Monday, January 31, 2011

Syabas & tahniah Cikgu Mala

0 comments

Ehsan dari Songkok Putih Tranungkite Online......baca DI SINI.
Read full story

Sunday, January 30, 2011

Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil

0 comments

Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank
undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.


"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengaharai tadi,
berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoriti Melayu di Felda.

BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut.

Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz.

Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar.(malaysiakini)
Read full story

Saturday, January 29, 2011

Revolusi Mesir : Pemuda hantar memo 31 Januari ini

0 comments
"Insyaallah pada 31 january 2011 jam 10.00 am Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorundum bantahan terhadap penahanan dan pembantaian rakyat Mesir dalam siri demontrasi di sana. Kerahkan semua anak muda untuk menunjukkan semangat solidariti ummah. jom !"



Read full story

Wawancara mStar dengan Cikgu Mala dan Tok Ai

0 comments
Sama-sama kita buat penilaian...siapakah yang sepatutnya dipilih 30 Januari ini.


mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri


sumber : harakahdaily
Read full story

BIADAP: Akhbar Harian Metro hina Islam!

0 comments


Sungguh biadap akhbar tabloid Harian Metro memainkan sentimen agama dalam sisipan akhbar cetaknya semalam (27 Januari 2011)..dlm tak sedar, mereka sebenarnya telah menyindir dan menghina Islam sendiri!

Siapa kartunis Juragan ni?..nama sebenar beliau ialah Mohd Desa Omar atau lebih popular dengan nama penanya, "Juragan"..asal Perak dan pernah melukis untuk majalah Gila-Gila..pernah menjadi guru sebelum kembali aktif melukis utk akhbar Harian Metro sejak tahun 1991 sehingga kini..

Mungkin beliau jahil dalam hal ini, maka tiada salahnya jika mengaku kesalahan..penulis selaku pembaca akhbar Metro menuntut beliau, termasuk (editor) akhbar Harian Metro membuat permohonan maaf atas isu ini..

Cukuplah dgn penghinaan dan sindiran tajam oleh parti MCA dan Gerakan terhadap maruah dan syariat Islam ini, jgn umat Islam sendiri terikut2 dgn rentak mereka akibat kejahilan diri sendiri!..fikir2kan..wallahua'lam..



Baca lagi...klik DI SINI


Read full story

Friday, January 28, 2011

QUNUT NAZILAH SEMPENA PRK N5 TENANG...

0 comments


PRK N5 TENANG...
***Sedang dalam proses berkempen...dalam proses ini banyak pertikaian dan penghinaan ke-atas Islam..bahan kempen dari BN terutama MCA menghina Islam dengan berani dan lantang,sedangkan kita orang Islam tidak sedikit pun menyentuh hal-hal ugama lain bangsa,tambah mengecewakan tiada sebarang tindakan sewajar ataupun tegur diberi oleh UMNO yang kunun-nya memperjuangankan Bangsa Melayu yang semua berugama Islam.
****Sebagai seorang muslim,mari-lah kita menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Agung sepanjang tempoh berkempen ini hingga hari terakhir..semoga Allah memberi apa yang sepatut-nya kepada mereka.
*****Menang atau kalah dalam perjuangan bukan-lah ukuran,tetapi Islam itu wajib terus dijaga hak-nya.
Takbir..!!!!!


QUNUT NAZILAH SEMPENA PRK N5 TENANG...

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!


sumber : Facebook Madzamtoklah Madzam
Read full story

BONGKAR: Inilah mamat SAMSENG yang mengganggu ceramah PR semalam..

0 comments

Sungguh biadap kelakuan penyokong jumud Umno ini..mentang-mentang berada di tempat mereka (kubu BN), berlagak samseng..kalian baca laporan Malaysiakini pada tajuk, "Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng"...

Jika kalian merantau di setiap facebook dan blog pro-Umno, mereka menjaja berita kononnya rakyat tempatan (Chempedak barat) bangkit membantah kehadiran pemimpin DAP..rakyat tempatan menolak dan mengusir orang luar (PR) dari kampung mereka..

Persoalan kini, benarkah yang memekik melalak ini adalah orang tempatan??..benarkah mereka semua anak muda tempatan mewakili penduduk Chempelak Barat??

Jawapannya ada pada gambar di bawah...


nak tau lebih lanjut...baca r kat SINI lak...

Read full story

Thursday, January 27, 2011

Jadual Aktiviti Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat di DUN Tenang 27/1 dan 28/1/2011

0 comments
oleh : Jawatankuasa Kempen Calon PRK N05 DUN Tenang


27 Januari 2011 (Khamis)

11 pagi- Majlis bersama rakyat di Kampung Redong

Solat Zohor- Masjid Kampung Tenang

8 malam- Jamuan Rakyat di Markaz DAP Tenang Station

10.30 malam- Ceramah di FELDA Chempelak Barat



28 Januari 2011 (Jumaat)

9.00 pagi- Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Cikgu Mala

12,00 tengahari- Majlis ramah mesra dan jamuan bersama media dan blogger di Dataran Cikgu Mala, Taman Labis Indah

Solat Jumaat di Masjid Bandar Labis

5.00 petang- Majlis ramah mesra di FELDA Chempelak

8.00 malam- Jamuan bersama Masyarakat Cina di Restoran G & D

10.30 malam- Ceramah di Dataran PAS


Semua wartawan dan pegawai media dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih
Read full story

Wednesday, January 26, 2011

Lebih separuh elaun ADUN Sura diberikan semula kepada rakyat

0 comments

Guna RM1,000 untuk peribadi

KUALA DUNGUN 25 Januari 2011 - Menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang diwakili menjadi keutamaan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli menyebabkan beliau terpaksa memperuntukkan lebih daripada separuh elaun wakil rakyat diterimanya untuk kebajikan rakyat.

Wan Hassan berkata, tindakan itu dilakukan berikutan beliau sebagai rakyat pembangkang tidak diberikan peruntukan khas oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga rakyat di kawasannya.

Yang Dipertua PAS Kawasan itu berkata, daripada kira-kira RM5,000 sebulan elaun wakil rakyat diterimanya, lebih daripada separuh iaitu RM3,000 dikembalikan semula kepada pejabat DUN Sura untuk menjalankan kerja kebajikan rakyat di kawasannya.



"Saya hanya memperuntukkan RM1,000 untuk perbelanjaan berkaitan rumahtangga iaitu kenderaan dan petrol.Selebihnya pula saya gunakan untuk program kemasyarakatan termasuk sumbangan raya,mangsa banjir,hari guru,program Ramadhan,kematian dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Jika hendak dihitung, elaun berkenaan tidak cukup.
" Namun, berkat tabung yang diwujudkan hasil sumbangan orang ramai dan individu yang prihatin serta amalan jimat cermat, kita berjaya mengurus kebajikan rakyat dengan baik," katanya ketika ditemui sempena penyampaian sumbangan limau mandarin dan ang pau raya kepada masyarakat Tionghoa di Kuala Dungun, pagi semalam.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun itu bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum dengan beliau sebagai wakil rakyat dan memberi ruang kepada komuniti di kawasan itu meluahkan masalah kepada pemimpin mereka.



Gambar-gambar hari pertama di Pekan Kuala Dungun :
Sekitar sumbangan limau oleh ADUN Sura








Read full story

Tuesday, January 25, 2011

Habis elaun untuk berkhidmat kepada masyarakat

0 comments
Sumber : buletinonline

- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi
KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,



Read full story

Isu bersalam: Pemimpin DAP lebih reti Islam daripada pemimpin Umno?

0 comments

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

“Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

“PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

“Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

“Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam. –Hrkh

S
umber :warkahdaily




Read full story

Terkini dari Dun Tenang

0 comments



Setakat Info hari ini :
1) Bendera PAS Dibakar dan dicabut - Laporan Polis Telah dibuat

2) Pengundi mengeluh cara "Paksa" jentera BN ,

3) Pengundi Cina ingin lebih faham islam dan mengatakan bahawa suara Soi Lek adalah bukan suara orang cina

4)Peristiwa kematian S/U UMNO Tenang - Pengundi melayu mula buka mata

5)Kumpulan pengundi felda Hulu Selangor masih menagih janji baki RM4,000 yang dijanjikan najib

6) Jentera Pakatan Rakyat merayu sahabat2 yang berkelapangan turun membantu calon PAS - Sila daftar ke pejabat parti masing2

7) Peneroka Felda menyatakan usaha NGO (Anak) membuka kaunter aduan sebagai tindakan berani dan mesra rakyat - mereka tidak menyangka akhirnya ada NGO yang berani seperti ini.

8) Muslimat2 PAS dan Nisa' dilihat lebih kehadapan dalam merayu undi

9) Petugas DAP & PKR isytihar Grempur Habis-habisan

10) Petugas PR isytihar sokongan kepada Unit Amal yang banyak membantu mereka 24 jam!

11) Rayuan Generator Elektrik , kerana kami dinafikan hak bekalan elektrik untuk menghidupkan khemah2

12) Veteran Wanita UMNO Johormenangis kerana Sikap biadap Jentera Pemuda UMNO yang menunjukkan isyarat lucah kepada petugas PAS

13) Desakan Penduduk Kampung Agar Polis , AADK & Jabatan Agama Islam memeriksa konvoi2 motor anak-anak remaja untuk memastikan mereka bebas dari pengaruh dadah dan arak

14) Ibu Bapa dinasihatkan agar memantau anak-anak mereka dari digunakan oleh UMNO untuk berkonvoi motosikal dan tidak menerima apa2 bayaran dari mereka kerana nyawa dan akhlak anak-anak lebih bernilai dari wang RM50

15) Berlaku kekeliruan apabila majlis-majlis UMNO kekurangan "Ustaz" untuk membacaakan doa , tahlil dan akhirnya "ustaz" yang dijemput adalah dari Petugas PAS

16) Puteri UMNO dinasihatkan untuk memakai tudung dan menutup aurat semasa merayu undi

17) Masjid dan surau dipenuhi oleh petugas2 pakatan rakyat hingga menimbulkan suasana kurang senang oleh ajk masjid dan menyeru petugas bn supaya datang ke masjid

18) Hebahkan Info ini Seluas Dunia!

Normala Sudirman, calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang menegaskan dakwaan 'zina' yang dilempar terhadapnya langsung tidak berasas sama sekali.

Katanya, isu fitnah dan provokasi merupakan perang psikologi dan ianya perkara biasa berlaku dalam PRK sebelum ini. Dakwaan itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Semalam, satu dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Memetik pemilik akaun sosial itu dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa, bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” ulas beliau lanjut.


Rayuan Hebahan :

1) FB Rasmi Dun Tenang : http://www.facebook.com/prk05tenang
2) Laman Web Rasmi Dun Tenang : http://n05tenang.pas.org.my/
3) Download Buletin Dun Tenang : http://n05tenang.pas.org.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=50&Itemid=106
4) Download Poster : http://n05tenang.pas.org.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=51&Itemid=106


sumber : Facebook Syabab PAS Pj Selatan
Read full story

Sekitar sumbangan limau oleh ADUN Sura

0 comments
Hari pertama : 24 Januari 2011 (Siri 1)








lagi gambar-gambar sekitar program...DI SINI
Read full story

Sunday, January 23, 2011

Pemuda PAS dikelar....jenayah menjadi-jadi !!

0 comments

Jenayah: PAS tuntut tambah anggota polis

MARAN, 22 Jan: Yang Di Pertua PAS Kawasan Maran Ustaz Ramli Abdul Rahman, menuntut pihak kerajaan menempatkan anggota yang mencukupi serta cekap di Balai Polis Kampung Awah sesuai dengan peningkatan jumlah penduduk kampung dan juga keluasan kawasan kawalan.

Katanya, ini penting bagi mengawal keselamatan penduduk dan meningkatkan usaha memerangi jenayah di sekitar Kampung Awah dan Mukim Bukit Segumpal yang makin berleluasa akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Anti Jenayah (BBAJ) Ahli Kariah Masjid At-Taqwa, Mukim Bukit Segumpal berkata, sejak tiga tahun kebelakangan ini kejadian jenayah acap kali berlaku di daerah ini terutama melibatkan kawasan mereka.

Ramli berkata demikian ketika diminta mengulas tragedi seorang pemuda PAS parah apabila bahagian mukanya dikelar ketika bergelut dengan tiga penyamun bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di Kampung Bukit Lada di sini, awal pagi Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Roshadi Rosli, 39, yang tinggal berdua bersama ibunya, Habesah Maamor, 61, sedang tidur di bilik berasingan apabila dimasuki penyamun. Habesah pula tangannya diikat ke belakang dan penyamun berjaya membawa lari wang sebanyak RM600 serta barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM3,000.

Roshadi kini sedang menerima rawatan dan pembedahan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh setelah diberi bantuan oleh jiran.

“Sejak tiga tahun kebelakangan ini kejadian jenayah acap kali berlaku di daerah ini terutama di sekitar Kampung Awah dan Mukim Bukit Segumpal seperti jenayah pecah rumah, samun dan penipuan yang semakin menjadi-jadi sehingga melibatkan kerugian harta benda dan ketakutan berterusan di kalangan penduduk.

“Sebab itu gesa pihak kerajaan menempatkan anggota polis secukupnya. Saya difahamkan jumlah anggota keselamatan itu di seluruh daerah Maran hanya 235 orang. Empat puluh lima anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah sementara di Balai Polis Pekan Awah hanya ada 10 anggota sahaja.

“Sedangkan seluruh penduduk di Daerah Maran berjumlah 120,838 orang (atau pada nisbah 1:514 berbanding standard Interpol 1:250). Justeru jumlah anggota keselamatan yang ada tidak mencukupi untuk menjaga dan mengawal keselamatan rakyat,” jelasnya.

Ramli yang telahpun melawat keluarga Roshadi, juga menggesa pihak polis membuat rondaan berkala di seluruh kawasan mukim di samping mengambil tindakan pantas dan cekap setelah mendapat aduan daripada orang ramai atau mangsa.

Sebelum ini BBAJ Mukim Segumpal pernah menghantar satu memorandum berserta kumpulan tandatangan penduduk setempat kepada Menteri Besar Pahang yang antara lain mendesak pihak kerajaan dan pihak keselamatan supaya mengambil tanggungjawab mengawal sepenuhnya gejala tersebut.

Memorandum tersebut turut menuntut pihak kerajaan menempatkan anggota yang mencukupi serta cekap di Balai Polis Kampung Awah sesuai dengan jumlah penduduk kampung dan juga keluasan kawasan kawalan.(Hrkhdaily)
Read full story

Sajak : Buatmu Tenang

0 comments
oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi

N 05 Tenang
Kami turun dengan hasrat mencari menang
Membuatkan Barisan Nasional duduk tak senang
Biar orang kata Barisan Nasional kuat bukan kepalang
Namun Pemuda Pakatan Rakyat bangkit menentang

N 05 Tenang
Pilihanraya kecil ke 14 akan dikenang
menyaksikan kebangkitan Pakatan Rakyat sukar dihalang
Mara gagah mencetus gelombang

N 05 Tenang
Kami cekal mendepani ujian yang merintang
Segala tekanan dan cabaran akan dikekang
Demi membebaskan rakyat yang dirundung malang
Angkara khianat Barisan Nasional yang songsang

N 05 Tenang
Bumi mu akan terus dipelihara tenang
Justeru Tenang bukanlah Bagan Pinang
Kini kami datang tanpa fikir jalan pulang
kalah menang kami akan terus berjuang

N 05 Tenang
Cikgu Normala berwajah riang
Menggalas amanah meniti jurang
Demi khidmat tanpa curang
Mengharap redha dari Tuhan yang Maha Penyayang

N 05 Tenang
Medan siasah Islam dijulang
Watak pejuang bagaikan helang
Pantas menyambar bila berpeluang
Membawa Islam kesegenap ruang

N 05 Tenang
Daerahmu kini tidak lagi usang
Kalimah takbir gema berkumandang
Melakar masa depan yang cemerlang
Disinari hidayah penuh gemilang.

Murnikan perjuangan maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Read full story

Ribuan iringi calon PAS di penamaan calon PRK Tenang

0 comments
Dianggarkan lebih 20,000 ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS bagi penamaan calon PRK DUN Tenang pada 22 Januari, 2011





Read full story

Thursday, January 20, 2011

Kenapa saya cadang ditiadakan pilihan raya kecil

0 comments

TEMERLOH, 21 April: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kepincangan yang berlaku dalam proses mengendalikan pilihanraya kecil adalah faktor penting mengapa beliau mencadangkan pilihanraya kecil dihapuskan dan diganti dengan mekanisma yang lebih baik bagi kepentingan rakyat dan negara.

Menurut Tuan Ibrahim, pilihan raya kecil telah dijadikan tempat menyuburkan budaya rasuah melalui pengagihan projek yang tidak adil malahan juga menggunakan jentera awam untuk kepentingan politik telah menganggu kelicinan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan kerana kehilangan fokus membangunkan negara secara menyeluruh.

“Saya fikir Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) perlu menimbangkan untuk menukar system pilihanraya kecil kerana pilihanraya kecil telah dijadikan tempat menyuburkan rasuah,” kata Tuan Ibrahim dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Markaz PAS Kampung Paya Kecik, semalam bagi mengulas isu yang berlaku di Hulu Selangor.

Tambah Tuan Ibrahim, keujudan pilihanraya kecil telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pengagihan projek kerajaan apabila berlaku penarikan peruntukan dari kawasan yang sepatutnya ke kawasan berlakunya pilihanraya kecil semata-mata mahu memancing undi.

“Banyak peruntukan pembangunan yang sepatutnya berlaku ditempat yang lain disalurkan ke tempat berlakunya pilihanraya kecil, ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pengagihan pembangunan sehingga menyebab pembangunan tidak dapat dibuat secara menyeluruh,” katanya.

Mengenai isu lompat parti, Tuan Ibrahim berkata penghapusan pilihanraya kecil boleh menghalang budaya lompat parti dengan mensyaratkan mereka yang melompat parti hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

“Rakyat memilih wakil rakyat atas parti yang mereka tandingi tetapi amanah itu dilanggar secara tidak bermaruah. Dengan peraturan yang ada sesiapa pun boleh lompat parti tanpa menghilangkan status wakil rakyatnya, ini tidak adil.

“Sebab itu kita cadangkan system yang menghalang budaya ini, kalau lompat parti hilang kelayakan wakil rakyat dan mereka tak boleh dibenarkan bertanding lagi. Parti boleh melantik wakilnya mengisi kekosongan, ini adalah salah satu cara,” katanya.

Jelas Tuan Ibrahim lagi disesetengah keadaan pengundi tidak dapat menunaikan kewajipan mengundi secara bebas kerana tekanan yang berlaku dalam pilihanraya kecil menyebabkan keputusan yang diperolehi tidak mengambarkan kehendak sebenar pengundi.

“Dalam pilihanraya kecil segala tumpuan diberikan ke situ. Berlaku ugutan dan sebagainya Akhirnya keputusan pilihanraya tidak mencerminkan kehendak sebenar pengundi. Pengundi diugut, pengundi akan mengundi atas tekanan bukan atas kerelaan,” katanya.

Jelas Tuan Ibrahim lagi idea menghapuskan pilihanraya kecil bukan kerana takut untuk menghadapinya tetapi lebih memikirkan mementingkan kepentingan negara dan hak rakyat.

”Kita bukan takut nak hadapi pilihanraya kecil, jika ada kita lawan kita masuk bertanding tetapi perjalanan pilihanraya yang kotor menyebabkan kita fikirkan untuk menjaga kepentingan negara dan hak rakyat,” katanya.

sumber : harakahdaily
Read full story

Media Baru: Peranan Dan Cabarannya Terhadap Gerakan Islam

0 comments

Sumber : Ustaz Nasrudin bin Hasan at-Tantawi

Pengenalan 1

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai ‘media baru’ adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas. (Wikipedia)

Pengenalan 2

Gerakan Islam adalah istilah yang dimaksudkan bagi satu amal Islami berterusan yang bersifat massa, berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan. (al Qaradhawi)

Pengenalan 3

Khalayak pengguna facebook agak tergamam, kecewa dan keliru apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 nanti. Khabar angin yang sentiasa mewarnai alam media baru itu mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk melihat sejauh manakah kebergantungan masyarakat dunia terhadap peranan media baru di dalam kehidupan mereka.

Ini adalah satu contoh keadaan kalut yang menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan ‘middle class’ untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan/pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara.

Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.
Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap oleh gerakan Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.

Cabaran Media Baru Terhadap Gerakan Islam

Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan Islam di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para pekerja gerakan Islam;

Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor: Pertama, rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah. Kedua, rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.

Lahirnya kelompok muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam ugama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.

Menambahkan kekeliruan masyarakat non-muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama; Pertama, mereka lebih rapat kepada rakan-rakan muslim berfahaman liberal yang salah. Kedua, mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat mengenai Islam daripada sumber-sumber yang salah.

Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan ‘kurang menyengat’ oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal – portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal – portal berita bersifat Islamik.

Patern ‘sentiasa terkebelakang’ atau ‘memegang ekor kerbau’ yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.

Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan Islam dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.

Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat Islam.

Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.

Kegagalan kumpulan Islam untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baru, samada ianya bersifat perselisihan individu di dalam jamaah ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat ‘kegatalan’ pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.

Goncangnya ‘keperibadian muslim’ gerakan Islam dengan lahirnya ahli-ahli yang agak longgar ikatannya dengan adab dan akhlak pekerja gerakan Islam. Lahirnya, melalui media baru, budaya mengkritik kepimpinan yang agak melampau, hilangnya budaya thiqah di antara pemimpin dan anak buah, tersisihnya keluhuran budaya wala’ dan taat dan melebarnya jurang perselisihan di antara individu jamaah pasti akan mengakibatkan binaan Islami yang semakin merapuh di dalam gerakan Islam.

Cabaran – cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan Islam di dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.

Justeru adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan Islam dan pekerjanya untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.

Gerakan Islam Dan Peranan Media Baru

Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan Gerakan Islam.

Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.

Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini.

Mengendalikan Facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah ‘fans’ yang mencecah ratusan ribu. Sebagai contoh, facebook ‘Pemuda PAS Malaysia’ dan ‘harakahmuda’ yang telah diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS

Malaysia hendaklah diperkasakan dengan pemberitaan yang segera dan pelbagai. Ini memandangkan minat dan ‘kegilaan’ yang begitu ketara di kalangan anak muda terhadap penggunaan kedua-dua tapak tersebut.

Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.

Tenaga amilin (sepenuh masa) yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.

Menyebarkan maklumat dan aktiviti lapangan gerakan Islam secara berterusan dan menarik. Di antara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam.

Sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya.

Sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.

Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh gerakan Islam, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.

Penutup

Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan Islam. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan Islam untuk mengembalikan hak Islam sebagai ugama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.

Media baru mestilah dianggap senjata Allah untuk khalifahNya di medan juang.


Murnikan Perjuangan
Maknakan Kemenangan

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPP Pusat
(Dibentangkan untuk Himpunan Dunia Media Baru oleh DPP Malaysia)
Read full story

Tuesday, January 18, 2011

Sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno sebelum meninggal dunia

0 comments

SELASA 18 Januari 2010 - Hasrat Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Saudara Mustapha Kamal bin Man, 35 untuk menyertai konvoi bermotosikal Pemuda Dun Sura ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno pada Sabtu 15 Januari yang lalu, tercapai juga sebelum meninggal dunia di kediaman ibu beliau pada awal pagi hari ini.

Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dun Sura itu, meluahkan kesungguhannnya untuk menyertai konvoi tersebut ketika mendaftar diri bersama rakan-rakan pemudanya di Cawangan Jalan Lembah baru-baru ini.

IMBAS KEMBALI...Allahyarham ketika menyertai konvoi PGU 15 Januari lepas

Beliau yang bekerja kontrak di sebuah bengkel perabut di Jalan Abdul Jalil itu meninggalkan seorang isteri, Che Wan Aniza binti Che Wan Rani,30 dan tiga orang anak yang masih kecil iaitu Mohamad Shahrizal,6 tahun, Siti Nur Aishah,5 tahun dan Siti Nur Athirah,3 tahun.Anak sulung dan kedua beliau merupakan pelajar PASTI As-Syakirin,Tanah Lot.

Kereta Jenazah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sura




Jenazah beliau disembahyangkan di Surau Tuan Guru Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah selepas solat zohor yang turut disertai ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Ramli dan dikebumikan di tanah perkuburan Syed Yahya, Jalan Nibong kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Allahyarham sekeluarga menetap bersama ibunya di Kampung Sungai Buaya yang juga penerima bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Namun sejak kemenangan PAS di Dun Sura pada 2008, ibu beliau itu telah mula dinafikan hak untuk menerima bantuan tersebut akibat campurtangan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keaktifan Allahyarham dalam gerakkerja parti ini.

Anak sulung Allahyarham (berbaju merah tanpa songkok) di pengebumian bapanya

Dengan ini,pihak Pemuda PAS Dun Sura mengharapkan sedikit bantuan atau sumbangan dari orangramai untuk meringankan beban keluarga Allahyarham dalam membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.Moga mereka ini dibesarkan menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah sepertimana yang telah diperjuangkankan oleh bapa mereka.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah diserahkan dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, saudara Ridhuan Mohd Noor (012-9665536) atau Ketua Kebajikan Pemuda PAS Dun Sura, saudara Shaikh Salmin (013-9328211).

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan diberi pengampunan dan diredhaiNya..Amin.






Read full story

Facebook : Dosa anda berganda bila......

0 comments
PERINGATAN untuk kaki-kaki Facebook...

Read full story

Sunday, January 16, 2011

FOTO | Konvoi Bermotor Pemuda Dungun " PAS ganti Umno "

0 comments
Oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


Marshal Dan Petugas-petugas PGU




Peserta-peserta Konvoi Bermotor " PAS ganti Umno "


Read full story

Konvoi Bermotor " Pas Ganti Umno "

0 comments
Anak muda bermotosikal dari seluruh Terengganu berkonvoi sempena Himpunan Pas Ganti Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru Kg Geliga Kemaman.Jom kita gantikan Umno TAKBIR !!!!

Read full story

Ucapan Perasmian Himpunan PAS Ganti umNO Oleh Presiden PAS

0 comments


BERMULANYA KEBANGKITAN RAKYAT !!!
Read full story

Friday, January 14, 2011

Gelombang hijau: Umno Terengganu mulai cemas

0 comments

Sabtu, 15 Januari bakal menjadi satu lagi titik penting dalam sejarah PAS, khususnya di Terengganu. Belasan ribu pendukung segenap peringkat parti dari seluruh negeri itu dijadualkan membanjiri Dataran Tok Guru di Kampung Geliga, Kemaman.

Mereka bakal menjayakan program Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU), salah satu mata rantai aturcara menyempurnakan agenda utama dilancarkan parti di peringkat Pusat beberapa bulan lalu. Himpunan itu diharap menjadi pencetusan gelombang kebangkitan rakyat Terengganu menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Melalui himpunan ini kita (PAS negeri) harap dapat membentuk persepsi rakyat bahawa Umno sudah tidak relevan dan perlu diganti. Sebab itu kita mengajak semua lapisan rakyat Terengganu bersama kita,” ujar Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah.

Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Panitia HKR-PGU bahkan memaklumkan pihaknya telah terlebih dahulu menyebarkan maklumat dan membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat negeri itu mengapa mereka perlu menolak Umno.

Secara khusus, katanya, agenda itu dimulakan 24 Disember lalu. PAS Terengganu telah menganjurkan Seminar PAS Ganti Umno di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu. Himpunan sepetang itu dikatakan mendapat sambutan luar dugaan.

“Alhamdulillah, kita jangkakan hanya sekitar 700 yang akan datang, tapi petang itu lebih 1,200 orang kita hadir dari seluruh negeri,” katanya.

Bagi beliau dan kepimpinan PAS negeri, kesungguhan ditunjukkan para pemimpin dan pendukung parti di segenap peringkat itu adalah petanda amat membanggakan. Ia menandakan wujud kesedaran agak tinggi di dalam masyarakat untuk menjayakan agenda dicanangkan parti.

Tidak syak lagi, kejayaan seminar itu membakar semangat kepimpinan PAS Terengganu untuk menapak dengan lebih yakin menyempurnakan misi PGU itu. Himpunan di Kemaman ini adalah siri pertama jelajah PGU ke kawasan-kawasan di seluruh negeri.

“Kita sengaja pilih daerah Kemaman di atas beberapa perkiraan. Antaranya ialah kerana ia daerah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Sebagai satu gimik politik yang agak menarik, ‘gelombang’ ini kita mulakan di daerah Menteri Besar dan akan kita akhirkan di daerah bekas Menteri Besar (Besut),” sambung Ustaz Wan Sukairi lagi.

Sebab lain ialah kerana ia daerah paling selatan dan disifatkan sebagai pintu masuk dari Pantai Barat. Berbeza dengan suasana pra-pilihan raya 1999 yang menyaksikan ‘gelombang’ kemenangan PAS Terengganu masuk dari pintu utaranya bersempadan Kelantan, ‘gelombang’ menolak Umno kali ini diakui lebih menyerlah berlaku di Pantai Barat.

Pihak penganjur mensasarkan kehadiran 20,500 orang. Untuk itu setiap PAS Kawasan ditugaskan mengerah para pendukung mengikut kemunasabahan logistik masing-masing. Kemaman selaku kawasan tuan rumah sudah tentu diharapkan mampu menggerakkan kehadiran paling tinggi, sekurang-kurangnya 4,000 peserta.

Manakala tiga kawasan paling jauh, iaitu Hulu Terengganu, Setiau dan Besut masing-masing perlu menghantar sekurang-kurang 2,000 pendukung.

Melihatkan penyampaian maklumat dan perkembangan kesedaran agak positif di kalangan pendukung parti di peringkat bawahan, angka itu insya Allah dapat dihampiri, jika pun tidak berjaya dicapai.

Apa pun bakal berlaku, yang pastinya ‘gelombang’ yang diharapkan bakal dicetus di HKR-PGU itu sebenarnya sudah pun berkumandang dalam masyarakat negeri itu. Di sana-sini kedengaran mereka bercakap mengenai PGU. Ia bukan semata-mata berkaitan program sehari itu, tetapi dalam konteks lebih luas.

Kain rentang dan poster PGU yang disebarluas dan dipamerkan di serata negeri juga turut menghasilkan impak kepada rakyat. Bagi yang mengetahui dan memahami ia sebagai satu agenda parti, mereka membacanya beserta perasaan bangga dan penuh harap ianya dapat dicapai.

Bagi masyarakat terbanyak yang belum benar-benar mendalami isi maksud PGU pula, pameran sepanduk dan poster berbagai rupa itu mencetuskan naluri ingin tahu. Sekurang-kurangnya ada yang mula berfikir mengenai slogan ‘PAS Ganti Umno’.

Malah tidak kurang juga yang nampak rasional di sebalik slogan itu, terutama apabila dikaitkan dengan berbagai tindakan Umno/BN yang semakin hari semakin menghimpit kehidupan rakyat. Tidak mustahil antara mereka akan teringat kembali suasana kehidupan lebih baik dan mewah sewaktu PAS memerintah Terengganu dulu.

Sebetulnya, jika diminta rakyat Terengganu membandingkan mana yang lebih baik di antara pemerintahan BN kini berbanding kerajaan PAS dulu, mereka yang ikhlas akan mengakui bahawa pemerintahan PAS lebih baik dari banyak segi.

Memang akan sentiasa ada pihak yang mengatakan sebaliknya. Bukan sahaja kalangan pendukung Umno, bahkan sebilangan orang PAS sendiri pun ada yang ‘bermasalah’ untuk menilai secara positif pengalaman berguna ditempa parti dulu.

Walau pun berkesempatan memerintah hanya sepenggal, PAS Terengganu telah membuktikan banyak perkara. Bagi mereka yang tidak hipokrit atau terlalu emosional dan bersentimen peribadi, tentu tidak sukar mengakui bahawa urustadbir negeri, hubungan peribadi pemimpin-pegawai kerajaan, pengurusan kewangan negeri, pentadbiran agama, kehidupan bersyariat dan kecaknaan terhadap kebajikan masyarakat di bawah kerajaan PAS adalah jauh lebih baik berbanding BN, sama ada sebelum kita memerintah dulu mahu pun sekarang.

Kini orang Terengganu sudah mula bercakap kembali mengenai kenangan manis itu. Ia tidak syak lagi amat menggusarkan Umno. Betapa sukarnya sebilangan pemimpin parti itu mengurus perasaan bimbang mereka menyebabkan ada yang tergamak berusaha menggagalkan program PGU dicanangkan PAS.

Yang menjadi mangsa kerakusan politik mereka ialah kain-kain rentang PGU. Ada poster dan kain rentang mengenai program tersebut ‘dilenyapkan’ oleh pihak yang tidak diketahui.

Di beberapa kawasan pula, ia diketahui dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun, siapa sebenarnya di sebalik tindakan PBT itu tidak sukar ditelah.

“Ya, memang PBT mengakui menerima tekanan “pihak atasan” untuk bertindak menurunkan kain rentang PGU. Ia berlaku terutamanya di Dun Seberang Takir dan Bukit Tunggal, di (Kawasan) Kuala Nerus. Ia juga berlaku di Besut,” ulas Wan Sukairi.

Namun kita percaya kerja sabotaj itu sedikit pun tidak mematahkan semangat orang kita untuk ikut menjayakan HKR-PGU esok. Sebaliknya lagi kuat tekanan dan pengkhianatan dibuat Umno, selalunya lagi ia menambahkan bersemangat pendukung PAS tampil membela parti.

Sebagai usaha menampakkan impak besar dan berkesan, pihak penganjur meminta setiap hadirin lelaki mengenakan t-shirt berwarna hijau, terutama hijau terang. Manakala peserta muslimat dijanjikan selendang berwana sama.

Jika arahan itu dipatuhi sebaiknya setiap yang hadir, insya Allah akan dapat kita saksikan lautan manusia berpakaian hijau akan bergerak dan berkumpul di Kemaman, esok.

Untuk itu, pastikan diri anda (yang berada berdekatan) tidak ketinggalan menjayakan himpunan amat bersejarah ini. Ayuh, marilah sama-sama kita banjirkan Dataran Tok Guru dengan ‘gelombang hijau’ dan kita jayakan slogan ‘PAS Ganti Umno’!(hrkhdaily)


Menjelang Himpunan PGU, MPk buang bendera PAS
MPK buang bendera PAS
Read full story

Monday, January 10, 2011

AWAS!kini JPJ berada dimana-mana

0 comments


- petanda benar, kerajaan hadapan masalah aliran tunai
Sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia semalam (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

sumber : buletinonline
Read full story

Friday, January 7, 2011

Pengarah pelajaran Johor didakwa kempen untuk BN

0 comments


PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Mazlan memberitahu wartawan, dalam laporan polis itu Markom telah didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.

"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

Dakwanya, bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan.

"Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya.


sumber : malaysiakini
Read full story

Wednesday, January 5, 2011

Minyak Naik Untuk Bela Koperat, Rakyat Melarat

0 comments
oleh : Ustaz Idris Ahmad
(Ketua Penerangan PAS Pusat)



Parti Islam Semalaysia Pas merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN “Bala Nanti”.






Read full story

Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS GANTI UMNO

0 comments
Read full story

Harga RON97 naik 10 sen

0 comments

Harga minyak Petrol RON97 akan naik lagi RM 0.10 seliter mulai 12.00 tengah malam ini dari RM 2.30 kepada RM 2.40 seliter. Kenaikkan ini dilihat dari jangkaan kenaikan yang akan berterusan kepada RON97 yang akan mencecah harga kepada lebih RM 3.00 seliter pada penghujung tahun ini mengikut satu maklumat yang saya perolehi.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 masih kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Selain itu minyak Petrol RON95 juga akan mengalami beberapa kali kenaikan pada tahun ini pada kadar yang belum dipastikan lagi menurut sumber yang kami perolehi juga.

Inilah hadiah tahun baru 2011 untuk seluruh rakyat Malaysia.


sumber

Read full story

Tuesday, January 4, 2011

Khairul Fahmi Tetamu Khas Tuan Guru

0 comments

'ambo kelih male tu.....budok ni tange supo ado getoh...hebat..!!!!!'
















sumber : Facebook Tok Guru





Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy