Cakna Komuniti Muda - Padang Jambu
DUNGUN RABU 13 jun 2012 :
Program Cakna Komuniti Muda diteruskan lagi dalam usaha mendekati anak
muda di sini. Kali ini kawasan padang permainan di Kampung Padang Jambu
menjadi pilihan untuk seluruh AJK Pemuda Dun Sura turun meluangkan masa tanda pencaknaan
PAS terhadap generasi muda.Kawasan tersebut menjadi tempat berkumpul
anak muda di petang hari dengan permainan tumpuannya adalah bola sepak
dan takraw.
Majlis yang berlangsung ringkas sekadar meraikan
anak-anak muda itu bermula jam 6.30 petang bersama anak-anak muda yang
sedang memanaskan badan untuk bermain bola sepak. Majlis dimulakan
dengan ucapan Ustaz Muhammad Syukri M. Nazar, Ketua Lajnah Tarbiyah
Pemuda Sura mewakili Pengarah MTD Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik. Beliau
tidak dapat bersama petang ini kerana terpaksa bergegas ke Hospital
Sultanah Nur Zahirah,
Kuala Terengganu melawat jiran beliau yang koma.
" Petang ini
saya mewakili YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Cg Wan Hapandi yang
tidak dapat hadir kerana ada keuzuran. Kami mengucapkan jutaan terima
kasih kepada seluruh pemuda yang sudi meluangkan sedikit masa untuk kami
pada petang ini. Pesanan untuk kita semua, diharapkan dalam keaktifan
kita bermain bola, jangan sesekali lupa sembahyang. Sekarang musim EURO.
Jangan disebabkan berjaga malam, kita terlepas solat Subuh" ujar beliau
menyampaikan nasihat
Kehadiran pemuda PAS di padang dilihat
menarik perhatian para pemuda di situ sekaligus membuktikan slogan
'Orang Muda Geng Kite' bukanlah slogan kosong. Bahkan, slogan ini telah
menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pemimpin UMNO sehinggakan mereka
telah beberapa kali cuba menggangu aktiviti yang dianjurkan PAS bagi
mendekati anak muda. Usaha PAS mendekati anak muda ini supaya anak muda
tidak terus dirosakkan oleh gelombang gejala sosial
yang tidak dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional.
Selepas itu,
seluruh pemuda DUN bergerak ke gelanggan takraw. Sekali lagi, ucapan
nasihat mewakili Pengarah MTD DUN Sura disampaikan oleh Us Syukri.
Seluruh pemuda yang turun bermain memberi kerjasama yang baik serta
mendengar dengan teliti setiap patah ucapan yang disampaikan.
"
Bersukan adalah satu perkara yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam
menjaga kesihatan badan. Kesihatan badan mendorong kita untuk lebih
cergas beribadah. Kita mengharapkan pemuda di sini tidak lalai
melaksanakan tugas ibadah kepada Allah sebagaimana kita mampu meluangkan
masa untuk bersukan bersama-sama. Di samping itu, kita juga berharap
pemuda-pemuda dapat bersama kita membuat perubahan dalam pilihanraya
akan datang.Pemuda adalah pencetus kepada perubahan"
" Program
yang kita buat ini tanda sokongan PAS kepada anak-anak muda. Insyaallah,
sekiranya kita berjaya memerintah, lebih banyak program yang
lebih bermanfaat akan diadakan bagi mengisi kehendak anak-anak muda"
Turut
hadir dalam program ini adalah Ketua Pemuda UPU Bukit Chatak, Saudara
Shahir dan Ketua Pemuda Padang Jambu, Saudara Nasir selain daripada
Jawatankuasa Pemuda DUN Sura. Diharapkan masa depan anak muda akan lebih
terjamin bukan setakat di dunia bahkan di akhirat dalam usaha gerak
kerja dakwah yang dilakukan oleh PAS kali ini.
Berita berkaitan :
Cakna Komuniti Muda - Sura Utara