Sunday, April 29, 2012

Akhbar Mesir Sifatkan Kerajaan Najib Takut

0 comments

Ketika seluruh dunia sedang membuat penilaian kepada demonstrasi BERSIH semalam, akhbar al-Ahram Mesir tidak ketinggalan mengulas mengenainya.




Antara yang dicatatkan dalam kandungan berita itu:

Polis Malaysia semalam menutup Dataran Merdeka (dikenali sebagai Medan Tahrir di Mesir) sambil dikuatkan dengan helikopter yang berkawal kerana takut para demonstran menuju masuk ke Dataran Merdeka.


 Sebuah pertubuhan yang dikenali dengan nama "BERSIH" menuntut supaya pilihanraya diadakan dengan bebas dan bersih. - terjemahan isi penting-

sumber: sini
Read full story

Wednesday, April 25, 2012

Demontrasi Rampasan Tanah @ Depan Wisma Darul Iman

0 comments
oleh : Team Audio Visual Penerangan Pemuda Dun Sura

Read full story

Saturday, April 21, 2012

Ribuan Hadir Ke Majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Sura

0 comments
DUNGUN - Rakyat hilang keyakinan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak melaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam.
 

 
Menurut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno/BN  telah menurut telunjuk penjajah dengan melabelkan Islam sebagai tidak maju dan Negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam.

Sebaliknya beliau menegaskan, kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin beliau telah melaksanakan Islam sejak 20 tahun lalu dan semakin maju.
 
baca seterusnya...di sini.
Read full story

Friday, April 20, 2012

Timbalan Presiden Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke-53

0 comments
Ketua Pemuda, Us Sheikh Hanafi Menyambut Kedatangan Timbalan Presiden

Paka, 20 April 2012:
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun Kali Ke-53 telah berjaya diadakan di Dewan Sekolah Menengah Darul BAyan, Pinang Merah dengan jayanya. Kehadiran Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS sebagai perasmi berjaya menarik para ahli untuk mendengar pesanan-pesanan penting di ambang pilihanraya ini.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Abdul 'Alim Zakaria. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Al-Quran juga telah berjaya memenangi beberapa kejuaraan dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat negeri Terengganu.

Kemudiannya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP PAS Kawasan Dungun, YB Us Wan Hasan Mohd Ramli. Beliau memulakan ucapan dengan membaca ayat yang mengandungi mesej bahawa suatu masa kezaliman pasti akan tumbang kerana itu merupakan satu janji daripada Allah.

Timbalan Presiden Sedang Memberikan Ucapan Perasmian

Majlis berada di kemuncak apabila Yang Berbahagia Timbalan Presiden memberikan ucapan. Beliau mengingatkan kepada seluruh yang hadir cara UMNO menjatuhkan PAS pada pilihanraya 2004 dengan penipuan daftar pemilih. Cara tersebut sedang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor dalam pilihanraya yang semakin dekat ini. Oleh itu, beliau mengerahkan seluruh pendokong beramai-ramai untuk turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Bersih 3.0 28 April ini.
Read full story

Thursday, April 19, 2012

Demo Isu Penamatan Pinjaman: Jiwa Mahasiswa Perlu Dibersihkan Daripada Kezaliman UMNO - KP

0 comments
Kuala Terengganu, 18 April 2012: Satu demonstrasi anjuran mahasiswa pantai timur telah diadakan di hadapan Wisma Darul Iman bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula pinjaman Yayasan Terengganu kepada 9 orang mahasiswa di Mesir yang dipotong pinjaman mereka.

Demonstrasi yang asalnya bertempat di hadapan Pejabat Yayasan Terengganu digerakkan ke hadapan Wisma Darul Iman. Demo ini dilakukan setelah perbincangan dengan pihak YT menemui kegagalan.

Turut hadir memberi sokongan adalah pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Berikut antara isi ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri, Us Mohd Nor Hamzah:

" Hidup, hidup! Hidup Islam! Hancur, hancur zalim!"

Tuan-tuan, muslimin muslimat sekalian, kami Dewan Pemuda PAS Negeri bersama seluruh mahasiswa pada petang ini tiada lain melainkan di atas sokongan kerana (membantah) kezaliman kerajaan UMNO yang telah menamatkan pinjaman terhadap 9 orang pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Kezaliman yang berlaku ini tiada lain kerana kita bimbang dan kita mahu rakyat agar menyahut seruan Allah Taala: " Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman, nescaya kamu akan disentuh oleh api neraka"

Turut hadir memberi sokongan: Us Wan Faizul Wan Abas & Us Zakaria Dagang

Saya hari ini mencabar kerajaan UMNO agar juga menamatkan pinjaman terhadap ahli-ahli yang terlibat dalam kelab UMNO. Kelab UMNO yang berada di Mesir, kelab UMNO yang berada di United Kingdom, kelab UMNO yang berada di mana-mana universiti. Sepatutnya mana-mana ahli yang terlibat dalam kelab UMNO juga dipotong pinjaman mereka. Walaupun itu adalah sikap yang tidak adil tetapi kalau itulah sikap dan pendirian UMNO (memotong pinjaman) jika pelajar terlibat dengan mana-mana politik. Politik yang sepatutnya yang dibersihkan dari jiwa pelajar-pelajar adalah UMNO dan kezaliman UMNO. Jika UMNO mahu menegakkan keadilan, kembalikan semula pinjaman ini. Kembalikan semula hak rakyat. Kembalikan semula hak mahasiswa.

" Insyaallah petang ini hanya satu cetusan, mukaddimah dan pendahuluan. 24hb (April), saya seru seluruh rakyat dan mahasiswa turun bagi menunjukkan suara rakyat adalah suara besar bagi menghancurkan kezaliman dan menegakkan keadilan"

" Saya juga mengambil peluang ucap terima kasih kepada pihak keselamatan yang memberi ruang kepada kita bagi memenuhi sistem demokrasi yang ada pada hari ini agar seluruh rakyat dapat melihat ini adalah satu tanda kezaliman UMNO yang mesti kita tumbangkan dalam pilihanraya yang ke -13 ini, insyaallah"
Read full story

Pencalonan Ir. Khairat Shatir (IM) Ditolak SPR Mesir, Dr Mursi Sebagai Pengganti

0 comments
TERKINI, GEMPAR DAN MUKTAMAD: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 memutuskan untuk mengekalkan keputusan mereka sebelum ini dengan menyingkir 10 calon Presiden. Pengerusi jawatankuasa, Farouq Sultan turut mengumumkan, rayuan yang dikemukakan oleh Khairat Shatir, Syeikh Hazim Solah, Aiman Nour serta 2 lagi calon ditolak oleh pihak jawatankuasa.

KHAIRAT SHATIR:
"Penyingkiran saya menunjukkan rejim Mubarak masih kekal berkuasa hingga hari ini."

Respon atas penyingkiran masing-masing:

1) Syeikh Hazim Solah mengumumkan untuk berkampung di hadapan bangunan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden bersama-sama ratusan penyokongnya yang lain dengan syarat meminta penyokongnya menjaga keselamatan dan tidak mencetuskan huru-hara.

2) Khairat Shatir: " Dr.Mohammad Mursi adalah calon Ikhwan Muslimin dan FJP selepas saya dihalang bertanding. Mustahil untuk kita mendiamkan diri dari 'pencuri-pencuri' revolusi. Kita akan gulingkan baki rejim Mubarak yang ada dan kita akan turun ke Tahrir Jumaat depan, mungkin berterusan pada hari Isnin dan Selasa serta akan keluar dari Tahrir ke medan-medan yang lain di seluruh negara.”


Khairat Shatir dalam himpunan bersama rakyat di kawasan Zawiyah Hamra' dalam wilayah Kaherah malam ini telah mengetuai lafaz sumpah dan ikrar berikut bersama-sama ribuan rakyat yang hadir selepas diumumkan berita penyingkirannya daripada menjadi calon Presiden Mesir dikekalkan:

"Kami berjanji kpd Allah:
*Akan memelihara revolusi ini serta mempertahankannya
*Menggulingkan saki-baki rejim Mubarak dan institusi-institusi yang menyokongnya
*Kita juga akan berada dalam saf yang satu bagi menyokong calon Islamik kita, Dr.Mohammad Mursi.
*Kita juga akan bekerja dengan segala kesungguhan bagi menentang sebarang penipuan, pembelian undi serta sedaya upaya kita bagi menghentikan pemalsuan, berita yang diputar-belit yang dilakukan oleh musuh revolusi, media massa dan ahli-ahli perniagaan yang berpihak kepada mereka, para pendakwah yang menyesatkan dan merosakkan serta setiap pihak dari luar yang bekerja keras mahu memerangi revolusi ini.

Kami berjanji kepada Allah! Kami berjanji kepada Allah! Semua rakyat Mesir, Islam dan Kristian, wanita dan lelaki, orang tua dan kanak-kanak. Bahawa Allah menjadi saksi apa yang kami lafazkan."

Biodata Dr Mursi Secara Ringkas

Biodata calon simpanan Ikhwan Muslimin dan FJP bagi meneruskan perjalanan Ir.Khairat Shatir sbg calon Presiden Mesir 2012, Dr.Mohammad Mursi:


-Dilahirkan pada Ogos 1951 di wilayah Syarqiyah.
-Merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Zaqaziq dan
-Bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin
-Bekas Anggota Dewan Rakyat Mesir bagi penggal 2000-2005 dan Ketua Whip Parlimen Ikhwan Muslimin dalam tempoh tersebut.
-Memperoleh ijazah pertama daalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975, Ijazah kedua di universiti yang sama pada tahun 1978 dan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti selatan California tahun 1982.
-Memulakan tugas sebagai penolong pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Kaherah dan kemudian berpindah ke Amerika Syarikat bagi mengajar di beberapa universiti antara tahun 1982 hingga 1985.
-Kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian fakulti yang sama di Universiti Zaqaziq dari tahun 1985 hingga 2010.
-Pada 30 April 2011, Majlis Syura Ikhwan Muslimin memilih beliau sebagai Presiden kepada sayap politik gerakan tersebut, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan beliau terpaksa melepaskan jawatan di Maktab Irsyad bagi menumpukan sepenuh masa kepada parti baru tersebut.

Ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir iaitu:
-18 Mei 2006 selama 7 bulan dan dibebaskan pada 10 Disember 2006
-Kali kedua ditahan bersama-sama ratusan pimpinan Ikhwan Muslimin yang lain pada pagi "Jumaat Kemarahan", 28 Januari 2011 selepas tercetus Revolusi 25 Januari bagi menghalang mereka terlibat dalam himpunan kebangkitan bersama-sama rakyat.Lihat seterusnya..

Read full story

Wednesday, April 18, 2012

Tuan Guru Presiden Ziarah Bob Kuman

0 comments

PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan. Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik. Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya. Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah. Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9644-dapat-juga-saya-jumpa-tok-guru-bob-kuman?device=xhtml
Read full story

Kronolgi Pencalonan Kerusi Presiden Mesir Oleh FJP (Ikhwan Muslimin)

0 comments

8 April 2012: Jam 12 tengah hari tadi, tempoh pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup secara rasmi. Hingga kini, terdapat 30 calon menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding. Pagi tadi, Presiden FJP, Dr.Mohammad Mursi menyerahkan borang pencalonan sebagai "calon simpanan" kepada calon mereka yang sedia ada, Ir.Khairat Shatir. Sebelum itu, pagi tadi peguam Ikhwan Muslimin, Abdul Mun'im Abdul Maqsud menerima ugutan melalui telefon bimbitnya yang menyebabkan beliau terpaksa meminta kawalan keselamatan diperketat di bangunan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden.

9 April 2012: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 mengumumkan sehingga tempoh pencalonan jawatan tersebut ditutup jam 12 tengah hari semalam, seramai 23 orang calon mengemukakan pencalonan. Hari terakhir, seramai 7 calon menyerahkan borang mereka termasuk Dr.Mohammad Mursi, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sebagai "calon simpanan" kpd Ir.Khairat Shatir. Selama 2 hari akan dibuka bagi tempoh bantahan. Beberapa kumpulan politik menyeru rakyat membuat bantahan besar-besaran terhadap pencalonan bekas org kanan Mubarak, Omar Suleiman. Dalam tempoh bantahan ini, pihak Jawatankuasa Pilihanraya berhak membatalkan mana-mana pencalonan yg dirasakan munasabah berdasarkan aduan dan bukti bantahan yg dikemuka.

11 April 2012: Mesir berhadapan suasana politik paling gawat ketika ini selepas revolusi apabila sekurang2nya tiga calon fulul, org kanan Mubarak dicalonkan sbg Presiden Mesir. Mereka ialah Omar Suleiman (bekas Naib Presiden dan Ketua Perisikan Mesir yg banyak membantu Israel menghapuskan Hamas dan Ikhwan), Ahmed Syafiq (bekas PM) dan Amru Musa (bekas SU Agung LIGA ARAB dan Menteri Luar zaman Mubarak). Jika menang salah seorg dari mereka, maka tiada makna revolusi yg berlaku dan akan membawa Mesir kembali ke zaman kegelapan. Untuk itu, "JUMAAT MEMELIHARA REVOLUSI" dianjurkan bagi mengumpul jutaan rakyat di TAHRIR pd 13 April ini. Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin, Dr.Mahmud Husein mengumumkan penyertaan Ikhwan dalam himpunan tersebut.

Perkongsian Menarik:

Dr.Abdul Munim Abul Futuh, bekas anggota Maktab Irsyad dan Majlis Syura 'Am Ikhwan Muslimin. Beliau mendapat didikan secara langsung dalam madrasah Ikhwan. Pernah menitiskan air mata ketika Khairat Shatir dihukum penjara oleh Mubarak tahun 2006 dulu. Malangnya, beliau melanggar keputusan Syura Ikhwan setahun lalu yang melarang mana-mana ahli Ikhwan mencalonkan diri sebagai Presiden Mesir. Cuma saya kagum dengan tarbiyah Ikhwan, sekalipun dipecat dan dibuang dari Ikhwan, ukhuwah mereka tetap seperti dulu. Demi Allah! Selepas beliau dipecat, tidak pernah saya dengar sepatah ucapan dari mulut Abul Futuh menghentam Ikhwan Muslimin dan memaki hamun Mursyidul Amnya atau mendedahkan aib mana-mana anggota Maktab Irsyad ekoran rasa tidak puas hati atas pemecatan beliau! Apa yang beliau ucap masa berkempen hanya berkaitan manifesto beliau jika dipilih..Memang benar kata anggota Ikhwan: "ABUL FUTUH TELAH KELUAR DARI IKHWAN, AKAN TAPI BELIAU TIDAK PERNAH KELUAR DARI HATI-HATI KAMI"..Semoga ALLAH merahmati Imam Hasan Banna yang mengajar erti ukhuwah yg hakiki ini:

Gambar beliau sedang memeluk erat Mursyidul Am Dr.Mohd Bad'ie:


"SABAR KELUARGA SHATIR".. Khairat Shatir ditangkap di bawah pemerintahan Mubarak sbyk 2 kali, pertama pd tahun 1995 dan dikenakan penjara selama 5 tahun dan kali kedua pada tahun 2004 dan dipenjara selama 7 tahun serta syarikat dan perusahan miliknya disita. Sepanjang dipenjara, Shatir menyambut 21 kali hari raya dalam jeriji besi dan 8 anak perempuannya melangsungkan perkahwinan tanpa kehadirannya serta kelahiran 15 cucu juga tanpa kehadirannya!

"Sabarnya mereka.. Akhirnya kesabaran mereka dibalas oleh Allah":


15 April 2012: TERKINI: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir memutuskan untuk menyingkir 10 orang calon Presiden, antara mereka ialah Omar Suleiman (bekas Timbalan Presiden Mesir dan fulul Mubarak) yang tidak dpt menyempurnakan 1,000 tandatangan lagi di salah sebuah muhafazah. Turut disingkirkan ialah Ir.Khairat Shatir (calon Ikhwan Muslimin), Syeikh Hazim Abu Ismail, Aiman Nur dan Murtadha Mansur.

Ahli Parlimen Iskandariah dari FJP yg juga pakar undang-undang, Subhi Soleh: Ikhwan Muslimin dan FJP akan mengemukakan bantahan dalam masa terdekat atas keputusan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden yang menyingkirkan Naib Mursyidul 'Am, Khairat Shatir. Calon simpanan sblm ini, Dr.Mohammad Mursi (Presiden FJP) hanya akan diumum sebagai calon Ikhwan Muslimin yang sah selepas proses bantahan bg Shatir ditakdirkan menemui kegagalan. Utk mkluman, calon-calon yang disingkir ini berhak mengemukakan bantahan dalam tempoh 48 jam

Dalam peraturan Pilihanraya Presiden Mesir, seseorg calon yang mahu menyerahkan pencalonan perlu memperolehi lebih 30 tandatangan daripada mana-mana Ahli Parlimen Mesir ATAU perlu mendapat lebih 30,000 tandatangan pengundi dari 15 wilayah. Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir memaklumkan sebab penyingkiran 10 calon daripada 23 calon yang mengemukakan pencalonan mereka kerana tidak lengkap syarat-syarat tersebut:

1) Omar Suleiman: Tidak mencukupi 1,000 tandatangan rakyat dari 15 wilayah dan Suleiman hanya mendapat tandatangan rakyat dari 14 wilayah sahaja.

2) Khairat Shatir dan Aiman Nour: Kes mahkamah yg dihadapi.

3) Syeikh Hazim Abu Ismail: Ibunya dikatakan memiliki status kewarganegaraan Amerika walaupun dua hari lalu mahkamah memutuskan ibunya seorg warga Mesir.

BUKTI KEIKHLASAN: Khairat Shatir dalam himpunan rakyat di Matoriah, Kaherah malam ini: "Segala perancangan dan manifesto yang saya kemukakan tidak berkait dengan peribadi saya. Maka kita bersedia menyokong Mursi (Dr.Mohammad Mursi Presiden FJP) jika nama saya dipadamkan dari senarai calon yang akan bertanding"

FAKTA PENTING: Murtadha Mansour adalah seorang daripada 10 calon yang ditolak pencalonannya sebagai Presiden Mesir. Mansour disabitkan dgn kes mahkamah yang berjalan ketika ini apabila dia dituduh sebagai perancang serangan perusuh-perusuh di Tahrir pada 2 dan 3 Februari 2011. Perusuh-perusuh tersebut diupah bertujuan rakyat dapat mengosongkan Tahrir dari tunjuk perasaan anti-Mubarak. Menariknya, beberapa jam selepas pencalonannya ditolak tadi, Mansour terpaksa mengaku yang dia bukan perancang serangan trsebut, katanya perancang sebenar ialah Musyir Tantawi, Ketua Pemerintah Tentera Mesir sekarang!!! Jelas bukan, siapa pihak tentera sebenarnya?

Dari Lajnah Guaman FJP dan Ikhwan Muslimin: Kami telah berkali-kali bermesyuarat tentang kedudukan Khairat Shatir sebelum ini bagi memastikan beliau dapat bertanding mengikut lunas undang-undang.

Fakta kes: Pihak tentera telah memberikan pengampunan kepada Shatir terhadap kes "rekaan palsu" pada zaman Mubarak iaitu tuduhan Shatir terlibat dengan gerakan yang diharamkan di sisi kerajaan. Tapi, seorang Ahli Parlimen berhaluan kiri berideologi Komunis, Aboul 'Eiz Hariri yang juga calon Presiden Mesir (gambar) mengemukakan bantahan terhadap pengampunan yang diberikan oleh tentera kpd Shatir. Apa motifnya? Hanya satu bagi pencalonan Shatir dibatalkan..

** Mari mengenali Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012. Jawatankuasa ini dianggotai oleh hakim-hakim mahkamah seluruh Mesir. Lima daripada mereka yang paling bermasalah.

1) Pengerusi jawatankuasa ini diketuai oleh Farouq Sultan (gambar). Sultan adalah hakim di mahkamah tentera yang dipindah bertugas sebagai hakim mahkamah awam. Bertanggungjawab mengeluarkan perintah untuk membekukan aktiviti kesatuan-kesatuan seperti jurutera, doktor yang aktif bersama-sama Ikhwan Muslimin sebelum ini.

2) Hatim Bagato, Setiausaha bagi jawatankuasa ini. Ibunya mempunyai pertalian darah dengan ibu seorang calon Presiden Mesir, Amru Musa yg dikenali sebagai "orang kuat Mubarak". Musa pernah dilantik sebagai Menteri Luar dan Setiausaha Agung Liga Arab.

3) Mustasyar Madbuli: Antara bekas ahli jawatankuasa SPR yang mengendali pilihanraya paling kotor dalam sejarah Mesir tahun 2010.

4) Mustasyar Khafagi: Hakim yang terlibat menjatuhkan hukuman penjara kepada tokoh pembangkang, Aiman Nour.

5) Abdul Mu'izz Ibrahim: Bekas Pengerusi SPR bagi Pilihanraya Parlimen Mesir lalu, hakim yang bertanggungjwb membebaskan warga Amerika dari tuduhan "menyalurkan dana asing" kepada lebih 100 NGO haram bertujuan menghuru-harakan Mesir.

Dari Lajnah Guaman Ikhwan Muslimin: Khairat Shatir akan kemukakan rayuan esok, Isnin dan "calon simpanan" Dr.Mohammad Mursi masih kekal di posisi simpanan hingga keputusan rayuan kelak tidak berpihak kpd Shatir.

Jawatankuasa Pilihanraya: Omar Suleiman (calon fulul dan bekas Naib Presiden kpd Mubarak) mungkin akan diterima pencalonannya jika dia berjaya menyempurnakan baki 1,000 lagi tandatangan pengundi di mana2 muhafazah. Ini kerana faktor pencalonan Suleiman ditolak hanya teknikal iaitu kekurangan 1,000 tandatangan pengundi dari 14 muhafazah, bercanggah dengan syarat-syarat pilihanraya iaitu seseorang calon mesti mendapat tandatangan dari 30 Ahli Parlimen ATAU 30 ribu pengundi dari 15 muhafazah. Ini bermakna, pencalonannya ditolak bukan atas faktor dirinya adalah calon pro-Mubarak.

16 April 2012: Apabila rakyat Mesir terutama pengundi yang memberikan undi bagi parti Ikhwan, FJP dalam pilihanraya lalu merungut, "Ikhwan ni dah dapat majoriti kerusi di Parlimen pun, tak boleh bentuk kerajaan lagi. Krisis petrol, diesel, terbaru letupan kilang minyak: semua ni bukti kegagalan Ikhwan yg menguasai Parlimen. Menyesal kami mengundi Ikhwan!!" Ayat inilah yang dimahukan oleh musuh politik Ikhwan termasuk Majlis Tentera. Walaupun sebenarnya Majlis Tentera yang menolak cadangan penubuhan kerajaan baru yang diketuai oleh FJP. Ikhwan sudah lama mahu membentuk "Kerajaan Perpaduan" yang dianggotai oleh semua wakil-wakil parti politik tapi PM mesti daripada FJP kerana mempunyai jumlah kerusi yang banyak. Tapi rakyat bawahan terus keliru.

17 April 2012: Selepas tamat tempoh bantahan 48 jam yang diberikan kepada 10 calon yang disingkirkan, hanya 5 org calon yang mengemukakan bantahan bagi dicalon semula. Tidak tersenarai dalam calon ini ialah calon fulul Mubarak dan disokong kuat Israel, Omar Suleiman.
Kenyataan rasmi Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir bertarikh 16 April 2011:

-Jawatankuasa pada hari ini menerima bantahan daripada mereka yang berikut:

1) Muhammad Hazim Solah Abu Ismail
2) Aiman Abdul 'Aziz Nur
3) Muhammad Khairat Shatir
4) Murtadha Ahmed Mohammed Mansur
5) Ahmed Mohammad 'Iwadh 'Ali

- Jawatankuasa memutuskan untuk menetapkan hari Selasa bersamaan 17 April 2012 sebagai keputusan bagi bantahan tersebut

Kedudukan Khairat Shatir, Hazim Abu Ismail dan 3 org calon yang lain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir beberapa jam lagi hari ini selepas mereka mengemukakan rayuan terhadap jawatankuasa tersebut. Hanya 5 org drpd 10 calon yang disingkir mengemukakan rayuan selepas tempoh 48 jam tamat semalam

PENTING: Lima orang pakar undang-undang Mesir selesai mengemukakan hujah bagi menggugurkan penyingkiran Khairat Shatir sebagai calon Presiden Mesir bersama-sama rayuan Shatir yang diserahkan oleh peguamnya, Abdul Munim Abdul Maqsud kepada Jawatankuasa Pilihanraya Presiden. Mereka ialah tiga pakar undang-undang iaitu Dr.Atif Al-Banna, Dr.Kamal Mendur dan Nabil AbdusSalam, Subhi Soleh (wakil Jawatankuasa Perundangan di Dewan Rakyat) dan Nasir El-Hefi (Bendahari Kesatuan Peguam-peguam Mesir dan Ahli Parlimen).

Menurut Mukhtar El-'Isyri Pengerusi Lajnah Guaman Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), terdapat 13 orang pakar undang-undang turut berada di pejabat Jawatankuasa Pilihanraya Presiden bagi menyokong Shatir dan hanya 5 org daripada mereka dibenar mengemukakan hujah mempertahankan Shatir dari segi undang-undang. Beliau percaya dengan hujah yang kukuh diberikan oleh 5 wakil tersebut, jawatankuasa akan membatalkan penyingkiran Shatir.


PALING TERKINI:

Laporan tidak rasmi dilaporkan Ikhwanonline.com: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 menerima rayuan yang dikemukakan oleh calon Ikhwan Muslimin, Khairat Shatir..

Sumber dari: Laman Facebook Us Abdul Malik Abdul Karim, Penasihat PMRAM
Read full story

Tuesday, April 17, 2012

Tuduh PAS Sesat – Us Azman Shapawi, Us Nasarudin Daud Bidas UMNO

0 comments
Fasy: Farti Ajaran S'esyat": Eja Pun Salah, Ada Hati Nak Tuduh Orang Sesat

Sura, 16.4.2012: Kecelaruan UMNO semakin terserlah apabila terpaksa mengadakan satu wacana yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. Paling memalukan, ketika mereka cuba menghebahkan program tersebut, banner yang dicetak dalam tulisan jawi (mungkin bertujuan menunjukkan ke’islam’an UMNO) memakan diri sendiri apabila ejaan yang dibuat penuh dengan kesilapan.

Al-Fadhil Us Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dalam satu ceramah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin memulakan ceramah beliau dengan mengulas tuduhan pelik UMNO tersebut. PAS apabila memenangi pilihan raya 1999 menguatkuasakan undanag-undang hudud, qisas dan takzir boleh dituduh sesat oleh UMNO.

PAS telah melalui pelbagi tuduhan oleh UMNO sehingga pernah dituduh lebih jahat daripada komunis. Bahkan, beliau juga turut menyebut peristiwa pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya dengan pelbagai tuduhan palsu yang dilemparkan bagi menghalalkan tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak yang terlibat.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengulas mengenai isu PTPTN dan pemotongan pinjaman Yayasan Terengganu yang melibatkan 9 mahasiswa di Mesir.


Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Us Nasaruddin Daud turut menyifatkan tuduhan UMNO itu sangat pelik.

“ Adakah orang yang ikut Al-Quran itu sesat” soal beliau

“ Yang sesat orang lawan hukum Allah. Allah berfirman: “ sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul, maka mereka sesat dengan kesesatan yang amat jelas dan nyata”. Ini yang dinyatakan oleh Allah. Tiba-tiba mereka kata kita sesat. Mereka sesat tetapi mereka kata kita sesat”

Kemudian, beliau membuat satu perumpaan menarik sebagai bandingan terhadap kenyataan pemimpin UMNO itu.

“ Memang orang gila tidak akan mengaku dia gila. Dia kata kita gila. Pernah ada orang gila duk ngail dalam baldi. Bila orang tengok dia ngail dalam baldi, orang yang tidak gila tanya: mu main dalam baldi tu ada ikan ke? Dia (orang gila) tu jawab: mana ada ikan. Mu ni gila. UMNO serupa macam orang gila yang ngail dalam baldilah”

Kehadiran beliau ke Dungun kali ini turut mengulas beberapa isu nasional dan isu negeri Kelantan termasuk isu Petroleum.
Read full story

Genap 8 Tahun Syahidnya Syeikh Rantisi

0 comments

Pada 17 April 2004, pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Pada 17 April 2012 ini genaplah 8 tahun as-Syahid meninggalkan kita semua.

Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya, beliau dengan hati penuh harap berkata, “Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurgamu, ya Allah. Inilah puncak harapanku..”


Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache”

Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-Syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan rasulNya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’

Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah.

Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.

Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan.

Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia.

Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 org pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan, “Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel?” Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki.

Bagaimana mengiktiraf sebuah negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas negara orang lain yang dirompak dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar, “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT, “Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

#As-Syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.
Read full story

Sunday, April 15, 2012

Tuan Guru Nik Aziz Rasmikan Bangunan Dun Sura

0 comments


DUNGUN – Bangunan PAS Dun Sura yang tersergam indah di Jalan Nibong, Kampung Molek dekat sini akan disempunakan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari Jumaat 20 April depan.

Menurut Pengerusi Majlis tindkaan DUN Dura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, bangunan rumah kedai satu tingkat itu dibina di atas tapak tanah yang disumbangkan oleh ahli PAS cawangan Kampung Molek.

“Tanah tapak bangunan dibeli sekitar tahun 2000 bernilai RM20,000, tapi bangunan hanya mula dibina pada tahun 2012,

“semasa permulaan pembinaan wang tunai hanya ada RM3000 lebih sahaja, AlhamuliLlah pada bangunan tersebut siap ada Februari baru-baru ini ,”ujarnya
Beliau yang juga ADUN Sura berkata bangunanan tersebut telah pun digunakan sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan PAS Dun Sura yang mengandungi bilik mesyuarat, pejabat Dewan-dewan dan bilik gerakan PAS Cawangan Kampung Molek.



Katanya, tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan bilik mesyuarat yang boleh menampung 40 orang , pejabat DUN, pejabat Muslimat DUN, Pemuda DUN dan Bilik Gerakan Cawangan Kampung Molek.

Manakala, kata beliau, tingkat bawah dijadikan dewan tarbiah bagi menajurkan program-program PAS Dun Sura.

Menurutnya, program pertama yang telah diadakan di bangunan tersebut adalah sarapan pagi dan taklimat bersama Pesuruhjaya PAS Selangor pada 4 Mac 2012

Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan sempena perasmian bangunan tersebut memohon orang ramai bagi menghulurkan sumbangan bagi menyelesaikan sedikit perbelanjaan pembinaannya yang masih tertinggak.

“Bangunan ini adalah milik orang ramai, seluruh rakyat Dun Sura kerana ia dibina hasil sumbangan orang ramai tersebut menelan belanja kira-kira RM250,000,

“kami masih lagi mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membayar semula duit pinjaman (belanja pembinaan) yang sekarang berbaki RM27,500 lagi,”ujarnya.

Sempena perasmian bangunan atu majlis ceramah akan diadakan pada sebelah malam yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am serta Pesuruhjaya PAS terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.


sumber : Buletinonline

Read full story

Saturday, April 7, 2012

Antara Konsep Kesederhanaan Najib & Rais

0 comments


Al-Kuliyyah petang Jumaat semalam, 6.4.2012 menampilkan Mufti Perak dengan Perdana Menteri, YAB Najib Tun Razak sebagai tetamu kehormatnya. Tajuk perbincangan Al-Kuliyyah kali ini adalah mengenai konsep kesederhaan dengan Datin Seri Rosmah tampil lebih 'sederhana' dengan tudung yang tetap memperlihatkan jambulnya.

Lihat pula kenyataan Rais Yatim dalam berita harian semalam;


Tiada larangan terhadap watak 'LGBT' pada saluran tv kerajaan: Rais

2012/04/06

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran televisyen milik kerajaan.

"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki "lembut" (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter. Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan "masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya".
Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan. - BERNAMA.
Read full story

Thursday, April 5, 2012

PAS kerah ahli sertai Bersih 3.0

0 comments
Read full story

Penari Tiang & Artis Seksi – Kerajaan Perlu Lebih Tegas Atasi Soal Akhlak

0 comments
Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam pernah menegaskan dalam sebuah hadis bahawa tujuan kedatangan Baginda adalah untuk menyempurnakan akhlak: “ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” . Ketua para penyair, Ahmad Syauqi turut menegaskan bahawa apabila hilang akhlaknya akhlak dalam sesebuah masyarakat, maka tunggulah saat kejatuhannya.

Kerajaan Malasia di bawah pimpinan Perdana Menterinya, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan gagasan 1 Malaysianya jelas menunjukkan ketidakcanaan mereka terhadap isu akhlak khususnya melibatkan umat Islam. Ketika aktiviti-aktiviti agama disekat dengan pelbagai peraturan-peraturan yang menyusahkan dan menghilangkan imej Islam, ahli-ahli maksiat dibiarkan galak meraikan kebebasan tanpa panduan yang sepatutnya.

Isu tiga penari tiang yang hanya didenda maksimun RM 25 bukanlah isu yang boleh dipandang remeh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom cuba untuk memperlihatkan isu ini masih berada di bawah kawalan apabila mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan dikenakan kaunseling. Soalnya, adakah perkara ini akan diambil serius ataupun jawapan yang diberikan sekadar untuk melepaskan diri daripada tekanan masyarakat Islam di negara ini?

Pelik apabila seorang Imam atas dakwaan menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman yang berat tetapi apabila berdepan dengan situasi ini kerajaan cuba menggambarkan betapa lembutnya mereka mengatasi masalah ini. Adakah masalah akhlak masyarakat yang meruncing ini hanya masalah kecil bagi mereka?

Rancangan realiti TV yang melibatkan semua peringkat umur

Bahkan, pihak kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seperti langsung tidak mengawal aksi-aksi yang dianggap separa lucah atau lebih teruk lagi dilakonkan di layar televisyen. Paling malang apabila pelakon-pelakon daripada tanah air yang beragama Islam melakonkan watak-watak dengan penampilan seksi yang menjolok mata. Ini jelas lebih memberi kesan kepada akhlak masyarakat dalam keadaan sekarang yang boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai televisyen sekarang. Di manakah peranan Lembaga Penapisan Filem dalam masalah ini?

Masyarakat sepatutnya lebih membuka mata dan perlu menyedari hakikat bahawa segala yang dilakonkan dan ditonjolkan oleh adegan-adegan seksi dan lucah dalam televisyen hari ini perlu lebih diberi perhatian dan dikawal oleh pihak kerajaan. Apatah lagi keinginan masyarakat didorong dengan pelbagai akademi yang diwujudkan untuk terus menambah bakat baru dalam bidang seumpama ini. Atau mungkin ada badan kaunseling khas di bawah kelolaan Datuk Seri Jamil Khir akan diwujudkan?

Seluruh lapisan masyarakat perlu mendesak kerajaan supaya memastikan bahawa akhlak dan moral rakyat tidak terus dirosakkan dengan pelbagai kegiatan maksiat yang di’halal’kan oleh pihak kerajaan sendiri. Dalam masa yang sama, jangan sesekali men’halal’kan undi anda untuk kerajaan yang telah terbukti banyak meng’halal’kan pelbagai aktiviti tidak bermoral dalam negara.
Read full story

Monday, April 2, 2012

Gempur PRU13 : Siri ceramah Jom Tolak BN oleh Pemuda Dun Sura

0 comments
Lokasi : Perkarangan PASTI Tanah Lot
Tarikh : 30 Mac 2012
Penceramah : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Ketua DPPM) ; Ustaz Fadhli Shaari (Exco DPPM / SU Akhbar MB Kelantan) ; Ustaz Azman Syapawi



Read full story

Sunday, April 1, 2012

Jika PAS ke Putra Jaya

0 comments
oleh : Nik Mohamad Abduh

1) Dakwah kepada perlaksanaan sistem Islam yang syumul akan diteruskan seperti perjuangannya hari ini. Tidak undur walau setapak..

2) Malah, dengan hak dan kebebasan yang dipraktiskan bersama dalam kerajaan baru PR, PAS meyakini mampu memperkasakan dakwah kepada Islam yang syumul dengan lebih sempurna.

3) Dengan sokongan kerajaan PR, PAS meyakini dasar-dasar Islam dalam sistem pemerintahan yang adil akan dilaksanakan secara tadarruj/berperingkat melalui kaedah siasah syar'ieyah yang benar dan berkaliber.

4) PAS akan menjadi pemain utama di dalam memperkasakan hak-hak majoriti umat Islam di dalam negara, di samping

5) turut memastikan hak-hak non-muslim yang terangkum di dalam pengajaran Islam yang adil dan dipersetujui bersama dipelihara dan dijamin.

6) Syura PAS akan terus menjadi pemerhati dalam parti di dalam meluruskan hala tuju perjuangan PAS di dalam pemerintahan bersama kerajaan tahaluf yang syar'ie.

7) Sebarang perselisihan dengan rakan-rakan dalam kerajaan PR, PAS akan menjadi pemain utama dan rakan terbaik mencari penyelesaian dengan penuh akhlak dan integriti.

8) Pendidikan Islam kepada generasi baru dan anak-anak muda akan menjadi dendangan utama PAS dengan menampilkan pendekatan paling disenangi dan diterima oleh mereka.

9) Bersama rakyat memperjuangkan demokrasi tulen kerana ia adalah sebahagian sistem politik Islam yang syumul yang memperkasakan hak rakyat di dalam memilih pemimpin negara yang bebas.

10) Memahami bahawa sebuah kerajaan baru memerlukan nafas yang panjang dan kesabaran yang tinggi demi kejayaan.


Jom, tukar dan ubah!

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy