Thursday, June 30, 2011

Calling for Freedom

0 comments
We walk for democracy
We calling u for freedom
We fighting for freedom
We assembly for freedom





Read full story

Wednesday, June 29, 2011

Kibaran bendera PAS sambut gol kemenangan Terengganu

0 comments
Tengok sampai habis dehh.....



Kebangkitan golongan muda dalam bidang sukan dan politik tanahair ini membuktikan kuasa orang muda bakal merubah keputusan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini...ORANG MUDE GENG KITE - MASA UNTUK BERUBAH !!!




Read full story

Monday, June 27, 2011

Koleksi video clip promo Bersih 2.0

0 comments
Oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Walaupun media massa dah promosikan Bersih 2.0 dengan cara mereka (bodohkan rakyat terima bulat-bulat apa yang disiarkan)...kami para pemuda akan promosikan Bersih 2.0 dengan cara kami sendiri.Kami akan buktikan media baru seperti blog,facebook,twitter akan menjadi penggerak rakyat Malaysia untuk sertai Bersih 2.0 pada 09 Julai ini.

Ini adalah sebahagian sumbangan kecil kami untuk menggerakkan jutaan rakyat Malaysia agar memahami apa itu - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT !!

Kalau kerajaan Umno/BN boleh bagi amaran, kita sebagai rakyat yang cintakan tanahair ini juga bagi amaran kepada kerajaan Umno/BN - KUASA RAKYAT YANG NAIKKAN SESEBUAH KERAJAAN DAN KUASA RAKYAT JUGALAH YANG BOLEH JATUHKAN SESEBUAH KERAJAAN TERSEBUT !!!!








JOM LINKKAN KE FACEBOOK,BLOG DAN TWITTER...sumbangan kecil anda semua amat bermakna untuk menjayakan Himpunan Bersih 2.0 ini.
Read full story

Sunday, June 26, 2011

Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0

0 comments

Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :

Tempat Pertama - RM 500

Tempat Kedua - RM 200

Tempat Ketiga - RM 100


Kriteria Video Yang Dikehendaki :

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit

2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor

3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih

4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011

5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

6. Muzik atau petikan suara atau ucapan sebagai latar digalakan (Keutamaan kepada ucapan pemimpin PAS)

7. Penggunaan ayat Al-Quran @ Hadis digalakan

8. Setiap video dikehendaki meletakan nama pencipta dan nama “Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan" sebagai penerbit

9. Video yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti atau menghina mana-mana kaum, agama, individu atau parti.



Maklumat lain:

1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki.

2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial.

3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi.
Link

Penghantaran dan Tarikh Tutup:

1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta.

2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut - hermansamsudeen@gmail dengan tajuk "Pertandingan Video" dan menyertakan:

a. Nama Peserta

b. No. Kad Pengenalan

c. No. Telefon Bimbit

d. link video di Youtube



3. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai 2011


Penilaian :

1. Penilaian akan dibuat berdasarkan:

a. Pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan

b. Mesej video klip

c. Susunan plot dan jalan cerita video klip

d. Kualiti gambar dan pembikinan video klip

e. Komen dan jumlah penonton dalam Youtube


Keputusan:

1. DPPWP berhak untuk menerima atau menolak mana-mana penyertaan berdasarkan hasil penilaian kriteria yang ditetapkan tanpa sebarang makluman.

2. Keputusan mengenai 3 video terbaik akan diumumkan pada 25 Julai 2011 melalui Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan juga email kepada pemenang.

Pertanyaan:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada hermansamsudeen@gmail.com atau hubungi 019-216 8557 (Herman) / 012-698 4302 (Nurul Islam).


Sekian. Terima kasih.



Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



Read full story

Saturday, June 25, 2011

Presiden PAS Seru Semua Ahli Sertai Bersih 2.0

0 comments

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.

Read full story

Friday, June 24, 2011

Ada Orang Kata Tak Boleh Lawan UMNO Sebab Kita Kena Taat Pada Para Pemimpin???

0 comments
Saya pernah membaca sebanyak dua kali buku Fiqh al-Khilafah hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri yang pastinya merupakan tokoh yang begitu dikenali dalam dunia undang-undang. Buku yang merupakan tesis beliau di University Of Lyondi Perancis ini seingat saya telah ditulis pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki.

Buku karangan beliau yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis adalah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:

1. Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.

2. Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.

3. Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.

4. Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.

5. Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.

6. Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).

Saya secara peribadi (Us Hairul Nizam) semasa di Mesir telah bertemu dengan al-Marhum Dr. Tawfiq Shawi yang merupakan menantu kepada Rd. Abdul Razzaq al-Sanhuri (Dr. Tawfiq Shawi dan isterinya Dr. Nadiah al-Sanhuri adalah orang yang bertanggungjawab menterjemahkan buku Fiqh al-Khilafah ke dalam bahasa Arab). Saya bertanya kepada beliau: "Adakah Malaysia sebuah negara Islam?" dan beliau dengan pantas menjawab "Tidak". Saya dapat mengesan sebabnya iaitu Syarak tidak dijadikan pemutus paling tinggi dalam dasar negara sebaliknya tugas ini dirampas oleh dua pertiga ahli Parlimen.

Saya membuat satu kesimpulan:

Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.

Rasanya Kerajaan BN hari ini sangat-sangat layak untuk diruntuhkan oleh rakyat yang cintakan Islam dan cintakan kesejahteraan sejagat.

Read full story

Monday, June 20, 2011

TG Nik Aziz Jawab Puad Zarkashi, Cerita TG Hj Hadi Mimpi Jumpa Nabi

0 comments

“ Dua, tiga hari lepas ada sorang nama Puad Zarkashi, ambe tok kenal dia. Dia cabar ambe, Mursyidul Am dalam Utusan Malaysia muka depan: Puad Zarkashi cabar Nik Aziz supaya buang Islam. Allah…Puad Zarkashi ni namo orang melayu, kalo boh (letak) nama Ah Chong munasabah. Kalo Ah Chong cabar ambo buang Islam munasabah mugo dio tidok Islam. Fuad Zarkashi: Fuad pun Bahasa Arab, Zarkashi pun nama gelaran bagi seorang ulama’ besar..feqah..tok terpikir dale kepala kito seorang yang Melayu, namo pulok nama arab keduo cabar buang Islam…Allah

Cerdik cina MCA ni dia duk diam. Dio alot puak-puak ni. Alot..alot ni alat la. Ibarat orang panggil terompah kayu. Orang ni jadi terompah kayu bagi MCA. Terompah ni bila kio pakai, gi dale selut pon takpo mugo mu terompah, gi dale najis pon takpo mugo mung mugo mu terompah. Pakai terompah ni supaya kaki aku bersih. Jadi, hamba Allah ni alot orang melayu supaya cakap mende lagu ni. Dia duk diammm. Dia tepuk punggung.

Para hadirin semuo, dio suruh buang Islam ni kerananyo negara berkebajikan. Dio kata PAS sekarang takdop doh Islam; kebajikan. Mu orang UMNO, aku orang PAS aku reti masalah PAS lebih daripada UMNO, lebih dari mu. Tu jawab pertama. Nok main kasar. Mu orang UMNO, mu reti gapo..aku orang PAS, aku reti la mende ni

Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”
Read full story

Monday, June 13, 2011

Teruskan Langkah Menuju Perubahan

0 comments

Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura

Tidak syak lagi, setiap manusia bercita-cita untuk memperolehi kebahagian hidup, bebas dari permasalahan dan berjaya merealisasikan impian hidupnya. Namun, kebahagiaan hidup dan kepuasan sebenar tidak akan diperoleh dengan sekadar berangan-angan serta tidak akan mampu dicapai tanpa membuang perasaan malas dalam diri. Kebahagiaan dan kejayaan hanya dapat dicapai hasil usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengubah diri dan sekeliling.

Di sana terdapat satu hakikat yang tidak diambil cakna oleh ramai manusia bahawa setiap individu itulah yang membina dan mencorakkan kehidupannya sendiri. Dengan setiap tindakan yang dilakukan tergambar kebahagiaan atau kesengsaraan yang sedang dipilih. Muhasabah dan penilaian amal perlu sentiasa dilakukan.

Persoalannya: mampukah untuk kita menjadi hamba yang berjaya di dunia dan akhirat bersama redha dari Allah Taala? Mampukah diri ini memainkan satu peranan penting dalam mengubah diri sendiri dan masyarakat? Mampukah diri ini bekerja dengan sepenuh daya bagi melenyapkan kezaliman yang sedang berlaku untuk digantikan dengan keadilan sinar Islam?

Yakinlah dan berikan jawapan kepada diri kita semua: Ya, kita semua mampu untuk berubah!

Perubahan itu pasti akan berlaku dengan pertolongan Allah Taala dan taufiqNya. Hakikat perubahan itu hanyalah milik manusia yang tunduk dan taat kepada Allah Taala. Mereka yang ingkar terus menerus dengan kerosakan muka bumi Allah secara sedar ataupun tidak.

Syarat Menuju Perubahan

Pertamanya: Mestilah dalam diri wujud kehendak untuk berubah. Kita sendiri mahu melakukan perubahan. Membangunkan diri dan masyarakat dengan petunjuk dan pedoman Ilahi.

Kedua: Mahir tentang jalan-jalan untuk menuju perubahan. Seseorang tidak akan mampu memandu kenderaan melainkan dia mengetahui dan mahir dengan cara pemanduan yang betul.
Ketiga: Taubat dan istighfar. Berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu. Bercita-cita untuk menggantikan segala keburukan kepada kebaikan. Mengislah diri serta masyarakat ke arah Al-Quran dan As-Sunnah, bukan lagi mengikut hawa nafsu manusia dengan petunjuk syaitan ke arah kesesatan.

Keempat: Berusaha membina suasana sekeliling yang baik. Menggalakkan aktiviti ketaatan kepada Allah Taala, mengimarahkan rumah Allah serta menghalang segala aktiviti kemaksiatan yang dimurkai oleh Allah.

Insyaallah, dengan izinNya suatu hari perubahan pasti benar-benar berlaku. Alam pasti akan kembali tersenyum melihat keadilan Islam yang bakal menyinarinya. Jom, kita mulakan langkah untuk berubah.

Read full story

Thursday, June 2, 2011

Mahasiswa Harapan Penjana Perubahan

0 comments
SHAH ALAM, 2 Jun : Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswa ini membuat perubahan dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sekaligus menjadi bukti gelombang perubahan kini telah dirasakan.

Ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua DPPP dengan tema 'Memimpin Kebangkitan Anak Muda', Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi mengimbas kemenangan kumpulan pro mahasiswa di beberapa buah universiti pada PR kampus baru-baru ini.

"Mahasiswa kini tidak lagi tunduk kepada pihak pentadbir yang menjadikan AUKU sebagai pemasung yang mematikan aktiviti demokrasi mahasiswa," katanya kepada para perwakilan dan pemerhati pada Malam Perasmian Muktamar Tahunan DPPP kali ke 52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam ini.

Menurutnya lagi, walaupun PRK diadakan namun ia hanya sekadar rutin semata-mata tetapi sebaliknya terdapat pihak yang dengan sengaja campur tangan dan membuatkan PRK menjadi berat sebelah dan hanya memenangkan calon yang ditaja pihak pentadbir universiti.

"Natijah sistem yang sekian lama membelenggu mahasiswa dan ahli akademik ini sedikit pun tidak membantu meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara, malah reputasi kampus semakin merudum termasuklah di peringkat universeti seluruh dunia.

"DPPP berpendirian, soal prinsip politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka menentukannya tanpa kekangan, ugutan dan paksaan," katanya lagi.

Oleh itu ujarnya, DPPP menuntut supaya mahasiswa diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada golongan ini untuk menyatakan suara mereka dan pandangan
terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

"Pindaan terhadap Auku sebelum ini masih belum mencukupi kerana sehingga hari ini mahasiswa masih belum dibenarkan untuk terlibat secara langsung dengan parti
politik.

"Jika sekadar hanya dibenarkan menyertai NGO dan persatuan luar kampus maka ia tidak mencukupi untuk memaksimumkan kemampuan golongan mahasiswa ini dalam mengenegahkan suara mereka, dan bukanlah sekadar berlegar dalam ruang tertutup dunia kampus atau bidang pengajian mereka semata-mata tanpa terlibat dalam dunia realiti masyarakat yang sebenarnya terutama isu masyarakat, politik dan negara," ujarnya lagi.

Tegasnya, universiti mesti dibebaskan dari cengkaman politik sempit pihak tertentu, dan autonomi yang lebih besar diberikan pihak pengurusan sendiri dan ruang kebebasan yang lebih lebih kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.

sumber : muktamar57.pas.org.my

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy