Thursday, October 3, 2013

Hilangnya permata; Tuan Guru Ustaz Mustapha Hussin

4 comments

Bersemadinya seorang pejuang yang tidak henti mencurahkan ilmu dan mewafatkan dirinya untuk perjuangan Islam.

SESUNGGUHnya mati seribu orang yang kuat beribadah setiap malam kepada ALLAH dan berpuasa setiap hari lebih ringan daripada mati seorang alim atau mengetahui perkara-perkara yang halal dan haram kerana kehilangannya sangat berharga.



Read full story

Wednesday, August 21, 2013

FLASHMOB : Morsi - Kami Bersamamu

4 comments

Read full story

Friday, August 16, 2013

Mesir : KAMI AKAN KEKAL DI SINI

0 comments
Mesej dari Medan Nahdhah-Kami akan kekal disini

 "Aku akan kekal disini sehingga Dr Mursi kembali menjadi pemimpin, sehingga Mubarak kembali ke penjara, dan sehingga As Sisi dihukum gantung, hak-hak orang yang telah mati tidak akan disia-siakan, kami akan mati bersama mereka,tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian, dan kami cinta kepada kematian!"
 ''Nafas kebenaran itu lebih panjang daripada nafas kebatilan,jangan sangka kami takut, tertekan atau ragu-ragu dengan kudrat tuhan kami".
 "Kami akan kekal disini, dan jika dengan izinNya dicatat kematian untuk kami,maka kami akan mati sebagai syuhada,dan jika dicatat hidup untuk kami, maka kami akan hidup dengan merdeka"

From Malaysia We Support Mohammed Morsi
Read full story

Saturday, August 3, 2013

Pemuda Bersamamu 9.0: Sekalung Penghargaan

0 comments


Sekalung Penghargaan diucapkan khusus buat seluruh penderma yang bermurah hati menyumbang untuk program Bersamamu 9.0 tahun ini

Tidak dilupakan buat seluruh:


Ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menyusun segala gerak-kerja program


&

Seluruh individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Pemuda Bersamamu 9.0 kali ini

Jazakumullahu khairal jaza'

Hanya Allah yang mampu membalas segala sifat kesungguhan dan dermawan kalian pada bulan Ramadhan yang mulia ini

Sabda Nabi Sollallahu'alaihiwasallam, maksudnya:

“ Sesiapa yang membantu menyelesaikan kesusahan yang dihadapi oleh seseorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah Taala akan menyelesaikan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang berada dalam kesusahan, Allah permudahkan urusannya di dunia dan diakhirat... " - hadis riwayat Imam Muslim

Selamat menempuh baki Ramadhan 1434H dengan sama-sama mempertingkatkan amal-soleh. Semoga kita semua berjaya merebut segala rahmat dan keampunan yang dijanjikan olehNya.
Read full story

Saturday, June 15, 2013

Pemuda & Perubahan: Sifat-sifat Yang Mesti Difahami (Bahagian 2)

0 comments
Pemuda Agen Perubahan: Sifat-sifat Yang Perlu Dimiliki

1. Taat kepada Allah

Seorang pemuda yang bercita-cita untuk membuat perubahan mestilah meletakkan keredhaan Allah Taala sebagai matlamat dalam perjuangan. Perubahan yang diinginkan oleh pemuda Islam adalah memastikan keindahan Islam itu diperlihatkan kepada masyarakat. Mereka bukan sekadar berjuang dengan semangat membabi-buta sehingga menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat dan cita-cita.

2. Rasul sebagai Teladan


Seorang pemuda Islam itu mesti sentiasa berusaha mengenali Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam untuk menjadikan BAginda sebagai teladan. Mereka mesti mengkaji dan memahami bagaimana Baginda Sollallahu'alaihiwasallam mendidik para pemuda dalam kalangan sahabat yang menggalas tanggungjawab menjana kemenangan dan mengisi kemenangan selepasnya dengan perintah Allah Taala.


3. Berusaha Menghiasi Diri Dengan Akhlak Mulia

Pemuda pejuang agama Allah Taala mestilah sentiasa berusaha memperbaiki dan menghiasi akhlak mereka dengan akhlak Rasulullah. Segala tindakan, kelakuan, pertuturan mestilah menggambarkan betapa indahnya akhlak Islam.

4. Istiqamah Mujahadah Diri 

Sebelum berjuang menentang musuh, mereka hendaklah berusaha mujahadah diri dalam melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Segala kewajipan dilaksanakan dengan sebaiknya diikuti dengan ibadah sunat seperti membaca al-quran, solat dan puasa sunat, qiamulail dan memperbanyakkan zikir serta selawat.

5. Bersikap Kritis & Kreatif

Para pemuda mestilah seorang yang bijak menyusun strategi dalam berhadapan dengan musuh. Terlebih utama daripada itu, hikmah dalam berdakwah menarik manusia untuk mengenali Islam..


6. Hidayah Adalah Matlamat Utama Perjuangan


Perjuangan Islam bukanlah perjuangan memperbanyakkan musuh. Jauh sekali untuk menunjuk hero dengan penuh rasa sombong. Islam berusaha membawa manusia ke arah hidayah Allah Taala. Semakin ramai yang mengecapi makna hidayah dengan sebab dakwah yang bijak, lebih besar ganjaran dan kedudukan di sisi Allah Taala.
Read full story

Monday, May 27, 2013

Pemuda & Perubahan: Sifat-sifat Yang Mesti Difahami (Bahagian 1)

0 comments


Revolusi berlaku di beberapa buah Negara Arab melibatkan pertembungan antara rakyat dan kerajaannya yang zalim. Beberapa buah negara memperlihatkan kejayaan rakyat memaksa pemimpin turun daripada takhta pemerintahan seperti Mesir dan Tunisia. Namun begitu, dalam kejayaan tersebut, barisan kepemudaan turut melalui proses perubahan yang agak sukar bahkan tempoh ini lebih sukar dibandingkan tempoh revolusi menjatuhkan kerajaan.

Islam Cakna Semangat Kepemudaan

Pemuda adalah generasi pelapis untuk memacu dan memimpin masyarakat untuk mengecapi erti kedamaian menurut pacuan Islam. Oleh sebab itu, Nabi Sollallahu’alaihiwasallam  mengingatkan:

“ Rebutlah limah perkara sebelum datangnya lima perkara… antaranya: zaman kepemudaanmu sebelum dating waktu tuamu”

Islam memimpin pemuda untuk membuat sesuatu perubahan dengan jalan yang terbaik. Perubahan itu mestilah berlandaskan kehendak iman, bukannya kehendak nafsu. Sehinggakan ulama’ menegaskan: “ Pembinaan orang yang sujud kepada Allah didahulukan sebelum pembinaan tempat untuk sujud (masjid atau seumpamanya)”.

Nabi Sollallahu’alaihiwasallam membina generasi di Mekah dengan asas yang jelas sebelum berhijrah ke bumi Madinah. Ketika di Mekah, mereka melalui satu tempoh penderitaan yang panjang sehingga ada sahabat seperti Khabab al-Arat meminta Nabi Sollallahu’alaihiwasallam berdoa kepada Allah supaya membinasakan kaum Musyrikin.

Syeikh Fathi Yakan pernah menyebut:

“ Mestilah difahami bahawa tujuan pembinaan pemuda hari ini adalah untuk meralisasikan usaha menegakkan Islam dalam masyarakatnya bahkan di atas dunia seluruhnya. 

Oleh sebab itu, seluruh gerak kerja dan tumpuan utama Pemuda Islam adalah memindahkan kepimpinan umat hari ini daripada tangan-tangan jahiliyyah, pemikirannya, undang-undangnya, akhlaknya KEPADA PENGUASAAN ISLAM, PEMIKIRANNYA, SYARIATNYA SERTA AKHLAK MULIANYA”

Seluruh pemuda kita jangan terpedaya. Hanya Islam yang mengetahui makna kezaliman sebenar. Apabila Islam ditinggalkan untuk memandu segala gerak kerja para pemuda, ketika itu mereka sedang menzalimi dan merosakkan diri mereka sendiri.

Bersambung…. 
Read full story

Sunday, February 10, 2013

Lensa Grand Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun_siri 2

7 comments












Read full story

Lensa Grand Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

1 comments
Grand Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun
10 Februari 2013 @ X-Zone Futsal,Batu 7,Dungun
Hadiah :
Pertama RM2000
Kedua RM1000
Ketiga RM700
Keempat RM500
Hadiah Cabutan Bertuah kepada Pemain :Sebuah Motosikal Modenas CT100





































Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy