Friday, April 20, 2012

Timbalan Presiden Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke-53


Ketua Pemuda, Us Sheikh Hanafi Menyambut Kedatangan Timbalan Presiden

Paka, 20 April 2012:
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun Kali Ke-53 telah berjaya diadakan di Dewan Sekolah Menengah Darul BAyan, Pinang Merah dengan jayanya. Kehadiran Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS sebagai perasmi berjaya menarik para ahli untuk mendengar pesanan-pesanan penting di ambang pilihanraya ini.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Abdul 'Alim Zakaria. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Al-Quran juga telah berjaya memenangi beberapa kejuaraan dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat negeri Terengganu.

Kemudiannya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP PAS Kawasan Dungun, YB Us Wan Hasan Mohd Ramli. Beliau memulakan ucapan dengan membaca ayat yang mengandungi mesej bahawa suatu masa kezaliman pasti akan tumbang kerana itu merupakan satu janji daripada Allah.

Timbalan Presiden Sedang Memberikan Ucapan Perasmian

Majlis berada di kemuncak apabila Yang Berbahagia Timbalan Presiden memberikan ucapan. Beliau mengingatkan kepada seluruh yang hadir cara UMNO menjatuhkan PAS pada pilihanraya 2004 dengan penipuan daftar pemilih. Cara tersebut sedang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor dalam pilihanraya yang semakin dekat ini. Oleh itu, beliau mengerahkan seluruh pendokong beramai-ramai untuk turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy