Tuesday, August 12, 2014

Tahniah | Recep Tayib Erdogan

0 comments
BismiLlah..

Pemuda PAS Dun Sura merakamkan ucapan tahniah & berbanyak syukur kepada Allah diatas kejayaan Recep Tayib Erdogan didalam pilihanraya presiden Turki beberapa hari lepas.

Kami mengharapkan kemenangan beliau terus diisi dengan keadilan serta manfaat yg melimpah kepada seluruh rakyatnya dan juga dunia Islam.

Mudah-mudahan segala jasa keringat beliau bersama jemaahnya dalam mencurah bakti kpd ummat dan juga agama sentiasa dibimbing oleh taufiq dan hidayah Allah Swt.


Ketua & Saf Kepimpinan Pemuda PAS Dun Sura
12 Ogos 2014


Read full story

Saturday, August 9, 2014

Sekitar Majlis Rumah Terbuka YB ADUN Sura

1 comments
AlhamduliLlah...
(9 Ogos 2014)

Terima kasih diatas kehadiran pengunjung serta penyokong yg telah sudi memeriahkan majlis rumah terbuka YB Adun Sura sebentar tadi.

Kehadiran orang ramai yg sangat padat tadi diharapkan dapat mengundang tautan kasih mesra sesama kita pada penghujung kemeriahan Syawal ini.

Dalam kemeriahan majlis itu, pihak tuan  rumah telah menyediakan beberapa kotak sumbangan bagi tujuan dana kebajikan masyarakat setempat.

Disamping itu juga, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan bagi turut sama meraikan rakan2 penyokong serta pengunjung.

Kehangatan majlis terus ditambah dengan acara simbolik menentang kekejaman zionis Israel terhadap saudara muslim kita di Gaza.

Acara membakar bendera zionis itu telah disempurnakan oleh kedua-dua Yang Berhormat.

Semoga segala sumbangan & dokongan tuan puan menjadikan Islam bertambah kukuh bertapak dibumi Dungun ini.
InsyaaAllah..

Selamat Hari Raya..
Maaf segala salah kurang kami..
 
JazaakumUllahu Khoiran Jazaa'...


Ketua & Saf Kepimpinan Pemuda PAS Dun Sura








Read full story

Friday, August 8, 2014

PPD SURA TEGUH BERDIRI BERSAMA MAJLIS SYURA ULAMA & TUAN GURU PRESIDEN

0 comments

BismiLlah..

PPD SURA TEGUH BERDIRI BERSAMA MAJLIS SYURA ULAMA & TUAN GURU PRESIDEN


Pemuda PAS Dun Sura meneliti dgn penuh cermat beberapa isu yg melanda perjuangan ini. 

Kami melahirkan rasa dukacita yg amat dalam diatas sikap beberapa pimpinan kanan parti yang enggan bersependapat dgn pandangan tajam murobbi presiden.

Ketahuilah sekalian pecinta perjuangan ini, bahawa bahtera kita bakal tenggelam jika meminggirkan pandangan ulamak. Pandangan mereka yang sarat dengan kefakehan ilmu serta pengalaman yang sangat luas menjangkau sempadan isu ummah antarabangsa.

Keberadaan ulamak dalam perjuangan kita bukan penyedap menarik undi semata. Bahkan keberadaan mereka adalah jauh kepada fungsi memantau setiap gerak langkah jemaah ini agar ia selamat menghampiri manhaj destinasi menuju redha Ilahi.

Kami bertegas dgn penuh wala' menyokong pandangan murobbi presiden serta Majlis Syura dalam keputusan penuh cermat mereka berkenaan kemelut MB Selangor. 

Kami akur bahawa inilah sebaik-baik keputusan demi menjaga kemaslahatan ummah.

Tiada istilah ta'sub dalam mematuhi (wala') kepada keputusan murobbi presiden serta Majlis Syura, selagi mana keputusan mereka tidak melanggari sempadan Syarak.

Apalah erti sebuah bahtera perjuangan yg suci ini..
Tanpa seorang ketua yg alim lagi murobbi..
Ke mana sahaja beliau pergi,,
Ke seluruh pelusuk dunia Islam, pasti beliau disanjungi & dihormati...

Kini beliau diuji, dibantah &diengkari...
Kami memerhati dgn penuh teliti..
Ketahuilah,, 
Bahawa Tuan Guru Murobbi tidak pernah sesekali kami biarkan bersendiri!


INFIRU...!!!


TENGKU MOHD HISHAM TENGKU AMBAK
Ketua Pemuda PAS Dun Sura
12 Syawal 1435H / 8 Ogos 2014
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy