Tuesday, December 18, 2012

Amanat Tok Guru vs Penghinaan Syariat Pemimpin UMNO


Kuala Lumpur, 18 Disember 2012: Akhbar hari ini heboh dengan berita gesaan supaya YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menarik kembali petikan ceramah yang pernah disampaikannya pada tahun 1981 di Banggol Peradong dahulu atau dikenali selepas itu sebagai 'Amanat Haji Hadi'.

Sebagaimana kebiasaan apabila hampir pilihanraya umum, UMNO akan menggunakan mana-mana tokoh agama bagi menyerang PAS ataupun menyerang mana-mana pimpinannya. PAS yang membawa mesej jelas untuk memartabatkan Islam cuba digambarkan menggunakan agama untuk tujuan politik. Itulah cara lama yang digunakan oleh UMNO sejak dahulu.


Berikut antara kenyataan yang dikeluarkan akhbar Berita Harian hari ini:

1) Mufti Perak

“Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Abdul Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di sini, semalam.

2) Mufti Wilayah

" Nada sama turut disuarakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang bukan saja mahu Abdul Hadi menarik balik amanat itu, bahkan menyeru supaya pemimpin PAS itu kembali kepada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah"


Persoalannya, apakah pula gesaan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh agama ini kepada pemimpin yang mempersoalkan syariat Allah Taala.


Apakah motif sebenar kenyataan seumpama ini dihebohkan dalam akhbar ketika bahang pilihanraya semakin dirasai? Ini menunjukkan UMNO semakin bimbang terutamanya apabila melihat masyarakat semakin menerimai ketokohan dan kepimpinan Presiden PAS itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy