Thursday, September 30, 2010

Perlantikan Razaleigh Umpama Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PAS

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan. Jelas ianya tindakan terdesak Umno. Ternyata Umno begitu bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula DUN berkenaan walaupun tahu, Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.

Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal ditangan PAS. Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas walaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan..

DUN Galas dikawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh dimana Umno menumpang pengaruh beliau untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri.

Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam Pilihanraya yang lepas Allahyarham Che Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN.
Bagi PAS perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihanraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas Pilihanraya 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan dibawah BN.

Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan kelantan kepada Petronas. Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat.

PAS yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno.

PAS yakin, Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan.

Jika dalam PRK nanti isu Royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti.

PAS menyeru agar Tengku Razaleigh istihar keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuangan untuk rakyat Kelantan.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Tuesday, September 28, 2010

Wakil Tidak Cakna Rakyat : Sibuk kumpul harta

0 comments
Utusan Malaysia melaporkan pada 5 Julai, 2010, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) malas dan culas untuk bertemu dengan rakyat

Katanya, sikap sambil lewa seperti ini menyebabkan usaha mengekalkan pemerintahan Umno dan BN di Terengganu terbantut kerana mesej dan perkhidmatan tidak sampai kepada rakyat.

Apa yang rakyat lihat adalah, Wakil Rakyat Umno/BN sibuk mengumpulkan harta masing-masing

Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit

Sebagai contoh ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Beliau juga telah bertukar kereta sebanyak tiga kali, semenjak menjadi wakil rakyat.

Bermula dengan sebuah Proton Perdana ditukar kepada Sorento dan untuk koleksi terbaru, YB Muhamad Ramli Nuh telah bertukar kepada Honda CRV.

ADUN Telemong, Rozi Mamat membina rumah baru di Taman Permint Permata dalam DUN Kuala Berang, diluar DUN Telemong

Sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, kelebihan YB Rozi berbanding YB Muhamad Ramli adalah, beliau dilaporkan memiliki tanah seluas 30 ekar.

Manakala ADUN Jabi, Ramlan memiliki sebuah Honda CRV warna hitam model terbaru, Toyota Harrier Silver model terbaru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dibeli dalam masa yang hampir serentak.

“Kalau dicampur rumah baru, kereta, motor tak termasuk tanah dan kebun pusaka, saya bersetuju asetnya hampir, kalau pun tidak bernilai RM1 juta,”kata seorang penduduk DUN Jabi.

http://pemudabersamamu.blogspot.com

Read full story

JKKK Utamakan kroni dan Suku Sakat

0 comments
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang kurang cakna terhadap perkembangan masyarakat menyebabkan timbul masalah ketika mengagihkan bantuan berikutan tidak ada rekod penduduk yang tepat.

JKKK mempunyai tabiat buruk kerana bersikap mementingkan anak-beranak (nepotisme), pilih kasih (terutama berdasarkan merit politik) dan suka pecah amanah bukan lagi rahsia.

JKKK tidak adil bukan sahaja dalam mengagihkan kurma dan air zam-zam, malah puluhan bentuk pengagihan dan bantuan lain yang disalurkan kerajaan menerusi mereka tidak sampai ke sasaran sepatutnya.

(Untuk contoh, rujuk Isu Julai 2010: Senarai e-Kasih, penghulu hanya “rubber stamp”)

Pengagihan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan zakat, rumah PPRT, rumah mesra rakyat semuanya hanya memntingkan kaum keluarga terdekat JKKK.

Sebagai contoh, dilaporkan dalam Sinar Harian 28 Ogos, 2010, kes seorang ibu di Merang, Setiu, dinafikan hak daripada mendapat bantuan Dana Hari Raya atau Wang Ehsan adalah contoh berlaku ketidak adilan oleh JKKK. Rahmat Mat, 49, mempunyai tujuh anak berumur antara tujuh hingga 33 tahun. Beliau bekerja sebagai peniaga cenderamata di jeti Pantai Merang manakala suaminya sebagai pembantu pelancong di sebuah syarikat bot.

Keluarga terbabit mendakwa pendapatan bulanan mereka di bawah RM1,000. Sebelum ini Rahmar pernah menerima bantuan dana tersebut, tetapi tahun ini namanya tiada dalam senarai pemohon.

Read full story

Thursday, September 23, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pemuda Dun Sura

0 comments

Pemuda PAS Dun Sura dengan berbesar hatinya menjemput serta mengalu-alukan kehadiran saudara ke Majlis Jamuan Malam Aidilfitri yang akan diadakan pada hari Khamis, 23 September 2010 bersamaan dengan 14 Syawal 1431 Hijrah. Jamuan ini akan diadakan di Perkarangan Surau Kubur Kampung Molek . Jamuan akan mulai pukul 9:30 malam.

Semoga keberkatan bulan Syawal ini akan menambahkan kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan bagi memikul amanah rakyat dalam membawa perubahan ke arah keharmornian serta keadilan yang tercinta.

Read full story

Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010

0 comments
Salam Palestin,

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan program Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS peringkat kebangsaan 2010 bermula 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Program tarbawi perdana yang julung kali diadakan sejak sekian lama ini dijangka akan dapat menghimpunkan ribuan jentera pemuda PAS dan pendukung gerakan Islam dari seluruh negara.

Program ijtima’ perdana ini adalah bermatlamat menggerakkan pemuda untuk memahami tanggung jawab membina kekuatan PAS melalui tarbiyah dan sistemnya yang jitu. Ia juga bersempena dengan pindaan perlembagaan PAS terbaru yang telah memberi ruang dan melibatkan jentera pemuda di peringkat kawasan ke dalam program kemuncak parti iaitu muktamar tahunan. Program ijtima’ akan membantu jentera kawasan di seluruh negara untuk memahami dan menilai peranan dan tanggung jawab masing – masing.

Melalui program 3 hari 2 malam ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan kehadiran sekurang – kurangnya 20 orang jentera pemuda setiap kawasan selain jenteranya di peringkat pusat dan negeri. Jangkaan kehadiran lebih 3000 orang jentera pemuda ini pula akan dihangatkan lagi dengan jemputan umum, terutamanya kepada seluruh pemuda PAS seluruh negara yang berminat untuk menyertainya.

Jemputan khas juga disasarkan kepada seluruh pelajar daripada universiti dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan, kehadiran peserta daripada Dewan Muslimat, terutama daripada unit NISA’nya dijangka akan memperkasakan lagi program besar ini.

Justeru adalah dijangkakan, program yang akan melibatkan penyertaan hampir keseluruhan kepimpinan utama PAS ini mampu menghimpunkan lebih 5 ribu orang peserta dari seluruh negara.

Sehingga kini, hampir 20 orang pimpinan PAS telah menyatakan kesanggupan untuk bersama pemuda dalam program ijtima’ tersebut. Di antara kehadiran utama yang akan turun menyampaikan amanat dan wasiat tarbawiyah tersebut adalah al Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib – Naib Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS selain kepimpinan tarbiyah utama PAS seperti al fadhil Dato Dr Haron Din dan al fadhil Ustaz Dato Haji Yahya Othman.

Lebih memeriahkan, ijtima tarbawi ini dijangka menerima kunjungan tetamu daripada gerakan Islam daripada timur tengah.

Di antara agenda menarik yang telah disusun untuk memeriahkan dan mengoptimumkan hasil tarbawi melalui program ijtima’ ini adalah siri kuliah talaqqi kitab Tafsir al Tibyan syarah surah al Hujuraat oleh pengarangnya sendiri iaitu Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Kitab tersebut yang kini dalam proses ulang cetak sempena program ijtima tersebut telah diberi kata pengantar oleh al fadhil Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat.

Selain itu, program forum, pembentangan, ceramah tarbawi perdana, solat dan bacaan al ma’thurat berjamaah dan lain – lain lagi dijangka akan memeriahkan lagi isi perhimpunan ala mukhayyam perdana tersebut.

Pengarah program ijtima’, Ustaz Haji Azman Shapawi dan Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diberi tugas utama menjayakan program ini ingin merakamkan harapan kepada seluruh jentera pemuda di seluruh negara untuk memastikan kejayaan program ini dengan kehadiran penuh dan komitmen yang tinggi terhadapnya. Semoga Allah memberkati.

Ustaz Nik Abduh Tuan Guru Nik Abdul Azizi

Read full story

Tuesday, September 21, 2010

Hapuskan Semua Kumpulan Gangster, Bukan India Sahaja

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis menumpukan usaha membanteras gangterisma secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Jika pihak Polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangterisma tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja. Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang Menteri.

Gejala gangterisma ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli Politik yang melindungi mereka. Kumpulan gangster ini ada di mana-mana dalam negara kita. Dalam pilihanraya pun mereka boleh muncul seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di kawasan Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan Ah Long

Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka.

PAS berharap agar pihak Polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster ini. PAS mahu satu jaminan daripada pihak Polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah. Dan amat merisaukan jika dalam negara sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa. Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Monday, September 20, 2010

Pelabur Percaya PR, BN Perlu Serah Mandat

0 comments

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana mendakwa bahawa pelabur tidak datang ke negara ini kerana percaya dakyah pembangkang. Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan dan pelaburan ke negara ini, maka BN eloklah ,menyerahkan madat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini.

PAS mempersoalkan keseriusan pengurusan ekonomi Kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan FDI Malaysia jatuh Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filifina, Thailand dan Singapura.

Alhamdulillah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mampu untuk menarik pelabur luar contohnya di Kedah pada tahun 2009 sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion. Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut,pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Alasan yang paling lucu yang keluar daripada Tun Dr Mahathir ialah kerana pelabur luar tidak ada wang untuk melabur.

PAS mengingatkan kepada pemimpin BN seperti Datuk Husni dan Datuk Mukhriz, pelabur tidak datang ke negara ini ada sebab-sebab lain, yang perlu dimuhasabah oleh semua pemimpin di negara ini. Pelabur yang hendak datang ke negara ini, bukan pelabur dalam skim “Pak Man Telo”. Mereka mempunyai pakar-pakar pelaburan dan mengkaji tentang keberangkalian serta prospek pelaburan yang lebih kondisif. Macam mana pelabur hendak datang, kalau perjanjian yang jelas menyebut royalti kepada negeri yang ditemui minyak dicabul. Mereka pun risau apa pula jaminan pelaburan mereka, kalau dengan rakyat sendiri pun dilanggar perjanjian. Mereka gerun melihat video klip peguam V.K, Linggam drama dalam sistem perundangan. Pencabulan terhadap mandat rakyat di Perak semuanya menggerunkan pelabur. Indeks rasuah pula sampai sekarang tidak dapat diatasi, malahan semakin teruk, walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah). Yang ditangkap ialah ikan bilis, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah Pegawai kerajaan jerung politik terlepas.

Kesemuanya ini adalah faktor-faktor yang menjauhkan pelabur untuk ke negara kita yang tercinta ini. Jika keadan ini berterusan berlaku, kenyataan Datuk Idris Jala yang mengatakan negara akan bangkrap pada tahun 2019 bukan satu perkara yang mustahil. Oleh kerana masa masih belum terlambat, BN pun sudah tidak mampu untuk menguruskan ekonomi maka eloklah serah, sebelum parah kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kemampuan bagi kesejahateraan rakyat dan negara.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Rasai Keperitan Rakyat: Najib Cakap, Pemimpin PR Buat

0 comments
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, supaya pemimpin perlu merasai derita rakyat hanya retorik sahaja, kerana ia menyimpang daripada tindakan. Realiti yang berlaku pada hari ini pemimpin negara yang memerintah 57 tahun setelah merdeka bukan memikirkan supaya rakyat miskin terbela dan kualiti hidup ditingkatkan. Bahkan kemiskinan dan penderitaan rakyat ini telah menjadi umpan untuk memancing undi setiap kali pilihanraya.

Nampaknya apabila selepas rakyat Malaysia mengajar pemimpin Barisan Nasional dalam pilihanraya 2008 baru mereka tahu tanggungjawab pemimpin mesti menyelami penderitaan rakyat. Sebelum ini mereka tidak pernah menyebut hal ini kerana mereka anggap apa sahaja mereka buat rakyat tetap undi mereka. Semalam Datuk Seri Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor juga bercakap lebih kurang bahasa yang sama. Beliau mengingatkan kepada kerajaan supaya mengambil tahu penderitaan rakyat. Bimbang rakyat sudah merungut kos hidup semakin tinggi, beliau pun terasa dengan kenaikan harga beras RM18 ke RM25 sekampit.

Sedangkan PAS bersama dengan Pakatan Rakyat daripada awal lagi sudah memikirkan bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Kerana menyedari bahawa menjadi pemimpin bukan untuk bermegah, tetapi satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Buktinya PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan begitu prihatin dengan penderitaan rakyat telah melaksanakan program kifalah untuk warga emas yang meninggal dunia. Program ladang rakyat untuk diberikan deviden kepada mereka yang susah. Begitu juga di Kedah dan Pulau Pinang melaksanakan program yang mengambil kira penderitaan rakyat. Selangor negeri yang kaya dengan hasil ekonominya yang melimpah ruah telah memberi air percuma kepada semua rakyat dan merakyatkan limpahan ekonomi kepada mereka yang susah. Program yang tidak pernah terfikir oleh pemimpin BN walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan selama 53 tahun. Pada hal kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mempunyai sumber kewangan yang terhad, tetapi mampu menyelami derita rakyat.



Sepatutnya pemimpin BN sudah boleh menyelami dan menyelasaikan masalah rakyat kalau mereka mahu. Sedangkan banyak program yang boleh mengangkat taraf hidup rakyat, telah dikhianati. Saham untuk kaum bumiputera sebanyak RM52 bilion lesap, sepatutnya Perkasa tidak perlu menjerit lagi mengenai pencapaian 30% ekuiti bumiputera, kalau pemimpin BN tidak khianat.

Agensi untuk bela penderitaan rakyat susah juga dikhianati seperti Felda. Wang Felda telah susut sebanyak RM2.75 bilion dalam masa 5 tahun. Pada tahun 2004 wang Felda ada RM4.08 bilion telah mengucup kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kita pun tidak tahu macam mana kos tanam semula di Felda lebih tinggi berbanding dengan ladang lain di negara ini. Sebagai contoh kos penanaman semula di Felda RM10,503 sehektar berbanding dengan ladang IOI hanya RM1,988 sehektar dan ladang Sime Darby pula Rm3,120 sehektar. Wang Felda yang sepatutnya di manfaatkan dengan lebih baik untuk peneroka dan anak-anak peneroka telah digunakan antaranya mendirikan bangunan di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur RM662 juta. Menggunakan wang Felda untuk projek basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Sedangkan Felda banyak di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu, kenapa pula Sabah sahaja yang dapat manfaat. Kemana pula hasil minyak dan balak di Sabah, sehingga terpaksa mengemis dengan Felda. Tepuk dada, kocak pokok kelapa sawit.

Sebelumnya wang PPRT lesap RM32 juta, kalau wang untuk orang susah pun dikebas begitu sahaja, apa hendak diharap untuk menjaga kepentingan rakyat marhain di negara ini.Kalau pemimpin memahami derita rakyat maka tidak akan mencari jalan mudah untuk dapatkan wang dengan menaikkan harga minyak, tepung, gula, menghapuskan subsidi, mengenakan saman ekor dan GST. Sebenarnya apabila kapal hendak karam baru pemimpin sedar siapakah diri mereka.



Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
Read full story

Wednesday, September 15, 2010

Kempen Tandatangan Membantah Saman Ekor

0 comments


Kepada: Kerajaan Malaysia

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus.

Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011. Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Yang menjalankan amanah,

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat


klik DI SINI untuk tandatangan online


Read full story

Tuesday, September 14, 2010

Siri bergambar : Baiki pagar longkang

0 comments
Tinjauan di lokasi oleh Team IT Pemuda Dun Sura pada 14 September 2010.
























Read full story

Baiki pagar longkang

0 comments
DUNGUN: Penduduk di sekitar Flet Bijangga di sini, mahu pihak berkuasa membaiki pagar sisi longkang besar di depan kawasan perumahan mereka yang rosak sejak lima tahun lalu.

Longkang besar sedalam 2 meter dan selebar 4 meter itu bermanfaat kepada penduduk terutama untuk mengawal banjir tetapi dengan ketiadaan pagar sisi, ia membentangkan bahaya kepada pengguna kenderaan dan kanak-kanak terutama ketika berselisih di jalan itu yang sempit.

Sebelum itu, longkang itu sudah dilengkapi dengan pagar sisi, namun, ia dicuri sehingga menyebabkan longkang itu terdedah kepada sesiapa saja.
Tinjauan mendapati hanya sebahagian pagar sisi yang masih ada manakala sebahagian besar lagi yang berdepan pula dengan rumah penduduk sudah hilang dan tidak berganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Flet Bijangga, Mohd Almi Othman, berkata tindakan segera perlu diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya berharap pihak berkenaan segera memasang besi penghadang atau meninggikan sedikit tembok penghadang demi keselamatan orang ramai yang melalui jalan ini.

"Masalah ini sudah dihadapi pengguna sejak lebih lima tahun lalu kerana besi penghadang yang rosak itu sudah hilang sejak lima tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Penduduk yang mahu dikenali Ayah Ngah, 61, berkata ketiadaan besi penghadang menyebabkan sudah banyak kenderaan yang melalui jalan itu terjunam ke longkang itu apabila berselisih dengan kenderaan lain.




p/s - Gambar-gambar dari Team IT Dun Sura akan menyusul selepas ini...!!!

Mungkin pihak Majlis Perbandaran Dungun boleh memikirkan sesuatu untuk ini & pihak-pihak yang rapat dan kaki bodek dgn YDP Majlis bolehlah untuk berkira-kira projek pagar longkang ini.JKKK Bijangga mungkin dah gatal tapak tangan utk terima komisen...
Read full story

Monday, September 13, 2010

Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya-PAS

0 comments


JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.



sumber : harakahdaily



Read full story

Sunday, September 12, 2010

PERBINCANGAN HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

1 comments
oleh : Ustaz Zaharudin Mohamad
Ahli Majlis Syura PAS

Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.

Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.

Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram

Saya akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara padat dan mampu difahami, InshaAllah. Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا


Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Satu lagi adalah :


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُو
اْ


Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

MASUK MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

"Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditanglkap atas kesalahan tertentu),



بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ


Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.[1]


HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM


Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu.


Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.


Imam Nawawi menghuraikan :


وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز


Ertinya : Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid.


Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Selain yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-


لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى


Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)



Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام

Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

KESIMPULANNYA

Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.
Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-

1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.


2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.


3) Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.

p/s : artikel ini adalah sumbangan dari Lajnah Penerangan PAS Pusat melalui email penerangan@pas.org.my

Read full story

Saturday, September 11, 2010

RUMUSAN ISU ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

0 comments
Siri penjelasan isu-isu semasa

oleh : Lajnah Penerangan PAS Pusat
(penerangan@pas.org.my)




# Utusan Malaysia melaporkan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang DAP masuk ke surau al-Huda Kajang Sentral 22/8/10
# Utusan melaporkan YB Teo beri “Tazkirah” dan memberi bantuan kepada ahli PAS

# Bukan tazkirah Ramadhan tetapi beliau beri taklimat bantuan pendidikan kerajaan negeri Selangor dan memberi bantuan RM1000 untuk surau bukan kepada ahli PAS. Ini satu fitnah.
# PERKASA suruh pulang kembali wang tersebut dan hendak ganti semula RM1000 pada AJK Surau.

# Datuk Hishamudin Hussin Onn Naib Presiden Umno kata YB Teo orang yang berada dalam hadas besar mana boleh masuk ke ruang solat.
# YB Teo berjumpa dengan Mursyidul Am di Rumah Kelantan Kuala Lumpur pada 30/8/10

# Mursyidul Am suruh pergi lagi lawat masjid atau surau.
# Tidak ada larangan orang bukan Islam melawat surau atau masjid ini yang dilakukan di zaman Nabi SAW.

# Larangan ini hanya daripada umno yang berfikiran sempit
# Teo berasa gembira dengan penjelasan Tuan Guru Nik Aziz

# Hishamudin marah kepada kenyataan Mursyidul Am kerana “ia menganggap membawa kekeliruan sesama kita orang Islam”
# Sebenarnya yang buat keliru ialah pemimpin umno, takut orang bukan Islam jinak dengan rumah Allah.

# Kerajaan Selangor akan minta penjelasan Pengarah JAIS Datuk Kusrin mengenai isu ini kata Hasan Ali BH 31/8/10
# Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Sultan Selangor sudah mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat.

# “Memang benar hukum Islam membenarkan bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau, tapi dalam kes ini ia ada unsur politik dan peraturan jelas sudah dikeluarkan mengenainya. Kita mesti melihat isu berkenaan dari banyak sudut. Perintah Sultan Selangor melarang aktiviti berunsur politik di tempat ibadat umat Islam adalah demi kepentingan ummah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am

# Kusrin kata ini melanggar arahan Sultan jangan berpolitik di masjid. Walaupun zaman Nabi orang bukan Islam datang ke masjid, bukan untuk berpolitik
# Berapa banyak program politik yang umno buat di negeri Umno perintah?

# Kusrin menafikan Sultan mendapat maklumat yang tidak betul UM 2/9/10
# MAIS telah memberi surat melarang Teo masuk ke kawasan solat di Surau atau masjid.(Malaysiainsider 1/9/10)

# Teo sudah minta maaf dengan Sultan 28/8/10 Bernama
# Datuk Seri Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah (5/9/10) Nampaknya Presiden umno meneruskan fitnah lagi menuduh Teo memberi “tazkirah”

# Datuk Najib pun suruh rujuk fatwa”boleh masuk dengan pakaian sopan”
# Bagaimana pula isteri pemimpin umno, bukan sahaja masuk surau/ masjid tidak sopan dengan Allah SWT, malahan sepanjang masa

# Inilah pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.
# Utusan juga melaporkan Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut (UM 29/8/10)

# En Mizan Mamat Nazir Masjid al-Taqwa Selayang berkata Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa tidak pernah menerima surat rasmi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan tidak boleh membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid.(UM 29/8/10)


RUMUSAN ISU :

# Media umno dan pemimpin umno bising kerana, YB yang masuk masjid dari kalangan YB DAP. Mereka diam kalau dari kalangan MCA atau Gerakan.

# Umno hendak menjadikan isu ini untuk menunjukkan sejak Pakatan Rakyat memerintah berlaku penghinaan ke atas rumah Allah walaupun dalam bentuk fitnah

# Tindakan pemimpin umno dan kuncu-kuncunya menjatuhkan martabat Islam di pandangan orang bukan Islam

# Kalau apa yang dilakukan oleh umno dan kuncu-kuncunya sampai bila orang bukan Islam tidak akan mendekati Islam

# Berapa banyak masjid dan surau dimasuki oleh orang bukan Islam. Contoh pernah berlaku dalam kempen pilihanraya 1986 calon Gerakan di bawa ke dalam surau di DUN Changkat Jering.

# Berapa banyak masjid dibina oleh orang bukan Islam, karpet, PA system dibuat oleh orang bukan Islam.

# Umno sudah kehilangan isu, maka isu perkauman dan agama sahaja modal terakhir.

# Isu tutup aurat yang menjadi halangan orang bukan Islam tidak dibenar masuk ke masjid, telah menjadi bahan ketawa masyarakat termasuk orang bukan Islam. Mereka lihat bagaimana isteri pemimpin umno tidak bertudung sepanjang masa, bukan sahaja dalam surau.

# Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menjelaskan kepada YB Teo telah menjernihkan kembali Islam yang sebenar setelah dirosak oleh pemimpin umno.

# Amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, orang bukan Islam dibenarkan masuk ke dalam masjid seperti orang Najran yang bertemu dengan nabi di dalam masjid

Read full story

Friday, September 10, 2010

Disebalik iklan TV3 yang ditarik balik

0 comments
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperolehi.

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..


sumber : email

Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3

Read full story

Salam Aidilfitri dari AJK Pemuda Dun Sura

0 comments

Salam Aidilfitri buat semua pemuda serta pengunjung blog pemudabersamamu ini. Semoga kedatangan Syawal memberi kebahagiaan kepada kita semua.

"Barangsiapa yang menyembah Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan telah berlalu pergi dan barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati" ...oleh yang demikian marilah kita sama-sama taat kepada Allah setiap masa tidak kira tahun, bulan atau hari-hari tertentu sahaja.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari AJK Pemuda Dun Sura






Read full story

Thursday, September 9, 2010

PAS sokong Tengku Abdullah, rakyat wajib tolak parti perkauman dan bersatu dengan Islam

0 comments



KENYATAAN MEDIA
email dari : penerangan@pas.org.my


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dan menjunjung kasih keatas titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak dan terus mengimarahkan masjid dengan majlis Ilmu.

PAS dapat mengambarkan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing. Politik perkauman dan menyertai parti politik perkauman adalah satu kerugian buat umat Islam. Kesatuan umat Islam dan sikap berani bersaing menjadi teras kekuatan umat zaman Rasulullah seperti yang
baginda titahkan.

Hanya Islam yang mampu memberikan keharmonian dan keamanan serta menyatukan rakyat sedangkan politik mengikut bangsa dan kaum tertentu hanya memecahkan lagi masyarakat. Orang Melayu tidak seharusnya duduk dalam parti Melayu sahaja, orang Cina juga tidak boleh duduk parti Cina sahaja, Orang India pun begitu.

PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana disini umat Islam tak kira Melayu, Cina dan India dapat bersama dengan harmoninya. Malah dengan keterbukaan PAS yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan bukan Islam telah menjadikan PAS sebagai pilihan terbaik menyatukan rakyat bukan sahaja yang berbeza bangsa, malah yang berbeza agama juga bersatu dalam PAS.

PAS juga menyanjungi keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang menyebut dengan jelas bahawa Masjid seharusnya diimarahkan dengan aktiviti keagamaan, dijadikan pusat perpaduan, menimba ilmu dan perhimpunan masyarakat setempat.

Inilah idea yang dibawa dan diperjuangkan PAS selama ini. Di Selangor sebagai contoh, semasa Umno memerintah, Masjid dan Surau dikunci dan dirobohkan hanya kerana mereka menjemput para penceramah yang menyokong PAS untuk berikan kuliah. Penceramah PAS amat profesional, mereka tahu membezakan kuliah agama dan ceramah politik. Hanya kerana berbeza politik kariah masjid dihalang memasuki masjid mereka.Jawatankuasanya ditukar jika bukan ahli Umno.

Tetapi selepas PAS-Pakatan memerintah Masjid Surau yang dikunci dibuka semula. Para penceramah tanpa mengira parti politik dijemput untuk berkongsi ilmu. Masjid Surau menjadi pusat aktiviti belia. Ada yang dijadikan pusat tuisyen juga. Malah kariah Masjid Surau semakin ramai kalangan orang muda kerana begitu banyak program diadakan termasuk sukan dan juga gotong-royong. Begitulah yang berlaku hingga ke hari ini.

PAS berharap rakyat Pahang khususnya dan diseluruh Malaysia, dapat melihat hasrat kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan ditempat yang sewajarnya dan menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan berasaskan kaum dan puak mereka sahaja. Dengan menolak Umno-BN sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas nama Islam.

PAS mendoakan kesejahteraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Pahang,Tengku Mahkota, seluruh kerabat DiRaja dan rakyat jelata. Semoga negara ini akan terus makmur dibawah rahmat Allah swt.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat









Read full story

Tuesday, September 7, 2010

FOTO 2 | Pemuda Bersamamu 2010 Musim Ke-6

0 comments
oleh : Unit Penerangan & Publisiti Pemuda Bersamamu 2010 Musim Ke-6.

Pemuda Bersamamu Sesi Pagi

















































Pemuda Bersamamu Sesi Petang

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy