Monday, May 14, 2012

Konsep Jihad & Wasatiyyah UMNO: Tuan Mufti, Jom Kita Bincang

0 comments
Muka depan akhbar Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Tan Sri Harussani yang mendakwa bahawa PAS telah menyalahgunakan nama Islam.

Berikut petikan akhbar tersebut:

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. .

Berita Penuh: Link Penuh

 
Disebabkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Tuan Mufti, kami cadangkan juga untuk bincangkan penggunaan kalimah Jihad dalam Himpunan 66 Tahun UMNO Jumaat lalu. Sambutan yang menyaksikan pelbagai acara yang dilakukan jelas melanggar syariat dan hukum Allah. Apakah komentar dan pendapat Tan Sri Harussani mengenainya?



Oh, terlupa. Baru-baru ini Tan Sri dijemput dalam rancangan Al-Kuliyyah TV3 bagi membincangkan konsep wasatiyyah bersama YAB Perdana Menteri. Mungkin boleh cadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bincangkan penyalahgunaan konsep wasatiyyah oleh kerajaan Barisan Nasional juga.

Sekadar cadangan untuk Tuan Mufti yang budiman..
Read full story

Keamanan Manakah Menjadi Pilihan?

0 comments
Seluruh masyarakat mencintai keamanan. Namun, mereka berbeza dalam menafsirkan keamanan.

 Sekolompok masyarakat menganggap keamanan itu adalah dengan meninggalkan segala perkara yang dilarang dan dimurkai Allah. Meninggalkan dosa dan maksiat akan menjadikan mereka terasa aman daripada azab dan bala Allah Taala. Firman Allah Taala:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَ‌ىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَ‌كَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْ‌ضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦

Maksudnya: “ Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” [Al-A'raf: 96]


Sebahagian pula mendakwa aman itu adalah bebas melakukan apa sahaja termasuklah bebas melakukan maksiat dan melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam diri kelompok ini tiada langsung rasa gerun terhadap kemurkaan Allah Taala seolah-olah dunia ini milik mereka. Mereka tidak bimbang dengan ancaman Allah Taala menerusi firmanNya:

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَ‌ىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَ‌ىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ‌ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ‌ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُ‌ونَ ﴿٩٩ أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِ‌ثُونَ الْأَرْ‌ضَ مِن بَعْدِ أَهْلِهَا أَن لَّوْ نَشَاءُ أَصَبْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ ۚ وَنَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ ﴿١٠٠

Maksudnya: “ Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?” [Al-A'raf: 97-100]

Kalau anda, keamanan manakah yang menjadi pilihan? Aman daripada kemurkaan dan bala Allah ataupun aman melanggar syariat dan melakukan maksiat?

Fikir-fikirkanlah!

Cetusan: Lajnah Tarbiyah PPD Sura

Read full story

Monday, May 7, 2012

BN Guna Majlis Fatwa Hadapi Aura BERSIH 3.0

0 comments
Barisan Nasional dilihat semakin tertekan dengan aura BERSIH 3.0 apabila terpaksa menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menfatwakan demonstrasi haram. Selepas gagal memperdaya rakyat dengan pelbagai penerangan melalui media cetak dan elektronik milik mereka, giliran Majlis Fatwa Kebangsaan menjadi mangsa.

Kenyataan yang dikeluarkan tersebut dilihat tidak lebih melainkan usaha menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional yang sedang lemas dengan amukan rakyat yang inginkan pilihanraya yang bersih dan adil. Sepatutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan segala tuntutan BERSIH adakah tuntutan tersebut bertepatan dengan keadilan Islam atau sebaliknya.

Isu seperti pemberian kad pengenalan kepada warga asing, nama pengundi yang telah meninggal dunia terdapat dalam daftar pemilih, 40, 000 nama yang diragui dalam daftar pemilih, rasuah dan politik wang, fitnah media, tindakan anggota polis yang seperti melepas geram kepada demonstran; itu yang mesti dibincangkan bersama. Adakah perkara-perkara ini dikira halal oleh mereka?

Kita berikan satu contoh kes ini dan apa komentar yang boleh diberikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan:

Menceritakan detik - detik beliau ditumbuk, dipukul, disepak, diterajang dan dibelasah oleh sekumpulan polis ketika menyertai BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, beliau mengimbas kembali, 'waktu itu sekitar pukul 6.20 petang saya bersama 3 orang rakan menaiki tangga LRT di Masjid Jame' untuk pulang, katanya.

'Sebelum menaiki tangga LRT saya nampak sekumpulan anggota polis berdiri tetapi tidak mengendahkannya, sampai di tingkat 2, tiba - tiba seorang angota polis menarik bajunya dari belakang dan ketika itu saya agak terkebelakang berbanding dengan 3 orang kawan saya itu', jelasnya.

'Polis itu bertanya hendak kemana, beliau menjawap hendak ke LRT tiba - tiba sebiji tumbukan singgah di pipi kanan saya dan polis itu menarik baju saya menuruni tangga', katanya.

Beliau seterusnya berkata, 'saya diheret ke tempat sekumpulan anggota polis yang saya nampak tadi dianggarkan 10 orang dan di situlah saya dibelasah bertubi - tubi hingga jatuh dan rebah di atas jalan', ulasnya.


Tidakkah ini dikira sangat zalim dan siapakah yang mencetuskan huru-hara pada hari tersebut?

 Tuan Guru Haji Salleh Turut Sertai BERSIH

Sebelum itu, Dewan Ulama' PAS Pusat terlebih dahulu mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Berikut petikan kenyataan DUPP daripada laman web rasmi DUPP:

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar yang dituntut oleh Islam. Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang. Ia merupakan sebahagian tugas Amr Ma'ruf Nahi Mungkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam. Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara."

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan, "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja tetapi perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya. Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara Amar Ma'ruf Nahi Mungkar mewakili rakyat." 

Kenyataan Penuh DUPP: Di sini
Read full story

Wednesday, May 2, 2012

YB Dato Seri TG Presiden Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan DPPNT Kali Ke - 43

0 comments

1 MEI, MANIR: Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPPNT kali ke - 43 di KUDQI semalam. Seluruh perwakilan dan pemerhati mendengar dengan khusyuk setiap pesanan dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh beliau.

YB Dato' Seri Presiden memulakan ucapannya dengan membaca ayat daripada Surah al-Baqarah yang menceritakan kisal Thalut dan Jalut. Kisah yang memaparkan ujian Allah Taala kepada Bani Israel sebelum Allah Taala memuliakan orang yang sabar berjuang kerana Allah Taala dalam kalangan mereka.

Beliau turut mengingatkan para hadirin kesucian perjuangan Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam.

" Dalam sejarah Islam, sepanjang 23 tahun Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam berjuang; mengikut Maulana Abu al-Hasan 'Ali an-Nadawi, hanya 1000 lebih sahaja yang mati dalam kalangan musuh. Ini hebat. Hanya yang melampau sahaja dibunuh.."

Beliau yang juga penasihat BPPNT turut membaca satu hadis bagi menjelaskan pentingnya kualiti bagi setiap pejuang yang ingin berjuang menegakkan agama Allah Taala.

" (Hadis Nabi Sollallahu'alaihiwasallam itu) Menunjukkan bahawa kita perlu ada kualiti; walaupun pertarungan itu adalah pertarungan pilihanraya secara demokrasi. Islam menggalakkan kita memilih jalan damai. Kerana kaedah hubungan antarabangsa dalam Islam, perdamaian didahulukan daripada peperangan"

 Dalam kesempatan tersebut, TG Presiden menerangkan sejarah gerakan Islam di Terengganu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan negeri-negeri lain.

" Terengganu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding negeri-negeri lain kerana kita ada batu bersurat... . Apa yang menarik perhatian saya, sultan-sultan yang berilmu dan ulama' ulama' melaksanakan Islam secara feqah politik. Walaupun alam Melayu ini bermazhab Syafie, semua kesultanan di Terengganu bermula dengan Hindu dan Buddha. Mengikut kitab feqah Mazhab Syafie, kalau nak jadi rakyat adalah ahli kitab dan Majusi. Tetapi kerajaan di waktu itu boleh menerima masyarakat Hindu dan Buddha"

Beliau juga mengingatkan hadirin terhadap peranan ulama' dalam mempertahankan Islam di Terengganu.

" Terengganu ada batu bersurat. Terengganu adalah negeri yang paling hebat dan keras dibelasah oleh penjajah. Dan selepas kita mencapai kemerdekaan, Terengganu paling keras dibelasah oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ramai dalam kalangan kita tidak peka. Perjuangan menentang penjajah di Terengganu dipelopori oleh para ulama'"
Read full story

" Kita Berjuang Menegakkan Agama Allah" - Ketua Pemuda DPPNT

0 comments
1 MEI, MANIR: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke - 43 di KUDQI, Kubang Lembek semalam. Mesyuarat yang diadakan ketika bahang BERSIH 3.0 masih terasa menyebabkan ramai yang hadir untuk mendengar pesanan dan maklumat daripada YB Ketua Pemuda dan Perasmi.

" Pertama-tamanya kita bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana pada pagi ini kita dapat meneruskan agenda perjuangan kita; agenda yang disuruh oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya: " dan urusun-urusan orang-orang yang beriman itu adalah permesyuaratan antara mereka" ", ujar beliau ketika memulakan ucapan alu-aluan.

" Yang kedua saya merakamkan jutaan terima kasih dan doa - jazakumullah khairal jaza' - khususnya kepada Dato' Seri Tuan Guru dan pemerhati yang mewakili Badan Perhubungan, Tuan Haji Mahyuddin serta seluruh para perwakilan dan pemerhati yang memeriahkan majlis dan muktamar kita pada pagi ini"

Antara pesana terpenting oleh YB Ketua Pemuda adalah berkaitan asas perjuangan ini. Perjuangan PAS adalah bagi menegakkan agama Allah Taala di atas muka bumi ini.

" Saudara muslimin, anak-anak muda yang saya hormati sekalian. Saya sentiasa menasihati diri saya dan mengajak anak-anak muda sekalian meletakkan asas akidah perjuangan ini. Mesti diikat, mesti disimpul dengan sekuat-kuatnya dalam hati dan kehidupan kita. Tiada lain kita hidup dalam perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana menyahut apa yang diseru oleh Allah Taala pada penghujung surah as-Saff"

" Orang-orang muda yang menjadi para perwakilan, pemerhati; pejuang Parti Isalam Semalaysia (PAS), marilah kita menyahut petunjuk daripada Allah Taala bahawa kita berjuang dalam parti Islam ini tiada lain melainkan kerana ingin menegakkan agama Allah, menegakkan keadilan yang diajar oleh Allah, menumbang dan menjatuhkan kezaliman, kerakusan, penyelewangan, penyalahgunaan kuasa kerajaan yang ada pada hari ini"

KP turut menjelaskan bahawa slogan " Orang Muda, Geng Kite" adalah slogan yang cocok dengan anak muda. Oleh itu, seluruh gerak kerja mesti di susun penuh berstrategi bagi mendekatkan diri kepada golongan muda sehingga mereka menjadikan undi mereka untuk Parti Islam Semalaysia (PAS).

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh pemerhati dan perwakilan bahawa tarikh pilihanraya semakin hampir. Para pemuda diingatkan supaya sentiasa bersedia dan berada dalam mood pilihanraya.

Dalam kesempatan itu, YB Us Mohd Nor Hamzah melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pemuda yang membuktikan semangat serta kesungguhan mereka mendengar arahan pimpinan untuk sama-sama turun dalam demonstrasi yang diadakan bagi membantah kezaliman pihak kerajaan terhadap rakyat.

" Saya merakamkan jutaan terima kasih -jazakumullah khairal jaza'- kepada seluruh pemuda yang hadir dalam seluruh demonstrasi yang kita adakan. Samada kita hadir dalam demonstarsi yang dianjurkan oleh gerakan mahasiswa, 24hb demonstrasi yang diadakan oleh BPPNT dan 28hb yang terakhir; pemuda turun walaupun kita tidak menyediakan duit mahupun peruntukan yang besar. Kita dapati pemuda bersemangat turun"

Beliau turut melahirkan rasa simpati dan sedih terhadap perkara yang menimpa peserta demonstrasi yang dipukul dan ditangkap. Beliau juga mengharapkan para pemuda akan terus istiqamah serta tidak akan berganjak dalam perjuangan ini bahkan sentiasa menjadikan perjuangan Nabi dan Para Sahabat sebagai teladan terbaik bagi mereka.

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy