Wednesday, January 26, 2011

Lebih separuh elaun ADUN Sura diberikan semula kepada rakyat



Guna RM1,000 untuk peribadi

KUALA DUNGUN 25 Januari 2011 - Menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang diwakili menjadi keutamaan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli menyebabkan beliau terpaksa memperuntukkan lebih daripada separuh elaun wakil rakyat diterimanya untuk kebajikan rakyat.

Wan Hassan berkata, tindakan itu dilakukan berikutan beliau sebagai rakyat pembangkang tidak diberikan peruntukan khas oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga rakyat di kawasannya.

Yang Dipertua PAS Kawasan itu berkata, daripada kira-kira RM5,000 sebulan elaun wakil rakyat diterimanya, lebih daripada separuh iaitu RM3,000 dikembalikan semula kepada pejabat DUN Sura untuk menjalankan kerja kebajikan rakyat di kawasannya.



"Saya hanya memperuntukkan RM1,000 untuk perbelanjaan berkaitan rumahtangga iaitu kenderaan dan petrol.Selebihnya pula saya gunakan untuk program kemasyarakatan termasuk sumbangan raya,mangsa banjir,hari guru,program Ramadhan,kematian dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Jika hendak dihitung, elaun berkenaan tidak cukup.
" Namun, berkat tabung yang diwujudkan hasil sumbangan orang ramai dan individu yang prihatin serta amalan jimat cermat, kita berjaya mengurus kebajikan rakyat dengan baik," katanya ketika ditemui sempena penyampaian sumbangan limau mandarin dan ang pau raya kepada masyarakat Tionghoa di Kuala Dungun, pagi semalam.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun itu bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum dengan beliau sebagai wakil rakyat dan memberi ruang kepada komuniti di kawasan itu meluahkan masalah kepada pemimpin mereka.



Gambar-gambar hari pertama di Pekan Kuala Dungun :
Sekitar sumbangan limau oleh ADUN Sura








0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy