Wednesday, December 19, 2012

UMNO Bimbang: Tokoh Ulama' Dunia Iktiraf PAS, Hormati Presiden ..


Dr Yusof Al-Qardhawi di Pejabat Agung PAS

Umum mengetahui bahawa PAS mendapat pengiktifan daripada ramai tokoh ulama' dunia seperti Dr Yusof Al-Qardhawi. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang menjadikan Tarbiyah, Dakwah dan Siasah sebagai sayap-sayapnya dalam usaha memartabatkan agama Allah di muka bumiNya.

Dr Wahbah Zuhaili Bersama Pelajar-pelajar Dari Malaysia


Pernah pelajar-pelajar daripada Universiti dalam negara mengadakan lawatan bertemu Dr Wahbah Zuhaili, pengarang kitab-kitab terkenal seperti Tafsir Munir. Antara soalan yang ditanyakan oleh Fadhilatus Syeikh kepada pelajar-pelajar tersebut: " Adakah Syeikh Abdul Hadi (merujuk kepada Presiden PAS) dalam keadaan sihat?". Ketika Malaysia bising dengan isu Islam Hadhari, beliau mengulas: “Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”.

Pertemuan Tok Guru & Syeikh Ali di Pejabat Agung PAS

Ketika Syria sedang bergolak, YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mendapat surat khas daripada Fadhilatus Syeikh Al-Alim Al-Allamah Dr Ali As-Sobuni. Beliau terkenal dengan karangan-karangan yang hebat seperti kitab Tafsir Ayat Al-Ahkam yang menjadi silibus pengajian bagi mata pelajaran tafsir di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sehinggalah apabila beliau datang ke Malaysia, beliau datang berkunjung ke Pejabat Agung PAS bertemu YB Dato' Seri Tuan Guru.

Dalam keadaan sebegini, tiba-tiba ada suara yang mempertikai Tuan Guru Presiden. Sangat menakjubkan!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy