Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Friday, June 29, 2012

EURO 2012 : Jerman tersungkur

0 comments

 Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini. Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36. Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman.

 Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer. Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali.

 Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti. Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan.(malaysiakini)
Read full story

Sunday, September 4, 2011

Allahyarham jalankan tugas terpuji- Presiden PAS

0 comments

PAS mengucapkan takziah terhadap keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia ditembak di Somalia semalam.

Seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya berdoa semoga Allahyarham diberi keampunan dan mendapat rahmat Allah SWT dan dihimpunkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha Allahyarham terlibat dengan misi kemanusiaan menyelamatkan orang yang kebuluran merupakan satu sifat terpuji yang dituntut Islam.

"Semoga ahli keluarga dan sahabat handainya diberi kesabaran oleh Allah SWT," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.


Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), menerusi Mohd Nasaie, juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Keberanian beliau menjalankan tugas yang berisiko itu menggambarkan semangat kewartawanan yang tinggi yang ada pada Allahyarham yang sangat dihargai.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, namun pihak penganjur, Kelab Putera 1 Malaysia mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

"Ini menggambarkan tiada ciri-ciri keselamatan yang rapi diusahakan penganjur untuk peserta misi dan wartawan," katanya

Sepatutnya, menurut beliau, kesemua mereka dibekalkan dengan jaket keselamatan dan insuran untuk menjamin keselamatan mereka.

"Begitu juga dengan kawalan tentera dan polis negara tempat mereka bertugas yang mesti dipastikan penganjur sebelum mereka melaksanakan tugas," tegas beliau.

Read full story

Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0, 09 Julai 2011 | YouTube

0 comments
Bersih 2.0 worldwide | 09 Julai 2011




Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011

Read full story

Thursday, March 10, 2011

Video : Penghormatan buat para syuhada Revolusi Mesir 2011

0 comments
Read full story

Friday, February 11, 2011

Peranan Ikhwanul Muslimin Dalam Kebangkitan Di Mesir

8 comments
Banyak dari hadis Rasulullah saw yang menunjukkan Baginda melontarkan pandangan futuristik mengenai kebangkitan Islam dan sunnah dalam perjuangan menegakkan Islam. Lantaran itu, mereka yang berpegang teguh meyakini bahawa Islam kembali bangun ketika ini. Di sebalik pelbagai cabaran yang ditekankan ke atas umat Islam, dunia dikejutkan dengan kebangkitan khususnya di Mesir yang tidak pernah disangkakan. Ikuti temubual ringkas Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM dengan Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Muhd Zainul Asri Romli.

HARAKAH: Sekian lama umat Islam khususnya di Mesir ditekan oleh regim pemerintahan dan hidup dalam ketakutan. Jadi bagaimana boleh berlakunya kebangkitan pada skala yang membuka mata dunia ini?

USTAZ ZAINUL ASRI: Ceritanya sebab “al-waktu juz ‘un minal ‘ilad” maknanya waktu itu sebahagian daripada rawatan iaitu masa yang menentukan. Islam ini sifatnya macam buah, buah ni kita tak boleh kelam kabut atau sifat isti’jal. Sebab apabila kita kalut, kita isti’jal, kita nak hasil cepat sebelum masanya, ketika itu kita akan dihukum dengan kita tidak dapat langsung perkara yang kita hajat. Isu di Mesir ini pangjanglah, Ikhwanul Muslimin telah pun menyampaikan dakwah dalam masa yang cukup panjang dan mereka bukan berdepan semata-mata musuh biasa, tetapi musuh Islam antarabangsa.

Dari zaman British masuk ke Mesir, Hassan al-Banna melihat ancaman Barat ini hingga tertubuhnya Ikhwan. Keadaan sangat dahsyat kerana serangan Barat telah mengubah kehidupan masyarakat daripada Islam kepada sekular. Ikhwan membawakan Islam, dengan sifat Islam adalah kebenaran dan dakwah disampaikan dengan cukup indah, jadi mudah pengaruh Ikhwan itu berkembang cepat di Mesir. Tapi bila perkembangannya cepat, ia menjadi ancaman pula kepada penjajahan ‘ghazwatul fikr’ (serangan pemikiran) kerana bukan orang asing memerintah, tetapi kerajaan ini adalah kerajaan boneka kepada penjajah. Jadi akhirnya, pengarahan dari musuh antarabangsa untuk tembak Hassan al-Banna, beliau terkorban dan Ikhwanul Muslimin diharamkan.

Ikhwan juga mengorbankan begitu banyak amilinnya di medan dakwah itu sebagai syuhada. Walaupun Ikhwan diharamkan, dakwah Islam tidak pernah berhenti. Jadi kita ambil pengalaman ini bahawa di Mesir sistem demokrasi berparlimen itu berjalan. Ikhwan tidak memboikot sistem ini, mereka melibatkan diri dengan demokrasi. Dulu mereka diharamkan, jadi mereka masuk pilihan raya menggunakan kaedah tahaluf siyasi bersama dengan Parti Buruh.


Bagaimana Ikhwan terus ‘survive’ dalam suasana itu?

Dalam penglibatan dengan Parti Buruh, dakwah berjalan hinggakan berjaya mengubah pola fikir pimpinan Parti Buruh ini kepada Islam. Jika dilihat perjalanan demokrasi di Mesir memang cukup dahsyat. Penipuan mereka terang-terangan, kita di Malaysia penipuan sembunyi-sembunyi. Parti kerajaan menipu dalam pilihan raya; culik calon, larikan peti undi. Tapi Ikhwan tetap sabar dan terus berjuang, bertahun-tahun terlibat dengan Parti Buruh tiada ‘stand’ khusus macam kita PAS di Malaysia, akhirnya orang menilai Ikhwan adalah yang baik.

Rakyat Mesir tahu Ikhwan orang-orang yang baik, bukan sanggup mengorbankan masa, bahkan nyawa. Jadi pengaruh Ikhwan berkembang di kalangan parti pembangkang. Jadi, banyak tekanan ke atas Ikhwan oleh pemerintah. Tetapi, tekanan ada hikmah, mereka bergerak dalam keadaan ditekan, usrah mereka rahsia. Namun, dakwah mereka nampak, gerakerja tanzim mereka tersusun, mereka dapat menyusun strategi yang cukup hebat. Di Mesir, ‘Special Branch’ (SB) cukup ramai. Anak takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang bapanya SB, bapa pula takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang anaknya SB.

Tetapi, Ikhwan lebih bijak daripada SB, gerakerja mereka sangat tersusun. Rakyat Mesir ni, kalau kita tahulah, mereka hanya bangkit kalau diganggu ‘periuk nasi’ mereka. Kalau (harga) roti naik walaupun seringgit, mereka akan bangun berdemonstrasi. Isu di Mesir sekarang ini orang tidak tahu siapa perancangannya, tiba-tiba dilihat bangkit. Orang melihat ini kebangkitan rakyat, siapa di belakangnya? Inilah kehebatan Ikhwan. Jadi sebenarnya, tekanan itu menjadi satu ‘sekolah’ untuk mereka menyusun satu gerakan yang hebat.

Orang melihat ini kebangkitan rakyat, bukan Ikhwan, tetapi setelah melalui proses yang cukup panjang. Maknanya, waktu ini, waktu yang sesuai untuk berlaku, buah sudah pun masak. Maknanya, sabarnya menggerakkan Islam dan menyampaikan dakwah, dan umum juga melihat Ikhwan bukan gerakan pelampau. Mereka tidak menentang kerajaan secara militan, tetapi secara berdepan melalui kaedah yang diizinkan undang-undang. Kesabaran mereka berjuang, mereka menjadikan demokrasi sebagai ruang, kalau boikot tentu suara Islam tidak sampai dalam parlimen. Itulah pendekatan yang kita boleh belajar daripada Ikhwan. Kebangkitan ini akan menyebabkan Hosni Mubarak turun.


Para tokoh gerakan Islam yakin bahawa abad ini adalah abad untuk Islam. Adakah kebangkitan ini titik baru dalam fasa tersebut?

Sahabat Nabi, Abu Hurairah pernah menyebut mengenai pemerintah Mesir namanya ‘HaaMiim’. Pemimpin ini adalah pemimpin diktator yang disebut daripada hadis juga tetapi Abu Hurairah mengucap secara asal. Jadi HaaMiim ini memerintah secara kuku besi dan akan digantikan oleh Raja Mesir dipanggil ‘Penguasa Mesir’. Rupa-rupanya, HaaMiim ini Hosni Mubarak, Haa tu Hosni, Miim itu Mubarak. Inilah mukjizat Nabi saw. Apakah kepentingan Mesir? Realitinya kebangkitan Islam ini akan berlaku di tempat mulanya, susur galurnya, begitu kerana Nabi-nabi ramai dari sana.

Kalau kita lihat tentera Mesir, mereka tentera paling kuat di Timur Tengah. Mesir ini digelar dengan ‘Abul Kinanah’, Kinanah ini sarung untuk anak-anak panah, maknanya kekuatan Islam di situ. Sebabnya, sejarah besar macam kita tahulah. Tetapi Yahudi melalui Perjanjian Camp David telah mengikat Mesir. Sebab, bila dia dapat ‘pegang’ Mesir, dia akan boleh memperkotakkatikkan banyak negara. Jadi bila keadaan ini berubah, yang paling takut sekarang adalah Israel. Jadi macam yang kita dengar, Israel telah hantar polisnya untuk berdepan kebangkitan rakyat Mesir.


Kita lihat dari kebangkitan ini pihak regim pemerintah juga mengekang. Kesannya, pertembungan yang menumpahkan darah. Apakah yang boleh ustaz ulas mengenai hal ini?

Sunnah. Ini sunnah perjuangan, ia kena mati! Di Malaysia juga barangkali begitu macam Memali. Perkara ini, Islam hendak naik, akan ada mati, mati ini sunnah perjuangan. Kalau kita tak mahu ‘menghadiahkan syuhada’ di medan perjuangan ini, Islam tak dapat naik. Pertempuran ini kerana musuh tak akan beri mudah kemenangan kepada Islam.


Pada pandangan ustaz, apakah pengaruh kebangkitan ini kepada kita di Malaysia?

Memang kalau lihat Pilihan Raya Kecil Tenang baru ini, orang Cina khususnya beri undi kepada kita. Kerana apa? Ini sejarah yang berulang, China ada pengalaman diperintah oleh Permaisuri dan itulah berakhirnya kehebatan China. Isunya, perempuan menguasai di Tunisia, isteri kepada Ben Ali, Leila. Di Mesir isteri Mubarak, Suzanne Mubarak sebenarnya yang memerintah. Malaysia sama juga, Rosmah (Mansor). Nilai itu sama sahaja Rosmah, Suzanne dan Leila. Jadi kita di Malaysia ni ada optimis, sebagai satu penawar dan semangat, pemerintahan sekarang ini (BN) akan berakhir. Cuma bentuk macam mana, wallahu’alam.


Akhir sekali nasihat ustaz kepada para pejuang Islam, persediaan bagaimanakah yang perlu ada dalam menghadapi kebangkitan ini?

Kesediaan ni perlu bersedia untuk menerima kemenangan. Tetapi kemenangan ini ia akan sampai setelah kita guna seluruh potensi yang kita ada. Kalau kita bawa kereta mampu tekan kelajuan 160, maka kena tekan habis. Barulah kemenangan itu kita dapat. Tapi kalau kita masih bersahaja, buat daftar pemilih pun tidak bersungguh, maknanya kita tidak bersedia untuk menang. Di Mesir itu kerana mereka guna sungguh seluruh potensi yang ada. Jadi kesediaan kita untuk menerima kemenangan kita kena ukur sejauh mana kita telah bekerja untuknya.


sumber :
Harakah Kedah
Read full story

Thursday, February 3, 2011

Himpunan bantah campurtangan AS di Mesir Jumaat ini

0 comments

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.

Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

"Kita mengajak seluruh rakyat untuk menyertai himpunan yang akan bermula di Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat.

"Kita akan berarak dari masjid menuju ke kedutaan Amerika Syarikat dan akan disertai oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Menurutnya yang juga pengarah himpunan tersebut, sebanyak lebih 50 NGO telah menyatakan persetujuan untuk turut sama dalam himpunan yang dijangka akan dihadiri lebih 1,000 orang itu.

Antaranya Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan lain-lain pertubuhan.

Tambahnya, mereka turut mempelawa BN dan parti komponennya serta NGO di bawahnya untuk menyertai himpunan ini kerana ianya merupakan isu nasional tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

"Kita mengajak pertubuhan lain yang barangkali tak bersama hari ini seperti Umno, MCA, MIC dan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam juga digalakkan untuk hadir. Ini merupakan isu besar yang memerlukan sokongan semua pihak tanpa mengira politik dan agama," katanya.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media sama berkata, pihaknya menyokong penuh himpunan tersebut dan akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir.

"Saya mewakili Mapim menyokong penuh himpunan ini dan akan mengerah seramai mungkin ahli untuk menghadiri perhimpunan ini.

"Sebanyak 28 organisasi di bawah Mapim akan dikerah untuk hadir," katanya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian poitik mereka terhadap kebangkitan yang sedang berlaku di Mesir dan tidak bersikap berkecuali.

"Kita kena lihat sikap dan polisi Malaysia berhubung dengan negara lain dan nasib rakyat negara lain. Kalau prinsipnya adalah satu prinsip yang besar seperti keadilan dan juga demokrasi, saya percaya satu sikap perlu dinyatakan dengan jelas oleh Malaysia dan sepatutnya mestilah menyokong usaha rakyat Mesir," katanya yang juga Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Ditanya sebab mengadakan himpunan ke Keduataan Amerika, Suhaizan berkata ianya keran jelas selama ini Amerika memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Mesir.

"Amerika Syarikat sudah lama menjadi penyokong kuat diktaktor Mesir.

"Hosni Mubarak bergerak di bawah bayang Amerika, di bawah telunjuk Amerika jadi kita mintak Amerika tidak campur tangan di Mesir dan dalam masa sama kita mengasak seluruh dunia agar mengesa Hosni meletakkan jawatan," katanya.

Menyentuh soal permit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untukk memohon permit namun berharap pihak polis memberikan kerjasama bagi melancarkan himpunan berkenaan.

Turut bersama pada sidang media ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Mohd Nor dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin.(hrkhdaily)


lagi berita berkaitan :
himpunan aman besar-besaran menyokong kebangkitan rakyat mesir
Read full story

Tuesday, February 1, 2011

Himpunan Solidariti Ummah Jumaat Ini

0 comments

oleh : Ustaz Nasrudin Hassan
(Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan seluruh Ngo antaranya ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain [ 71 Ngo ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lainnya akan menganjurkan satu himpunan besar - besaran iaitu :

Himpunan Solidariti Ummah pada hari Jumaat jam 2 petang [ 4 Feb 2011 ] di hadapan Kedutaan Amerika sebagai sekutu rapat kepada rejim Husni Mubarak .

2. Hari ini satu memorundum telah diserahkan kepada kedutaan Mesir tetapi malang pihak kedutaan enggan menerima memorundum kami dan akhirnya memorundum tersebut terpaksa dimasukkan kedalam peti surat kedutaan itu.

3. Saya mewakili seluruh pihak penganjur mengharapkan semua ummat prihatin tanpa mengira bangsa dan agama untuk hadhir menyatakan semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menuntut perubahan di negara mereka .

4. Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita.

5. Tempat berhimpun ialah di 2 lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan yang akan disuarakan oleh pimpinan - pimpinan kita seperti Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda sebelum berarak ke kedutaan Amerika.

Pertama : Isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka. Kedua : Isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita .

6. Berikut lampiran Memorundum Dewan Pemuda PAS Malaysia yang telah dihantar ke kedutaan Mesir:



MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KEPADA KEDUTAAN MESIR DI MALAYSIA BERHUBUNG PERGOLAKAN POLITIK DAN AGENDA REVOLUSI MESIR

31 JANUARI 2011 PERGOLAKAN POLITIK MESIR

Ekoran daripada kejatuhan rejim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia, kebangkitan rakyat di Timur Tengah telah menjalar ke beberapa buah negara jiran yang lain antaranya Yaman, Oman, Algeria, Jordan dan termasuklah Mesir. Kami menjangkakan teori domino ini akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.

Melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya. Sebaliknya, melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah, lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat.

Jelas, sikap yang ditunjukkan ini telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir. Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keredaan. Walaubagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut.


PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak. Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu.

2. Kami juga mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir. Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran Pilihanraya Umum yang telus dan bersih. Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik disamping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar.

4. Kami mengutuk sebarang bentuk keganasan dan kekasaran yang dilakukan terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil. Ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh bersama pihak-pihak di Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

6. Kami juga menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir. Kami amat berharap agar pemerintahan baru Mesir dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Hasrat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disuarakan melalui memorandum ini diharap dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.


Disediakan oleh : Nasrudin Hasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Read full story

Tuesday, August 3, 2010

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus

0 comments


MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.

Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun.

Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.

Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu.

Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam.

Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni.

Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal.

Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.


INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna.

Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.


sumber : email
Read full story

Monday, August 2, 2010

Ungkapan emas Adolf Hitler

0 comments


'SAYA BOLEH BUNUH SEMUA YAHUDI KETIKA SAYA BERKUASA.SAYA TINGGALKAN SEDIKIT KEPADA KAMU AGAR KAMU KENAL SIAPA YAHUDI DAN CARI JAWAPAN KENAPA SAYA BUNUH MEREKA'



Read full story

Tuesday, July 13, 2010

Patung besar Jesus dipanah petir !!

0 comments
Allah Maha Besar!!!!! Allahuakbar!!

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US. Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit.

Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.























sumber : email
Read full story

Sunday, May 9, 2010

Mayat atas kubah masjid

0 comments



Keajaiban ini terjadi sekitar 90 tahun yang lalu di kisahkan oleh Sheikh al-Zubaidi.

Seorang lelaki cuba menghancurkan Kubah Nabi Muhammad (saw) - Masjid Al-Nabawi (Gumbad-e-Khizra). Namun, ketika mendaki tiba-tiba lelaki tersebut disambar petir dan meninggal dunia di tempat kejadian dan tidak ada seorang pun yang mampu menurunkan mayatnya dari puncak kubah tersebut!

Beliau juga menceritakan seorang yang soleh dari Madinah pernah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tiada siapa yang akan dapat mengalihkan mayat dari kubah tersebut dan ia harus ditempatkan disitu sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin memikirkan untuk memusnahkannya di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan mayat itu di kubah tersebut dengan menutupi mayatnya dengan kotak hijau sehingga tidak terlihat dari pandangan orang ramai.





Read full story

Thursday, April 22, 2010

Memperingati 62 tahun pencerobohan Palestine oleh Yahudi

0 comments
Ribuan penduduk Palestine baru-baru ini menyambut Hari Nakba (Hari Malapetaka) pada ulangtahun ke 62 pembentukan negara Israel di wilayah Palestine yang dicerobohi Yahudi.

Hari Nakba bertujuan memperingati pengusiran 750,000 rakyat Palestine selepas Israel menduduki bumi Palestine pada 1948.Pencerobohan Israel menyebabkan berjuta-juta penduduk Palestine terpaksa melarikan diri dengan hidup di luar wilayah asal kelahiran mereka.

Bagi memperingati ulangtahun pencerobohan ini, pihak Unit IT Pemuda Dun Sura menyiarkan video clip kezaliman Yahudi Laknatullah.Ianya diharap menyentuh hati kecil yang menontonnnya dan dimana pada masa yang sama negara kita bersekongkol pula dengan Israel ini.Pihak kami tidak mahu mengulas panjang isu ini, cuma memberi peringatan kepada yang menyokong golongan ini, ingatlah anda memberi saham ke atas kezaliman ini.MEMBERI SATU UNDI KEPADA UMNO/BN BERMAKNA ANDA MEMBERI SATU PELURU KEPADA RAKYAT PALESTINE.






p/s : mungkin yang berhati batu sahaja yang tidak menitiskan airmata menyaksikan kezaliman Yahudi ini...mungkin anda antara golongan yang menyokong Yahudi Laknatullah ini.
Read full story

Wednesday, April 21, 2010

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

0 comments

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
# Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
# Sakit jantung
# Penyakit darah tinggi
# Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
# Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


INILAH IDEOLOGI BELIAU
# Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
# Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
# Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
# Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
# Menggalakkan minum arak secara terbuka.
# Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
# Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
# Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
# Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
# Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
# Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
# Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
# Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
# Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
# Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
# Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
# Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
# Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.






Read full story

Sunday, January 17, 2010

Polis syariah giat cegah maksiat di Aceh

0 comments
SEORANG anggota polis syariah menyoal seorang lelaki yang duduk di tepi pantai bersama kekasihnya di Banda Aceh pada 18 Disember lalu.


BANDA ACEH – Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.

“Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.

“Kamu sepatutnya pergi dari sini,” kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.

Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.

“Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini,” kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.

“Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana,” katanya.

Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.

Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. – Reuters

berita berkaitan :


p/s : Pantai Teluk Lipat Dungun...antara lokasi pilihan pasangan kekasih mempamerkan aksi membulukan mata tanpa segan silu...sebab diaorg tau UMNO dok akan larang..BEBAS sebebasnya.
Lagipun Majlis Perbandaran Dungun selalu anjur konsert maksiat.
Read full story

Monday, January 11, 2010

Demontrasi ke Kedutaan Mesir_8 Januari 2010

0 comments
PAS menyerahkan bantahan kepada kedutaan Mesir ekoran kerajaan tersebut telah bersepakat dengan Israel tidak membenarkan bekalan makanan dan perubatan dibawa masuk ke Gaza



http://www.youtube.com/watch?v=rWMpnMC38qs



(pembetulan tarikh : 08 Januari 2010)

http://www.youtube.com/watch?v=cnilIZxsSXs



http://www.youtube.com/watch?v=zJbQYun5Axc
Read full story

Sunday, January 10, 2010

Bebaskan Al Quds

0 comments
oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat


1. Sewaktu saya menyerahkan memorundum kepada Duta Mesir Hani Abd Kader di Pejabat Kedutaannya , beliau bertanya kepada saya :

" Kamu ni Nasrudin , saya tahu kamu belajar di Mesir dan kamu kenal Mesir . Sekarang kamu nak sokong Mr. Galloway yang bukan Islam atau Husni Mubarak sedang ia seorang muslim ."

2. Kemudian dia berpaling kepada Yb. Salahuddin Ayub : Kamu tahu tahu berapa ramai orang Mesir dibunuh oleh Israel .....

3. Saya dan Yb. Salahudin cuba memberi penjelasan bahawa bantahan kita bukan untuk mempertahan dan menjulang Mr. Galloway tetapi yang kita perjuangkan ialah nasib ummat Islam di Palestine . Sementara George Galloway telah memimpin VIVA Palestine untuk membawa bekalan ubatan , makanan dan minuman kepada ummat Islam di Palestine .

4. Harapkan Mesir sebagai sebuah kerajaan besar mewakili ummat Islam di zaman ini , apakah usaha berkesan Mesir untuk memastikan penindasan dan kekejaman Israel ke atas ummat Islam di Palestine khususnya Gaza ? Sehingga hari ini entah berapa jenis perjanjian damai telah dilakukan dan dimateri di Mesir tetapi sehingga kini masih belum merubah apa - apa .

5. Sebaliknya Mesir semakin dilihat menjadi boneka kepada Yahudi dan Amerika . Menghalang rombongan VIVA Palestine dan menyusahkan usaha mereka membawa masuk sumbangan untuk ummat Islam adalah sebahagian dari tindakan yang mendapat kecaman dari seluruh ummat Islam . Tidak timbul nak sokong Galloway atau Husni Mubarak justeru isunya ialah Galloway membawa bekalan makanan dan ubat kepada penduduk Gaza sedang Kerajaan Mesir menghalang dan menyusahkannya .



Read full story

Wednesday, December 30, 2009

Seruan Jihad

0 comments
Makluman kepada kaki-kaki DEMO

Satu Himpunan akan diadakan sempena Serahan Memo

Isu Sekatan Bantuan Ke Palestin Oleh Kerajaan Mesir

Tarikh : 8 Januari 2009

Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala lumpur

maklumat lanjut : http://dppnt.blogspot.com
Read full story

Tuesday, April 28, 2009

Jaguh Basikal Negara Dikunjungi YB ADUN Sura

0 comments


oleh : Ababil N27

DUNGUN 29 April Rabu - Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang baru-baru ini menerima kunjungan YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan rombongan di Kampung Pak Sabah, di sini.

Anak muda ini yang ingin mencipta kejayaan serentak di bidang sukan dan akademik akan ke Universiti Deakin, Melbourne, Australia, awal Jun depan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan sukan.

Beliau yang telah berjaya merangkul pingat perak di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Poland pada Mac lalu melalui acara pecut individu, turut disandarkan harapan negara untuk menggondol pingat emas di Kejohanan Olimpik London.




YB mengharapkan Azizulhasni menjadi contoh kepada
remaja yang ingin berjaya di bidang sukan

Melayan YB Dun Sura dan rombongan di meja makan


Bersama YB Ust Hj Wan Hassan, wakil PAS
Cawangan Pak Sabah dan rakan pemuda dari Dun Sura




Ikuti kejayaan beliau dalam blog 'mesin terbang'
Read full story

Friday, April 17, 2009

Pergaduhan di Parlimen seantero dunia

1 comments
oleh : awang ja
(kat malaysia pun ada gok.....video clip kat bawah nung..)

KOREA SELATAN


KOREA SELATAN


KOREA SELATAN


TAIWAN


TAIWAN


UKRAINE


UKRAINE


RUSSIA


RUSSIA


INDIA


ITALY


TURKI


MEXICO


SOMALIA


DI Malaysia pun tak terkecuali...




ADUN Paloh mengamuk di sidang DUN Kelantan



Ahmad Said ajak Wahid Endut bertumbuk
Read full story

Wednesday, April 15, 2009

Rileks Sekejap : Emma Maersk - Kapal terbesar di dunia

0 comments
oleh : awang ja
















Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy