Wednesday, April 18, 2012

Kronolgi Pencalonan Kerusi Presiden Mesir Oleh FJP (Ikhwan Muslimin)



8 April 2012: Jam 12 tengah hari tadi, tempoh pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup secara rasmi. Hingga kini, terdapat 30 calon menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding. Pagi tadi, Presiden FJP, Dr.Mohammad Mursi menyerahkan borang pencalonan sebagai "calon simpanan" kepada calon mereka yang sedia ada, Ir.Khairat Shatir. Sebelum itu, pagi tadi peguam Ikhwan Muslimin, Abdul Mun'im Abdul Maqsud menerima ugutan melalui telefon bimbitnya yang menyebabkan beliau terpaksa meminta kawalan keselamatan diperketat di bangunan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden.

9 April 2012: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 mengumumkan sehingga tempoh pencalonan jawatan tersebut ditutup jam 12 tengah hari semalam, seramai 23 orang calon mengemukakan pencalonan. Hari terakhir, seramai 7 calon menyerahkan borang mereka termasuk Dr.Mohammad Mursi, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sebagai "calon simpanan" kpd Ir.Khairat Shatir. Selama 2 hari akan dibuka bagi tempoh bantahan. Beberapa kumpulan politik menyeru rakyat membuat bantahan besar-besaran terhadap pencalonan bekas org kanan Mubarak, Omar Suleiman. Dalam tempoh bantahan ini, pihak Jawatankuasa Pilihanraya berhak membatalkan mana-mana pencalonan yg dirasakan munasabah berdasarkan aduan dan bukti bantahan yg dikemuka.

11 April 2012: Mesir berhadapan suasana politik paling gawat ketika ini selepas revolusi apabila sekurang2nya tiga calon fulul, org kanan Mubarak dicalonkan sbg Presiden Mesir. Mereka ialah Omar Suleiman (bekas Naib Presiden dan Ketua Perisikan Mesir yg banyak membantu Israel menghapuskan Hamas dan Ikhwan), Ahmed Syafiq (bekas PM) dan Amru Musa (bekas SU Agung LIGA ARAB dan Menteri Luar zaman Mubarak). Jika menang salah seorg dari mereka, maka tiada makna revolusi yg berlaku dan akan membawa Mesir kembali ke zaman kegelapan. Untuk itu, "JUMAAT MEMELIHARA REVOLUSI" dianjurkan bagi mengumpul jutaan rakyat di TAHRIR pd 13 April ini. Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin, Dr.Mahmud Husein mengumumkan penyertaan Ikhwan dalam himpunan tersebut.

Perkongsian Menarik:

Dr.Abdul Munim Abul Futuh, bekas anggota Maktab Irsyad dan Majlis Syura 'Am Ikhwan Muslimin. Beliau mendapat didikan secara langsung dalam madrasah Ikhwan. Pernah menitiskan air mata ketika Khairat Shatir dihukum penjara oleh Mubarak tahun 2006 dulu. Malangnya, beliau melanggar keputusan Syura Ikhwan setahun lalu yang melarang mana-mana ahli Ikhwan mencalonkan diri sebagai Presiden Mesir. Cuma saya kagum dengan tarbiyah Ikhwan, sekalipun dipecat dan dibuang dari Ikhwan, ukhuwah mereka tetap seperti dulu. Demi Allah! Selepas beliau dipecat, tidak pernah saya dengar sepatah ucapan dari mulut Abul Futuh menghentam Ikhwan Muslimin dan memaki hamun Mursyidul Amnya atau mendedahkan aib mana-mana anggota Maktab Irsyad ekoran rasa tidak puas hati atas pemecatan beliau! Apa yang beliau ucap masa berkempen hanya berkaitan manifesto beliau jika dipilih..Memang benar kata anggota Ikhwan: "ABUL FUTUH TELAH KELUAR DARI IKHWAN, AKAN TAPI BELIAU TIDAK PERNAH KELUAR DARI HATI-HATI KAMI"..Semoga ALLAH merahmati Imam Hasan Banna yang mengajar erti ukhuwah yg hakiki ini:

Gambar beliau sedang memeluk erat Mursyidul Am Dr.Mohd Bad'ie:


"SABAR KELUARGA SHATIR".. Khairat Shatir ditangkap di bawah pemerintahan Mubarak sbyk 2 kali, pertama pd tahun 1995 dan dikenakan penjara selama 5 tahun dan kali kedua pada tahun 2004 dan dipenjara selama 7 tahun serta syarikat dan perusahan miliknya disita. Sepanjang dipenjara, Shatir menyambut 21 kali hari raya dalam jeriji besi dan 8 anak perempuannya melangsungkan perkahwinan tanpa kehadirannya serta kelahiran 15 cucu juga tanpa kehadirannya!

"Sabarnya mereka.. Akhirnya kesabaran mereka dibalas oleh Allah":


15 April 2012: TERKINI: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir memutuskan untuk menyingkir 10 orang calon Presiden, antara mereka ialah Omar Suleiman (bekas Timbalan Presiden Mesir dan fulul Mubarak) yang tidak dpt menyempurnakan 1,000 tandatangan lagi di salah sebuah muhafazah. Turut disingkirkan ialah Ir.Khairat Shatir (calon Ikhwan Muslimin), Syeikh Hazim Abu Ismail, Aiman Nur dan Murtadha Mansur.

Ahli Parlimen Iskandariah dari FJP yg juga pakar undang-undang, Subhi Soleh: Ikhwan Muslimin dan FJP akan mengemukakan bantahan dalam masa terdekat atas keputusan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden yang menyingkirkan Naib Mursyidul 'Am, Khairat Shatir. Calon simpanan sblm ini, Dr.Mohammad Mursi (Presiden FJP) hanya akan diumum sebagai calon Ikhwan Muslimin yang sah selepas proses bantahan bg Shatir ditakdirkan menemui kegagalan. Utk mkluman, calon-calon yang disingkir ini berhak mengemukakan bantahan dalam tempoh 48 jam

Dalam peraturan Pilihanraya Presiden Mesir, seseorg calon yang mahu menyerahkan pencalonan perlu memperolehi lebih 30 tandatangan daripada mana-mana Ahli Parlimen Mesir ATAU perlu mendapat lebih 30,000 tandatangan pengundi dari 15 wilayah. Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir memaklumkan sebab penyingkiran 10 calon daripada 23 calon yang mengemukakan pencalonan mereka kerana tidak lengkap syarat-syarat tersebut:

1) Omar Suleiman: Tidak mencukupi 1,000 tandatangan rakyat dari 15 wilayah dan Suleiman hanya mendapat tandatangan rakyat dari 14 wilayah sahaja.

2) Khairat Shatir dan Aiman Nour: Kes mahkamah yg dihadapi.

3) Syeikh Hazim Abu Ismail: Ibunya dikatakan memiliki status kewarganegaraan Amerika walaupun dua hari lalu mahkamah memutuskan ibunya seorg warga Mesir.

BUKTI KEIKHLASAN: Khairat Shatir dalam himpunan rakyat di Matoriah, Kaherah malam ini: "Segala perancangan dan manifesto yang saya kemukakan tidak berkait dengan peribadi saya. Maka kita bersedia menyokong Mursi (Dr.Mohammad Mursi Presiden FJP) jika nama saya dipadamkan dari senarai calon yang akan bertanding"

FAKTA PENTING: Murtadha Mansour adalah seorang daripada 10 calon yang ditolak pencalonannya sebagai Presiden Mesir. Mansour disabitkan dgn kes mahkamah yang berjalan ketika ini apabila dia dituduh sebagai perancang serangan perusuh-perusuh di Tahrir pada 2 dan 3 Februari 2011. Perusuh-perusuh tersebut diupah bertujuan rakyat dapat mengosongkan Tahrir dari tunjuk perasaan anti-Mubarak. Menariknya, beberapa jam selepas pencalonannya ditolak tadi, Mansour terpaksa mengaku yang dia bukan perancang serangan trsebut, katanya perancang sebenar ialah Musyir Tantawi, Ketua Pemerintah Tentera Mesir sekarang!!! Jelas bukan, siapa pihak tentera sebenarnya?

Dari Lajnah Guaman FJP dan Ikhwan Muslimin: Kami telah berkali-kali bermesyuarat tentang kedudukan Khairat Shatir sebelum ini bagi memastikan beliau dapat bertanding mengikut lunas undang-undang.

Fakta kes: Pihak tentera telah memberikan pengampunan kepada Shatir terhadap kes "rekaan palsu" pada zaman Mubarak iaitu tuduhan Shatir terlibat dengan gerakan yang diharamkan di sisi kerajaan. Tapi, seorang Ahli Parlimen berhaluan kiri berideologi Komunis, Aboul 'Eiz Hariri yang juga calon Presiden Mesir (gambar) mengemukakan bantahan terhadap pengampunan yang diberikan oleh tentera kpd Shatir. Apa motifnya? Hanya satu bagi pencalonan Shatir dibatalkan..

** Mari mengenali Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012. Jawatankuasa ini dianggotai oleh hakim-hakim mahkamah seluruh Mesir. Lima daripada mereka yang paling bermasalah.

1) Pengerusi jawatankuasa ini diketuai oleh Farouq Sultan (gambar). Sultan adalah hakim di mahkamah tentera yang dipindah bertugas sebagai hakim mahkamah awam. Bertanggungjawab mengeluarkan perintah untuk membekukan aktiviti kesatuan-kesatuan seperti jurutera, doktor yang aktif bersama-sama Ikhwan Muslimin sebelum ini.

2) Hatim Bagato, Setiausaha bagi jawatankuasa ini. Ibunya mempunyai pertalian darah dengan ibu seorang calon Presiden Mesir, Amru Musa yg dikenali sebagai "orang kuat Mubarak". Musa pernah dilantik sebagai Menteri Luar dan Setiausaha Agung Liga Arab.

3) Mustasyar Madbuli: Antara bekas ahli jawatankuasa SPR yang mengendali pilihanraya paling kotor dalam sejarah Mesir tahun 2010.

4) Mustasyar Khafagi: Hakim yang terlibat menjatuhkan hukuman penjara kepada tokoh pembangkang, Aiman Nour.

5) Abdul Mu'izz Ibrahim: Bekas Pengerusi SPR bagi Pilihanraya Parlimen Mesir lalu, hakim yang bertanggungjwb membebaskan warga Amerika dari tuduhan "menyalurkan dana asing" kepada lebih 100 NGO haram bertujuan menghuru-harakan Mesir.

Dari Lajnah Guaman Ikhwan Muslimin: Khairat Shatir akan kemukakan rayuan esok, Isnin dan "calon simpanan" Dr.Mohammad Mursi masih kekal di posisi simpanan hingga keputusan rayuan kelak tidak berpihak kpd Shatir.

Jawatankuasa Pilihanraya: Omar Suleiman (calon fulul dan bekas Naib Presiden kpd Mubarak) mungkin akan diterima pencalonannya jika dia berjaya menyempurnakan baki 1,000 lagi tandatangan pengundi di mana2 muhafazah. Ini kerana faktor pencalonan Suleiman ditolak hanya teknikal iaitu kekurangan 1,000 tandatangan pengundi dari 14 muhafazah, bercanggah dengan syarat-syarat pilihanraya iaitu seseorang calon mesti mendapat tandatangan dari 30 Ahli Parlimen ATAU 30 ribu pengundi dari 15 muhafazah. Ini bermakna, pencalonannya ditolak bukan atas faktor dirinya adalah calon pro-Mubarak.

16 April 2012: Apabila rakyat Mesir terutama pengundi yang memberikan undi bagi parti Ikhwan, FJP dalam pilihanraya lalu merungut, "Ikhwan ni dah dapat majoriti kerusi di Parlimen pun, tak boleh bentuk kerajaan lagi. Krisis petrol, diesel, terbaru letupan kilang minyak: semua ni bukti kegagalan Ikhwan yg menguasai Parlimen. Menyesal kami mengundi Ikhwan!!" Ayat inilah yang dimahukan oleh musuh politik Ikhwan termasuk Majlis Tentera. Walaupun sebenarnya Majlis Tentera yang menolak cadangan penubuhan kerajaan baru yang diketuai oleh FJP. Ikhwan sudah lama mahu membentuk "Kerajaan Perpaduan" yang dianggotai oleh semua wakil-wakil parti politik tapi PM mesti daripada FJP kerana mempunyai jumlah kerusi yang banyak. Tapi rakyat bawahan terus keliru.

17 April 2012: Selepas tamat tempoh bantahan 48 jam yang diberikan kepada 10 calon yang disingkirkan, hanya 5 org calon yang mengemukakan bantahan bagi dicalon semula. Tidak tersenarai dalam calon ini ialah calon fulul Mubarak dan disokong kuat Israel, Omar Suleiman.
Kenyataan rasmi Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir bertarikh 16 April 2011:

-Jawatankuasa pada hari ini menerima bantahan daripada mereka yang berikut:

1) Muhammad Hazim Solah Abu Ismail
2) Aiman Abdul 'Aziz Nur
3) Muhammad Khairat Shatir
4) Murtadha Ahmed Mohammed Mansur
5) Ahmed Mohammad 'Iwadh 'Ali

- Jawatankuasa memutuskan untuk menetapkan hari Selasa bersamaan 17 April 2012 sebagai keputusan bagi bantahan tersebut

Kedudukan Khairat Shatir, Hazim Abu Ismail dan 3 org calon yang lain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir beberapa jam lagi hari ini selepas mereka mengemukakan rayuan terhadap jawatankuasa tersebut. Hanya 5 org drpd 10 calon yang disingkir mengemukakan rayuan selepas tempoh 48 jam tamat semalam

PENTING: Lima orang pakar undang-undang Mesir selesai mengemukakan hujah bagi menggugurkan penyingkiran Khairat Shatir sebagai calon Presiden Mesir bersama-sama rayuan Shatir yang diserahkan oleh peguamnya, Abdul Munim Abdul Maqsud kepada Jawatankuasa Pilihanraya Presiden. Mereka ialah tiga pakar undang-undang iaitu Dr.Atif Al-Banna, Dr.Kamal Mendur dan Nabil AbdusSalam, Subhi Soleh (wakil Jawatankuasa Perundangan di Dewan Rakyat) dan Nasir El-Hefi (Bendahari Kesatuan Peguam-peguam Mesir dan Ahli Parlimen).

Menurut Mukhtar El-'Isyri Pengerusi Lajnah Guaman Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), terdapat 13 orang pakar undang-undang turut berada di pejabat Jawatankuasa Pilihanraya Presiden bagi menyokong Shatir dan hanya 5 org daripada mereka dibenar mengemukakan hujah mempertahankan Shatir dari segi undang-undang. Beliau percaya dengan hujah yang kukuh diberikan oleh 5 wakil tersebut, jawatankuasa akan membatalkan penyingkiran Shatir.


PALING TERKINI:

Laporan tidak rasmi dilaporkan Ikhwanonline.com: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 menerima rayuan yang dikemukakan oleh calon Ikhwan Muslimin, Khairat Shatir..

Sumber dari: Laman Facebook Us Abdul Malik Abdul Karim, Penasihat PMRAM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy