Tuesday, November 29, 2011

P/Raya Mesir: " Berdosa tidak keluar mengundi" - Syeikhul Azhar

0 comments

Syeikh Al-Azhar Ahmad Tayyeb telah menggesa rakyat Mesir untuk turun mengundi dalam pilihan raya parlimen fasa pertama yang bermula hari ini. Beliau memberi amaran pada mereka yang gagal untuk hadir dalam sesi pemilihan ini adalah "orang-orang yang berdosa."

Dalam satu mesyuarat di pejabat beliau bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama' Islam Antarabangsa, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu mengundi untuk wakil-wakil mereka dalam rangka untuk membangunkan negara bagi mengatasi krisis yang melanda sekarang.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik.

Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum

Sumber: http://map2care.blogspot.com/2011/11/syeikh-al-azhar-al-tayyeb-tidak.html

Ulasan Pemuda Bersamamu Buat Seluruh Rakyat Malaysia:

1. Pilihanraya telah menjadi suatu kewajipan agama berdasarkan keadaan semasa. Pemilihan ini berkait dengan dosa dan pahala kerana pilihanraya merupakan satu medan untuk kita menyerahkan amanah menguruskan negara dengan cara yang bertepatan dengan syariat.

2. Pemimpin yang dipilih mestilah mampu untuk membangunkan negara mengikut kaca mata syarak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

3. Wajib untuk setiap rakyat memilih pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Memilih pemimpin yang memboroskan duit rakyat serta melakukan banyak kezaliman adalah satu dosa.

4. Haram untuk setiap rakyat bekerjasama dan membantu kezaliman dan si zalim termasuklah dengan cara mengundi mereka dalam pilihanraya.

5. Buktikan dengan semangat hijrah 1433 ini, keluar mengundi untuk pilihanraya akan datang. Hentikan kezaliman dan penindasan UMNO/Barisan Nasional. Berikan undi anda untuk Pakatan Rakyat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Read full story

Saturday, November 26, 2011

Simulasi pilihanraya @ Dun Sura : BN guna sekolah

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



DUN SURA 26 Nov 2011 - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Hasil tinjauan Team IT Pemuda Dun Sura di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pagi ini mendapati Umno/BN Dun Sura turut menggunakan sekolah sebagai tempat pembuangan undi pilihanraya olok-olok mereka.


Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Antara sekolah-sekolah yang menjadi mangsa adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun,Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,Sekolah Rendah Sultan Omar dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa.

Kerja-kerja membuka markaz giat dijalankan dua hari sebelum itu dengan menaikkan bendera dan poster BN.Tinjauan yang dibuat juga mendapati persiapan markaz sedikit terkejar-kejar di saat akhir yang berkemungkinan besar menunggu peruntukan terlebih dahulu terutama upah petugas markaz.

Simulasi pilihanraya Umno/BN Dun Sura dimulakan dengan majlis ceramah isu-isu semasa pada malam semalam di Arena Square,Padang Merdeka oleh penceramah jemputan dari Kelantan.

Dalam ucapan aluan oleh Penyelaras Umno Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan meluahkan sedikit terkilan dengan kehadiran yang kurang mendapat sambutan walaupun cuaca pada malam tersebut baik tanpa hujan seperti hari-hari sebelumnya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun turut memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dalam Umno itu sendiri dalam suasana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Selain itu masalah calon 'bidan terjun' Umno/BN Dun Sura juga dipersoalkan oleh beliau walaupun calon itu dilahirkan di Dun Sura tapi kurang dikenali penduduk tempatan yang disebabkan banyak masa dihabiskan diluar dari Dungun terutama di Kuala Lumpur.
Read full story

Saturday, November 19, 2011

Memperingati Peristiwa Berdarah Memali

0 comments


Hari ini 19 November genap 26 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali pada tahun 1985. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

(Baca seterusnya)
Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.

Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.

Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.

Kini 26 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :

a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga
Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.

b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?

c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.


d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.


e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.


d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?

f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.


g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.

h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.


Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.

TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."


Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.
Alhamdulillah sempena 26 tahun tragedi ini berlaku, PAS akan mengadakan majlis memperingatinya di bumi Memali sendiri.



Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Read full story

Friday, November 18, 2011

Diskusi "Konsep Negara Berkebajikan" | FOTO

0 comments


















Read full story

ISA : Kerajaan BN Keras Kepala

0 comments
Kenyataan Media : Dewan Pemuda PAS Malaysia
22 Dzu al-Hijjah 1432 / 18 November 2011

Sebelum ini, dengan yakinnya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Hj. Najib Tun Abd Razak mengisytiharkan bahawa Kerajaan UMNO dan BN akan memansukhkan ISA sekaligus memberi sinar harapan kepada rakyat yang menanti sejak sekian lama untuk bebas dari belenggu akta drakonian ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan telah banyak membawa kesengsaraan kepada rakyat sendiri.

Tangkapan terbaru ke atas saudara Nazri Dollah di bawah akta ISA adalah bukti bahawa Kerajaan UMNO dan BN terus mempermainkan kesabaran rakyat dan terus mendera perasaan mereka. Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

Read full story

Monday, November 14, 2011

Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

0 comments
Ditulis oleh : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.


Sambung Lagi...
Read full story

IHTIFAL PASTI QARYAH KUALA DUNGUN KALI KE-26

0 comments

12 November 2011(Sabtu), Dungun; PASTI Qaryah Kuala Dungun hari ini telah berjaya menganjurkan Ihtifal PASTI kali ke-26 bagi seluruh PASTI yang berada di Qaryah Kuala Dungun. Program tahunan ini sentiasa diadakan setiap tahun dan tahun ini PASTI As-Syakirin Tanah Lot dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Ihtifal 2011.

Ihtifal PASTI tahun ini melibatkan empat buah PASTI dan di antara acara yang diadakan sepanjang majlis ini ialah Nasyid, sajak, bercerita, dikir barat, azan dan Hafazan.

Majlis Ihtifal PASTI Qaryah Kuala Dungun dirasmikan oleh Yang di Pertua PAS Kawasan Dungun YB Ustaz Wan Hassan B Mohd Ramli. Dalam ucapan penutup, beliau berterima kasih dan menghargai kepercayaan Ibu Bapa yang sentiasa memberi keyakinan untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur Ihtifal kali ini.



Read full story

Wednesday, November 9, 2011

Foto Slide | QURBAN 1432H Di Dun Sura

0 comments
Photo Taken by: Unit IT Pemuda & Lajnah Penerangan Pemuda Pas Dun Sura







Read full story

Monday, November 7, 2011

Lensa Qurban Dun Sura 2011 | Bukit Chatak 2

0 comments
oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura

Hari ke 2 Raya Aidiladha : 13 ekor















Sepintas lalu Qurban 2011 @ Dun Sura pada Hari pertama Raya Aidiladha_Lensa Qurban 2011_Dun Sura : Siri 1

Read full story

Sunday, November 6, 2011

Lensa Qurban 2011 | Dun Sura_siri 1

0 comments
oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura

Sekitar di 4 lokasi terpilih :
1 - Bukit Chatak 1 : 24 ekor
2 - Kampung Molek : 9 ekor
3 - Sungai Buaya : 3 ekor
4 - Padang Jambu : 7 ekor


Qurban @ Cawangan Bukit Chatak 1








Qurban @ Cawangan Kampung Molek






Qurban @ Cawangan Sungai Buaya






Qurban
@ Cawangan Padang Jambu






Lebih banyak gambar-gambar akan menyusul selepas ini...Lensa Qurban 2011 : Dun Sura_siri 2
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy