Showing posts with label Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Pemuda. Show all posts

Friday, August 8, 2014

PPD SURA TEGUH BERDIRI BERSAMA MAJLIS SYURA ULAMA & TUAN GURU PRESIDEN

0 comments

BismiLlah..

PPD SURA TEGUH BERDIRI BERSAMA MAJLIS SYURA ULAMA & TUAN GURU PRESIDEN


Pemuda PAS Dun Sura meneliti dgn penuh cermat beberapa isu yg melanda perjuangan ini. 

Kami melahirkan rasa dukacita yg amat dalam diatas sikap beberapa pimpinan kanan parti yang enggan bersependapat dgn pandangan tajam murobbi presiden.

Ketahuilah sekalian pecinta perjuangan ini, bahawa bahtera kita bakal tenggelam jika meminggirkan pandangan ulamak. Pandangan mereka yang sarat dengan kefakehan ilmu serta pengalaman yang sangat luas menjangkau sempadan isu ummah antarabangsa.

Keberadaan ulamak dalam perjuangan kita bukan penyedap menarik undi semata. Bahkan keberadaan mereka adalah jauh kepada fungsi memantau setiap gerak langkah jemaah ini agar ia selamat menghampiri manhaj destinasi menuju redha Ilahi.

Kami bertegas dgn penuh wala' menyokong pandangan murobbi presiden serta Majlis Syura dalam keputusan penuh cermat mereka berkenaan kemelut MB Selangor. 

Kami akur bahawa inilah sebaik-baik keputusan demi menjaga kemaslahatan ummah.

Tiada istilah ta'sub dalam mematuhi (wala') kepada keputusan murobbi presiden serta Majlis Syura, selagi mana keputusan mereka tidak melanggari sempadan Syarak.

Apalah erti sebuah bahtera perjuangan yg suci ini..
Tanpa seorang ketua yg alim lagi murobbi..
Ke mana sahaja beliau pergi,,
Ke seluruh pelusuk dunia Islam, pasti beliau disanjungi & dihormati...

Kini beliau diuji, dibantah &diengkari...
Kami memerhati dgn penuh teliti..
Ketahuilah,, 
Bahawa Tuan Guru Murobbi tidak pernah sesekali kami biarkan bersendiri!


INFIRU...!!!


TENGKU MOHD HISHAM TENGKU AMBAK
Ketua Pemuda PAS Dun Sura
12 Syawal 1435H / 8 Ogos 2014
Read full story

Saturday, February 15, 2014

Pemuda Diseru Turut Prihatin Soal Kebajikan Penduduk

0 comments
DUNGUN, 15 Februari 2014 - "Para pemuda sewajarnya turut memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan penduduk dan tidak hanya tertumpu kepada program kepemudaan semata-mata, " demikian saranan Setiusaha Pemuda DUN Sura, Encik Ashadi Sidek ketika diminta mengulas usaha JK Projek Rumah Moswa UPU Sg Buaya yang sedang giat pembinaannya, di sini.

"Pihak kami tidak terkecuali memberi perhatian kepada projek yang sedang dijalankan ini, usaha mengumpul sumbangan turut dilakukan oleh pihak kami, " ujar beliau selaku sebahagian di antara tenaga penting yang turut menjayakan setiap program tahunan "Pemuda Bersamamu" apabila tiba sahaja Ramadhan al-Mubarak.

Pihak JK Projek Rumah Moswa UPU Sg Buaya berhasrat untuk menyiapkan pembinaan rumah ini akhir April akan datang, sumbangan ikhlas para dermawan bakal merealisasikan hasrat murni ini.


Awal Mei 2014, semoga Mohd Sazzly, isteri dan anak-anak mereka sudah mula mendiami rumah ini, insyaAllah.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, sila hubungi Bendahari Projek, Tg Abdul Jalil bin Tg Osman (014-546 9928) atau Setiausaha Projek, Mohd Nafi Abdullah (019-934 5732).
Y.B. ADUN Sura, Hj Wan Hapandi Wan nik, selaku Penasihat Projek, merakamkan ucapan ribuan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua warga prihatin yang telah menghulurkan sumbangan.

"Sumbangan ikhlas tuan/puan bakal memberi sinar baru kepada Mohd Sazzly sekeluarga, dan di atas keikhlasan semua kepada Allah jua diserahkan untuk diganjariNya, " ujar beliau. 
Read full story

Monday, February 10, 2014

Pemuda PAS Dungun Pertegas Minta Kerajaan Pertahankan Nasib Nelayan Laut Dalam

0 comments

Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun membantah sekeras-kerasnya cadangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengkaji semula pemberian subsidi kepada nelayan laut dalam kelas C1 dan C2.

Kenyataan menterinya (rujukan: Malasiakini | 9/2/2014) Datuk Seri Ismail Sabri Yaccob boleh ditafsirkan sebagai mem’persembahkan’ satu alasan cetek bagi merialisasikan tujuan tersebut.
Disebut berlaku terdapat banyak kes penyelewangan bantuan terhadap pemberian sumbangan tersebut, seolah-olah Datuk Seri Ismail Sabri cuba membuka pekung kementeriannya sendiri. Yang mana kita semua maklum jabatan dibawah kementerian beliau lah yang bertanggungjawab dalam pengagihan subsidi diesel tersebut.
tmp_dsc049641-345621416Adakah dalam dunia yang serba canggih ini, kementerian beliau masih lagi menggunakan sistem secara manual dalam mencari dan merekodkan setiap individu atau syarikat yang terlibat dalam industri menangkap ikan?
Jika benar memang wujub faktor ketidak cekapan dalam sistem di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, amat malang sekali. Ini kerana industri menangkap ikan telah bertapak lama di negara kita disebabkan faktor geografi kita sendiri yang dikelilingi lautan.
Jangan kerana terdapat satu kes yang dikatakan menyeleweng di Besut, Terengganu tetapi masih tahap penyiasatan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui kementerian terus menghukum seluruh pengiat industri tersebut.
Lebih malang lagi, penguasaan sumbangan tenaga dalam industri ini terdiri daripada tenaga anak muda. Yang kita semua maklum ianya diwarisi daripada pekerjaan keluarga. Jika benar penghapusan subsidi diesel ini berlaku, sumber pendapatan mereka turut terjejas.
Turut dirasakan bersama jika kajian ini direalisasikan, kenaikan harga pasaran hasil tangkapan laut. Yang mana, pada masa sekarang pun harga pasaran semasa hasil daripada laut ini amat lah tinggi dan tidak munasabah. Di rekodkan, Negeri Terengganu antara negeri yang paling tinggi kadar jualan runcit hasil tangkapan laut. Di tekankan, jika ia benar-benar berlaku, tidak mustahil makanan berasaskan hasil laut akan menjadi makanan untuk golongan atasan sahaja suatu masa nanti.
Dengan itu, kami daripada DPPKD memohon agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menarik balik kajian semula tersebut dan mencari formula baru bagi membantu golongan terbabit disamping menjaga kebajikan golongan tersebut umumnya, serta rakyat Malaysia amnya.
Sekian,
RAHMAT UNTUK SEMUA
‘INFIRU’
Ustaz Muhammad Hanafi bin Abdul Aziz,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.
sumber : buletinonline.net            
Read full story

Sunday, December 9, 2012

FOTO | RM3,164 berjaya dikutip dalam masa 1 jam lebih

0 comments
Read full story

Thursday, December 6, 2012

Derma Gaza : RM3,164.00 berjaya dikutip di Pasar Malam

0 comments

DUNGUN KHAMIS 6 DIS 2012 - Pemuda PAS Dun Sura berjaya membuat kutipan derma RM3,164.00 untuk Tabung Kemanusiaan Gaza petang tadi di Pasar Malam Sura Gate,Dungun.Kutipan yang dijalankan hanya selama satu jam lebih itu mendapat sambutan sepenuhnya dari para pengunjung terutama pelajar dari pusat pengajian tinggi di sini.

Disamping membawa tabung derma mengelilingi pasar malam tersebut, risalah boikot barangan Israel juga diedarkan kepada para pengunjung.Risalah yang bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman tentang kepentingan untuk tidak sama menjadi antara penyumbang kepada pembunuhan kanak-kanak di wilayah Palestine.

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma dan sumbangan ini akan disalurkan kepada wakil NGO Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care yang akan berangkat ke Gaza dalam masa terdekat ini.


Read full story

Tuesday, November 27, 2012

Media dan pilihan raya adil

0 comments
Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi “dēmokratía” yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – “rule by the people” atau “pemerintahan oleh rakyat”. Pemahaman terhadap maksud demokrasi ini yang pada pandangan Barat tidak mempunyai kaitan dengan Tuhan Yang maha Pencipta, telah diperkembangkan dan disuntik roh hubungan manusia-Tuhan menerusi pandangan para sarjana Islam dalam bentuk penulisan di sepanjang zaman kegemilangan Islam. Antaranya kitab-kitab hasil karangan para ulama Islam dalam aspek politik seperti karya tersohor Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun (1332-1406 M), Al Mawardi (972-1058 M), Al Ghazali (1058 - 1111M), Imam Al Haramain Al Juwayni (1028 -1085M ), Ibnu Taimiyyah (1263 -1328M), Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1292-1350M) dan lain-lainnya yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Encyclopaedia Britannica (15thed.,Vol.9, p.148) antaranya memuatkan testimoni ahli sejarah British, Arnold J.Toynbee, memperakukan bahawa karya Muqaddimah adalah “membicarakan aspek falsafah sejarah yang paling hebat pernah ditulis oleh sesiapa di sepanjang zaman”.


Sebelumnya negara-negara Eropah yang dihimpit kezaliman terpaksa melakukan revolusi berdarah yang mengorbankan raja, pemimpin dan rakyat.

Sekiranya kita mengkaji hal ini secara lebih jauh dan mendalam, Al-Quran sebenarnya telah menceritakan kisah-kisah benar perjuangan para Rasul A.S. berdakwah, umpamanya Nabi Ibrahim dan Nabi Musa AS, para nabi ini dalam masa yang sama menentang kerajaan yang zalim, menindas dan memperhambakan rakyat, serta menyalah gunakan harta negara mengikut hawa nafsu. Walau pun tamadun kebendaannya tersergam menakjubkan, seperti 138 buah binaan Piramid di Mesir, Petra di Jordan, yang kesemuanya masih menjadi kesan sejarah yang dibanggakan sehingga zaman terkini, tetapi dilupakan betapa tamadun itu dibina di atas mayat-mayat rakyat yang diperhambakan.

Semua kerajaan zalim ini dinamakan jahiliyyah, walau pun dianggap bertamadun, semuanya berakhir dengan kejatuhan yang meninggalkan nama-nama buruk yang dikutuk dalam catatan sejarah, walau pun meninggalkan bangunan dan binaan yang indah. Ramai yang tidak menyedari bahawa Allah SWT mengutuskan para Rasul memimpin rakyat menentang kerajaan-kerajaan yang sangat zalim itu.



Read full story

Sunday, October 28, 2012

Ketua Pemuda Sempurnakan Sembelihan Qurban 1433

0 comments

DUNGUN, 27 Oktober Sabtu - Bermula 10 Zulhijjah, Jumaat sehingga 11 Zulhijjah, Sabtu sebanyak lebih 80 ekor lembu telah disempurnakan sembelihan di beberapa lokasi sekitar DUN Sura, di sini.
Di Surau Ustaz Haji Omar Shukri sahaja sebanyak 33 ekor lembu telah disembelih, 31 ekor disempurnakan sembelihannya pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1433.
Sementara itu, sebanyak lebih 400 kampit beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini.

seterusnya...di sini.
Read full story

Monday, October 15, 2012

Gandingan 2 Anak Tok Guru Di DUN Sura

0 comments

DUNGUN, 15 Oktober Isnin - Dua orang pimpinan pemuda - peringkat Pusat dan Negeri akan berkunjung ke Dungun pada 18 Oktober, Khamis ini bagi menyampaikan ceramah umum di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.
Ceramah anjuran Penyelaras Pemuda DUN Sura ini akan turut disertai oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang seluruh warga DUN Sura khususnya golongan muda supaya meluangkan masa untuk hadir mendengar kupasan isu dari pandangan pimpinan pemuda sendiri," demikian seruan Ketua Penyelaras Pemuda DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam.
Read full story

Sunday, September 9, 2012

Tenaga Pemuda Bantu Jayakan Hari Keluarga & Jamuan Aidilfitri 2012

0 comments

DUNGUN 8 September, Sabtu - Tenaga pemuda akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tahunan peringkat DUN Sura iaitu Hari Keluarga & Jamuan Aidilfitri 2012 yang dijadualkan pada Sabtu depan, 15 September, 2012 di Perkarangan Pejabat PAS DUN Sura, di sini.
Ketua Pemuda DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam memberi komitmen bahawa tenaga pemuda akan berganding tenaga bersama Ameerah serta Muslimat sebagai sebahagian 'warming up' menjelang PRU-13 melalui program besar DUN ini.

"InsyaAllah, tenaga pemuda yang menganggotai unit-unit yang telah dibentuk akan bekerja sebagai 'team work' yang padu bersama tenaga bantu yang lain bagi menjayakan program tahunan ini," ujar beliau.

baca seterusnya...di sini.
Read full story

Saturday, September 8, 2012

Tuan Guru Haji Zainal Abidin bin Aman

0 comments

                                            Tuan Guru Haji Bidin: Pengasas PAS Terengganu

Kira-kira 56 tahun sebelum itu, iaitu pada 6 Julai 1956, satu perjumpaan 24 orang pemuda Islam telah diadakan di surau ini yang dikenali juga sebagai Madrasah az-Zainiyah dengan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Bidin.

Dalam perjumpaan ini, cawangan PAS yang pertama di Terengganu telah berjaya ditubuhkan dan dinamakan sebagai PAS Cawangan Dungun dengan Tuan Guru Haji Bidin sebagai Yang Dipertuanya. Inilah bermulanya sejarah PAS Terengganu sebelum ia menjadi kubu kuat PAS hari ini.

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Sambung Lagi Disini
Read full story

Wednesday, July 11, 2012

XPDC Gateh PAS Ganti Umno

0 comments
XPDC berbasikal ke Hutan Lipur Menderu, Kg Chabang, Kerteh. (45 km dr Dungun)


Read full story

Thursday, July 5, 2012

Pemuda Mesti Sanggup Dan Bersedia Ditarbiyah

0 comments
oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura


KAMPUNG MOLEK : Pemuda DUN Sura telah berkesempatan menjemput Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah untuk menyampaikan motivasi khusus bertajuk 'Kepentingan Tarbiyah' kepada seluruh pemuda DUN Sura baru-baru ini. 

Program yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu terlebih dahulu bermula dengan majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa pemuda DUN Sura bagi membina jiwa pemuda yang sentiasa terdedah dengan hembusan roh tarbiyah yang berterusan.

Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman dalam mukaddimah taujihatnya memperingatkan para pemuda bahawa kita sebagai hamba mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam kehidupan ini. Allah menilai seseorang bukanlah disebabkan paras rupanya yang cantik tetapi melalui hatinya yang bersih sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Sirah turut merakamkan seseorang yang hitam seperti Bilal, Khabab dan perempuan yang sentiasa menyapu masjid Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam termasuk antara yang dijamin syurga. Beliau mengingatkan bahawa pemuda PAS mestilah sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang ditarbiyah bagi membina jiwa-jiwa pejuang agama Allah. Bahkan, Rasulullah sendiri menghadapi suatu tempoh tarbiyah khusus daripada Allah Taala sebelum dibangkitkan dan dilantik sebagai Rasul utusan Allah pada usianya 40 tahun. 


"Oleh sebab itulah, dalam kehidupan Nabi, Allah telah mentarbiyah Nabi. (Nabi pernah bersabda): Tuhanku yang mendidikku, dan aku menerima sebaik-baik didikan. Allah sendiri mentarbiyah Nabi. Tarbiyah yang diberikan oleh Allah adalah sebaik-baik tarbiyah" tegas beliau yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah DPPNT. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa istiqamah adalah perkara yang penting dalam perjuangan ini.


Dalam kitab-kitab terdahulu, 3 nama iaitu Barsiso, Bal'am dan Sa'labah antara tiga cerita masyhur yang diuji dengan penghujung yang buruk walaupun sebelumnya dikenali dengan seorang yang sangat hebat mendidik manusia lain mengenali Allah Taala. Nabi Sollallahu'alaihiwasallam menerima tarbiyah jangka pendek dan jangka panjang daripada Allah.


Nabi telah diuji dengan ketiadaan bapanya sendiri ketika masih dalam kandungannya. Manakala ibunya meninggal selepas 6 tahun diikuti dengan datuknya 2 tahun selepas itu. Semasa kecil, beliau mengembala kambing kemudian mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga. semuanya terselit unsur-unsur tarbiyah yang tersendiri daripada Allah sebelum memikul amanah sebagai seorang Utusan Allah.


"Yang keduanya bagaimana Nabi Sollallahu'alaihiwasallam cekal dan sabar apabila meninggalnya bapa, ibu. Sehinggalah Allah melantik Nabi menjadi Rasul dan diturunkan ayat iqra' sebagai wahyu yang pertama. Rupa-rupanya Allah Taala keluarkan satu pengisytihran; wahai Muhammad, kemuncak dan kunci mentarbiyah manusia mestilah dengan ilmu. Nak ubah manusia mestilah dengan ilmu.


Pasal apa Allah turun iqra' kepada Nabi di padang pasir yang gersang? Kalau nak suruh ramai yang ikut Nabi dengan mudah, lantik Nabi sebagai ketua dan berikan rezeki yang melimpah ruah. Inilah asas tarbiyah sebenarnya. Bagi sesiapa yang nak berubah atau mengubah orang lain mestilah dengan ilmu. Allah mengubah masyarakat yang asalnya jahat di Mekah dengan asas dan paksi ilmu", terang beliau dengan penuh kesungguhan menarik perhatian para pemuda.


Selain itu, beliau memperingatkan bahawa kerja tarbiyah adalah untuk mengeluarkan segala sifat yang tidak baik dalam diri manusia dan digantikan dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Begitulah yang berlaku kepada rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam yang dibersihkan hatinya dua kali dan disuntik dengan hikmah oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah Taala.


Berikut adalah antara isi penting motivasi tarbawi yang disampaikan oleh beliau: 


1) Manusia mestilah sentiasa mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

2) Jasad dan rupa paras bukanlah ukuran di sisi Allah, tetapi hati adalah menjadi tempat suluhan dan nilaian Allah.

3) Pemuda yang mengakui sebagai pejuang agama Allah mestilah sentiasa bersedia untuk ditarbiyah tidak kira yang dipimpin mahupun yang memimpin. Bahkan, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam sentiasa melalui proses tarbiyah jangka pendek dan jangka panjang khusus daripada Allah yang merupakan sebaik-baik tarbiyah yang pernah dilalui manusia. 


4) Istiqamah sangat penting dalam perjuangan. Sesuatu amalan dikira mengikut penghujungnya samada baik ataupun sebaliknya.


5) Asas dan kunci kepada tarbiyah adalah ilmu. Itulah rahsia diturunkan ayat iqra' sebagai wahyu pertama.


6) Tugas Rasul Sollallahu'alaihiwasallam bahkan seluruh pewaris perjuangan rasul: menerangkan kekuasaan Allah kepada manusia, menyucikan jiwa serta mengajarkan manusia mengenai kitab dan hikmah. 


7) Sihir yang paling bahaya adalah Sihir Dunia yang memutuskan hubungan seseorang hamba dengan Allah Taala sebagaimana yang ditegaskan oleh Malik bin Dinar.


8) Setiap individu Muslim yang ingin berjaya mestilah sentiasa ditiupkan ruh tarbiyah dan tazkiyah dalam jiwanya. Kualiti pejuang agama ini lebih penting daripada kuantitinya.


9) Kemenangan bukanlah sesuatu yang diberikan percuma. Jangan hanya sekadar mendoakan dan mengimpikan kemenangan yang segera tanpa kita sendiri tidak berada dalam keadaan bersedia untuk memikul amanah berat mengisi kemenangan dengan perkara yang diredhai Allah Taala.


10) Tiga perkara dalam usaha tazkiyah: sentiasa melazimi zikir pada Allah, melazimi masjid dan sentiasa bersama Al-Quran.


p/s : Video penuh taujihat tarbawi ini akan menyusul 
Read full story

Monday, July 2, 2012

PGU 4.0 : Video konvoi ribuan anak muda

0 comments
 

Anak Muda Terengganu Sudah Bersedia Bersama PAS Mara ke Putrajaya 


 MARANG – Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.
Mereka yang menyertai sesi ‘Xpresi Hijau Menuju Putrajaya’ berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan. “Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini….. “Adakah anak-anak muda yang berhimpun di experisi hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk memegang tanggungjawab ini?,”soal Nasruddin. 


 Baca seterusnya...DI SINI
Read full story

Tuesday, June 5, 2012

Konvoi Orang Mude Geng Kite

0 comments






Konvoi Orang muda Geng kita dalam Xpresi Hijau Anak Muda ke Putra Jaya di antara Masjid Perwaja Gurun ke Stadium Darul Aman Alor Star




sumber : facebook
Read full story

Monday, April 2, 2012

Gempur PRU13 : Siri ceramah Jom Tolak BN oleh Pemuda Dun Sura

0 comments
Lokasi : Perkarangan PASTI Tanah Lot
Tarikh : 30 Mac 2012
Penceramah : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Ketua DPPM) ; Ustaz Fadhli Shaari (Exco DPPM / SU Akhbar MB Kelantan) ; Ustaz Azman Syapawi



Read full story

Thursday, March 22, 2012

As Syahid Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin

0 comments

22 March 2004, Pada Subuh hari. Tentera Zionis menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Mengenang Sheikh Ahmad Yassin (1938- 2004)

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.


Read full story

Wednesday, March 14, 2012

Konsert Kembalilah @ Dungun 12 Mac 2012_siri 1

0 comments
Video clip terbitan Team Penerangan Pemuda Dun Sura






Lagi video clip akan menyusul selepas ini...
Read full story

Tuesday, February 28, 2012

PANDURIA 2012 | Peserta rasai bahang kehangatannya

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Program dwi tahunan rekreasi bermotorsikal Pemuda Dun Sura berakhir dengan jayanya pada sabtu 25 Februari lalu yang diadakan di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.

Penyertaan menggalakkan dari kalangan para pemuda ini menambahkan lagi kemeriahan program di mana mereka ini menjadi tumpuan orang ramai ketika menyelusuri jalanraya sekitar Dun Sura.

Antara tempat tumpuan mereka ini dalam mencari jawapan kepada soalan yang diberikan adalah Pasar Besar Dungun, Stesyen Bas Ekspress Dungun dan juga Kompleks Perniagaan Sura Gate.







Program yang bermula jam 9 pagi itu dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abd Aziz yang juga berkesempatan untuk melepaskan para peserta memulakan cabaran minda menjawab setiap soalan di laluan Panduria yang telah ditetapkan itu.





Disamping mencari kata kunci setiap soalan, peserta juga digalakkan berinteraksi dengan orang ramai bagi memudahkan menjawab soalan yang dibekalkan.

Alhamdulillah, orang ramai turut memberi kerjasama kepada para peserta disamping dapat mengetahui lebih lanjut apa itu program Panduria Pemuda Dun Sura.


























Program berakhir jam 330 petang selepas majlis penyampaian hadiah kepada para peserta termasuk cabutan bertuah yang berupa sebuah basikal fixie, topi keledar dan juga hamper.

Pihak Pemuda Dun Sura mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program seumpama ini.Tidak mustahil juga program ini akan diadakan sebagai program tahunan buat Pemuda Dun Sura memandangkan sambutan menggalakkan dari para pemuda bermotosikal.

Jumpa lagi di siri yang akan datang.




Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy