Monday, May 27, 2013

Pemuda & Perubahan: Sifat-sifat Yang Mesti Difahami (Bahagian 1)

0 comments


Revolusi berlaku di beberapa buah Negara Arab melibatkan pertembungan antara rakyat dan kerajaannya yang zalim. Beberapa buah negara memperlihatkan kejayaan rakyat memaksa pemimpin turun daripada takhta pemerintahan seperti Mesir dan Tunisia. Namun begitu, dalam kejayaan tersebut, barisan kepemudaan turut melalui proses perubahan yang agak sukar bahkan tempoh ini lebih sukar dibandingkan tempoh revolusi menjatuhkan kerajaan.

Islam Cakna Semangat Kepemudaan

Pemuda adalah generasi pelapis untuk memacu dan memimpin masyarakat untuk mengecapi erti kedamaian menurut pacuan Islam. Oleh sebab itu, Nabi Sollallahu’alaihiwasallam  mengingatkan:

“ Rebutlah limah perkara sebelum datangnya lima perkara… antaranya: zaman kepemudaanmu sebelum dating waktu tuamu”

Islam memimpin pemuda untuk membuat sesuatu perubahan dengan jalan yang terbaik. Perubahan itu mestilah berlandaskan kehendak iman, bukannya kehendak nafsu. Sehinggakan ulama’ menegaskan: “ Pembinaan orang yang sujud kepada Allah didahulukan sebelum pembinaan tempat untuk sujud (masjid atau seumpamanya)”.

Nabi Sollallahu’alaihiwasallam membina generasi di Mekah dengan asas yang jelas sebelum berhijrah ke bumi Madinah. Ketika di Mekah, mereka melalui satu tempoh penderitaan yang panjang sehingga ada sahabat seperti Khabab al-Arat meminta Nabi Sollallahu’alaihiwasallam berdoa kepada Allah supaya membinasakan kaum Musyrikin.

Syeikh Fathi Yakan pernah menyebut:

“ Mestilah difahami bahawa tujuan pembinaan pemuda hari ini adalah untuk meralisasikan usaha menegakkan Islam dalam masyarakatnya bahkan di atas dunia seluruhnya. 

Oleh sebab itu, seluruh gerak kerja dan tumpuan utama Pemuda Islam adalah memindahkan kepimpinan umat hari ini daripada tangan-tangan jahiliyyah, pemikirannya, undang-undangnya, akhlaknya KEPADA PENGUASAAN ISLAM, PEMIKIRANNYA, SYARIATNYA SERTA AKHLAK MULIANYA”

Seluruh pemuda kita jangan terpedaya. Hanya Islam yang mengetahui makna kezaliman sebenar. Apabila Islam ditinggalkan untuk memandu segala gerak kerja para pemuda, ketika itu mereka sedang menzalimi dan merosakkan diri mereka sendiri.

Bersambung…. 
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy