Wednesday, May 2, 2012

YB Dato Seri TG Presiden Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan DPPNT Kali Ke - 43



1 MEI, MANIR: Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPPNT kali ke - 43 di KUDQI semalam. Seluruh perwakilan dan pemerhati mendengar dengan khusyuk setiap pesanan dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh beliau.

YB Dato' Seri Presiden memulakan ucapannya dengan membaca ayat daripada Surah al-Baqarah yang menceritakan kisal Thalut dan Jalut. Kisah yang memaparkan ujian Allah Taala kepada Bani Israel sebelum Allah Taala memuliakan orang yang sabar berjuang kerana Allah Taala dalam kalangan mereka.

Beliau turut mengingatkan para hadirin kesucian perjuangan Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam.

" Dalam sejarah Islam, sepanjang 23 tahun Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam berjuang; mengikut Maulana Abu al-Hasan 'Ali an-Nadawi, hanya 1000 lebih sahaja yang mati dalam kalangan musuh. Ini hebat. Hanya yang melampau sahaja dibunuh.."

Beliau yang juga penasihat BPPNT turut membaca satu hadis bagi menjelaskan pentingnya kualiti bagi setiap pejuang yang ingin berjuang menegakkan agama Allah Taala.

" (Hadis Nabi Sollallahu'alaihiwasallam itu) Menunjukkan bahawa kita perlu ada kualiti; walaupun pertarungan itu adalah pertarungan pilihanraya secara demokrasi. Islam menggalakkan kita memilih jalan damai. Kerana kaedah hubungan antarabangsa dalam Islam, perdamaian didahulukan daripada peperangan"

 Dalam kesempatan tersebut, TG Presiden menerangkan sejarah gerakan Islam di Terengganu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan negeri-negeri lain.

" Terengganu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding negeri-negeri lain kerana kita ada batu bersurat... . Apa yang menarik perhatian saya, sultan-sultan yang berilmu dan ulama' ulama' melaksanakan Islam secara feqah politik. Walaupun alam Melayu ini bermazhab Syafie, semua kesultanan di Terengganu bermula dengan Hindu dan Buddha. Mengikut kitab feqah Mazhab Syafie, kalau nak jadi rakyat adalah ahli kitab dan Majusi. Tetapi kerajaan di waktu itu boleh menerima masyarakat Hindu dan Buddha"

Beliau juga mengingatkan hadirin terhadap peranan ulama' dalam mempertahankan Islam di Terengganu.

" Terengganu ada batu bersurat. Terengganu adalah negeri yang paling hebat dan keras dibelasah oleh penjajah. Dan selepas kita mencapai kemerdekaan, Terengganu paling keras dibelasah oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ramai dalam kalangan kita tidak peka. Perjuangan menentang penjajah di Terengganu dipelopori oleh para ulama'"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy