
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah ingin mewajibkan bersiwak setiap kali hendak menunaikan solat, namun oleh kerana amalan itu agak "berat" bagi umatnya, maka tidak diwajibkan. Begitu juga belas kasihannya Rasulullah pada umatnya, baginda melarang mereka daripada berterusan bangun malam untuk berqiamullail pada sepanjang malam dengan tidak menghiraukan keperluan dan kesihatan tubuh badan. Begitu juga dengan larangan berpuasa secara berterusan sepanjang tahun.

Ketika golongan Thaqif di Ta'if menolak mentah-mentah dakwah dan seruan nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan rahmat baginda kepada mereka tetap terserlah. Puak Thaqif di Ta'if bukan sahaja menolak dakwah nabi, bahkan mereka juga bertindak secara kekerasan pada baginda. Mereka mengarahkan hamba abdi, khadam dan budak-budak nakal Bani Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu sehingga luka kedua-dua belah kaki baginda. Zaid Bin al-Harithah yang mengiringi Rasulullah ke sana cuba melindungi baginda daripada serangan dan lontaran budak-budak nakal itu.
Dalam suasana yang getir itu, Rasulullah terus bersabar dan menadah tangan berdoa pada Allah:
"Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu keda'ifan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Dikaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Dikaulah Tuhanku, kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaan-Mu ke atasku, maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan-Mu lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya zat-Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat, aku berlindung daripada kemarahan dan kemurkaan-Mu ke atasku. Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan daya upaya (kekuatan) kecuali dengan apa yang diberikan oleh-Mu, Ya Allah."

Setelah itu, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menyatakan bahawa Allah S.W.T. telah mendengar setiap perkataan puak yang menolak seruanmu serta tindakan mereka terhadapmu. Allah mengutus malaikat penjaga gunung untuk kau, dan suruhlah dia buat apa sahaja yang engkau mahu. Lalu malaikat penjaga gunung itu pun datang dan memberi salam kepada Rasulullah dan berkata, "aku ini malaikat segala gunung diutus oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa sahaja terhadapku apa yang engkau kehendaki. Sekiranya engkau mahu, aku akan menghempap bukit al-Akhsyabin ke atas mereka!" Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan apa yang aku mahu ialah moga Allah mengeluarkan daripada suibi mereka (anak cucu mereka) golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu." (Muhammad al-lnsan al-Kamil, oleh al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid 'Alawi al-MaUki).

Begitulah hebatnya sifat rahmat yang ada dalam diri Rasulullah sehingga baginda tetap mengharapkan kebaikan wujud daripada golongan yang jelas menentang baginda. Antara rahmat Nabi s.a.w. terhadap golongan kafir ialah permohonan baginda agar tidak disegerakan azab oleh Allah kepada mereka semasa di dunia. Padahal umar terdahulu yang kufur dan ingkar perkara yang dibawa oleh para rasul dihukum dengan segera. Demikian yang berlaku kepada kaum nabi Nuh, kaum 'Ad dan Thamud, kaum nabi Luth, dan kaum-kaum yang lain.
Logiknya, apabila golongan kafir boleh mendapat rahmat nabi, apatah lagi orang Islam dan orang yang beriman kepada Allah. Sifat rahmat Rasulullah terhadap keluarga sendiri boleh dijadikan contoh. Aisyah, isteri nabi telah ditanya tentang perilaku Rasulullah s.a.w. terhadap keluarganya ketika di rumah, katanya: "Rasulullah s.a.w. menolong keluarganya, tapi apabila tiba waktu solat, baginda dengan segera pergi menunaikannya". Bahkan dalam musnad Imam Ahmad, Aisyah telah menyatakan bahawa nabi s.a.w. menjahit bajunya sendiri.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sifat rahmat dan belas kasihan kepada kanak-kanak. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w. mencium al-Hasan dan al-Husin dengan penuh kasih sayang. Ketika itu al-Aqra' Bin Habis al-Tamimi memerhatikan perbuatan baginda, lalu beliau berkata: "Aku mempunyai sepuluh orang anak, dan aku tidak pernah mencium walau seorang pun daripada mereka". Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: "Sesiapa yang tidak mempunyai sifat rahmat, dia tidak akan dirahmati."

Di samping itu, Rasulullah s.a.w. turut mempunyai sifat rahmat dan belas kasihan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, dan orang sakit. Rasulullah sentiasa memberikan makanan kepada golongan-golongan ini. Malah Rasulullah tidak pernah melepaskan peluang untuk menziarahi orang miskin, terutamanya orang sakit dan orang yang meninggal dunia. Semua ini perlu dicontohi oleh umat Islam.

Rasulullah s.a.w. juga sangat mengambil berat terhadap perkembangan para sahabat baginda. Bahkan baginda akan turut berasa sedih apabila seseorang sahabat dilaporkan mendapat kesusahan atau berada dalam kesedihan. Ketika nabi menziarahi jenazah Uthman Bin Maz'un, baginda mencium di antara dua mata jenazah hingga mengalir air matanya. Menurut Aisyah dia nampak air mata nabi mengalir di atas pipi Uthman. Begitulah sifat rahmat dan belas kasihan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya sifat rahmat Rasulullah ini bukan sahaja pada manusia, tetapi turut melibatkan haiwan dan binatang. Dalam hal ini Rasulullah telah berwasiat agar bersikap rahmat terhadap haiwan, dan melarang daripada menyakiti haiwan dengan apa cara sekali pun. Oleh sebab itu Rasulullah melarang para sahabat duduk di atas tunggangan binatang dalam jangka waktu yang panjang tanpa sebarang keperluan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tunggangilah binatang dengan baik, dan tinggalkannya dengan baik, dan janganlah kamu menjadikannya sebagai kerusi (tempat duduk) sedangkan kamu berbicara panjang di jalan dan di pasar. Mungkin yang ditunggang itu lebih baik dan lebih banyak mengingati Allah daripada yang menunggang" (Riwayat Imam Ahmad, Abu Ya'la, dan al-Tabrani).
Rasulullah juga dalam hadith yang lain melarang membunuh binatang dengan tidak ada tujuan seperti membunuh burung dengan suka-suka, bukan bertujuan untuk makan. Sabda nabi bermaksud:
"Sesiapa yang membunuh burung (dengan suka-suka), pada hari Kiamat kelak, burung tersebut akan mengadu pada Allah dengan katanya: 'Ya tuhan, sesungguhnya si fulan ini membunuhku tanpa tujuan dan tanpa sebarang manfaat" (Riwayat Imam al-Nasa'ei).

Petikan: Dewan Agama & Falsafah


Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy