Tuesday, September 30, 2008

Perutusan Aidilfitri Ketua Pemuda PAS Pusat

0 comments
Read full story

Monday, September 22, 2008

FLASHBACK - Pemuda Bersamamu musim ke 3 (2007)

0 comments
oleh: Awang Ja
Program tahunan Kebajikan Majlis Tindakan Pemuda Dun Sura 'Pemuda Bersamamu' musim ke 4 ini akan diteruskan lagi pada Jumaat 26 September ini.Majlis penyerahan sumbangan kepada golongan fakir miskin ini akan diadakan di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin,Sura Gate. Para penerima bantuan juga akan berpeluang berbuka puasa bersama-sama dengan ADUN Sura, YB Ust Wan Hassan Wan Ramli.

Pihak Urusetia Pemuda Bersamamu Musim ke 4 mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menjayakan program tahunan pemuda Dun Sura ini.Musim lepas, program ini berjaya menerima sumbangan derma sebanyak RM15,000.


Pihak Urusetia juga turut berbangga dengan tenaga-tenaga pemuda Dun sura yang bertungkus lumus dan tidak jemu-jemu mencari kutipan untuk dana Pemuda Bersamamu ini.
Sebelum ini, Pemuda Dun Sura bersama-sama YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah turun sendiri ke rumah-rumah penerima bagi menyampaikan sumbangan yang berupa wang tunai dan barang-barang keperluan harian.Program selama 2 hari itu diadakan dari pagi hinggalah ke petang tanpa mengenal penat dan letih di bulan Ramadhan itu.


PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI…MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU.

Konvoi Pemuda Bersamamu menjelajah ke pelusuk kampung….menjadi tumpuan ramai.

Pemuda Dun Sura masuk kampung


Sebahagian barang-barang yang akan diagihkan kepada penerima


Ketua Pemuda Dun Sura turut menyampaikan sumbangan

YB Ustaz Wan Hassan menghulurkan sumbangan

Rumah yang mana satu nie……??
Read full story

Najib Bincang Tambatan Ringgit Hari Ini

0 comments
HARI INI Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima satu taklimat 'luar biasa' daripada Kementerian Kewangan. Taklimat diadakan ekoran daripada kejatuhan nilai Dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mencadangkan supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar AS terhadap mata wang negara.

Apa yang menariknya ialah satu taklimat 'luar biasa' bakal diberikan kepada Najib. Pada hari ini juga merupakan mesyuarat pertama Najib di Kementerian Kewangan. Aku terfikir bagaimanakah taklimat 'biasa' yang dihadiri oleh Pak Lah sewaktu menjawat jawatan tersebut. Tertidurkah dia? Kalau tak tidur pon, lena aja. Adakah taklimat yang diberikan kepada Pak Lah oleh pegawai kementerian berkenaan tidak lengkap? Mungkin mereka sudah tahu bahawa Pak Lah takkan dengaq depa. Krooiiihh...Krooiihh... Sudah tentu banyak perkara yang akan dibincangkan dan dikorek oleh Najib.


Kini Najib akan mula mengeluarkan taringnya. Percaturan untuk menghadapi mesyuarat agung UMNO akhir 2008 semakin berada digenggamannya. Walaupun Pak Lah meninggalkan beban yang busuk dan buruk kepadanya, inilah peluangnya untuk meraih sokongan penuh ahli-ahli UMNO dalam perhimpunan tersebut. Najib akan cuba tampil sebagai wira penyelamat ekonomi negara kononnya, dan Pak Lah akan ditendang berguling-guling oleh tangan-tangan, kaki-kaki dan suara senyap yang menunggu peluang tersebut.

Disini aku paparkan berita petikan Malaysiakini

Najib bincang tambatan ringgit esok

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Pelbagai perkara akan dibincangkan termasuk sistem tambatan ringgit dan kita juga akan memberi berita-berita tentang kedudukan terkini bagi memboleh Datuk Seri Najib membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang sepatutnya," katanya.

Hari ini, akhbar melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar AS terhadap mata wang negara.

Mantan perdana menteri itu berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, demikian dilaporkan Bernama.

Pada 1997, kerajaan pernah melaksanakan sistem tambatan ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar AS, sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Nor Mohamed berkata Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat luar biasa kepada Najib berhubung keadaan ekonomi dan kewangan negara serta situasi global di kementerian itu esok.

Taklimat lengkap

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata taklimat lengkap yang mengandungi semua aspek berhubung Kementerian Kewangan itu akan disampaikan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh pegawai-pegawai kementerian.

"Esok adalah kali pertama Najib menghadiri mesyuarat di Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan dan pihak kementerian telah mengatur satu taklimat luar biasa kepada beliau. Taklimat itu memang luar biasa dari segi keseluruhan dan kesempurnaan kerana ia lebih lengkap.

"Macam-macam isu akan dibentangkan pada taklimat itu termasuk berhubung keadaan ekonomi, kewangan serta cabaran-cabaran yang dihadapi di Malaysia dan di arena antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol, Nor Mohamed berkata: "Perkara itu juga akan dibincangkan pada taklimat itu dan Datuk Seri Najib akan membuat keputusan".

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dakwaan bahawa syarikat gergasi insurans American International Group (AIG) di negara ini akan ditutup adalah tidak benar.

"Saya difahamkan AIG di negara ini adalah satu syarikat berasingan dengan modal tersendiri. AIG di sini tidak terlibat atau menerima impak negatif dengan kedudukan AIG di luar negara," katanya.
Read full story

Sunday, September 21, 2008

Ramadhan di Palestin

0 comments

Rumah-rumah di Palestine lebih mudah dikenali dari rumah orang Israel kerana di setiap rumah orang Palestine pasti terdapat satu tangki simpanan air di bumbungnya.

Bekalan air 24 jam hanyalah untuk penempatan penjajah Israel, bagi kami penduduk Palestin hanya aliran titisan air yang dialirkan. Itu pun kami gunakan sepenuhnya, semaksima mungkin.

Tangki air dibumbung rumah kami hanyalah tangki kosong yang tidak dapat diisi dengan air kerana tekanan air yang terlalu rendah.

Bagi mereka yang mampu akan membeli tangki tambahan untuk diletakkan diatas tanah atau membeli air tambahan.

Memiliki dan menggali pergi telah lama diharamkan oleh peraturan Israel sejak berdekad yang lalu.


Kami agak bernasib baik kerana rumah lama kami terdapat sebuah sebuah telaga semulajadi yang menyimpan air hujan.

Kenalan dan sahabat handai sering datang menumpang mandi sekiranya kadangkala tidak ada langsung bekalan air untuk tempoh yang panjang.

Kos air menjadi telalu mahal di penempatan Palestine berbanding penempatan penjajah Israel.

Lapan puluh peratus sumber air yang datang dari Tebing Barat telah digunakan oleh Yahudi Israel secara haram.

Kelmarin, berpuluh ribu umat Islam Palestine berbaris berjam-jam di pintu sekatan Israel untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa pada minggu pertama bulan Ramadhan yang mulia.

Ramai yang hampa dan terpaksa pulang kerana tidak dibenarkan masuk oleh tentera Israel.

Mereka sanggup berpeluh menungu dalam terik matahari hampir 36 darjah Celcius (100 F) namun akhirnya dihambat balik dan pulang ke rumah masing-masing, tanpa mandi sebelum berbuka puasa kerana ketiadaan air.

Dengan mata kepala dapat dilihat, satu keluarga dipisahkan, yang tua dibenarkan masuk, orang muda kecewa dan kaum wanita pengsan kerana menunggu lama dibawah terik matahari dalam keadaan berpuasa !

Harapan yang tinggi dari rakyat Palestine kepada pemimpin dunia untuk membuka minda dan hati, melihat dan mendengar rintihan kami sedang menghadapi realiti tekanan dan penjajahan.

Seorang wanita yang mempunyai 8 anak menceritakan kesusahan hidupnya. Pendapatan suaminya yang kecil tidak mapu menyara seisi keluarga.

Anak sulongnya yang berumur 19 tahun terpaksa berhenti dari Universiti kerana tidak mampu membayar yuran yang begitu mahal ($700/semester).

Anak keduanya mengidap ketumbuhan dalam otak dan tidak berupaya bersekolah ataupun bekerja.

Pengangguran berlaku dua kali ganda lebih banyak di Palestine berbanding Amerika semasa Negara itu mengalami zaman kemelesetan dalam tahun 1930-an.

Israel memang tidak menghadapi masalah ekonomi kerana ekonomi mereka dijana hasil dari penjualan senjata alat pertahanan, samada yang dikeluarkan oleh Amerika atau yang dibiayai oleh cukai kami atau wang Amerika.

Terima kasih kepada Zionis yang menjuara perang dan keganasan dunia!
Teringat kepada satu sajak yang dikarang oleh seorang kanak-kanak Palestin;

Makna sebuah Penjajahan !

Dijajah, di ganasi, di sembelih sedang dunia terpukau Enam puluh tahun tangisan tanpa henti tiada hari yang berlalu tanpa ketakutan yang tak terkira untuk hidup, isteri-isteri dan airmata anak-anak kami dunia terus berpaling, dan semangat kami mati. Untuk tanah airku, aku akan berdiri namun hampa tanpa tangan yang menghulur bantuan penganiayaan, penindasan, kemurungan setiap sudut kehidupanku, kau rampas batu-batu adalah senjata, bagi melindungi rumah-rumah kami jentolak kamu menang dan kegaganasan mengaum kereta-kereta kebal, helicopter dan jip tentera membunuh para pemuda sedang ibunya merintih kau kawal elektrik, kawal laut kami jalan raya dan pohon-pohon kami sekolah ditutup anak-anak kami tidak terdidik pelarian dinafikan jalan pulang anak-anak menderita kehilangan ibu bapa yang bangkit menentang dizalimi dan dihukum kaum keluarga terpisah pak tani hanya tinggal kenangan tanah mereka yang hilang dibawah tembok apartheid! lalu diplomasi luar dan hubungan direka membenarkan penjajahan Palestine tanah air ku rampasan kau tidak akan ku benarkan sementara kau menidurkan dunia aku akan membangkitkannya! Abdul Nasir Rashid, Gred 11, 15 April, 2006

Ya Abdul Nasir, mungkin kita boleh mengejutkan sesetengah orang dari tidurnya, itu pun sekiranya mereka mahu dikejutkan.
Sebahagian sanggup menelan dongengan dan penipuan. Kebenaran adalah sesuatu yang menyakitkan. Lebih menyakitkan apabila yang tahu tentang kebenaran.

Umpama wajah Mahmud Abbas yang berpelukan dengan penjenayah perang Shimon Peres (bapa kepada senjata pemusnah dan nuklear Israel) yang terus mengaburi rakyatnya tentang “dua negeri untuk dua rakyat”

Ramadhan di Palestin masih lagi bulan yang mulia. Bukan tentang makanan, irama dan harum juadah berbuka dan petang yang hebat.

Semangat memberi dan menerima yang masih wujud, ramadhan memberikan kelebihan kepada orang-orang yang terus berusaha.

Masih ada tangan yang menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan. Masih ada yang bangkit menentang kezaliman.

Mereka terus berikhtiar untuk memasuki masjid al-Aqsa, walaupun mereka dinafikan haknya. Bagi mereka lebih baik dari hanya duduk berdiam diri dirumah.

Para nelayan yang terus berjuang untuk ke laut, walaupun mereka ditembak. para wartawan yang terus menulis, para perunding terus berusaha untuk satu keamanan yang mungkin mustahil!

Di Terjemahkan secara bebas dari Artikel asal oleh Mazin Qumsiyeh, Palestine Think Tank

Sumber : Buletin Online
Read full story

Tuesday, September 16, 2008

ISTIMEWA : Upin & Ipin (Episod 10-12)

0 comments
Upin & Ipin : Tamak (Episod 10)




Upin & Ipin : Lailatul Qadar (Episod 11)



Upin & Ipin : Kisah & Tauladan (Episod 12)



Note : Selamat Menonton...
Read full story

Monday, September 15, 2008

Zaid: Usah guna ISA terhadap orang awam, mahu bincang dengan PM

0 comments

PETALING JAYA: Dalam perkembangan yang dilihat sebagai menarik dan jarang berlaku, beberapa anggota Kabinet menyuarakan pandangan peribadi dan parti masing-masing supaya kerajaan mengkaji semula penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap orang awam.

Antara mereka yang memberi pandangan sedemikian ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berpendapat ISA tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.




"Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam," kata beliau kepada wartawan di Kota Baharu, Kelantan semalam.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawui untuk mengadakan perbincangan terus terang bagi mendapatkan pandangan beliau dalam isu ini secepat yang mungkin," jelas beliau.

Kata Zaid, dengan memberikan pandangan sedemikian beliau kemungkinan dilihat bertindak bertentangan dengan 'dasar kerajaan' tetapi bersedia untuk menghadapi kesannya.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Tambah Zaid, beliau bukan pencetus masalah dan tidak mahu menyusahkan Perdana Menteri dalam isu berkenaan.

Sebaliknya, katanya, beliau mempunyai prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Kata beliau lagi, kerajaan mempunyai undang-undang secukupnya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan didapati kesalahan, antaranya Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Pada Jumaat lalu, tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah ISA.

Penulis laman blog Raja Petra Kamaruddin yang pertama ditahan di rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari di Sungai Buloh dekat sini berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga
"Not all Arabs are descendants of the Prophets".

Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.

Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping.

Selepas penahanan Raja Petra, polis menahan pula wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tan ialah wartawan yang menulis berita yang mendakwa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa memberi ceramah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, telah melabelkan masyarakat Cina di negara ini sebagai "penumpang."

Selepas Tan, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, turut ditahan di bawah akta sama di hadapan kondominiumnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Tan telah dibebaskan petang kelmarin.

Sejak operasi ISA terbaru ini banyak pihak menyuarakan pandangan supaya penggunaan akta berkenaan dikaji semula.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ketiga-tiga mereka ditahan bagi memastikan ketenteraman negara adalah terkawal.

Dalam pada itu, MCA berpendapat bahawa jika ISA benar-benar perlu, ia sepatutnya hanya digunakan dalam kes yang sangat ekstrem.

Presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, "Jika tidak Akta ini sendiri adalah satu ancaman terhadap peraturan perundangan dan asas kebebasan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya.

Ong berkata, penggubal ISA sendiri, mendiang Profesor RH Hickling, pernah berkata bahawa akta tersebut hanya untuk melawan pemberontak Komunis dan mereka yang terlibat dalam perjuangan bersenjata.

"Jika benar keselamatan negara terancam, mesti ada bukti kukuh untuk membuktikannya. Jika tidak mereka yang ditahan (mengikut ISA) perlu didakwa di mahkamah di mana terdapat undang-undang yang mencukupi untuk tujuan itu," katanya.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar rakyat negara ini tidak gemar penggunaan ISA.

Kata beliau, negara mempunyai cukup undang-undang untuk digunakan terhadap pelbagai kelakuan yang terpesong, tidak bertanggungjawab dan merbahaya.

“Mengapa undang-undang ini tidak digunakan? Individu yang ditahan (di bawah ISA) tanpa didengar penjelasan dan peluang membela diri adalah bertentangan dengan kepercayaan yang kita amalkan pada masa ini.

“Setiap kali seseorang itu ditahan di bawah ISA, ia akan menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan melakukannya kerana tidak mampu untuk mendakwa dan menghukum orang itu di bawah undang-undang yang sedia ada di negara ini,” kata beliau yang juga Menteri Sumber Manusia dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Source : MStar Online
Read full story

Sunday, September 14, 2008

ISTIMEWA : Upin & Ipin (Episod 7-9)

0 comments
Upin & Ipin : Tadika (Episod 7)




Upin & Ipin : Anak Bulan (Episod 8)



Upin & Ipin : Adat (Episod 9)



Nota : Upin & Ipin Setahun Kemudian... Tayangan Ramadhan 1429 / 2008. Sesuai ditonton seisi keluarga...huhu
Read full story

Saturday, September 13, 2008

ISTIMEWA : Upin & Ipin (Episod 4-6)

0 comments
Upin & Ipin : Terawih (Episod 4)




Upin & Ipin : Esok Raya! (Episod 5)




Upin & Ipin : Hari Raya (Episod 6)

Read full story

Ramadan Peluang Mengislah Diri

0 comments
Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.


Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.
Read full story

ISTIMEWA : Upin & Ipin (Episod 1-3)

0 comments
Upin & Ipin : Esok Puasa (Episod 1)




Upin & Ipin : Dugaan (Episod 2)



Upin & Ipin : Dugaan (Episod 3)



Note : Hadiah Istimewa untuk anak2, abi2, ummi2 dan aku juga.hehehe.... Episod berikutnya akan menyusul sepanjang Ramadhan ini...bole bawa anak2 n adik2 layari blog ini... drp Team IT
Read full story

KEMASUKAN SEMULA DR M: ABDULLAH TERKEJUT?

0 comments
Kenyataan Media (12 September 2008)

KEMASUKAN SEMULA DR M: ABDULLAH TERKEJUT?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan krisis terbaru yang melanda Umno apabila presidennya, Abdullah Badawi melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak peralihan kuasa pada 2010. DPP Pusat percaya kenyataan Muhyiddin ini mempunyai kaitan dengan kejayaan beliau membawa semula Tun Dr Mahathir menyertai Umno setelah bekas Perdana Menteri itu keluar parti kerana menolak kepemimpinan Abdullah Badawi. Berkemungkinan besar Dr Mahathir telah memberi syarat kepada Muhyiddin supaya mendesak Abdullah Badawi berhenti sebagai syarat penyertaan semula beliau dalam Umno.

Umno sekarang ini amat terdesak kerana tersepit oleh dua keadaan. Pertama, kerana gerakan pembangkang yang begitu agresif ke arah pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini. Kedua, pergolakan dalaman BN yang begitu ketara sehingga percakaran antara parti berlaku secara terbuka dan beberapa parti sudah mula mengugut untuk meninggalkan pakatan perkauman itu. Lebih-lebih lagi keadaan politik dalaman Umno hari ini yang amat bercelaru apabila persaingan kuasa telah berlaku dalam mesyuarat agung peringkat cawangan.


Beberapa keadaan ini telah mendorong Umno bertindak apa sahaja termasuk menggantung keahlian Ketua Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail dan berusaha membawa semula Dr Mahathir ke dalam parti itu sebagai langkah pengukuhan.


DPP Pusat sangat percaya bahawa Muhyiddin sebagai proksi Dr Mahathir dalam perebutan jawatan tertinggi Umno Disember ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa tersebut. Rata-rata ahli Umno telah meluat dengan Abdullah Badawi dan mereka juga melihat Najib Razak sebagai terlalu penakut. Ditambah lagi dengan isu Altantuya. Setelah Umno kalah teruk di Permatang Pauh, mereka tidak ada pilihan melainkan memerlukan seorang pemimpin yang berani dan mampu membuat perubahan. Muhyiddin dilihat lebih vokal dalam soal ini berbanding Najib Razak yang ’malu-malu’ kerana telah terpalit oleh isu wanita Mongolia itu. Apabila Dr Mahathir menyokong Muhyiddin secara terbuka, bermakna pelan peralihan 2010 yang dipersetujui oleh Abdullah Badawi dan Najib Razak telah tergugat.

Ternyata kemasukan semula Dr Mahathir bukannya untuk memperkukuhkan Umno, tetapi untuk memperkukuhkan cengkaman Muhyiddin dalam power game ini. Dr Mahathir sejak awal-awal lagi mengkritik dan menolak kepemimpinan Abdullah Badawi yang dikatakan dikuasai oleh Tingkat Empat JPM. Dan ini adalah peluang terbaik bagi Muhyiddin jika beliau berminat untuk menjadi orang nombor satu. Dr Mahathir telah berjaya dipujuk oleh beliau, tetapi Dr Mahathir berjaya pula memaksa beliau mendesak Abdullah Badawi berhenti lebih awal. Nampaknya strategi Dr Mahathir kali ini lebih berkesan daripada strategi beliau memberi tekanan dengan cara keluar parti. Kini Abdullah Badawi hanya mempunyai dua pilihan, menerima Dr Mahathir semula tetapi akan menggugat kedudukannya, atau membiarkan Dr Mahathir mati di luar Umno tetapi mungkin Umno mati lebih dahulu daripada Dr Mahathir!

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Read full story

Sunday, September 7, 2008

IKLAN : Iftar Jamaie B'sama Ust Azhar

0 comments
Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawasanya Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun melalui Lajnah Ekonomi menganjurkan satu Majlis sebagaimana berikut :


Iftar Jamaie Bersama Ust Azhar Idrus (Pendakwah Bebas)

Tarikh : 10 Ramadhan 1429 H / 10 Sept 2008
Hari : RABU
Masa : 5.30 petang
Tempat : Restoran Hj Shariff (Atas Bukit Telekom)
Kupon : RM 25.00 Sahaja (hubungi 019-9633325)

Majlis tersebut akan dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Azhar (Pendakwah bebas tersohor) sebelum sama-sama berbuka puasa. Sumbangan derma telah dikira diatas pembelian kupon berharga RM 25.00 tersebut. Maklumat lanjut, sila hubungi no. HP yang tertera.


Note :Jom pakat gi ramai-ramai. Moga-moga nilai RM25.00 yang kita sumbang/derma pada Ramadhan kali ini akan menjadi saham yang memberikan pulangan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak.
Read full story

Friday, September 5, 2008

Kerajaan Terengganu, KETENGAH, Tidak Bertanggungjawab

0 comments

http://buletinonline.net/images/Berita10/roslan2.jpgDungun - “Ini adalah kali kedua kilang ini ditutup, kali pertama, berlaku pada tahun 2006, hampir 500 orang hilang pekerjaan, kali pertama anak syarikat kerajaan, PermintPlywo.xml" rel="File-List">

sendiri yang tutup, dan kali kedua ini kilang ini disewa oleh Rapid Skill Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta, lebih 100 orang hilang kerja, kebanyakkannya bekas pekerja Permint Plywood,”kata Setiausaha PAS Kawasan Dungun Haji Roslan Ismail, ketika mengulas penutupan kilang Permint Plywood di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini.

Menurutnya semasa kerajaan negeri diperintah oleh PAS (1999 – 2004), kilang berkenaan tidak ditutup walaupun pengurusannya mengalami kerugian.


Beliau berkata tindakan yang dianggap ‘merugikan’ itu diambil oleh kerajaan PAS kerana kerajaan bertanggunjawab memastikan lebih 400 keluarga yang bekerja di kilang itu dapat meneruskan kehidupan, kerana mereka hanya bergantung hidup disitu.





http://buletinonline.net/images/Berita10/roslan1.jpgJusteru, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bukit Besi menyelar kerajaan UMNO/BN yang tidak bertanggunjawab membiarkan kilang tersebut ditutup dan menyebabkan rakyat hilang pendapatan dan mata pencarian.


“Kerajaan negeri tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab, dulu mereka sanggup menyusahkan rakyat sendiri dengan menutup kilang,

“sekarang mereka biarkan kilang dibawah kuasa mereka ditutup dalam bulan Ramadhan, pekerja yang diberhentikan, dan bakal menghadapi Hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan tak menentu,


“ditambah dengan sikap wakil rakyat yang tidak ambil peduli kehidupan rakyat disini, rakyat susah dibuang kerja, batang hidung pun tak nampak,”katanya yang juga Bekas Pengerusi Permint Plywood, ketika ditemui Buletin Online dihadapan kilang Permint Plywood, semalam.


Beliau juga kesal dengan sikap dan tindakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang sepatutnya sebagai sebuah lembaga kerajaan yang profesional, mengambil tindakan pro-aktif menyelesaikan masalah penduduk disitu.


”Ketengah pihak berkuasa mentadbir dan memajukan kawasan ini, sepatutnya boleh menyelesaikan masalah ini yang sudah berlarutan,

“Tidak ada makna Ketengah ditubuhkan, sekiranya gagal memajukan rakyat, setelah 35 tahun ditubuhkan, masih ada penduduk dibandar utamanya sendiri menganggur dan dibuang kerja,” tambah beliau

Read full story

Tuesday, September 2, 2008

Himpunan Pemuda DUN Sura

0 comments
Dungun, 22 Ogos : Majlis Tindakan Pemuda DUN Sura telah mengadakan Himpunan pemuda DUN Sura (PESURA) pada 22 Ogos 2008 yang lalu di perkarangan Surau Tuan guru Haji Zainal Abidin di sini. Himpunan ini bertujuan untuk mengumpulkan pemuda-pemuda Islam disamping mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.

Acara Sukaneka Rakyat diketengahkan sebagai medium penghubung dan mengeratkan ukhwah dikalangan mereka. Kelihatan kira-kira 50 hingga 70 orang pemuda berkumpul dikawasan strategik itu iaitu di tengah-tengah Bandar Dungun yang baru sahaja selesai upacara Pemashyuran Majlis Perbandaran Dungun 2 hari yang lalu. Walaupun banyak acara hiburan disediakan di tapak upacara pemahsyuran, pemuda-pemuda yang komited dengan PAS sanggup bersama-sama berkumpul disini walau diuji dengan hujan disebelah petang.


Turut sama dalam sesi petang tersebut adalah Motivasi Pemuda oleh pendakwah bebas tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus yang sempat meluangkan masa bersama-sama pemuda di Dungun dan kemudian bergegas ke Kuala Terengganu kembali untuk menyampaikan kuliah.


Pada pengamatan penulis ini adalah usaha awal oleh Pemuda DUN Sura untuk menghangatkan kembali semangat petugas-petugas Pemuda setelah berehat seketika tatkala berlabuhnya tirai PRU12. Sewajarnya semangat ini ditiup dan digarap kembali oleh mereka agar tidak lalai dengan perancangan musuh yang sentiasa mencari peluang untuk menumbangkan Islam.

Pemuda seharusnya mengaktifkan kembali kekuatan yang lalu bermula daripada sekarang kerana itulah resepi kemengan PAS di DUN Sura dalam PRU12. Bekerjalah mengikut strategi yang tersusun. Binalah kekuatan diri dengan proses tarbiyah yang berterusan dan hadirlah usrah secara berkala. Insyaallah ianya menjadi pemangkin kekuatan rohani dan jasmani.

Juara Orang Kuat... badan kecik jer

tolak yop jgn x tolak...
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy