Showing posts with label Jihad. Show all posts
Showing posts with label Jihad. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Kerahan ke Demontrasi anti Israel di Dungun

0 comments
Edaran risalah kempen boikot barangan Israel juga akan diedarkan mulai demontrasi sehinggalah ke hari-hari  minggu berikutnya tanpa henti.Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mengambil tanggungjawab ini bagi menyedarkan rakyat tentang kesedaran perlunya ada usaha untuk memboikot barangan Israel supaya tidak tergolong antara kalangan yang menyumbang kepada usaha pembunuhan rakyat Palestine.

Selain pidato daripada pimpinan PAS Kawasan Dungun,upacara pembakaran bendera Amerika Syarikat dan Israel semasa demontrasi akan menghangatkan lagi suasana panas terik tengahari Jumaat nanti.

JOM PAKAT MARI BELAKE !!!! Tunjukkan solidariti kita



Read full story

Thursday, September 6, 2012

Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR

0 comments
Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.



UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."
Agama Islam
Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah.
Sambung Lagi Disini

Read full story

Tuesday, February 14, 2012

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad

0 comments

Mati syahid menunggu mereka..kita bagaimana?

Read full story

Monday, November 14, 2011

Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

0 comments
Ditulis oleh : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.


Sambung Lagi...
Read full story

Saturday, October 15, 2011

Petikan Khutbah Ketua Pemuda PAS Dungun

0 comments
Khutbah Jumaat di Masjid Kg Pulau Serai [14 Oktober 2011]
oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abd Aziz.



Read full story

Tuesday, September 6, 2011

Misi Kemanusiaan : Berisiko tapi jangan Putus Asa

0 comments

oleh : Ustaz Nasrudin Hassan

1. Al Faatihah .. semoga ruh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor tergolong dari kalangan hamba Allah yang soleh dan diganjarkan pahala syahid. Inilah antara harga yang terpaksa dibayar dalam apa jua misi kemanusiaan yang dilancarkan. Tidak sewajarnya kita kecewa apalagi kesal terhadap apa yang berlaku tanpa saya menafikan bahawa segala kelemahan dan kekurangan penganjurnya perlu diatasi dan diperbaiki di masa - masa mendatang.

2. Umumnya misi kemanusiaan adalah di kawasan berisiko. Risiko yang boleh membunuh dan mencederakan anggota misi kemanusiaan tersebut. Samada di kawasan bergolak seperti negara yang dilanda krisis peperangan atau ketegangan politik, juga di kawasan yang ditimpa bencana atau musibah seperti tsunami, gempa bumi, radio aktif dan negara yang diserang wabak penyakit berjangkit seperti taun dan selesema burung.

3. Namun, di atas sifat kemanusiaan maka segala risiko dihadapi dengan penuh keinsafan demi bakti kepada mereka yang memerlukan. Saya tidak percaya ada orang yang mahu bersuka ria atau enjoy dalam misi kemanusiaan seperti ini. Pastinya mereka pergi dengan persiapan dan kesediaan untuk menghadapi apa jua risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku. Mereka yang menyertai misi kemanusiaan ini adalah mereka yang terpilih. Mereka dipilih oleh Allah swt. dari lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk menghadapi risiko yang getir ini.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga kerap kali menyertai Misi Kemanusiaan ke kawasan berisiko tinggi seperti ini termasuklah ke Gazza Palestin berdepan dengan keganasan rejim Israel laknatullah A'laih. Pelbagai pengalaman getir ditempuh namun insyaallah, segala pengalaman itu bukan sahaja tidak melemahkan semangat kami sebaliknya semangat berbakti dan berkhidmat semakin membara.

5. Saya juga mengharap agar keluarga Allahyarham Noramfaizul tabah dan sabar menerima takdir ini dan banyakkan berdoa kepada Allah swt semoga Allah merahmati dan memberkati ruh Allahyarham yang telah mengorbankan dirinya menyertai misi kemanusiaan ke Somalia tempohari. Secara peribadi dan perikemanusiaan, saya juga mengharapkan pihak Putera 1 Malaysia tidak putus asa untuk terus menggerakkan misi kemanusiaan. Berkhidmat dan berbakti kerana mencari keredhaan Allah swt. kepada manusia yang memerlukan atas sifat kemanusiaan mesti diteruskan. Justeru ia adalah kerja, tugas dan amalan yang mulia.

6. Banyak lagi ngo - ngo lain yang membawa misi serupa meskipun tidak mendapat liputan media yang luas seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan lainnya. Saya mengharapkan usaha mereka juga diteruskan tanpa jemu dan bosan, apatah lagi untuk patah semangat sekalipun tidak dijejak publisiti yang luas oleh media bertaraf. Misi kemanusiaan adalah misi yang mesti bertolak dari keikhlasan dan kemurnian jiwa. Bebas dari sempadan kepentingan politik.

7. Sejak awal, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menubuhkan Tabung Kemanusiaan bagi menghulur bantuan dan menangani pelbagai isu kemanusiaan di seluruh dunia termasuk dalam negara sendiri. Misi kemanusiaan selayaknya disokong oleh semua pihak. Saya menyeru dan merayu kepada para dermawan dan hartawan agar memberikan sumbangan terbaik anda kepada insan yang memerlukan. Kini giliran Somalia sementara kita dididik oleh agama untuk terus berbakti.

8. Kepada insan prihatin, boleh salurkan sumbangan dan derma anda ke :

Tabung Kemanusiaan Antarabangsa Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat
14014010026320
Akaun Bank Islam Malaysia Berhad

9. Segala sumbangan anda insyaallah, akan kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan di Somalia. Mudah - mudahan insan yang dihimpit penderitaan dan kesengsaraan bahkan kebuluran dapat diringankan beban mereka dan anda semua diganjarkan pahala dan redha dari Allah swt.

10. Dewan pemuda PAS Malaysia merakamkan jutaan terima kasih, jazaakumullah khairan jaza' kepada semua penyumbang diatas sumbangan yang dihulurkan. Semoga ia menjadi amal jariah yang diterima oleh Allah swt.



Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Read full story

Thursday, March 10, 2011

Video : Penghormatan buat para syuhada Revolusi Mesir 2011

0 comments
Read full story

Friday, February 11, 2011

Peranan Ikhwanul Muslimin Dalam Kebangkitan Di Mesir

8 comments
Banyak dari hadis Rasulullah saw yang menunjukkan Baginda melontarkan pandangan futuristik mengenai kebangkitan Islam dan sunnah dalam perjuangan menegakkan Islam. Lantaran itu, mereka yang berpegang teguh meyakini bahawa Islam kembali bangun ketika ini. Di sebalik pelbagai cabaran yang ditekankan ke atas umat Islam, dunia dikejutkan dengan kebangkitan khususnya di Mesir yang tidak pernah disangkakan. Ikuti temubual ringkas Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM dengan Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Muhd Zainul Asri Romli.

HARAKAH: Sekian lama umat Islam khususnya di Mesir ditekan oleh regim pemerintahan dan hidup dalam ketakutan. Jadi bagaimana boleh berlakunya kebangkitan pada skala yang membuka mata dunia ini?

USTAZ ZAINUL ASRI: Ceritanya sebab “al-waktu juz ‘un minal ‘ilad” maknanya waktu itu sebahagian daripada rawatan iaitu masa yang menentukan. Islam ini sifatnya macam buah, buah ni kita tak boleh kelam kabut atau sifat isti’jal. Sebab apabila kita kalut, kita isti’jal, kita nak hasil cepat sebelum masanya, ketika itu kita akan dihukum dengan kita tidak dapat langsung perkara yang kita hajat. Isu di Mesir ini pangjanglah, Ikhwanul Muslimin telah pun menyampaikan dakwah dalam masa yang cukup panjang dan mereka bukan berdepan semata-mata musuh biasa, tetapi musuh Islam antarabangsa.

Dari zaman British masuk ke Mesir, Hassan al-Banna melihat ancaman Barat ini hingga tertubuhnya Ikhwan. Keadaan sangat dahsyat kerana serangan Barat telah mengubah kehidupan masyarakat daripada Islam kepada sekular. Ikhwan membawakan Islam, dengan sifat Islam adalah kebenaran dan dakwah disampaikan dengan cukup indah, jadi mudah pengaruh Ikhwan itu berkembang cepat di Mesir. Tapi bila perkembangannya cepat, ia menjadi ancaman pula kepada penjajahan ‘ghazwatul fikr’ (serangan pemikiran) kerana bukan orang asing memerintah, tetapi kerajaan ini adalah kerajaan boneka kepada penjajah. Jadi akhirnya, pengarahan dari musuh antarabangsa untuk tembak Hassan al-Banna, beliau terkorban dan Ikhwanul Muslimin diharamkan.

Ikhwan juga mengorbankan begitu banyak amilinnya di medan dakwah itu sebagai syuhada. Walaupun Ikhwan diharamkan, dakwah Islam tidak pernah berhenti. Jadi kita ambil pengalaman ini bahawa di Mesir sistem demokrasi berparlimen itu berjalan. Ikhwan tidak memboikot sistem ini, mereka melibatkan diri dengan demokrasi. Dulu mereka diharamkan, jadi mereka masuk pilihan raya menggunakan kaedah tahaluf siyasi bersama dengan Parti Buruh.


Bagaimana Ikhwan terus ‘survive’ dalam suasana itu?

Dalam penglibatan dengan Parti Buruh, dakwah berjalan hinggakan berjaya mengubah pola fikir pimpinan Parti Buruh ini kepada Islam. Jika dilihat perjalanan demokrasi di Mesir memang cukup dahsyat. Penipuan mereka terang-terangan, kita di Malaysia penipuan sembunyi-sembunyi. Parti kerajaan menipu dalam pilihan raya; culik calon, larikan peti undi. Tapi Ikhwan tetap sabar dan terus berjuang, bertahun-tahun terlibat dengan Parti Buruh tiada ‘stand’ khusus macam kita PAS di Malaysia, akhirnya orang menilai Ikhwan adalah yang baik.

Rakyat Mesir tahu Ikhwan orang-orang yang baik, bukan sanggup mengorbankan masa, bahkan nyawa. Jadi pengaruh Ikhwan berkembang di kalangan parti pembangkang. Jadi, banyak tekanan ke atas Ikhwan oleh pemerintah. Tetapi, tekanan ada hikmah, mereka bergerak dalam keadaan ditekan, usrah mereka rahsia. Namun, dakwah mereka nampak, gerakerja tanzim mereka tersusun, mereka dapat menyusun strategi yang cukup hebat. Di Mesir, ‘Special Branch’ (SB) cukup ramai. Anak takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang bapanya SB, bapa pula takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang anaknya SB.

Tetapi, Ikhwan lebih bijak daripada SB, gerakerja mereka sangat tersusun. Rakyat Mesir ni, kalau kita tahulah, mereka hanya bangkit kalau diganggu ‘periuk nasi’ mereka. Kalau (harga) roti naik walaupun seringgit, mereka akan bangun berdemonstrasi. Isu di Mesir sekarang ini orang tidak tahu siapa perancangannya, tiba-tiba dilihat bangkit. Orang melihat ini kebangkitan rakyat, siapa di belakangnya? Inilah kehebatan Ikhwan. Jadi sebenarnya, tekanan itu menjadi satu ‘sekolah’ untuk mereka menyusun satu gerakan yang hebat.

Orang melihat ini kebangkitan rakyat, bukan Ikhwan, tetapi setelah melalui proses yang cukup panjang. Maknanya, waktu ini, waktu yang sesuai untuk berlaku, buah sudah pun masak. Maknanya, sabarnya menggerakkan Islam dan menyampaikan dakwah, dan umum juga melihat Ikhwan bukan gerakan pelampau. Mereka tidak menentang kerajaan secara militan, tetapi secara berdepan melalui kaedah yang diizinkan undang-undang. Kesabaran mereka berjuang, mereka menjadikan demokrasi sebagai ruang, kalau boikot tentu suara Islam tidak sampai dalam parlimen. Itulah pendekatan yang kita boleh belajar daripada Ikhwan. Kebangkitan ini akan menyebabkan Hosni Mubarak turun.


Para tokoh gerakan Islam yakin bahawa abad ini adalah abad untuk Islam. Adakah kebangkitan ini titik baru dalam fasa tersebut?

Sahabat Nabi, Abu Hurairah pernah menyebut mengenai pemerintah Mesir namanya ‘HaaMiim’. Pemimpin ini adalah pemimpin diktator yang disebut daripada hadis juga tetapi Abu Hurairah mengucap secara asal. Jadi HaaMiim ini memerintah secara kuku besi dan akan digantikan oleh Raja Mesir dipanggil ‘Penguasa Mesir’. Rupa-rupanya, HaaMiim ini Hosni Mubarak, Haa tu Hosni, Miim itu Mubarak. Inilah mukjizat Nabi saw. Apakah kepentingan Mesir? Realitinya kebangkitan Islam ini akan berlaku di tempat mulanya, susur galurnya, begitu kerana Nabi-nabi ramai dari sana.

Kalau kita lihat tentera Mesir, mereka tentera paling kuat di Timur Tengah. Mesir ini digelar dengan ‘Abul Kinanah’, Kinanah ini sarung untuk anak-anak panah, maknanya kekuatan Islam di situ. Sebabnya, sejarah besar macam kita tahulah. Tetapi Yahudi melalui Perjanjian Camp David telah mengikat Mesir. Sebab, bila dia dapat ‘pegang’ Mesir, dia akan boleh memperkotakkatikkan banyak negara. Jadi bila keadaan ini berubah, yang paling takut sekarang adalah Israel. Jadi macam yang kita dengar, Israel telah hantar polisnya untuk berdepan kebangkitan rakyat Mesir.


Kita lihat dari kebangkitan ini pihak regim pemerintah juga mengekang. Kesannya, pertembungan yang menumpahkan darah. Apakah yang boleh ustaz ulas mengenai hal ini?

Sunnah. Ini sunnah perjuangan, ia kena mati! Di Malaysia juga barangkali begitu macam Memali. Perkara ini, Islam hendak naik, akan ada mati, mati ini sunnah perjuangan. Kalau kita tak mahu ‘menghadiahkan syuhada’ di medan perjuangan ini, Islam tak dapat naik. Pertempuran ini kerana musuh tak akan beri mudah kemenangan kepada Islam.


Pada pandangan ustaz, apakah pengaruh kebangkitan ini kepada kita di Malaysia?

Memang kalau lihat Pilihan Raya Kecil Tenang baru ini, orang Cina khususnya beri undi kepada kita. Kerana apa? Ini sejarah yang berulang, China ada pengalaman diperintah oleh Permaisuri dan itulah berakhirnya kehebatan China. Isunya, perempuan menguasai di Tunisia, isteri kepada Ben Ali, Leila. Di Mesir isteri Mubarak, Suzanne Mubarak sebenarnya yang memerintah. Malaysia sama juga, Rosmah (Mansor). Nilai itu sama sahaja Rosmah, Suzanne dan Leila. Jadi kita di Malaysia ni ada optimis, sebagai satu penawar dan semangat, pemerintahan sekarang ini (BN) akan berakhir. Cuma bentuk macam mana, wallahu’alam.


Akhir sekali nasihat ustaz kepada para pejuang Islam, persediaan bagaimanakah yang perlu ada dalam menghadapi kebangkitan ini?

Kesediaan ni perlu bersedia untuk menerima kemenangan. Tetapi kemenangan ini ia akan sampai setelah kita guna seluruh potensi yang kita ada. Kalau kita bawa kereta mampu tekan kelajuan 160, maka kena tekan habis. Barulah kemenangan itu kita dapat. Tapi kalau kita masih bersahaja, buat daftar pemilih pun tidak bersungguh, maknanya kita tidak bersedia untuk menang. Di Mesir itu kerana mereka guna sungguh seluruh potensi yang ada. Jadi kesediaan kita untuk menerima kemenangan kita kena ukur sejauh mana kita telah bekerja untuknya.


sumber :
Harakah Kedah
Read full story

Monday, November 22, 2010

Ust Nasrudin guna lembing ketika berkhutbah

0 comments


Nasaruddin Tantawi mempergunakan lembing semasa khutbah nya

Dataran Imam Nawawi adalah satu gelaran yang di ilhamkan oleh para jamaah musholla ar raudhah yang diketuai oleh Ust.Nasaruddin Tantawi yg juga selaku Ketua Pemuda PAS pusat. Lokasi dataran itu berhampiran juga dengan Musholla atau surau Ar Raudhah di Taman Pelindung Perdana, Beserah Kuantan.

Dataran Imam Nawawi ini juga pernah menerima kunjungan Syeikh Mahmod Siyam, seorang ulamak dari Plalestin ramadhan lalu.

Surau ini yg menempatkan ‘Dataran Imam Nawawi’ itu, cukup imarah dengan pelbagai aktivi sepanjang tahun, antaranya pihak surau tersebut menjemput hampir 30 orang ulamak sepanjang ramadhan lalu, yg mengelolakan kuliah/tazkirah tiap tiap hari dibulan puasa di surau itu.

Pada 17hb lalu, iaitu hari raya iduladha 1431H pihak surau Ar Raudhah telah mengadakan majlis sembahyang sunat aidil adha di lokasi khusus nya ‘Dataran Imam Nawawi’. Imam yang mengambil tempat dimajlis sembahyang sunat itu di trajui oleh Ust.Mohd Azli dan manakala pembaca khutbah nya disampaikan pula oleh Ust. Nasaruddin Tantawi.

Majlis sembahyang sunat hariraya pada hari itu bolehlah dikategorikan sebagai satu “kejutan budaya” bagi masyarakat setempat dan pada para jamaah yg hadir pada hari itu.

Ramai kepada mereka yg menunaikan sembahyang itu merasakan agak kelainan seperti sembahyang sunat hariraya yg pernah mereka lakukan sebelum ini.

Bayangkanlah Ust.Nasaruddin melaungkan takbir pada hari itu dengan nada alunan yg amat berbeza dari yg pernah didengar oleh ramai masyarakat di Negara kita. Umpama nya yg sering didengar oleh kita di radio dan TV 1Malaysia kita ini.

Kepada mereka yg pernah berhariraya di tanah Arab mungkin dapat membezakan irama takbir nya itu. Sesuailah dengan semangat juang kepada para pejuang Islam, alunan takbir yg agk ‘keras’ dan lebih k e arah ‘rentak march’ yang tidak mendayu dayu sebagaimana kebiasaan nya. Itulah pembawaan takbir oleh Ketua Pemuda Pas, hari itu.

Semasa membaca khutbah hariraya, keadaan dataran Imam Nawawi semakin ‘tegang’ dan semua para makmum agak ‘kaget’ apabila melihat Ust.Nasaruddin mencapai sebatang lembing panjang yg sebelum itu tidak kelihatan dimata ramai, lalu memegangnya dengan kemas dan berjalan menuju mimbar untuk menyampaikan khutbah.

Nada pembacaan khutbah nya agak ‘memuncak’ dan sesuailah di baca ditanah lapang yg luas, berhampiran dengan rurau itu.

Se orang AJK surau memaklumkan kepada saya, masa berlalu dengan pantas katanya. Beliau sama sekali tidak sempat untuk merakamkan gambar ‘tok imam memegang lembing’ untuk di abadikan dalam artikel ini. Kerana tidak pasti yg kamera kepunyaan Ust. Nasaruddin berada dalam bag yg diletakan berhampiran dengan tempatnya menyampaikan khutbah itu.

Kalau dirancang lebih awal, ada can kita berpeluang melihat gambar itu, kata nya. Saya pun masih ‘menanti’ jika mendapat rakaman dari handset rakan rakan yg lain bolehlah di siarkan dalam artikel berikut nya.

Mungkin kedua peristiwa itu dapat menggambarkan ‘kekuatan’ ketua pemuda Pas yg dipegang oleh beliau sekarang dan semangat juang terus dituntut bagi meng-iyakan hari kemenangan kita.

“Aku tetap berjuwang walaupun anjing menyalak di sepanjang jalan” Allahu akbar!
Read full story

Sunday, November 21, 2010

Ayuh Pemudaku Bangkit ! Kini waktu bekerja

0 comments
oleh : Ustaz Nasrudin Hassan
(Ketua Pemuda PAS Pusat)




1. Mendepani iklim politik baru , pemuda PAS mesti lebih bersedia menghadapinya dengan mempertingkatkan penguasaan ilmu agama dan ilmu politik semasa serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap gerakkerja berorganisasi . Demikian juga tumpuan wajib diberikan kepada usaha memantapkan nilai peribadi yang soleh bagi setiap anggota pemuda PAS.

2. Pemuda PAS tidak harus leka dengan pelangi kemenangan sebaliknya meneruskan kerja gigih memperkasakan parti khasnya Dewan Pemuda di semua peringkat melalui pengukuhan Unit Kerja Jamaah [ UKJ ] . Kemenangan adalah suatu yang pasti dan ianya adalah janji Allah swt yang pasti tiba saat dan detik yang akan ditentukan oleh Allah swt. Persoalan yang penting ialah kerja dan tugas yang digalas sebagai tanggungjawab serta amanah mesti ditunai sebaik mungkin.

3. Turunlah ke padang ! lalu santuni anak muda . Terjunlah ke lapangan ! lalu didik dan bimbinglah anak muda . Lepaskan selimut anda dan bebaskan diri dari kilauan fatamorgana . Justeru kemenangan yang diidamkan tidak mungkin dapat dicapai semudah yang dijangka.

4. Kita mesti bina kekuatan sendiri ! bukankah ini telah menjadi amanah Dato' Seri Presiden ? Jangan hanya mengharapkan kelemahan musuh sementara kita mengelamun membina track menuju Putrajaya . Ingat , kini lawan politik kita telah menyedari kelemahan mereka dan mereka bekerja keras memperbaiki kelemahan tersebut . Andai kita terus leka , kita bakal kecundang wali'yazubillah .

5. Masa tidak banyak dan pastinya ia pantas berlalu . Pilihanraya kian hampir . Laksanakan segala pengarahan parti serta pro aktif menggerakkan jentera parti . Kreatif dalam dalam penganjuran gerakkerja agar ia efektif dan menepati sasaran dengan hikmah dan bistari .
Read full story

MEMALI: Seruan kepada pemuda - Teruskan Jihad!

0 comments

BALING: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi melihat semangat Memali tidak padam sebaliknya masih segar dalam jiwa anak-anak muda hari ini.

Pun begitu, beliau mahu anak muda hari ini melihat bahawa perjuangan Islam tidak meniti jalan mudah sebaliknya sentiasa berhadapan tentangan musuh.

“Tetapi alhamdulillah, semangat juang yang diwariskan kepada kita hari ini tidak pernah pudar. Dan insyaAllah akan sentiasa ada pemimpin yang bangun untuk mengukuhkan semangat juang ini sekaligus memimpin generasi baru hari ini menyambung risalah perjuangan,” ujarnya berucap pada Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di Kampung Memali, di sini 19 November lalu.

Serunya, anak-anak muda hari ini perlu mempunyai semangat berkorban bukan sahaja harta benda, tetapi juga darah dan nyawa mereka.

Anak muda yang mempunyai sifat seperti ini katanya, sedang ‘menunggu giliran’ untuk menyusuli para syuhada terdahulu sebagai mengotakan janji kepada perjuangan suci ini.

Ustaz Nasruddin turut melontarkan ingatan bahawa perjuangan menjadi lemah apabila meninggalkan jihad.

“Kerana kekuatan kita adalah jihad! Nabi SAW berkata bahawa kemuncak kepada Islam adalah jihad fisabilillah. Maka jangan sekali-kali kita membuang jihad itu dari perjuangan kita. Jangan sekali-kali kita melunturkan jihad itu dari diri kita sebaliknya semakin hari semakin kukuh, semakin kemas dan kuat!” serunya disambut laungan takbir hadirin.

Menyentuh mengenai pelbagai tujuan manusia berjuang seperti hendakkan kebendaan kemasyhuran dan perlindungan, beliau berkata, Nabi telah menegaskan bahawa mereka yang berjuang meninggikan kalimah Allah mengatasi selainnya adalah sebenar-benar pejuang dijalan Allah.


sumber
Read full story

Saturday, November 20, 2010

 Memali: Kemuncak Umno takut berhujah

0 comments


BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.

Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.

Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.

Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.

Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.

Sekat kebangkitan PAS

Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.

Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.

Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.

Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

ehsan
Read full story

Monday, November 15, 2010

Siapakah pembela-pembela agama Allah??

0 comments


Siapakah pembela-pembela agama Allah??
Adakah anda hanya ingin menonton...
Atau menjadi pendokong..
Jawapan ada pada ANDA !!!

'Kamilah pembela-pembela agama Allah' (surah As Saff 61:14)
Read full story

Tuesday, August 3, 2010

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus

0 comments


MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.

Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun.

Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.

Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu.

Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam.

Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni.

Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal.

Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.


INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna.

Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.


sumber : email
Read full story

Tuesday, July 27, 2010

Mati dalam sujud

0 comments


DALAM SUJUD KUBERSUJUD

Terdiam,

melebur bersama ku bertadabbur.

Mata memandang seakan kabur,

dunia seolah berhenti berputar

anginpun tiada berhembus.

Lengang,,,

Sunyi,,,

Rasaku hilang

Aku tersujud dan disujudkan dalam kehendak

Yang Baqa'.

Tiada ingin yang kuingin

Tiada harap yang kuharap

semua memudar, semua menjadi samar

yang ada hanya Dzat-Nya

Adaku menjadi tiada, sujudku

pada-Mu Rabby...

Sujud yang tiada kukehendaki sujud.

Sujud karena Engkau yang menyujudkan.

Mata ini tiada mampu melihat,

telinga tiada mampu mendengar.

Tapi, jantung ini masih terasa berdetak,

darah ini masih mengalir, dan nafas ini masih terhirup.

Semua mengikut kehendak Yang Maha Luhur.

Dia Yang Maha Mengatur.

Melebur...




-ba'da dhuhur kutersujud dalam balutan cintamu Rabby-

-4feb09-

Haura El-Humaira



KLIK UTK BACA :

Read full story

Saturday, July 24, 2010

HANZALAH - Syahid pengantin baru

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura


HANZALAH DIMANDIKAN MALAIKAT


Diantara pahlawan perang uhud yg bertempur tanpa mengenal takut adalah Hanzhalah bin Abu Amir. Ayahnya seorang fasik. Hanzalah baru melangsungkan pernikahan ketika panggilan pertempuran jihad dikumandangkan. Saat itu dia masih berada dalam pelukan isterinya.

Setelah mendengar seruan jihad, dia lalu melepaskan diri dari pelukan isteri. Bertempur dengan gagah berani , Hanzalah berada dibarisan paling depan. Dia menyelinap barisan hingga dpt berhadapan dengan komandan pasukan musuh Abu Sufyan bin Harb. Sebenarnya dia sudah dapat menundukan Abu Sufyan namun dia ditikam dari belakang oleh Shadad bin Al Aswad hingga Hanzalah meninggal.

Setelah peperangan selesai mayat Hanzalah dicari kesana kemari. Akhirnya ditemukan dlm keadaan tubuhnya berada diatas tanah yang masih basah padahal tanah disekitarnya kering dan tidak ada hujan.

Rasulullah bersabda Hanzalah sedang dimandikan malaikat, tanyakan keluarganya ada apa dengan dirinya.Setelah bertanya pada istrinya tahulah para sahabat bahawa hanzalah masih dalam keadaan junub ketika berangkat perang.
Hanzalah digelar sebagai ghasilul malaikat(orang yang dimandikan malaikat)





HANZALAH - Rabbani

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

HANZALAH pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan

Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan



klik untuk baca :
Read full story

Doakan untuk Palestine

0 comments

" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin











Wahai Saudara Islam Ku

Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah. Turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestine, hancurkanlah rejim zionis. Amin."
Read full story

Monday, July 5, 2010

Bagaimana Mulanya Israel Menguasai Palestine

0 comments

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV. Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia.

Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja. Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.


Adakah harapan buat Obama?



Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.


**************************************

Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.


**********************************

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

http://cintailahialways.ning.com
Read full story

Tuesday, June 29, 2010

GMJ | Demo di teruskkan pada 3 Julai ini

0 comments

Tidak keluar lesen judi kerana agama?

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan atas pertimbangan agama dan kesan politik harus dipersoalkan keikhlasannya.

Ini kerana Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah Al-Maaidah ayat 90.

Oleh itu, kata timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani, ia tidak perlu dibincangkan atau ditimbang-timbangkan.

“Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPP juga, katanya mempersoalkan sejak bila kerajaan Umno BN mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat.

Sedangkan, tambahnya sebelum ini mengapa kerajaan tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.

“Jelas di sini kerajaan semakin takut akan kebangkitan rakyat yang begitu memarahi kerajaan Umno BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat.

“Jangan hanya berpura-pura untuk mengambil hati rakyat demi ‘survival’ politik sahaja,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Najib agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan atau membuat sesuatu keputusan tanpa membelakangkan kabinet kerajaan Malaysia kerana yang memerintah negara bukannya Umno.

Ini, katanya kerana keputusan yang diumumkan oleh Najib berhubung kerajaan tidak mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd hanya dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Katanya, Umno bukannya sebuah kerajaan tetapi hanya satu parti politik yang bergabung dengan parti-parti lain di dalam BN membentuk kerajaan.

“Sejak bila mesyuarat MT menentukan polisi negara? Besarkah kuasa MT Umno? Ke mana perginya kabinet kerajaan Malaysia?” soalnya.-Harakahdaily

sumber : http://bantahjudi.wordpress.com/2010/06/29/tidak-keluar-lesen-judi-kerana-agama/
Read full story

Sunday, June 20, 2010

Gerakan Membantah Judi

0 comments
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy