Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Panduan Kerja Sukarela Pahlawan Cyber

0 comments

"Ramai pengguna internet yang membuka akaun facebook, buat laman web, blogspot, wordpress berorientasikan politik. Mereka menulis apa yang mereka mahu tulis. Ada yang memang penulis professional tetapi tidak ramai.

Kebanyakannya adalah amatur. Tetapi peranan mereka besar. Semangat mahu jatuhkan Umno BN pun berkobar-kobar tetapi apa yang berlaku ialah kebanyakannya biasa mengikut arus dalam membawa isu. Mereka bersifat reaktif dalam mengutarakan isu, jadi responsif terhadap isu yang dimainkan media arus perdana(a.k.a. media umno BN). Justeru, perlu suatu garis panduan untuk kita bergerak ke arah memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti insyAllah!!!.

Di bawah ini sedikit panduan yang terlintas secara lalu di minda saya untuk dikongsi bersama. Saudara saudari boleh beri cadangan untuk menambah apa yang perlu untuk kebaikan bersama.

1.MENERANG: Sebarkan segala bahan penerangan Pakatan Rakyat kepada pengguna internet terutamanya dari sumber yang rasmi. Antara bahan penerangan yang wajib disebarkan ialah seperti berikut:

1.1. Dasar Parti-parti Pakatan Rakyat dan Dasar bersama Pakatan Rakyat.
1.2.Aktiviti dan Program Parti-parti Pakatan Rakyat di semua peringkat
1.3.Penerangan isu-isu tempatan dan nasional. Ini perlu bagi menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN terhadap parti dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

2.MENYERANG: Serang UMNO BN dengan pelbagai cara dan sudut.Antara elemen yang perlu diserang:

2.1.Pembongkaran isu-isu rasuah, penyelewengan dan kezaliman di semua peringkat.
2.2.Pendedahan dasar-dasar kerajaan yang menzalimi dan tidak menguntungkan rakyat.
2.3.'Highlight'kan PEMBOHONGAN2 pemimpin UMNOBN secara berterusan.

3.PERKARA YG WAJIB DIELAKKAN:

3.1.Memberi fokus kepada perbezaan ideologi antara parti-parti Pakatan Rakyat
3.2.Memperbesarkan isu-isu masalah dalaman parti-parti Pakatan Rakyat.
3.3.Menghentam dan memperkecil pimpinan pati-parti Pakatan Rakyat.

4.CARA ATASI 'DIVERSION OF ISSUES' OLEH BLOGGER/UNIT MEDIA BARU UMNO:

4.1.Jangan layan atau jawab isu yang dibangkitkan. Ini kerana masing-masing parti dalam Pakatan Rakyat ada Bahagian Penerangannya. Kita boleh guna jawapan 'standard' yang akan dikeluarkan parti untuk elakkan percanggahan.
4.2.Padamkan dari 'wall' atau 'chatbox' anda.
4.3.Kembali kepada isu-isu asal seperti NFC dan sebagainya.



JABATAN MEDIA BARU
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU


SEKIAN. TERIMA KASIH.
SELAMAT BERJUANG!!!
WALLAHU A'LAM.

Sebarkan!!!
"

Read full story

Thursday, April 14, 2011

Laman berita dan blog alternatif bakal diserang menjelang PRN Sarawak

0 comments

Laman pemecah berita, blog aktivis dan beberapa surat khabar online sedang 'crashing' menjelang berlangsungnya pilihanraya negeri Sarawak.

Cybertroopers Barisan Nasional mungkin sedang menjalankan kerja mereka, kata Presiden National Union of Journalists (NUJ) Hata Wahari. Dan Centre of Independent Journalism juga dicurigai sama.

"Serangan-serangan cyber telah berlangsung sejak seminggu yang lalu," ujar Hata hari ini. "Kita telah melihat laman-laman seperti TV Selangor dan lain-lain yang terjejas.

"Saya kira ada perang cyber terjadi kerana orang mencari maklumat tentang Sarawak."

Sarawak Report, sebuah laman popular yang didedikasikan untuk mendedahkan korupsi Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, dan juga laman-laman penting seperti Radio Free Sarawak, Dayak Baru dan blog Anil Netto's semuanya telah diserang.

Sebahagian besar masih 'down' semasa laporan ini ditulis.

Hata mendakwa bahawa serangan itu sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memaksa rakyat Malaysia hanya berharap kepada media BN untuk mendapatkan berita.
"Ketika orang tidak bisa mengakses halaman-halaman ini, dan mereka memerlukan maklumat, mereka terpaksa harus bergantung pada media perdana," katanya.

"Saya diberitahu bahawa semua surat khabar di Sarawak menyiarkan hanya hal-hal baik yang dilakukan oleh kerajaan di sana."

Dia bimbang bahawa pola suara akan terjejas.

Waktu yang mencurigakan

Pegawai Eksekutif CIJ Masjaliza Hamzah mengatakan waktu serangan membuatkan mereka merasa curiga.

"Mereka mencipta kecurigaan pada orang-orang yang mengharapkan Internet untuk berita alternatif," katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak lagi laman internet yang akan mengalami gangguan dalam beberapa hari akan datang.

"Saya fikir jika anda mengutarakan pandangan alternatif, kemungkinan untuk anda diserang adalah cukup tinggi," katanya.

Pemilik Sarawak Report, Rewcastle Clare Brown semalam memberitahu FMT bahawa laman itu dilanda serangan Distributed Denial of Service (DDoS), seperti yang berlaku kepada Wikileaks Whistleblower antarabangsa.

Masjaliza mencadangkan agar laman berita dan blog alternatif untuk menambahkan langkah-langkah keselamatan mereka.


sumber : ajijoi

Read full story

Tuesday, December 28, 2010

Himpunan Dunia Media Baru

0 comments
oleh : Ustaz Nasrudin Hassan



Menyedari keperluan dan tuntutan semasa terhadap informasi yang efektif , maka Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan dengan objektif seperti berikut :

1. Memperkasakan penguasaan media baru Dewan Pemuda PAS
2. Memaksimumkan kepenggunaan media baru
3. Mengeratkan jaringan media baru yang yang sedia ada
4. Membimbing pengamal dan mendidik pengguna media baru agar bermanafaat buat perjuangan ini
5. Melebarkan saluran dan saliran dakwah


Himpunan Dunia Media Baru :

Tempat : Hotel Seri Malaysia Temerloh
Tarikh : 15 January 2011 bersamaan 10 Safar 1432 [ sabtu ]

Tentatif :

08.00 - 09.00 am : Pendaftaran [ RM 5.00 - untuk makan tengahari dan kertas kerja ]
09.30 - 10.10 am : Perasmian oleh : Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]

Rehat [ minum pagi ]

10.30 - 11.30 am : Kertas kerja 1 : Media Baru dan Isu Semasa oleh : cucu Mat Kilau

Rehat minda

11.40 - 12.30 tengahari : Kertas 2 : Media Baru dan Cabarannya dalam Gerakan Islam
oleh : Ust Nasrudin bin Hassan at Tantawi [ Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ]

12.30 - 01.30 pm : Dialog
01.35 - 01.50 pm : Solat Zohor berjamaah
01.50 - 02.10 pm : Makan Tengahari
02.15 - 02.30 pm : Pelancaran penubuhan Task Force Media Baru DPP Malaysia

Bersurai


Nota : Penyertaan terbuka [ dijemput hadhir kepada semua pengamal dan pengendali media baru seperti blog , facebook . twitter dan lain - lain ]
Read full story

Wednesday, December 22, 2010

Lamanweb Sarawak Report 'digodam'

0 comments


Lamanweb Sarawak Report, yang sering menerbitkan dokumen-dokumen yang didakwanya bukti kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, nampaknya telah digodam.

Menurut satu kenyataan akhbar, yang dikeluarkan melalui seorang ahli politik pembangkang yang tidak mahu namanya disebut, lamanweb itu kini "offline" untuk sementara.

Menurutnya, ini ekoran beberapa ancaman bunuh yang dihantar melalui emel mereka.

Lamanweb ini mendakwa mereka menjadi mangsa serangan 'edaran penolakan perkhidmatan (DDOS), yang mengarahkan laluan besar ke lamanweb tersebut supaya tidak dapat diakses.

Kenyataan itu berkata, tindakan mematikan lamanweb itu dengan menggunakan berjuta-juta hits adalah proses yang sangat mahal, bahkan lebih mahal daripada mendapat khidmat peguam terbaik.

"Jadi ini mengecilkan senarai suspek dalam kes ini terhadap mereka yang sangat kaya dan mempunyai kepentingan langsung untuk menutup (lawanweb) kami, tetapi tidak suka dihadapkan di mahkamah terbuka," katanya.



Kenyataan itu juga melampirkan sebuah foto "eksklusif" isteri baru Taib, yang dilaporkan berketurunan Lebanon, yang identitinya masih lagi misteri.

Berasaskan kepada barang kemas yang dipakai pengantin tersebut di majlis perkahwinannya, Report Sarawak mendakwa permata itu "tak ternilai harganya pada saiz berkenaan".

Perkahwinan itu dikatakan berlangsung pada hari Ahad di kediaman mewah peribadi Taib di Demak Laut, Kuching.

Majlis itu dilaporkan dihadiri 200 tetamu eksklusif, yang terdiri daripada tokoh politik Sarawak.

Isteri pertama Taib, Laila, yang berketurunan Polish-Australia, meninggal dunia pada April 2009 kerana kanser.


sumber : malaysiakini

Read full story

Sunday, March 7, 2010

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

0 comments

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.


Ada lagi satu artikel psl tajuk ni.


sumber :
Read full story

Thursday, March 4, 2010

RM300 Juta Upah Penggodam Halang PR Dalam PRU-13

0 comments


Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.

Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang sebulan, perumahan dan kereta percuma.

“Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri.

“Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.
Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.

Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan.

Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.

Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu-isu berkaitan agama dan kaum.

Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.

suara keadilan
Read full story

Wednesday, January 20, 2010

Facebook: Anda penentu halal haramnya

0 comments
oleh : Mohd Alif  


Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.

Facebook produk Yahudi?

Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.



Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..


Baca lagi DI SINI :

Facebook: Antara Pro dan Kontra

Facebook, Yahudi & Status Hukum

Read full story

Monday, November 9, 2009

Presiden PAS arah guna IT lawan persepsi buruk

0 comments


SHAH ALAM, 8 Nov (Hrkh): Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat.

"Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.

"Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

"Kena ingat, fitnah ini besar dosanya," katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Arahan Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu.

Saranan Abdul Hadi dilihat selaras dengan usaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang sedang berusaha menganjurkan Konvensyen Blogger PAS dalam masa terdekat.

Ianya mempunyai tujuan serupa iaitu membentuk kumpulan blogger PAS bagi menangkis fitnah di alam maya.

Selain itu ianya juga diharap mampu berdepan serangan 'cyber trooper' parti lawan.
Read full story

Friday, September 25, 2009

CELCOM Memohon Ampon Dan Maaf Pasal kes semalam...

0 comments


Kesesakan punca talian Celcom terputus

25 Sept 2009 - Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku semalam disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly, gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini (24 Sept) dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas. BERNAMA


p/s : Tapi sehingga saat ini...tiada mesej permohonan maaf dari Celcom...susah sangat ker??

Read full story

Tuesday, April 28, 2009

Pengumuman - Forum 'Borak Pemuda Bersamamu'

0 comments
Assalamualaikum...

Memandangkan laman TranungKite Online masih didalam proses penambahbaikan dan Kemaskini, kebanyakan pengunjung laman tersebut dan juga forumer kelihatan bercempera untuk berforum dan mendapatkan maklumat terkini. Oleh itu, satu usaha telah dijalankan oleh Team IT Sura yang kini diketuai oleh Akhi Mohd Faqli Mohd Nazar dengan mengadakan ruangan forum didalam laman ini.

Saudara/i sekalian boleh berforum dengan Klik diruangan Forum diantara Blogger dan Galeri atau pun klik URL ini : http://105188.forums.motigo.com/ .

Dengan menggunakan Slogan "Orang Muda Geng Kite" sebagaimana yang telah diterima pakai oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, maka dengan itu kami menyahut seruan tersebut dengan menamakan Forum ini dengan nama BORAK Pemuda Bersamamu sempena trade mark yang lalu pada laman ini

Sekian dahulu makluman kali ini dan selamat berforum...
Read full story

Wednesday, April 15, 2009

Rileks Sekejap : Emma Maersk - Kapal terbesar di dunia

0 comments
oleh : awang ja
















Read full story

Wednesday, January 14, 2009

TKO Di serang Distributed Denial Of Service (ddos) Attack

0 comments
Oleh Tok Penghulu (TranungKite Online)

 Pagi selesa, saya bangun tidur awal 3.00 pagi kerana terlalu risau tentang artikel di TKO yang terlalu banyak belum di lulus terbit. Update laman amat slow, Pembantu webmaster dah 2 minggu berkampung di Kuala Terengganu dan terkini notebook ada masalah.

Saya baru lantik seorang lagi pembantu, dia juga baru menghantar e-mel nak berkampung di Kuala Terengganu.



Pagi itu saya buat Schedule News update untuk setiap 15 minit satu artikel akan di lulus terbit mulai jam 6.30 pagi sehingga 12.00 malam. Saya juga semak e-mel yang dihantar, terlalu banyak yang belum sempat dibalas atau diambil tindakan. Paling ketara ialah permohonan menambah links pada TKO. Saya rasa esok saya free sedikit kerana tak perlu lagi update, melainkan berita tergempar sahaja, bolehlah saya buat semakkan links laman-laman untuk dikemas kini.



Mungkin ada yang menghantar sudah merajuk dan menggagap TKO tidak mahu layan permintaan mereka...

Macam biasa pagi pergi kerja, sibuk di tempat kerja dan ada juga terlintas dalam hati nak lihat TKO macam mana berlaku bila 15 minit setiap artikel. Berapa hitsnya kerana terlalu cepat akan turun ke bawah.... Dalam masa nak buka TKO tersebut, jam 12.30 tgh saya mendapat masej daripada admin bahawa sebahagian server dijaring telah di ddos attack 500MBps. Satu nilaian yang sangat tinggi.

Anggapan saya harakahdaily telah di attack, mana-mana server yang berada dalam lingkungan rangkaian network sama di jaring akan terkena sama. Tidak hairanlah laman TKO, laman-laman PAS lain yang sewa di Jaring terkena sama tempias serangan tersebut.

Pukul 2.00 petang makluman daripada admin, pihak Jaring telah mengenalpasti sasaran ddos attack ini ialah TKO. Pihak Jaring telah menutup sementara untuk akses ke TKO.

Pihak kami masih menunggu makluman daripada pihak Jaring status serangan tersebut dan kita membuat persiapan bahawa semua akses daripada luar Malaysia akan ditutup sementara sehingga pilihan raya selesai.

Harap bersabar, beri kepercayaan kepada Team IT PAS Pusat untuk menangani masalah ini. Kita percaya dan yakin bahawa kita, yakni daripada Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan dalam hal ini.

Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada mana-mana pihak yang prihatin terhadap kami. Perbincangan dan pelbagai pertanyaan di beberapa laman web reformis menunjukkan mereka cukup prihatin dan mengambil berat terhadap apa yang kami lalui.

Kami juga berterima kasih kepada blogger network yang bertindak begitu cepat mendedahkan usaha-usaha sabotaj laman ini dengan membuat klon pada laman TKO agar user & password ahli TKO dapat dicuri.

DDos Attack mengguakan server luar negara sebagai zombie (yang telah di hack) untuk membebankan laman TKO adalah kerja yang agak profesional dan memerlukan tenaga dan usaha yang gigih.

Cara serangan ini adalah sama sebagai serangan kepada bank-bank dunia yang pernah berlaku sekitar Februari 2008 dengan kadar yang sama kami kena. Saya mempercayai mereka membayar ucap kepada para pengodam luar negara untuk usaha menjahanam TKO.

Setakat hari ini mana-mana sites yang kena ddos attack tidak ada cara untuk mengatasinya melainkan menukar IP server. Kita hanya menunggu maklumat daripada Jaring dalam hal ini.

Sebelum ini JARING telah memblock semua trafik yang menuju IP TKO. Sebentar tadi saya menerima masej JARING membuka kembali trafik ke IP TKO. Sebagai langkah berjaga-jaga, pada firewall Admin TKO hanya benarkan IP IP ISP Malaysia yang diketahui sahaja untuk akses.

Atas sebab itu semua pengguna dari luar Malaysia tidak dapat akses TKO. Tambahan lagi, akan ada pengguna Internet di Malaysia tidak dapat akses -- ini kerana rangkaian mereka belum ada dalam senarai pada firewall kami.

Sesiapa yang tidak dapat akses (dari Malaysia sahaja), tolong periksa IP mereka melalui http://whatsmyip.net , dan beritahu kami. Kami akan tambah masuk dalam senarai IP yang dibenarkan.

Perkara ini akan berlanjutan sehingga selesai pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Musafir, admin TKO yang bertungkus lumus semenjak beberapa hari lalu dalam memastikan anda semua dapat melayari laman TKO untuk menerima maklumat yang benar dan shahih.


Kepada Allah jua kita berserah.

Read full story

Friday, November 7, 2008

10 Tip Penjagaan Kamera Digital

0 comments
Berikut merupakan 10 tip penjagaan kamera digital yang oleh anda ikuti atau paling tidak melakukan penjagaan asas untuknya:

1. Beg Kamera Terbaik
Lazimnya kamera digital didatangkan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak, kalis habuk dan sebagainya. Ia bukan sahaja boleh melindungi kamera digital anda, malah menjaga peralatannya juga.

2. Gunakan Filter UV
Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru ia jika rosak.


3. Pelindung LCD
Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar. Kos menggantikannya bukan murah, boleh menelan belanja kira-kira RM200. Oleh itu, ketika membeli kamera digital, pastikan anda turut membeli aksesori tambahan seperti pelindung skrin LCD untuk kamera digital anda. Terdapat pelbagai jenis yang boleh didapati di pasaran seperti jenis plastik, boleh terbuka atau jenis berpelekat.

4. Penjagaan Dalaman
Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera digital juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk di mana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas (casing) khas, idea mudah untuk anda melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital menggunakan gelah getah atau sebagainya (murah dan praktikal).

5. Bersihkan Tangan
Mak selalu bising pada kita, basuh tangan sebelum makan. Begitu juga dengan kamera digital. Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital!

Sumber : Majalah PC

Read full story

Thursday, May 8, 2008

Fungsi Kekunci F1 Hingga F12

0 comments
Adakah anda tahu fungsi kekunci F1 sehingga F12 yang terdapat pada papan kekunci komputer anda?? Bagi diri penulis, hanya beberapa kekunci tersebut yang penulis tahu akan fungsinya. Justeru, penulis telah membuat carian untuk mengetahui apakah rahsia yang terdapat disebalik kekunci tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengetahui tentangnya, mari kita selongkar bersama.

Berikut ialah fungsi² butang kekunci F1 sehingga F12.

F1
• Almost always used as the help key, almost every program will open the help screen when this key is pressed.
• Windows Key + F1 would open the Microsoft Windows help and support center.
• Open the Task Pane.
F2
• In Windows commonly used to rename a highlighted icon or file.
• Alt + Ctrl + F2 opens a new document in Microsoft Word.
• Ctrl + F2 displays the print preview window in Microsoft Word.
F3
• Often opens a search feature for many programs including Microsoft Windows.
• Shift + F3 will change the text in Microsoft Word from upper to lower case or a capital letter at the beginning of every word.
F4
• Open find window.
• Repeat the last action performed (Word 2000+)
• Alt + F4 will close the program currently active in Microsoft Windows.
• Ctrl + F4 will close the open window within the current active window in Microsoft Windows.
F5
• In all modern Internet browsers pressing F5 will refresh or reload the page or document window.
• Open the find, replace, and go to window in Microsoft Word.
• Starts a slideshow in PowerPoint.
F6
• Move the cursor to the Address bar in Internet Explorer and Mozilla Firefox.
• Ctrl + Shift + F6 opens to another open Microsoft Word document.
F7
• Commonly used to spell check and grammar check a document in Microsoft programs such as Microsoft Word, Outlook, etc.
• Shift + F7 runs a Thesaurus check on the word highlighted.
• Turns on Caret browsing in Mozilla Firefox.
F8
• Function key used to enter the Windows startup menu, commonly use to get into Windows Safe Mode.
F9
• Opens the Measurements toolbar in Quark 5.0.
F10
• In Microsoft Windows activates the menu bar of an open application.
• Shift + F10 is the same as right-clicking on a highlighted icon, file, or Internet link.
F11
• Full-screen mode in all modern Internet browsers.
F12
• Open the Save as window in Microsoft Word.
• Shift + F12 save the Microsoft Word document.
• Ctrl + Shift + F12 prints a document in Microsoft Word.
Semoga ianya bermanfaat buat anda.
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy