Saturday, February 15, 2014

Pemuda Diseru Turut Prihatin Soal Kebajikan Penduduk


DUNGUN, 15 Februari 2014 - "Para pemuda sewajarnya turut memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan penduduk dan tidak hanya tertumpu kepada program kepemudaan semata-mata, " demikian saranan Setiusaha Pemuda DUN Sura, Encik Ashadi Sidek ketika diminta mengulas usaha JK Projek Rumah Moswa UPU Sg Buaya yang sedang giat pembinaannya, di sini.

"Pihak kami tidak terkecuali memberi perhatian kepada projek yang sedang dijalankan ini, usaha mengumpul sumbangan turut dilakukan oleh pihak kami, " ujar beliau selaku sebahagian di antara tenaga penting yang turut menjayakan setiap program tahunan "Pemuda Bersamamu" apabila tiba sahaja Ramadhan al-Mubarak.

Pihak JK Projek Rumah Moswa UPU Sg Buaya berhasrat untuk menyiapkan pembinaan rumah ini akhir April akan datang, sumbangan ikhlas para dermawan bakal merealisasikan hasrat murni ini.


Awal Mei 2014, semoga Mohd Sazzly, isteri dan anak-anak mereka sudah mula mendiami rumah ini, insyaAllah.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, sila hubungi Bendahari Projek, Tg Abdul Jalil bin Tg Osman (014-546 9928) atau Setiausaha Projek, Mohd Nafi Abdullah (019-934 5732).
Y.B. ADUN Sura, Hj Wan Hapandi Wan nik, selaku Penasihat Projek, merakamkan ucapan ribuan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua warga prihatin yang telah menghulurkan sumbangan.

"Sumbangan ikhlas tuan/puan bakal memberi sinar baru kepada Mohd Sazzly sekeluarga, dan di atas keikhlasan semua kepada Allah jua diserahkan untuk diganjariNya, " ujar beliau. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy