Showing posts with label Daulat Tuanku. Show all posts
Showing posts with label Daulat Tuanku. Show all posts

Friday, October 21, 2011

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahuakbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan

0 comments


SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.




Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik.. Insya-Allah.

Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah."

Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara.

Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.



----------------



Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.
Read full story

Wednesday, July 6, 2011

Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong

0 comments

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,


YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Read full story

Tuesday, July 5, 2011

Diterima mengadap Agong bukti Bersih bukan haram

0 comments

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.

Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin

Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.

"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.

Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.

"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.

Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.

"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya.(hrkhdaily)


Read full story

Saturday, December 4, 2010

Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan tarif air

0 comments


KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

"Himpunan itu sebenarnya bertembung dengan Jambori Amal Kebangsaan pemuda PAS, tapi pada mesyuarat lajnah politik Selasa lalu, kita telah mengecualikan pemuda PAS Selangor dan Wilayah menyertai jambori dan minta mereka memberi tumpuan kepada himpunan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor mensasarkan 100 ribu tandatangan rakyat bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Memerandum bantahan yang ditandatangan itu dijangka akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.

Kumpulan bantahan itu juga akan berbaju merah sebagai lambang bantahan mereka.

Mereka juga dijangka bertembung dengan dengan kumpulan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang akan berbaju hitam yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.(Harakahdaily)
Read full story

Thursday, September 9, 2010

PAS sokong Tengku Abdullah, rakyat wajib tolak parti perkauman dan bersatu dengan Islam

0 comments



KENYATAAN MEDIA
email dari : penerangan@pas.org.my


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dan menjunjung kasih keatas titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak dan terus mengimarahkan masjid dengan majlis Ilmu.

PAS dapat mengambarkan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing. Politik perkauman dan menyertai parti politik perkauman adalah satu kerugian buat umat Islam. Kesatuan umat Islam dan sikap berani bersaing menjadi teras kekuatan umat zaman Rasulullah seperti yang
baginda titahkan.

Hanya Islam yang mampu memberikan keharmonian dan keamanan serta menyatukan rakyat sedangkan politik mengikut bangsa dan kaum tertentu hanya memecahkan lagi masyarakat. Orang Melayu tidak seharusnya duduk dalam parti Melayu sahaja, orang Cina juga tidak boleh duduk parti Cina sahaja, Orang India pun begitu.

PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana disini umat Islam tak kira Melayu, Cina dan India dapat bersama dengan harmoninya. Malah dengan keterbukaan PAS yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan bukan Islam telah menjadikan PAS sebagai pilihan terbaik menyatukan rakyat bukan sahaja yang berbeza bangsa, malah yang berbeza agama juga bersatu dalam PAS.

PAS juga menyanjungi keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang menyebut dengan jelas bahawa Masjid seharusnya diimarahkan dengan aktiviti keagamaan, dijadikan pusat perpaduan, menimba ilmu dan perhimpunan masyarakat setempat.

Inilah idea yang dibawa dan diperjuangkan PAS selama ini. Di Selangor sebagai contoh, semasa Umno memerintah, Masjid dan Surau dikunci dan dirobohkan hanya kerana mereka menjemput para penceramah yang menyokong PAS untuk berikan kuliah. Penceramah PAS amat profesional, mereka tahu membezakan kuliah agama dan ceramah politik. Hanya kerana berbeza politik kariah masjid dihalang memasuki masjid mereka.Jawatankuasanya ditukar jika bukan ahli Umno.

Tetapi selepas PAS-Pakatan memerintah Masjid Surau yang dikunci dibuka semula. Para penceramah tanpa mengira parti politik dijemput untuk berkongsi ilmu. Masjid Surau menjadi pusat aktiviti belia. Ada yang dijadikan pusat tuisyen juga. Malah kariah Masjid Surau semakin ramai kalangan orang muda kerana begitu banyak program diadakan termasuk sukan dan juga gotong-royong. Begitulah yang berlaku hingga ke hari ini.

PAS berharap rakyat Pahang khususnya dan diseluruh Malaysia, dapat melihat hasrat kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan ditempat yang sewajarnya dan menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan berasaskan kaum dan puak mereka sahaja. Dengan menolak Umno-BN sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas nama Islam.

PAS mendoakan kesejahteraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Pahang,Tengku Mahkota, seluruh kerabat DiRaja dan rakyat jelata. Semoga negara ini akan terus makmur dibawah rahmat Allah swt.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat









Read full story

Saturday, March 20, 2010

MAMPAT Mohon Maaf Kepada Rakyat Kerana Terpaksa Menangguhkan Program Sambutan Keberangkatan Tiba KDYMM Sultan Mizan & Serahan Memorandum....

0 comments
oleh : MAMPAT

klik utk besarkan


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) memohon kemaafan daripada semua Rakyat Terengganu kerana terpaksa menangguhkan Program Sambutan Keberangkatan Tiba & Serahan Memorandum. Segala penjelasan terkandung di dalam surat balas Istana seperti yang di atas.

Sebagai mewakili "suara hati rakyat", Insyallah, MAMPAT akan memohon perkenan Tuanku untuk menyembah Memorandum Rakyat yang telah di buat secepat mungkin. Segala kesulitan yang dirasai oleh Rakyat, MAMPAT menyusun sepuluh jari memohon kemaafan....




Read full story

Tuesday, March 16, 2010

Royalti Terengganu : Apa Kata Ku Li?

0 comments


Jemput hadir beramai-ramai. Masihkah kau orang ingat Najib berjanji di PRK Kuala Terengganu nak berikan royalti pada negeri Terengganu? Setahun telah berlalu, Najib masih meneruskan siri pembohongannya. Pah ceroh rakyat kene tipu di UMNO & BN.
Read full story

Monday, May 4, 2009

Sivakumar mohon Sultan Perak tangguh sidang DUN Khamis ini

0 comments


PETALING JAYA 4 Mei 2009 : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar menangguhkan sidang Dewan sehingga satu tarikh yang lain.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam blognya hari ini.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat tersebut ke pejabat Istana Kinta pada pukul 11 pagi tadi.

"Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan DUN Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian," katanya.


Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula Khamis ini.

Jelasnya, permohonan itu dibuat kerana kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,"katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu itu Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh berkata, beliau juga bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.

"Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.mstar online


Berita berkaitan :

Drama rebut kerusi di Dun Perak Khamis ini?

Sidang Dun Perak dijangka kecoh, solat hajat 5 pagi 7 Mei
Read full story

Friday, April 3, 2009

MAMPAT MERAFAK SEMBAH KE BAWAH DYMM TUANKU SULTAN MIZAN - TANGGUHKAN PERLANTIKAN PM KE 6

0 comments


Rujukan kami : Mampat/MohonTangguhPm/09-01
Rujukan tuan :
Tarikh : 2 April 2000


Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

MENYEMBAH MENGADAP,
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah., yang bersemayam di atas Takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ampun Tuanku,

MEMOHON PERTIMBANGAN TUANKU UNTUK MENANGGUHKAN PERLANTIKAN DATUK SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DARIPADA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6


AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan doa ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraan-NYA.

AMPUN TUANKU

2. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merafak sembah ke Bawah Duli Tuanku bagi mewakili Rakyat Negeri Terengganu Amnya dan Rakyat Malaysia Umumnya, memohon Ke Bawah Duli Tuanku untuk menangguhkan perlantikan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

AMPUN TUANKU,


3. Patik-patik Rakyat Malaysia merasakan perlantikan tersebut wajar di tangguhkan, bukan kerana sentimen politik tetapi sebaliknya demi Maruah Negara kita Malaysia. Sepertimana yang diketahui ramai, Datuk Seri Najib telah dikaitkan dengan kes pembunuhan Al-Tantuya. Seperti dimaklumi, sehingga kini terdapat kira-kira 8 buah Negara telah mengeluarkan artikel pembunuhan tersebut di dalam Media Cetak Negara masing-masing yang mengaitkan Datuk Seri Najib dengan pembunuhan Al-Tantuya. Ini adalah suatu perkara yang sangat-sangat memalukan bagi Negara di Bawah Naungan Ke Bawah Duli



Tuanku.Bersama ini patik lampirkan senarai Negara-negara yang telah berbuat demikian bersama dengan artikel-artikelnya sekali.


AMPUN TUANKU,

4. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasakan adalah WAJAR sekiranya perlantikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ditangguhkan dahulu sehingga kaitan beliau dengan pembunuhan AL-Tantuya di bersihkan. Sehingga itu, patik-patik dari MAMPAT mencadangkan agar Jawatan Perdana Menteri di PANGKU sehinggalah kes ini selesai.

5. Dengan ini sukalah MAMPAT mencadangkan nama-nama yang dirasakan layak untuk memangku jawatan Perdana Menteri iaitu;

i. Tan Seri Muhyiddin Yassin ( Timbalan Presiden UMNO)
ii. Y.B.M. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( Menawarkan Diri Untuk Presiden UMNO )
iii. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ( Perdana Menteri sekarang )


AMPUN TUANKU

6 Limpah perkenan Tuanku untuk sudi mempertimbangkan persembah rintihan dan harapan rakyat Malaysia adalah sangat-sangat disanjungi, menjunjung kasih Tuanku. Patik-patik memohon ribuan kemaafan ke Bawah Duli Tuanku sekiranya cadangan yang diberikan tidak memberikan keselesaan dan ketenteraman ke Bawah Duli Tuanku. Semoga ALLAH memberkati Tuanku disepanjang pemerintahan Tuanku, Amin.


AMPUN TUANKU


“ KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT MALAYSIA “
“BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA”

AMPUN TUANKU

Yang menjalankan amanah,


(MOHAMAD FAUZI BIN ABU SAMAH)
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)


s.k - Fail
Read full story

Monday, March 9, 2009

Perarakan Menyokong Bahasa Ibunda Dilayan Dengan Gas Pemedih Mata !

0 comments


Kuala Terengganu - Kepulan asap pedih dan gatal serta ‘mencekik’ tekak dan dentuman tembakan bertalu-talu kedengaran disekitar kawasan Istana Negara, umpama perang yang sedang meletus.

Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (GMP PPSMI) yang berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan hasrat hati rakyat kepada Yang DiPertuan Agong, telah dilayan dengan tembakan ratusan gas pemedih mata.

Sekitar jam 2.20 petang, kumpulan awal kira-kira 10,000 penyokong GMP PPSMMI yang bergerak dari Pasar Seni mula menerima ‘layanan istimewa demokrasi’ ala- Malaysia, oleh pasukan Polis Diraja Malaysia yang melepas tembakan pertama tanpa sebarang amaran.

Kumpulan perarakan peratama itu dimaklumkan telah dikepalai oleh diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salehudin Ayub.

Sebaik sahaja mereka bertembung dengan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di Lebuh Raya Persekutuan, berhadapn istana negara, polis tidak bersoal jawab terus mengambil tindakan.

“Sampai sahaja disana, polis tidak bersoal jawab terus merampas kain sepanduk yang dibawa, dan berlaku pergelutan apabila para peyokong GMP PPSMI cuba mengambil semula kain tersebut,

“selang beberapa detik, tembakan pertama dibuat, keluar asap berwarna biru, yang cukup memedihkan dan mencekik leher,”kata Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Hanafiah Ramly@Mat yang turut menyertai kumpulan itu dalam perarakan menyokong ‘bahasa Ibunda’ itu.

Beliau yang menghubungi Buletinonline kira-kira jam 3.00 petang memberitahu, bersama-sama beliau adalah beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu termasuk Timbalan Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah.

PAS Terengganu telah menghantar tidak kurang 10 buah termasuk dari Kuala Terengganu, Besut, Kemaman dan tambahan tiga buah bas lagi dari Ma’Ahad Tahfidz Wal Tarbiyah.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan, tidak mematahkan semangat rakyat.

Katanya semangat cintakan bahasa Ibunda telah 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan UMNO/BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"sasaran dan hasrat kita hari ini tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Protes yang bermula jam 2.00 itu turut disertai oleh Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said untuk menyampaikan memorandum bagi memansuhkan PPSMI.

Memorandum tersebut tersebut telah berjaya disampaikan kepada wakil pihak istana pada jam 2.50 petang.

Pengerusi GMP PPSMI, Dato' Dr. Hassan Ahmad berkata GMP tidak akan berhenti setelah berjaya mengadakan Himpunan 100 ribu tersebut.

"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan protes dan kita harap kerajaan akan mengkaji semula perlaksanaan dasar PPSMI dan meletakkan noktah keatasnya,"kata beliau ketika bercakap dengan pihak media.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar.

Abdullah dipetik mStar mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut, semalam


sumber : Buletinonline
posted by awang ja
Read full story

Saturday, March 7, 2009

Sekitar Himpunan 100K Bantah PPSMI 7 Mac 2009

0 comments








































p/s : Petikan daripada beberapa laman web
posted by awang ja

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy