Sunday, October 28, 2012

Ketua Pemuda Sempurnakan Sembelihan Qurban 1433

0 comments

DUNGUN, 27 Oktober Sabtu - Bermula 10 Zulhijjah, Jumaat sehingga 11 Zulhijjah, Sabtu sebanyak lebih 80 ekor lembu telah disempurnakan sembelihan di beberapa lokasi sekitar DUN Sura, di sini.
Di Surau Ustaz Haji Omar Shukri sahaja sebanyak 33 ekor lembu telah disembelih, 31 ekor disempurnakan sembelihannya pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1433.
Sementara itu, sebanyak lebih 400 kampit beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini.

seterusnya...di sini.
Read full story

Monday, October 15, 2012

Gandingan 2 Anak Tok Guru Di DUN Sura

0 comments

DUNGUN, 15 Oktober Isnin - Dua orang pimpinan pemuda - peringkat Pusat dan Negeri akan berkunjung ke Dungun pada 18 Oktober, Khamis ini bagi menyampaikan ceramah umum di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.
Ceramah anjuran Penyelaras Pemuda DUN Sura ini akan turut disertai oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang seluruh warga DUN Sura khususnya golongan muda supaya meluangkan masa untuk hadir mendengar kupasan isu dari pandangan pimpinan pemuda sendiri," demikian seruan Ketua Penyelaras Pemuda DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam.
Read full story

Friday, October 12, 2012

PAS Dan Kuasa

0 comments
Oleh : Ustaz Idris Ahmad


Sejarah kelahiran PAS ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk “Din Wa al-Daulah” seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT

” Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)” (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu ‘Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan PAS di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya PAS, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam.

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)


Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

. (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Di dalam fasal ini jelas bahawa PAS berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya PAS tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh PAS tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.


Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Di dalam Fasal 8 Perlembagaan PAS telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu:

i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar PAS dalam Perlembagaan PAS.

ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam PAS serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti PAS.

iii.Rayuan disiplin

Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS sudah membayangkan inilah perjuangan PAS yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh PAS seperti yang disebut pepatah cina “Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat”


PAS hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. PAS tidak mengiktiraf pendekatan “Matlamat menghalalkan cara”. PAS perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka’bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan.


Kuasa yang PAS miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno.


Kalau tuduhan orang mengatakan PAS utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau PAS gilakan kuasa lebih baik PAS bersekongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya PAS tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya PaAS terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang PAS laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah.


Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Sumber : disini
Read full story

Islam Tunjang Utama Pas, Pemuda Pas Sokong Timbalan Mursyidul Am Pas

0 comments
Oleh : Ketua Pemuda DPPM.

Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.

Baru-baru ini, bekas ahli parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Jelas di dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara.

Timbalan Mursyidul AM PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam menawarkan apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara, sekaligus melambangkan Islam sebagai ad deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam al quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya.

Dengan yang demikian, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan beliau ketika Tuan Guru Dato' Dr Haron Din di hubungi oleh wartawan berkenaan sebuah buku yang ditulis oleh Mubasyar Jawid Akbar.

Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar Jawid Akbar mengenai apa yang diceritakan di dalam bukunya yang bertajuk ‘Tinder Box : The Past and The Future of Pakistan’. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek.

Manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh Islam.

Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan.

Pada masa yang sama , kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik.

Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia


sumber : disini
Read full story

Tuesday, October 9, 2012

Cikgu Lau Chin Chua Dan Dr Bala Chandran Di Sura Gate, Dungun

0 comments

DUNGUN, 9 Oktober Selasa - Lajnah Penerangan MTD Sura akan menganjurkan satu lagi siri penerangan sebagai sebahagian persiapan menjelang PRU-13.
baca seterusnya...di sini.
Read full story

Monday, October 1, 2012

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

0 comments


ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.

Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

BACA LAGI......
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy