Monday, February 23, 2009

PENGUMUMAN

2 comments
Klik Banner untuk besarkan...

> Hulurkan sumbangan anda untuk membantu rakyat Palestine
> Sumbangan Korporat & Syarikat, Hubungi En. Ahmad Roslin : 013-9868359
> Sumbangan ini akan disalurkan kepada Yayasan Amal Malaysia
> Sebarkan...

Pengarah Program
Read full story

PASTI sayang Palestine

0 comments


HANEYYA : KESAL NEGARA ARAB MASIH MERUJUK KEPADA UNITED NATION

RABU,07/01/2009 - Perdana Menteri Kerajaan Palestin, Ismail Haneyya, pada hari Isnin proses MAJLIS KESELAMATAN PBB yang lambat dalam menangani isu Gaza menandakan terdapatnya sokongan pihak antarabangsa memberi kepada lesen Zionis Israel ‘berpesta’ membunuh rakyat Gaza.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh pihak PIC, Haneyya menegur sikap beberapa negara-negara Arab yang masih merujuk isu Gaza kepada pihak UN yang di ketahui umum bahawa sememangnya di pengaruhi US yang membenarkan pembunuhan di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Somalia.

Haneyya menggariskan bahawa serangan yang dilancarkan oleh Zionis -Israel di Gaza hanya untuk melakukan lebih banyak kematian dan kemusnahan. Beliau turut mengingatkan Israel , bahawa segala impian mereka tidak akan tercapai dan akan gagal.


ISRAEL GUNAKAN BOM NAPALM SERANG GAZA


RABU,07/01/2009 - Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakar, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.

dipetik dari Palestinkini




DUNGUN, 26 Februari - Dua petikan berita di atas merupakan sebahagian daripada ancaman yang dihalakan kepada para penduduk Palestin samada yang datang melalui negara jiran seagama tetapi bersekongkol dengan negara haram zionis atau melalui bahan peralatan yang digunakan untuk membunuh para penduduk yang hanya berkata Rabbunallah, Tuhan kami hanyalah Allah !

Di atas keinsafan inilah, maka pihak PASTI Qaryah Kuala Dungun, DUN Sura telah mengambil inisiatif menganjurkan Malam Kesenian Islam bagi mengumpul dana dalam usaha membantu saudara seagama di Palestin.

Pengerusi ALP PASTI Qaryah Kuala Dungun, Encik Ahmad Yani Nursal menyeru seluruh ibubapa dan penjaga para pelajar PASTI membuktikan komitmen untuk membantu meringankan penderitaan saudara seagama di Palestin dengan menghulurkan sumbangan derma masing-masing melalui PASTI di mana anak/jagaan masing-masing sedang belajar.

"Saya amat berharap bahawa program yang disusun ini mendapat perhatian seluruh masyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik, saya menjemput seluruh warga yang prihatin terhadap nasib Palestin supaya hadir beramai-ramai ke Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin pada tarikh tersebut dan ini merupakan sumbangan pihak PASTI di atas rasa cakna dan prihatin terhadap penderitaan yang dialami oleh mereka", ujarnya.

"Sumbangan Korporat dan Syarikat hendaklah berhubung terus kepada Encik Ahmad Roslin di talian 013-986 8359. Semua sumbangan ini akan disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia, yang merupakan di antara NGO terawal tiba menyampaikan bantuan di Gaza" tambah beliau.


sumber : blog Dun Sura
posted by : awang ja
Read full story

Sunday, February 22, 2009

Catatan Peribadi DS Ir Nizar

0 comments

(Ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)

Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.




Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..

NIZAR

Read full story

Thursday, February 19, 2009

Kenyataan Media : Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

0 comments
IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR atau dengan nama ringkasnya ILMAM secara rasmi membantah satu program yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang bernama Sisters In Islam (SIS) di Hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru ini.
Difahamkan program tersebut membincangkan beberapa isu yang berkaitan Agama Islam yang sepatunya diberikan kepada pakar-pakar tertentu yang berkelayakkan sahaja. Antara isu tersebut ialah Isu Faraid, Poligami, Kesamarataan antara Gender dalam Islam dan lain-lain.

Pengerusi ILMAM, Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli menegaskan, SIS tidak layak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan program tersebut kerana mereka tidak mempunyai asas dan pengatahuan yang kukuh berkenaan isu-isu tersebut dan dibimbangi akan menyebabkan salah tafsir dan keraguan pada agama Islam itu sendiri.



Ditambah lagi, ahli ahli panel dalam program tersebut merupakan antara tokoh-tokoh yang amat diragui hujah dan pendapat mereka seperti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Beliau juga mempersoalkan kenapa program yang diberik nama MUSAWAH itu diluluskan oleh kerajaan bahkan dirasmikan pula oleh Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Selain itu kandungan perbincangan mereka berkaitan Perkara Moral yang tidak boleh diperundangkan dan Perkara Dosa-Dosa peribadi bukanlah satu jenayah amat-amat mengelirukan masyarakat dan umat Islam itu sendiri.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Saya berharap pihak JAKIM atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi perlu sedar dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam Liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia dari terus merebak kepada masyarakat kita Malaysia ini.

Sekian

Presiden ILMAM
Read full story

Tuesday, February 17, 2009

SPR sedia adakan pilihan raya di 3 kerusi "Bukit"

0 comments
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia mengadakan pilihan raya kecil serentak di kerusi "Bukit" - termasuk Bukit Lanjan jika ada kekosongan.

Sambil tidak menolak kemungkinan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dMohd. Yusof berkata, pihaknya boleh mempertimbangkan pilihan raya kecil i ketiga-tiga kerusi Bukit Lanjan, Bukit Selambau dan Bukit Gantang serentak awal April ini.

"Kemungkinan itu ada jika wujud kekosongan... tetapi sehingga kini belum ada kekosongan," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan menyatakan hasrat untuk meletakkan kedua-dua jawatan.


Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor dan kepimpinan PKR.

Jumaat lalu, SPR telah memutuskan pilihan raya kecil serentak bagi kerusi Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada 7 April ini.

Penamaan calon diadakan pada 29 Mac.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengatakan bahawa adalah terlalu awal untuk menyentuh soal pilihan raya kecil.

Ini kerana katanya, isu itu masih di peringkat antara Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dengan partinya.

"Hanya apabila Speaker memaklumkan tentang kekosongan menerusi notis, maka baru ia akan menjadi urusan SPR.

"Urusan SPR bermula apabila menerima surat daripada Speaker... buat masa ini masih di peringkat ADUN dan parti yang diwakilinya (Parti Keadilan Rakyat)," kata beliau.


Sumber : mStar
Read full story

Monday, February 16, 2009

BN hilang waras, beratus FRU kepung ceramah Husam!

0 comments
BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) - Ceramah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa di Sungai Nibung, Bayan Baru, Pulau Pinang semalam dikepung ratusan anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU).

Sebanyak lapan buah trak FRU serta 'water cannon' bergegas ke rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman untuk menghalang orang ramai daripada mendengar perkembangan Negeri Perak serta kemelut yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

"Ratusan FRU dan Special Branch (SP) berkampung di keliling rumah Pak Leh semalam semata-mata menghalang orang ramai daripada mendengar penerangan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, " ujar Ketua Penerangan PAS Bayan Baru, Raziz Md Nor.

Menurutnya, selepas solat Isyak FRU sudah berpusu-pusu memasuki kawasan padang yang dikhaskan untuk ceramah yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Baginya, tindakan itu menandakan Barisan Nasional (BN) sudah hilang kewarasan sehingga terpaksa menggunakan polis yang ditugaskan menjagai keamanan bertukar menghalang ceramah isu semasa.



"Itulah kerja BN dan Umno bila keadaan semakin tenat polis diperkudakan. Sedangkan merekalah pencetus huru hara dengan merampas kerajaan rakyat yang dimenangi Pakatan Rakyat di Perak 8 Mac tahun lalu, " terangnya.

Katanya, akibat kepungan tersebut membuatkan penganjur terpaksa mengadakan ceramah di dalam rumah ekoran ceramah yang dilaksanakan tidak memperolehi permit.

Namun begitu, tiada apa-apa tangkapan dilakukan sehinggalah selesai ceramah berkenaan. - mks. _


Sumber : HarakahDaily
Read full story

Saturday, February 14, 2009

Majlis Perbandaran Dungun agen Yahudi...???

0 comments
oleh: Unit Video Team IT Pemuda Dun Sura



Hasil tinjauan kami pada petang 12 Februari 2009,seluruh kawasan Padang Astaka Dungun telah disita oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Dungun.Terdapat juga 8 helai banner pemberitahuan dari pihak Polis Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun.
Program "Rayuan Gaza,Palestine:Bantulah Mereka" anjuran MAMPAT dan Yayasan Amal Malaysia ini diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestine.

Pihak PAS Kawasan Dungun telah menawarkan perkarangan Surau Haji Zainal Abidin sebagai alternatifnya walaupun agak terhad penggunaannya.


klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=fN33tNULGyc
Read full story

Kerajaan BN Terengganu sabotaj program rayuan Gaza

0 comments


DUNGUN, 14 Feb (Hrkh) - Penganjur Program 'Rayuan Gaza, Palestin: Bantulah Mereka' melahirkan rasa dukacita dengan tindakan drastik Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang membatalkan kelulusan menggunakan Padang Astaka, Dungun di saat akhir.

Pembatalan tersebut tanpa diberi alasan kukuh tetapi dimaklumkan oleh pihak MPD sendiri kerana atas arahan 'orang atasan'?

Sehubungan itu, penganjurnya Yayasan Amal Malaysia (Amal) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) terpaksa memindahkan program tersebut ke perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun semalam.

Harakahdaily dimaklumkan, program rayuan Gaza diadakan bagi mengumpul dana sumbangan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin yang diusahakan oleh lebih 30 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Terengganu.

Pengerusi Amal, Haji Husin Ismail berkata pembatalan penggunaan Padang Astaka di saat akhir persiapan tidak wajar dan tidak profesional.

Katanya, program anjuran NGO dan badan amal yang berusaha membantu umat Islam di Gaza Palestin menjadi mangsa 'politik' pihak tertentu.

"Kita terima panggilan telefon tengahari kelmarin (12 Februari) dan diberitahu kelulusan penggunaan Padang Astaka itu ditarik balik serta-merta tanpa alas an kukuh.

"Kami diberitahu juga pembatalan untuk menggunakan Padang Astaka kerana arahan 'orang atasan' dan siapakah mereka (orang atasan) itu," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan tidak profesional itu boleh menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri yang selama ini pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) 'dikambing hitamkan'.

Sementara itu, Pengerusi Mampat, Fauzi Abu Samah terkilan dengan tindakan pihak MPD membatalkan penggunaan tempat yang sesuai bagi kegunaan orang ramai.

Katanya, hebahan promosi dibuat ke serata tempat termasuk melalui radio, akhbar, bena dan poster bagi memaklumkan kepada orang ramai.

"Kita telah buat hebahan yang besar di radio, akhbar, bena dan poster untuk memberitahu orang ramai tentang program Rayuan Gaza tetapi dibatalkan di saat akhir.

"Kos promosi program melebih RM10,000 dan kami terpaksa memindahkan lokasi program ke tempat lain,"ujarnya.

Menurut Fauzi, program dipindahkan ke lokasi di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate yang agak terhad penggunaannya. - mks.


petikan dari Harakahdaily.net
posted by awang ja
Read full story

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

0 comments

Saturday, February 14, 2009


MAMPAT mengucapkan tahniah kepadea semua tenaga kerja yang telah menjayakan Kempen Rayuan Gaza, Palestin : Bantulah Mereka. Rancangan awal untuk mengadakan di Padang Astaka, Dungun telah terpaksa dipindahkan ke Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih yang tidah terhingga kepada Tuan Imam dan semua Jawatankuasa Surau yang telah mengizinkan MAMPAT untuk terus melaksanakan program di perkarangan surau setelah "dihambat keluar" oleh Majlis Perbandaran Dungun walaupun pada asalnya kelulusan telah pun diberikan. Insyallah, pihak kami akan menulis kronologi program kami di lain masa.... dah malam dah ni.... jam dah menunjukkan pukul 3.08 pagi.

Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada semua orang Dungun. Kutipan yang diperolehi pada malam ini adalah kira-kira RM 26 K dan kutipan keseluruhan adalah RM 132 K. Ini bermakna, target asal Rayuan Gaza, Palestin untuk mendapat kutipan sebanyak RM 200 K hampir menjadi kenyataan.


petikan dari blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
Read full story

PAS mendahului dalam Misi Bantuan Gaza

0 comments


oleh : Prihatin Gaza
12 Februari, 2009 - 6.30 petang


Dungun 13 Februari 2009 - PAS dilihat mendahului dalam usahanya membantu saudara seIslam yang sedang menderita di Palestin. Pada akhir Januari baru-baru ini, Presiden PAS sendiri bersama 20 orang anggota rombongannya telah berjaya menyampaikan sumbangan sejumlah RM250 ribu yang didermakan oleh pelbagai pihak dari golongan prihatin di Malaysia.

Rombongan pimpinan PAS juga bertemu pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meeshal dalam usaha meninjau sebarang bentuk pembangunan semula Gaza terutama dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.

Sementara itu, tengahari tadi bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri telah menerima sejumlah RM500 ribu melalui Harakah bagi meringankan penderitaan penduduk Gaza. Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang adalah di antara pimpinan utama yang hadir di Majlis Rayuan Gaza itu.

Dua helai kain rentang di atas merupakan senario yang dirakamkan di tepi Padang Astaka Dungun, lokasi pelancaran kempen "Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka" yang dijadualkan pada 13 Februari, 2009, Jumaat bermula jam 3.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Majlis ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) Cawangan Terengganu bersama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Terengganu.

Seharusnya kebenaran yang diberikan di peringkat awal tidak ditarik balik bagi menggambarkan sokongan kepada sebarang usaha untuk membantu penduduk Palestin. Tindakan ini dikhuatiri didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang berfikiran sempit yang irihati melihat gerakan Islam seperti PAS dapat duduk semeja bersama rakan seperjuangan dari Hamas yang berdepan secara langsung dengan regim Zionis.

Pihak penganjur difahamkan telah memindahkan lokasi pelancaran ke Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate. Seramai empat orang pemidato yang terdiri daripada Tg Paduka Raja Tg Ibrahim Tuanku Ismail, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Haji Husin Ismail (Yayasan Amal Malaysia) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Mampat) akan menyampaikan ucapan masing-masing di sebelah malamnya.


sumber maklumat sumbangan diperolehi melalui Harakahdaily
petikan dari blog Dun Sura
Read full story

Kerajaan BN Sabotaj - Kelulusan Penggunaan Padang Astaka di Tarik Serta Merta.

0 comments


Lokasi di pindahkan di Surau Zainal Abidin

Dungun
– Kelulusan Menggunakan Padang Astaka Dungun yang diberikan kepada Program ‘Rayuan Gaza, Palestin: Bantulah Mereka’ dibatalkan tanpa alasan munasabah dan dimaklumkan oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) atas arahan ‘orang atasan’.


Penganjur program, Yayasan Amal Malaysia (Amal) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) melahirkan rasa dukacita dengan tindakan drastik MPD terpaksa memindahkan program tersebut ke perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun hari ini.

Pengerusi program, Hj Husin Ismail berkata program tersebut diadakan bagi mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin dan telah diusahakan oleh lebih 30 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Terengganu.

Beliau menyifatkan pembatalan penggunaan Padang Astaka oleh MPD di saat akhir persiapan adalah amat tidak wajar dan tidak profesional.

Katanya, program ‘genuine’ anjuran NGO dan badan amal dengan tujuan ikhlas membantu umat Islam di Gaza Palestin telah menjadi mangsa ‘politik’ pihak tertentu.


“Kita terima panggilan telefon tengahari semalam (12 Februari) dan diberitahu kelulusan penggunaan Padang Astaka itu ditarik balik serta-merta tanpa alasan kukuh.

“kami diberitahu juga pembatalan untuk menggunakan Padang Astaka kerana arahan ‘orang atasan’ dan siapakah mereka (orang atasan) itu,” jelasnya.

Menurutnya, tindakan MPD yang tidak profesional itu boleh di samakan dengan tindakan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan memburukkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Mampat, Encik Fauzi Abu Samah terkilan dengan tindakan pihak MPD membatalkan penggunaan tempat yang dibangunkan oleh kerajaan untuk kegunaan umum.

Katanya, sebagai pihak penganjur, mereka terpaksa menanggung kerugian dan kritikan akibat tindakan MPD itu kerana hebahan promosi dibuat ke merata tempat.

“Kita telah buat hebahan yang besar di radio, akhbar, banner dan poster untuk memberitahu orang ramai tentang tempat program Rayuan Gaza tetapi dibatalkan di saat akhir.

“Kos promosi program melebih RM10,000 dan kami terpaksa memindahkan lokasi program ke tempat lain,” ujarnya.

Menurut Encik Fauzi, program dipindahkan ke lokasi di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate yang agak terhad kapasitinya.

Katanya, program tersebut tetap akan diteruskan kerana orang ramai yang telah memberikan akujanji untuk memberi sumbangan lebih RM60,000 pada malam ini.

p/s : Tinjauan Team IT Pemuda DunSura mendapati sekeliling Padang Astaka Dungun telah disita dan terdapat 8 banner yang memaklumkan tentang Polis dan Majlis Perbandaran Dungun tidak meluluskan penggunaan padang tersebut...InsyaAllah video bergambar akan diuploadkan di sini.

sumber : Buletinonline
posted by awang ja


Read full story

Friday, February 13, 2009

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau Serentak 7 April

0 comments
Petikan Bernama

 PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau, akan diadakan serentak pada 7 April ini, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Penamaan calon bagi kedua-duanya pula akan diadakan pada 29 Mac, demikian yang diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang akhbar di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.



Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.

Tarikh writ dan notis pilihan raya masing-masiongnya akan dikeluarkan pada 16 Feb dan 17 Feb ini.
Read full story

Thursday, February 12, 2009

Majlis Pelancaran Rayuan Gaza, Palestin - 13.02.09

0 comments

Tarikh : 13.02.2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang (Pameran & Jualan)
9.30 malam ( Ceramah & Majlis Pelancaran)
Tempat : Padang Astaka, Dungun, Terengganu

Pemidato :
1. Tg Paduka Raja Tg Ibrahim Tuanku Ismail
2. DS TG Hj Abdul Hadi Hj Awang (MP Marang)
3. Hj Husin Ismail (Yayasan Amal Malaysia)
4. Mohd Fauzi Abu Samah (MAMPAT)


Semua Dijemput Hadir...


Tempoh kutipan selama sebulan.
Terimalah kunjungan daripada wakil-wakil kami bagi pihak NGO's yang terlibat
Read full story

Wednesday, February 11, 2009

Menteri KDN Mengamuk !!! Harakah Dirampas & Jadi Mangsa

0 comments
Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.

Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.


Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar. Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ulas sikit

Mungkin kah akan terjadi lepas ni nak beli harakah pun main sorok – sorok , penjual tak berani pamir kat depan , pembeli pulak terpaksa tengok kiri kanan takut – takut orang Nampak , terutamanya sb ,huh !!!!!!! teruk macam tu sekali dalam Negara demokrasi berparlimen Malaysia ni

Kenapa lah jadi macam ni , dalam akhbar Harakah tu tidak ada lah perkara – perkara terlarang disiarkan , tak ada pulak dicadangkan supaya najib dibunuh , atau pak lah dibunuh , atau khairy dibunuh , atau rosmah diletupkan , semua ni tak ada dalam tu.

Yang peliknya , macam mana dengan utusan Malaysia dan berita harian , contohnya begitu sekali menyiarkan berita yang boleh dikatogerikan sebagai teruk , dasyat , keji , zalim dan berat sebelah , yang dimiliki oleh parti politik iaitu umno , boleh dengan lepas bebas dibiarkan dijual dimana – mana , hingga ke dalam bilik darjah melalui ADD nya.
Tidak adil macam ni. !!!!!

Prof tak setuju , andainya keadilan terpilih diamalkan terus menerus seperti ini.

Sumber : TranungKite Online
Read full story

Tuesday, February 10, 2009

Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

1 comments
ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh)-Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.


"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.- azm _

Sumber : HarakahDaily


Read full story

Monday, February 9, 2009

Al Fatihah - Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) meninggal dunia

1 comments
Oleh Azamin Amin

 BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping. Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Titi Serong dan Sepetang.


"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Sumber : HarakahDaily
Read full story

Saturday, February 7, 2009

FRU halang perarakan ke Istana Iskandariah

1 comments
Read full story

Friday, February 6, 2009

Polis tembak gas pemedih mata ke arah orang ramai

1 comments
Sumber: Malaysiakini & Forumer TKO


- 3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

- 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

- 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

- 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.


- 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

- 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

- 3.11pm Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

- 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

- 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

- 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

- 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

- 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

- 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

- 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.


Petikan dari tranungkite.net
posted by awang ja
Read full story

Doa dan munajat supaya Allah selamatkan kerajaan Pakatan

1 comments
Terkini|KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh): 3.30 petang - Bacaan yasin dan zikir munajat selesai diadakan di Masjid Ubudiyah. Doa dibaca oleh pelajar tahfiz Perak, Putera Tazreemudin, 20 sambil menangis dan memohon supaya Allah menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Doa diaminkan kira-kira 5,000 orang yang ada di masjid dan persekitarannya. - mns
Read full story

FRU menggganas, masjid dibedil gas pemedih mata!

0 comments
TERKINI..KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang:FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.

Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta. - mks._


Rentetan peristiwa hari ini :
(klik berita untuk baca)

FRU lepaskan pemedih mata

Masjid Ubudiyyah mula penuh, protes rakyat bermula

Pesanan Nizar kepada staf SUK

Saya masih MB - Nizar

Surat Nizar pada Sultan, sebab tidak letak jawatan MB



Sumber : Harakahdaily.net
Read full story

Polis tambah FRU,'water cannon'

0 comments
Terkini|KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.05 petang: Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.

Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut adalah pimpinan muslimat seperti Dr Lo' Lo, Siti Zailah dan pimpinan muslimat negeri serta lebih 2,000 orang yang masih setia berhimpun. - mks._


sumber : Harakahdaily.net
Read full story

Tahniah PAS!

1 comments
Tahniah PAS!

Di masa susah kaulah kawan

Di mana susah kaulah di depan

Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah

Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang

Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang

Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya

Tiada dagang bersamamu

Tiada cemas di belakangmu

Dirimu ada kekuatan

Dirimu adalah kekuatan

Kekuatan jadi mulia bersamamu

kelemahan jadi bacul di hadapanmu

Tahniah PAS!

Musuh tidak nampak kecualimu

Musuh tidak marah kecualimu

Musuh tidak takut kecualimu

Keranamu kebatilan menjadi lebur

Keranamu kezaliman menjadi berantakan

Keranamu kejahilan menjadi hilang

Kaulah kelibat di medan

Kaulah syakhsiyah dalam kembara

Kaulah figura keramaian

Kawan dan musuh menakjubimu

Dia dan mereka menyanjungimu

Aku dan kami mencintaimu

Tahniah PAS!

Beginikah Allah memuliakanmu?



sumber : Nik Mohamad Abduh bin Nik Abd Aziz
Read full story

Thursday, February 5, 2009

Dimana ada UMNO Disitu ada Rasuah

0 comments
Oleh SamarQondy

 UMNO-BN pada hari ini berada dalam keadaan terdesak dengan tindakan mereka membawa masuk 2 orang yang sedang didakwa dengan peruduhan rasuah. Perkara ini diakui oleh Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad didalam kenyataannya hari ini.

“Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu,” katanya.

Media yang dikongkong kerajaan terus memainkan peranan memalu gendang kononnya Negeri Perak selayaknya dikuasai oleh BN. Sementara dalam waktu yang sama Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, DS Najib Abd Razak cuba mencuci imej dan membela pengkhianat lompat parti.



Sedikit masa dahulu UMNO dengan sekerasnya menolak aktiviti lompat parti dan dalam waktu yang sama skandal rasuah daripada peringkat pimpinan hingga akar umbi begitu memeningkan kepala 'Guru Disiplin' UMNO. Apakah isu lompat parti ini sengaja diketengahkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat akan kebobrokan moral UMNO?

UMNO sekarang ini seumpama 'tong taik' yang sedia menerima sisa buangan yang membusuk semata-mata untuk menebus imej dan maruah yang terkoyak rabak gara-gara PRK Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Sengaja atau tidak, yang pastinya UMNO dan rasuah memang layak diibaratkan bagai 'Isi Dengan Kuku'. Automatisnya orang terlibat dengan juga akan mendekat dan mesra dengan UMNO.

Rasuah = UMNO

Layari : http://pemudabersamamu.blogspot.com
Read full story

Redah Kontroversi MB Perak

0 comments
Oleh TV PAS.Com

Read full story

Wednesday, February 4, 2009

RELAKS SEKEJAP - Flashback PRK P.036 Kuala Terengganu

0 comments
oleh: awang ja

Jom kita keluar sekejap dari membicarakan isu pembubaran DUN Perak.Apakata kita imbas kembali kenangan manis ketika mengerah tenaga dan masa di PRK P.036 Kuala Terengganu tempoh hari.
Untuk siri pertama 'Flashback PRK P.036' ini diperturunkan gambar-gambar sekitar hari penamaan calon PRK P.036 Kuala Terengganu dari lensa Team IT Pemuda Dun Sura.

tentera merah gah di hadapan


antara pimpinan Pakatan Rakyat yang mengiringi calon




Presiden PAS mengepalai perarakan ribuan penyokong
ke pusat penemaan calon


Di mana anda ketika ini...






takbir.....


beri laluan....


bendera tetap dijulang....


semangat di awal pagi je....


siap sedia....


pemuda Pakatan Rakyat tetap gah....


pemuda BN...angkat bendera pun dah tak larat


sape tinjau sape nie.....


Ini baru barisan belakang....


penyokong BN...layu dan longlai


sokongan padu dari muslimat


purnama di siang hari...


tetap bersemangat...


Unit Video Team IT Dun Sura dengan cara tersendiri


sape ni.....bekeng je napok.


gelak plak dia ni.....


MB Kedah turut bagi sokongan moral


calon bebas


melangkah gagah menemui penyokong


Isteri & anak calon P.036 bersama pimpinan muslimat


p/s : Jumpa lagi di siri kedua 'Flashback PRK P.036'....aktiviti pemuda Dun Sura,pimpinan Pakatan Rakyat dan calon sepanjang kempen PRK ini.
Read full story

Tuesday, February 3, 2009

Siapa sebenarnya 2 ADUN ini?

0 comments
tinjauan wartawan Harakahdaily di DUN yang terbabit

Jamaludin sebar 'MB Perak Boneka', ajak Adun KeADILan 'lompat'

TAIPING, 3 Feb (Hrkh) - Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang hilang tempoh hari, Jamaluddin Mohd Radzi(Behrang) didakwa sering menyebarkan dan menjaja dakyah bahawa Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin merupakan 'boneka DAP' dan 'boneka Cina' sejak penubuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan.

Menurut beberapa sumber yang ditemui, sebaran dakyah ini dikatakan dijaja di seluruh negeri sering didengari daripada mulut Jamaluddin sendiri yang dikatakan turut berminat untuk menjawat jawatan yang disandang Nizar.

"Inilah kita rasakan tidak layak untuk dia menjadi wakil rakyat atau exco yang memburuk-burukkan Menteri Besar sendiri dengan pelbagai tohmahan. Dan dakyah ini sengaja ditimbulkan berulang kali supaya membakar semangat perkauman, dan mahu menjatuhkan Nizar sendiri," kata salah seorang yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harakahdaily di Sri Kota petang tadi.

Dalam pada itu sumber parti KeADILan di Perak memberitahu bahawa 'gerak-geri' Jamaluddin sudah lama dicurigai dan dilihat mahu berkuasa dalam KeADILan negeri sendiri sehingga sanggup mencantas beberapa pimpinan daripada menjawat jawatan dalam parti negeri.

Kata sumber terbabit, Jamaluddin bertindak 'menggantikan' Pengerusi Perhubungan Negeri yang lama kepada yang baru, dikatakan proksi beliau malah Jamaluddin sendiri kini memegang dua jawatan iaitu Timbalan Pengerusi dan Bendahari KeADILan Negeri.

"Perilaku Jamaluddin yang 'tamakkan' kuasa memang lama kita dah nampak...dan tentang tawaran wang itu juga kita ada dengar.

"Dia juga yang menghubungi beberapa Adun KeADILan untuk turut serta bersamanya dan Adun-Adun itu laporkan kepada kita dan kini kita sedang memantau pergerakan itu manakala Osman walaupun pada asasnya dia ok, dia seorang yang tiada pendirian. Dia adalah orang Jamaluddin dan hanya mengikut sahaja." kata sumber parti.

Sumber parti juga memaklumkan bahawa pihak parti sudah berusaha berkali-kali menghubungi beliau yang dilaporkan hilang malah kaum keluarganya juga tidak dapat dihubungi namun tidak dapat mengesahkan tentang masalah displin Jamaluddin yang dikatakan punca beliau berhenti kerja sebelum menceburi bidang politik dan menyertai KeADILan.

"Mereka dikatakan mahu jadi Bebas kerana khuatir lompat parti boleh menyebabkan pilihan raya kecil di Perak tetapi bebas pun tak lama lepas tu masuk Umno juga,"katanya yang akan memaklumkan keputusan displin parti dan maklumat terkini kepada Harakahdaily dalam masa yang terdekat.

"Apa yang dilaporkan di dalam blog atau laman web tentang pergolakan KeADILan Negeri akibat tindakan Jamaluddin, 80 peratus boleh dipercayai dan krisis ini sebenarnya telah lama berlaku dan bukannya sejak insiden enam hari kehilangan kedua-duanya," katanya memberi rujukan beberapa laman web terbabit.- azm_


Ini bukan kali pertama Osman 'dilarikan' - Pengundi

CHANGKAT JERING, 3 Feb (Hrkh) - Kejadian 'dilarikan' atau 'disembunyikan' oleh Umno bukanlah fenomena yang mengejutkan bahkan ianya insiden yang lazim berlaku ketika pra dan pasca sesebuah pilihan raya yang diadakan di negara ini. Inilah antara taktik kotor yang cuba memerangkap parti lawan supaya berpaling tadah.

Kejadian ini membuatkan suasana sesebuah tempat menjadi sedikit tegang lantaran ketidak tentuan politik yang berlaku. Akibat daripada itu dan kawalan keselamatan terpaksa diperketatkan seperti di Kediaman Menteri Besar Perak dan juga Pejabat Pas Negeri dan bebarapa Markas PAS kawasan.

Harakahdaily juga mendapat 'tempiasnya' apabila pada mulanya sukar untuk menemubual penduduk dan aktivis PAS kawasan melainkan diperkenalkan dengan kad pas media malah ada antaranya terlebih dahulu mendapat pengesahan (clerance) pihak-pihak yang tertentu dalam parti bahawa Harakahdaily yang mewawancara mereka adalah yang sah dan bukanlah satu bentuk penyamaran.
Ini natijah yang berlaku akibat kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi dari KeADILan yang dilaporkan meletak jawatan kelmarin, hilang selama enam hari.

Sementara itu seorang pengundi yang ditemui Harakahdaily di Dun Changkat Jering yang tinggal di Taman Simpang, Taiping Haji Hanif Mohammad memberitahu beliau pernah bersembang dengan Osman sebelum ini yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah dimana Osman mendakwa dia diperangkap.

"Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.

"Ini bukan kejadian pertama. Sejak 8 Mac, dia telah 'dilarikan' oleh pihak tertentu banyak kali dan dia juga ada beritahu khuatir dengan pelbagai ancaman. Dia sendiri pernah jelaskan kepada pengundi di sini di masjid dan di ceramah bahawa beliau tak akan akan melakukan rasuah atau berpaling tadah," katanya.

Ini juga terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Perak ustaz Ahmad Awang yang cuba beberapa kali dilarikan dan dikepong oleh pihak tertentu ketika dalam proses menubuhkan kerajaan Pakatan di Perak namun atas kepantasan dan kecekapan Unit Amal PAS, kejadian buruk itu tidak berlaku, katanya merujuk satu insiden di Ipoh dan Changkat Jering tahun lalu.

Hanif tidak menolak kemungkinan usaha menculik dua Adun ini telah dirancang lebih lama dan diperkuatkan lagi dengan lantikan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN Negeri dengan 'didokong' oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi.- azm _

sumber : Harakahdaily.net
posted by awang ja
Read full story

TERKINI - Status 2 ADUN Perak masih sah - SPR

0 comments

Selasa Februari 3, 2009 JAM 1.00 t/hari
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua sebentar tadi.

Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Semalam beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.

Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Bagaimanapun kedua-dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam kelmarin menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu.



sumber : mStar online
posted by awang ja
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy