Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dari Pemuda Dun Sura

0 comments


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” Riwayat Bukhari & Muslim

Sabda Rasulullah SAW “Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan”.

“Ya Allah ..Ya Ghaffar..Ya Qahhar.. Ya Tuhanku!..aku bersyukur kerana aku, keluarga dan sahabat-sahabatku berpeluang bertemu Ramadhan...jadikanlah Ramadhan ini pahala yang berlipat dan bekalan untuk kami menuju untuk bertemuMU dan kekasihMU..Rasulullah s.a.w kabulkanlah Ya Allah..." آمِيّنْ..آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak ibadah pada bulan Ramadhan, nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut. Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.


Sumbangan derma untuk mengisi tabung program kebajikan tahunan 'Pemuda Bersamamu Musim ke 7' amatlah dialu-alukan.Klik TAQWIM untuk menyumbang.
Read full story

Tuesday, July 26, 2011

Wacana Sinar Harian : Apa Selepas 9 Julai?

0 comments




Wacana Sinar Harian - APA SELEPAS 9 JULAI?
Kompleks Karangkraf Shah Alam - 26 Julai 2011.
Ahli Panel - Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreevanasan dan Datok Shamsul.

Read full story

Pengundi Hantu : Pemuda PAS buat laporan polis

0 comments


IC klon ancam keselamatan negara

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.

Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.

"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.

Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.

Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.

Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.

Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.

Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.

"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.


Biometrik tak atasi undi lebih sekali

Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini.

Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.

Ianya juga perlu kepada pengkala data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.

Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.

"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya.(harakahdaily)


Malaysiakini : Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu


Read full story

Monday, July 25, 2011

Terkini..!! Bukti Jelas Polis Malaysia Bodoh Dan Bangang..!!

0 comments

Salinan Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu

APA yang boleh disimpulkan di sini, sama ada Polis sengaja mahu memburukkan imej Mat Sabu, atau tindakan Polis yang boleh dianggap sebagai tidak cerdik di dalam menjawab isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kenderaan Polis.

Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011. Diulangi, kereta Waja Polis. Diulangi sekali lagi Kereta Waja Polis.


klik gambar untuk baca

Sudah terang lagi bersuluh Mat Sabu membuat laporan bahawa beliau dilanggar oleh kereta Proton Waja Polis, laporan Polis ini boleh diakses dengan mudah oleh pihak Polis kerana ia tersimpan dalam pangkalan data PDRM (Pemerintahan Diktator Rosmah Mansor).

Namun pada 21 Julai seminggu selepas Mat Sabu membuat Laporan Polis, pihak Polis tampil dengan video pendedahan kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis.

sumber : milo suam
Read full story

Saturday, July 23, 2011

Video polis sesuai zaman TV hitam putih

0 comments

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.(Harakahdaily)
Read full story

Friday, July 22, 2011

Hitler Demam KUNING sebab Bersih 2.0

0 comments
Hitler membebel kat Khairi,Mael,Sham dan Baem

Read full story

Thursday, July 21, 2011

Ceramah Chegu Bard Di Dun Sura 22 Julai ini

0 comments


DUNGUN 20 Julai, Rabu - Che'gu Bard akan bergandingan bersama Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan Ustaz Ariffin Deraman dalam satu siri penerangan "Ceramah Kebangkitan Rakyat", anjuran Lajnah Penerangan DUN Sura dengan kerjasama PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate.

Ceramah yang akan berlangsung pada 22 Julai, hari Jumaat itu dijangka akan terus mendapat sambutan daripada orang ramai selepas Ceramah Perdana Pasca Bersih yang telah diadakan di Rusila minggu lepas.


" Walaupun para penceramah yang diundang bukan dari kalangan pimpinan PAS Pusat, kami yakin mood rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa khususnya yang berkisar tentang himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini masih tinggi, " demikian keyakinan Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.

" Justeru, saya mengajak warga DUN Sura khususnya dan sekitarnya hadir beramai-ramai mendengar penjelasan isu semasa di peringkat nasional dan tempatan, " ujarnya lagi.


Artikel asal dari blog Dun Sura
Gambar : Penerangan Pemuda Dun Sura
Read full story

Wednesday, July 20, 2011

BN terdesak,Najib jumpa Pope

0 comments

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, ini kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana


“Bagi kami, tindakan tersebut jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat lawatan ke India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya pilihan raya,“ ujaranya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Juga, ujarnya suatu ketika dahulu, usaha Najib untuk membawa Sheikh Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia kurang berkesan bagi tujuan yang sama untuk membina pengaruh umat Islam terhadap pemerintahan BN ketika itu.

Bagi DPPP, katanya usaha membawa ulama-ulama luar negara untuk membela perbuatan Najib dan BN juga gagal.



DPPP, tambahnya melihat Najib terpaksa pergi membuat lawatan ke negara-negara maju seperti Amerika, Britain dan negara-negara lain untuk menerangkan keadaan sebenar dari terus dikritik oleh negara maju yang ada yang mengecam Malaysia dalam krisis politik yang semangkin buruk selepas perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai yang lalu.

Menurutnya, bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN, Najib dipaksa bergerak keseluruh dunia bagi membuktikan BN masih mampu kekal memerintah.

Dan tindakannya juga bertemu dengan tokoh agama adalah langkah bagi memberikan keyakinan dan psikologi bagi membina sokongan terhadap BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang semangkin hampir berikutan kebangkitan rakyat pelbagai kaum dan agama baru-baru ini yang menuntut satu sistem pilihan raya di Malaysia yang telus dan terbaik.

“Kami juga melihat, Najib tidak layak untuk bercakap soal perpaduan dan agama dengan Pope Benedict kerana pada hakikatnya beliaulah yang bertanggungjawap dalam perpecahan yang berlaku di Malaysia sekarang,” katanya.
(Harakahdaily)
Read full story

Monday, July 18, 2011

Queen Elizabeth perli Najib dalam senyap

0 comments
Read full story

Sunday, July 17, 2011

Pemuda PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0

0 comments
Gambar ehsan : Penerangan Pemuda Dun Sura


KUALA LUMPUR,16 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen "Ramadhan Bulan Bersih" sebagai meneruskan momentum himpunan Bersih 2.0 yang telah berjaya diadakan 9 Julai lau.

Kempen itu sebagai usaha penerangan ke seluruh negara berhubung tuntutan ke arah sistem pilihan raya yang bersih dan adil, yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan yang akan tiba bulan hadapan.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pihaknya akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri sejurus bermulanya Ramadhan bagi memberikan penerangan mengenai Bersih 2.0.


Siri jelajah itu akan diteruskan dengan kempen balik kampung sempena Aidilfitri yang turut menjurus kepada penerangan mengenai Bersih 2.0.

"Pemuda PAS terdiri daripada jawatankuasa harian akan menjalankan roadshow ke seluruh negara Ramadhan ini bermula di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan seterusnya Perak.

"Manakala untuk negeri Pantai Timur, kami akan turun sempena sambutan Aidilfitri nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Katanya juga, Ramadhan dipilih untuk "Bulan Bersih" selaras dengan kemuliaan bulan itu yang menuntut manusia khususnya umat Islam membersihkan hati dan akhlak.

"Kempen kita merangkumi ceramah dan edaran pelbagai risalah mengenai Bersih agar semua maklumat sampai kepada rakyat," katanya.

Selain itu, DPP juga katanya tetap berpendirian bahawa segala rampasan barangan Bersih 2.0 adalah tidak sah dan menuntut segala barangan yang dirampas dikembalikan semula kepada pemiliknya.


Khidmat Guaman

Sementara itu, beliau mengecam tindakan membuang seorang pelajar sebuah universiti di Mesir, Firdaus Mazlan yang mengajurkan perhimpunan Bersih 2.0 di sana.

Tegasnya, ruang demokrasi yang bebas harus juga diberikan kepada mahasiswa.

"Tindakan buang universiti suatu yang keterlaluan kerana pelajar ini hanya tinggal dua minggu lagi untuk menamatkan pelajaran," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan menyediakan khidmat guaman melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham).

"Pihak keluarga boleh menghubungi pengarah Juham untuk tindakan undang-undang dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah boleh berbuat demikian," katanya.(Harakahdaily)



Read full story

Friday, July 15, 2011

Himpunan Menyambut Kepulangan Wira Rakyat

0 comments
Read full story

Wednesday, July 13, 2011

Bersih 2.0 : Kehadiran orang muda petanda baik

0 comments
Gambar oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura



Kehadiran peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk golongan muda yang menyokong tuntutan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini petanda baik berhubung kesedaran politik.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kehadiran golongan muda itu juga membuktikan kesedaran mengenai hak mereka


“Ya, ribuan daripada generasi muda hari ini hadir dan mereka bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India pada perhimpunan itu.

“Ini petanda baik untuk politik Malaysia. Saya berharap ini akan mendorong mereka untuk mendaftar sebagai pengundi dan ini amat baik,” katanya.

Anwar, yang memakai pemaut leher atas nasihat doktor selepas terjatuh diKL Sentral Sabtu lalu, diminta mengulas kehadiran ribuan peserta demonstrasi daripada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bangsa di ibu negara itu.(Malaysiakini)


NIK ABDUH UCAP TAHNIAH KEPADA PEMUDA KAMPUNG...baca DI SINI





Read full story

Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0, 09 Julai 2011 | YouTube

0 comments
Bersih 2.0 worldwide | 09 Julai 2011




Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011

Read full story

Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0 : Video keganasan Polis Malaysia

0 comments





PEMUDA PAS TUNTUT SIASATAN KEGANASAN POLIS DIBUAT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut agar satu siasatan dibuat kepada beberapa insiden keganasan pihak Polis ketika cuba menghalang Himpunan Aman Bersih 9 Julai lepas. Pihak Polis harus mengambil tanggungjwab diatas kematian Allahyarham Baharudin Ahmad serta menjelaskan dua rakaman klip video dari Malaysiakini dan AlJazeera yang disebar di Youtube yang jelas membuktikan keganasan anggota Polis.

Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 tahun yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU. Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitrile (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya. 31 Disember 2010 yang lalu, perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita Palestin berumur 36 tahun, Jawaher Abu Rahmah yang mati selepas terhidu gas pemedih jenis yang sama digunakan oleh rejim Israel di Tebing Barat.

baca lagi DI SINI
Read full story

Sunday, July 10, 2011

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

0 comments

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Read full story

Saturday, July 9, 2011

Presiden PAS Dibebaskan

0 comments
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.


Sebelum itu PAS mengeluarkan kenyataan untuk berhimpun di Bukit Aman sekiranya TG Presiden tidak dilepaskan dalam masa 24 jam.

Read full story

BN Semakin Terdesak: Guna Ayah Untuk Halang Ketua DPPP Sertai BERSIH

0 comments
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis ternyata makin melampau apabila ayah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut dijadikan alat untuk menghalang Ketua DPPP menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.

Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, ayahnya ditahan oleh pihak polis selama beberapa jam bagi tujuan itu. Menurut beliau, ayahnya telah ditahan oleh polis yang datang mengambilnya di rumahnya sekitar jam 9 pagi tadi, tetapi dibebaskan sebelum solat Jumaat.

Katanya, ketika di balai polis, ayahnya diminta menasihatkan beliau agar tidak menyertai himpinan aman Bersih 2.0 esok kerana perhimpunan itu tidak dibenarkan oleh pihak polis."Ayah saya ditahan oleh pihak polis tanpa sebarang kesalahan, tetapi hanya diminta menasihatkan saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.


"Amat lucu apa yang dilakukan oleh pihak polis itu. Ayah saya yang diminta menasihati saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0, pada hal apa salahnya himpunan Bersih 2.0 itu dari sisi undang-undang?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini. Selain kejadian itu, menurut beliau, terdapat tindakan provokasi terkini lain lagi yang dilakukan oleh pihak terhadap beliau untuk menghalang beliau menyertai perjimpunan itu esok.

"Ini berlaku secara langsung ke atas saya ketika saya melalui satu sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis ketika saya hendak ke sini tadi.

"Pihak polis menjelaskan kepada saya yang saya termasuk dalam kumpulan 91 nama yang dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada 9 Julai. Oleh itu, saya diminta tidak ke Kuala Lumpur malam ini untuk ke sini.

"Bagaimanapun, larangan itu tetap tak saya pedulikan. Malah saya jelaskan kepada pihak polis yang saya tak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai. Sekarang baru 8 Julai. Jadi tak ada halanganlah bagi saya untuk ke Kuala Lumpur malam ini," katanya sambil disambut laungan Allahu akbar daripada ribuan hadirin.

Sungguhpun begitu, katanya, beliau tetap juga mengalami kerumitan untuk sampai ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad pada malam ini akibat sekatan itu, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan 'jalan tikus' dan memasuki perkampungan Orang Asli di gombak.

"Kesemua kisah yang berlaku itu, walaupun memperlihatkan tindakan keterlaluan pihak polis, tetapi turut menjadi lucu sehingga menyebabkan sesiapa saja boleh tertawa mendengarnya," katanya.

Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang turut hadir membaca doa pada akhir majlis.

Sumber di sini

Read full story

Friday, July 8, 2011

Isu BERSIH : 3 Pemuda PAS Dungun Dihadapkan Ke Mahkamah

0 comments
Khamis 7 Julai 2011, tiga pemuda PAS kawasan Dungun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun atas dua pertuduhan berasingan. Pertuduhan dihadiri ramai penyokong PAS kawasan Dungun sebagai tanda sokongan kepada mereka bertiga.

Pertuduhan yang bermula jam 9.30 pagi itu selesai kira-kira jam 10.30 pagi. Selepas pertuduhan berakhir, Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Sheikh Hanafi Abdul Aziz yang turut hadir memberi sokongan moral mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli yang hadir memberi sokongan.

Semoga Allah Taala memberi kekuatan dan kesabaran terhadap rintangan perjuangan yang terpaksa dihadapi oleh semua pejuang yang terlibat menjayakan BERSIH 2.0. Takbir!!!




Gambar : keratan akhbar berita harian

Read full story

ADUN Sura Antara 91 Yang Tersenarai Dilarang Masuk KL 9 Julai Ini

1 comments

Dalam usaha menyekat dan menggagalkan himpunan BERSIH esok, 91 nama disenaraikan oleh pihak polis daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini. Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Mursyidul Am, YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Tantawi adalah pimpinan PAS yang disenaraikan daripada 91 nama tersebut. Turut tersenarai adalah ADUN Sura yang juga YDP PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Timbalan YDP PAS Kawasan Dungun Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Naibnya Ust Azman Shapawi Abd Rani.

Segala sekatan yang dibuat menunjukkan lagi sikap bacul kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Tun Razak sehingga melanggar titah Yang Dipertuan Agong. Namun begitu, segala halangan ini semakin menambahkan semangat BERSIH untuk meneruskan himpunan 9 Julai ini. Usaha pihak polis tersebut tidak akan menjejaskan semangat rakyat seluruh negara untuk menyertai BERSIH 2.0 kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini menegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 tetap akan disertai PAS walaupun terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini. Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.

senarai 91 yang tersenarai


Read full story

Wednesday, July 6, 2011

Bersih 2.0: Pemuda pastikan 30,000 setiap negeri

0 comments

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Dewan pemuda PAS Pusat mengulangi komitmen mereka untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini.

"Kami akan pastikan jumlah asal 30 ribu pemuda dari setiap negeri akan dicapai.

"Kita harap jangan luntur semangat dan batal hasrat menyertai himpunan tersebut walaupun telah ditukar ke stadium," kata ketuanya, Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily hari ini.

Selain hak yang diperuntukkan perlembagaan, perhimpunan itu juga sebagai menghormati titah Yangd i-Pertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.

Pihak istana juga ujarnya, akan menghantar wakil mereka untuk menerima memorandum di stadium itu nanti.

Sehubungan itu, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai menunaikan janjinya sebelum ini yang membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium.

"Kini giliran kerajaan menunjukkan keikhlasan terhadap janjinya.

"Saya minta pemuda yang akan datang ke sini, memakai baju bersih dan jangan takut, Agong pun terima Bersih 2.0 mengadap, bermakna Bersih bukan pertubuhan haram seperti didakwa BN.

"Saya harap pihak polis tidak melakukan sekatan atau halangan yang menyukarkan anggota kami berhimpun di Stadium kelak,"katanya lagi.

Beliau merujuk anggota jawatankuasa Bersih yang terdiri daripada pengerusinya Datuk S Ambiga , Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin yang mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang semalam.

Dengan perkembangan terbaru itu juga, Nasruddin mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis membebaskan semua tahanan yang dikatikan sebagai menyokong Bersih yang ditangkap sebelum ini.

Kerajaan juga ujarnya mesti menarik balik kenyataan dan tindakan mereka mengharamkan pemakaian baju Bersih 2.0

Selain itu beliau juga mendesak semua pertuduhan yang dikenakan kepada mereka yang ditangkap ditarik balik.




Read full story

Halal & Haram Yang Semakin Mendapat Perhatian

0 comments
Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura


Pada hari Isnin (malam Selasa) yang lalu, 4 Julai 2011, saya berkesempatan menonton berita di RTM1. Sudah tahu, perkara yang pasti akan diberi tumpuan adalah berkaitan himpunan BERSIH. Media massa terus berperanan menakut-nakutkan rakyat dan memberi gambaran yang sangat buruk kepada BERSIH.


Seperti yang dijangka, RTM 1 ketika itu menyiarkan ucapan Najib yang memberikan pelbagai alasan dangkal untuk menggambarkan himpunan BERSIH adalah himpunan ganas yang bakal menghancurkan keharmonian Malaysia. Selepas itu, sampai pula giliran Zahid Hamidi berlagak hero. Kononnya, Angkatan Tentera Malaysia sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku disebabkan himpunan ‘haram’ bersih ketika itu. ‘HARAM’ kata mereka. Oh, begitu..

Menariknya, sebelum gambar Najib dan Zahid Hamidi keluar, RTM 1 terlebih dahulu menyiarkan liputan tarian gelek yang bertempat di Besut. Tarian gelek yang disebut berasal dari Mesir itu dikatakan mendapat sambutan yang menarik. Hebat lagi apabila salah seorang peserta melahirkan rasa bangga kerana setiap gerakan dalam tarian gelek menyebabkan berat badannya turun lebih daripada 10 kilo (terlupa bilangan yang tepat). Aktiviti kebudayaan yang disiarkan itu nampaknya seperti ‘halal’ pula. HALAL pula?

Sekarang, kita lihat media massa seperti pandai pula membicarakan masalah halal dan haram. Setiap hari, permasalahan yang dibincangkan sentiasa berlegar masalah halal haram. Jumaat lepas, seluruh masjid dikatakan mengecam himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini. Kami menanti juga tajuk halal dan haram apa pula yang bakal disentuh dalam khutbah-khutbah Jumaat di seluruh Terengganu Jumaat ini.

Jangan himpun untuk tuntut pilihanraya BERSIH, ‘HARAM’ katanya. Jom hadiri himpunan tarian gelek, ‘halal’ pula pada pandangan mereka. Tahniah UMNO atas didikan yang diberikan pada rakyat berkaitan halal dan haram ini.
Read full story

Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong

0 comments

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,


YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Read full story

Tuesday, July 5, 2011

Diterima mengadap Agong bukti Bersih bukan haram

0 comments

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.

Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin

Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.

"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.

Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.

"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.

Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.

"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya.(hrkhdaily)


Read full story

Saturday, July 2, 2011

Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun cetus semangat anak muda

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli.



Bekas Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh turut hadir



Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat.





Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu.




SB berpakaian yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun




Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu.

Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi.

Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka.




Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi.
















Read full story

Ceramah PGU

0 comments

jemput hadir ramai2....
Read full story

Friday, July 1, 2011

Bersih 2.0 : Ketua Pemuda Dungun ditahan polis

0 comments
Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Saudara Sheikh Hanafi


‘Banner BERSIH’ dan provokasi polis, punca Sheikh Hanafi ditahan

[KEMASKINI 12.18 AM] DUNGUN - PAS menyifatkan ketakutan pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin memuncak terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) apabila tangkapan demi tangkapan dilakukan Polis.

Malah, sehelai ‘banner’ Bersih 2.0 yang dipasang oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Mohamad Hanafi Abdul Aziz, 38, menjadi punca pihak polis menahannya kira-kira jam 6.30 petang.

Kejadian berlaku di hadapan rumahnya ketika Ketua Polis Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor bersama beberapa pegawainya ‘merampas’ banner tersebut.

Menurut Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, sebelum tangkapan terhadap Hanafi dibuat, pihak polis berpakaian preman melakukan provokasi kononnya Pemuda PAS mahu memukul pihak polis.

“Masa Ketua Polis Dungun, Dahlan datang dan mahu menurunkan ‘banner’ Bersih 2.0 yang dipasang di hadapan rumah Hanafi, dia (Dahlan) tanya kami kenapa mahu memukul pihak polis?

“Pemuda (yang ada disitu) jawab tidak ada niat dan apa-apa tindakan pun yang dilakukan sebagaimana yang dituduh itu.

“Ketika Dahlan dan Hanafi sedang berbincang, tiba-tiba datang ‘SB’ (special branch) ambil gambar depan muka Hanafi hingga tercetus sedikit ketegangan,” jelasnnya yang berada diperkarangan Balai Polis Dungun ketika dihubungi

Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata, kira-kira seramai 15 orang pemuda berada ditempat kejadian ketika 'soal-jawab' tersebut berlaku.

Berikutan itu, katanya Ketua Polis terbabit terus menarik Hanafi masuk ke dalam kereta polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dungun.

Menurutnya, motif utama penangkapan tersebut mungkin berhubung-kait dengan rancangan Pemuda PAS Dungun mahu mengadakan pra-Bersih 2.0 selepas solat Jumaat, esok.

Ini kerana, kata beliau sehari sebelumnya seramai lima orang Pemuda PAS Dungun telah ditahan Polis ketika sedang menampal poster program pra-Bersih 2.0 yang akan diadakan di perkarangan Masjid Pulau Serai, Rantau Abang, Dungun, 1 Julai ini.

“Mereka (para pemuda) melihat kejadian tangkapan terhadap Syeikh Hanafi dan lima yang lain sebelum ini (dalam keadaan) sangat biadap dengan (punca) provokasi polis,” ujarnya.


sumber : Buletinonline

Gambar-gambar sekitar Balai Polis Dungun akan menyusul selepas ini
(Sumber gambar dari Team IT Pemuda PAS Dun Sura)

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy